Wednesday, February 9, 2011

Aku Nak Jadi Pakar Rujuk

Ini bukan kisah cerai dan rujuk. Aku tak nak jadi pakar yg itu. Ini pakar rujuk utk bidang lain. Nak tahu apa bidangnya, ikutilah kisah aku ni:


Semalam aku mendapat panggilan telefon dari unknown number. Maknanya no pemanggil tak keluar. Walaupun tak tahu siapa yg call aku jawab juga panggilan itu kerana aku bukan ada hutang dgn along, bank, ceti, PTPTN dan sebagainya.

Bila aku dengar aje suara itu aku kenal. Dia seorg lelaki Cina pertengahan umur.
"Apa khabar Dato' XX?," tanya aku memulakan perbualan.

"Wah you masih ingat lagi sama saya," jawabnya separuh terkejut.
Mana dia tak terkejut sebab aku masih boleh cam suara dia w/p dah berapa tahun kami tak berjumpa.

Beliau ini adalah bekas timbalan menteri satu ketika dulu. Kali terakhir aku berjumpa dgnnya apabila dia ada urusan tanah dgn sykt kulit kerang tempat aku cari makan satu ketika dulu.

Beliau mengajak aku berjumpa tengahari semalam tapi aku terpaksa menolak kerana aku ada mesyuarat di Kelana Jaya.

"Kalau petang dalam pukul 5 atau 5:30 bolehlah Dato'." aku memberi saranan balas.

"Ok kita jumpa kat Lake Club. Kat lobby," katanya.

Petang semalam setelah selesai urusan aku di Kelana Jaya yg ada gambar aku dekat kereta Bentley di fb aku tu aku pun ke Lake Club. Sebelum masuk ke kawasan kelab aku terpaksa melalui pondok pengawal. Bila lalu tempat macam tu kita kena buat confident aje. Kalau tidak, banyak pula pertanyaan Pak Guard tu. Silap haribulan dia suruh kita parking kat luar. Bila lagi dia nak tunjuk kuasa dia. Ceit menyampahnya aku. Dengan muka macho aku senyum kat Pak Guard tu. Dia pun terus angkat tangan tanda hormat. Mungkin dia ingat aku ni Dato' juga sebab ramai ahli Lake Club ini org kenamaan termasuk Tan Sri2 dan Datuk2. Parking di sini di bawah tanah. Aku pun memandu kereta aku ke bawah tanah dan tak jauh dari tempat masuk aku nampak ada satu parking kosong yg takde no plate atau jawatan AJK Kelab. Aku pun terus parking kat situ. Tak jauh dari situ ada seorg lagi Pak Guard sedang duduk menjaga keselamatan org yg parking di situ terutama wanita. Tak nak jadi macam kes Canny Ong agaknya. Baru aku nak turun dari kereta, Pak Guard tu dah angkat tangan kat aku. Mesti dia ingat aku ni somebody agaknya. Nasib baik aku cuma bawa CRV. kalau bawa Bentley mesti dia dah berlari bukakan pintu kereta aku. Opps org pakai Bentley mesti ada drebar kan? Takkan park sendiri kereta ke parking bawah tanah

Panjang pula mukadimah aku ni.

Aku rasa biarlah aku berhenti di sini dulu. Kita sambung kemudian. Ok kan??

(sebenarnya aku nak keluar jumpa potential customer aku petang2 ni. Esok mungkin aku nak ke Perak)

21 comments:

  1. ok ok...nanti sambung. dah sambung roger. huhu~

    ReplyDelete
  2. pakar rujuk?
    ingat pakar rujuk sakit puan tadi...heheheh!!!

    ReplyDelete
  3. la.
    tergantung tak bertali en3 nih...

    ReplyDelete
  4. org pakai bently ada yg jual gelang jek...

    ReplyDelete
  5. aiya...tergantung tak bertali entry ni

    ReplyDelete
  6. berterima kasihlah pada perut ko, ia menjadikan ko kelihatan spt seorg Dato' hihihih

    ReplyDelete
  7. Dah nama pun YB..Dato' la tuuuu

    ReplyDelete
  8. ni mesti entri berantai nanti ni hehe

    ReplyDelete
  9. dari intro sampai closing semuanya mukadimah je sebenarnya.

    ReplyDelete
  10. bila nak sambung ni...dah 17 jam...hehehehe

    ReplyDelete
  11. Huhuhu....mukaddimah ngalahkan novel :P

    ReplyDelete
  12. heheheh..

    ni bleh buat novel ni..intro nye aje da berjela2..eheh

    pastu?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails