Tuesday, February 8, 2011

Mujur Ada Duit Seringgit

Hari Sabtu baru ni semasa di dalam perjalanan pulang ke KL dari Kelantan, aku berhenti di sebuah stesen minyak di Jeli. Sementara tangki minyak kereta aku diisi, tangki aku pula perlu dikosongkan. Aku ke tandas di stesen itu dan kebetulan ada sebuah istana menanti yg kosong. Aku pun tanpa berlengah masuk ke dalam kamar kecil utk buang air kecil. kalau nak buang air besar kena cari kamar besar agaknya .


Selesai kencing aku pun bukalah paip utk berintinjak. Bila aku pulas kepala paip tu, tak keluar air. Angkat2 sikit saluran getah masih takde air. Ah sudah. Sambil tu aku terdengar org sebelah bilik aku meminta kawannya mengambil air dgn baldi kecil utk dia istinjak. Oh sah takde air dalam bilik air ni. Kalau takde air bukan bilik airlah namanya huhuhu.

Dia ada kawan yg boleh diminta tolong. Aku nak minta tolong kat siapa?

Aku teringat ustaz aku cakap kalau nak beristinjak ni boleh guna benda2 lain selain air. Contohnya daun kering (mana nak cari dalam bilik kecil tu?), batu yg kesat (batu yg licin tak boleh) dan kertas.

Hah kertas! Ya aku boleh gunakan kertas. Kat situ bukan aku paper lama tapi aku tahu kat mana ada kertas.

)
)
)
)
)
)


Korang ingat kat mana?

(
(
(
(
(
(

Clue: baca balik tajuk n3 ni.

$
$
$
$
$


Ya dalam dompet aku!


Bila aku buka ada duit seringgit. Jadilah. Boleh juga digunakan.

Mujur ada duit seringgit tu. Kalau tak kena guna yg RM10 huhuhu (RM5 tak boleh digunakan rasanya sebab ianya licin sama seperti batu yg licin ahaks)


61 comments:

  1. Salam, bravo.. You are special case beristijak dgn duit kertas..

    ReplyDelete
  2. YB,
    As-Salam...

    YB..sebab tu orang perempuan bawa handbag..dalam handbag ada macam2...macam poket Doraemon lah gayanya.... saya selalu stand-by tisu dalam hand bag...kena kes2 macam ni lah... hehehe...

    ReplyDelete
  3. dgn duit seringgit pun blh?
    hehehe...!
    org kaya...:))

    ReplyDelete
  4. tapi blh gak digunakan kalau dah darurat kan?

    ReplyDelete
  5. hebat betul!!!!


    dah tu duit tu k buat apa?

    ReplyDelete
  6. lepas pakai duit singgit tu kena buang la kan?

    ReplyDelete
  7. hahahaha...teringat kisah dalam Movie 'Homecoming'...dalam toilet xder air...last2 gunakan stokin...

    ReplyDelete
  8. org lelaki ni kena bawa tisu gaklah mcm org pompuan.tulah pasalnya handbag org pompuan ni mcm2x ada.

    ReplyDelete
  9. Marina Monroe,

    Wsalam kak.

    Well kalau takde rotan akar pun jadi kata org.

    ReplyDelete
  10. nurazzah8,

    Waalaikum salam azzah.

    Org pompuan oklah bawa handbag. Tapi org lelaki takkan yg buat mcm tu jugak? huhuhu

    Masa nak masuk tandas tu saya tengok kat luar ada air. Ingat kat dalam pun adalah air. Saya tertipu huwaaaa

    ReplyDelete
  11. kaklong,

    Takkan nak lap kat dinding tandas tu pulak kan?

    seringgit pun seringgitlah hehehe

    ReplyDelete
  12. sampai umah, basuh la duit tu.. pastu jemur, boleh pakai balik...hahaha.. kalo buang air besar kena guna berkeping2 duit singgit, kalo nak kertas saiz beso, hantam sajalah 50 hinggit.. hehehe..

    ReplyDelete
  13. nasib baik duit seringgit tu kertas !

    ReplyDelete
  14. kak long lagi,

    Itu kira daruratlah kan?

    ReplyDelete
  15. zonaku,

    Hebat tak hebat ni citer ni boleh masuk blog tau hahaha

    Takkan aku nak bawa balik duit tu? Habis tercemar yg lain nanti huhuhu

    ReplyDelete
  16. Syida,

    letak aje dlm tandas tu. Kalau ada org yg terdesak nak guna, boleh recycle hahaha

    ReplyDelete
  17. faraulah,

    saya pakai fasha sandal masa tu. Takde stokin huhuhu

    ReplyDelete
  18. kencing tak basuh bang..?

    ih ih ih....

    :p




    .

    ReplyDelete
  19. salam YB
    aku pernah sms anak minta bawa air dari luar...ha ha

    ReplyDelete
  20. ala..
    kalau xder duit singgit.. guna jek bisnes kad yg ada dlm dompet tu.. tak kira la sape punyer.. tu pun kalau biz kad tu tak licin cam duit rm5 hihihi!!!

    ReplyDelete
  21. upppss....berguna juga duit seringgit tuu ekk..hehe

    ReplyDelete
  22. hahahhaa..lawak lah YB punya story nih....tapi terbayang kalau berak..dan cuci guna 10 keping duit singgit baru cukup kot...

    ps/kalau saya, saya tak cuci..wakkakaka...tukar aja spenda lepas tu..

    Moral of the story : SILA CHECK bekalan air bila masuk toilet..ini mmg benda wajib saya buat bila masuk public toilet, tak kiralah kalau dah urgent sgt nak membuang sekalipun, mesti nak check jugak..hehhee

    ReplyDelete
  23. sib baik ade singgit..

    kalau semuaaaaaa duit 50?

    lepas tu nak simpan nak buang? ahaha

    ReplyDelete
  24. ala..YB dpt idea ni dari youtube kan ???

    hehehehe

    ReplyDelete
  25. nape la tak pakai resit2 yg ada dalam wallet tu???

    ReplyDelete
  26. Hahaha... tak boleh nak cakap aper dah...nasib baik ada seringgit...

    ReplyDelete
  27. YB..lain kali..sebelum apa2 buka paip dulu..pastika ada air ke tidak
    ..ha..mujur ada seringgit..

    ReplyDelete
  28. good idea juga nih. IM pun tak terfikir..

    ReplyDelete
  29. monalea,

    Org lelaki kalau bawa tisu nanti ada yg gelar mat tisu. Tak macho lah kalau mcm tu hehehe

    ReplyDelete
  30. Aanas,

    Tak sanggup saya buat macam tu. Takpelah korbankan seringgit tu.

    Kalau buang air besar, saya akan call anak lelaki saya yg dlm kereta. Saya ada bawa hp. Takkan nak guna duit RM50 huhuhu

    ReplyDelete
  31. al-lavendari,

    Kalau duit seringgit tu syiling mcm dulu, mungkin saya guna syiling 20 sen aje. Kalau guna 3 keping pun baru 60 sen.

    psst - sebenarnya saya tak bawa syiling masa tu huhuhu

    ReplyDelete
  32. tasek,

    Walaupun tak basuh menggunakan air tapi aku tetap beristinjak. Kira memenuhi tuntutan syarak tau hehehe

    ReplyDelete
  33. AZANI,

    Wsalam.

    Tandas dgn tempat pam minyak tu jauh jugak. Tak terfikir nak sms anak sebenarnya ngeeeee

    ReplyDelete
  34. kakngah,

    Kenapa saya tak terfikir nak guna bisnes kad hari tu? Kalau tak jimatlah sikit sbb mmg ada beberapa keping bisnes kad saya dlm dompet.

    Next time gadget hehehe

    ReplyDelete
  35. sally,

    Sebahagian kenangan ke Kelantan kali ni. :)

    ReplyDelete
  36. Adinda Amy Sensei,

    Kalau dah terdesak, apa pun jadi hehehe

    ReplyDelete
  37. Daddy Ziyyad,

    Kalau berak tak cukup duit seringgit rasanya sebab cuma ada beberapa keping aje. Saya akan call atau sms anak saya utk memberi bantuan.

    Biasanya saya check dulu samada tandas tu ada air ke tak. Tapi sebab org ramai dan takut mereka potong queue, saya terus aje masuk. Lagipun sebelah luar ada paip yg keluar air.

    Kalau pakai spender aje utk jadikan lap nanti tak boleh guna nak buat solat pulak huhuhu

    ReplyDelete
  38. ~mrs azmi~,

    Pasal ada duit seringgit tulah tak fikir panjang terus guna. Kalau duit 50 harus fikir cara lain. Mungkin masa tu baru teringat nak guna bisnes kad mcm cadangan kakngah.

    ReplyDelete
  39. ikan emas,

    saya tak jarang tengok youtube. Yang kes mcm ni langsung tak pernah tengok kat mana2.

    Hampir semua kisah dlm blog saya kisah tentang saya dan keluarga serta kawan2. Biasanya mmg ada kena mengena dgn saya.

    psst - tak koser nak masukkan citer org lain ngeeeee

    ReplyDelete
  40. gadisBunga,

    Masalahnya dlm wallet saya satu resit pun takde masa tu huhuhu

    ReplyDelete
  41. aNIe,

    Terima ajelah dgn redha huhuhu

    ReplyDelete
  42. kak Erna,

    lepas ni kena check paip dulu setiap kali masuk tandas awam. Terima kasih di atas pesanan tu.

    ReplyDelete
  43. Insan Marhaen,

    ini idea org terdesak namanya huhuhu.

    Harap awak tak perlu melalui pengalaman ini ngeeee

    ReplyDelete
  44. a.z.r.i.n.a,

    tak baik tau gelakkan saya huhuhu

    ReplyDelete
  45. a.z.r.i.n.a lagi,

    ceit jiwa kacau lah tu ngeeee

    ReplyDelete
  46. Alimaz - Kembara Terasing,

    Tinggalkan dalam tandas. Mungkin ada yg ambil sebab ingat rezeki terpijak hahaha

    ReplyDelete
  47. mujur buang sisa kecik, kalo buang sisa besaqqq?

    ReplyDelete
  48. hahaha...
    nasib baik tak luka....

    kalau luka kan dh kena jahit cm dulu.....hihihi

    ReplyDelete
  49. cikceriacorner,

    Masa masuk tu taklah emergency lagi. Tapi bila dah kat dalam dan takde air, dah jadi emergency huhuhu

    ReplyDelete
  50. -GC-,

    Kalau buang sisa besar, saya akan call anak saya yg ada kat kereta utk beri bantuan hehehe

    ReplyDelete
  51. kak ct,

    Dulu seringgit tak berapa tajam terutama yg dah banyak digunakan. Kalau duit RM5 tu harus juga luka kalau salah caranya hehehe

    ReplyDelete
  52. Ahaks...mahal harga istinjak tu YB (:

    ReplyDelete
  53. hazeleyed lady,

    Mahal jugaklah. Tapi kalau takde duit seringgit tu mahu lagi mahal huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails