2 Feb 1986
Itu 25 tahun dulu. Mungkin ada antara korang yg baca ni belum lahir lagi masa tu atau masih pakai pampers atau berlari bogel lagi masa tu hehehe.
2 Feb 1993
Hari ini genaplah 18 tahun si Afifah itu. Sementara dia menunggu keputusan SPMnya, aku dan emak Adam suruh dia cari kerja. Dapatlah pengalaman dan duit poket sikit. Setelah mencari di beberapa tempat, akhirnya dia bekerja menjadi pelatih segway di Muzium Negara. Gaji ikut jam. Kalau dia kerja 6 hari seminggu dari pukul 9 pagi sehingga 6 petang, gaji dia lebih dari separuh gaji permulaan aku dulu.
Hari ni di akhbar Metro ada keluar kisah segway tu. Siap ada gambar Afifah sekali. Di bawah ni aku kopipes sebahagian laporan akhbar tu. Kalau nak baca berita sepenuhnya boleh klik di sini.
|
|
"Segway dijana kuasa elektrik dan dikawal sistem pengkomputeran yang mengikut pergerakan badan manusia. Jika kita menggerakkan berat badan ke depan, ia akan berjalan ke hadapan dan jika memberatkan badan ke kiri, ia akan membelok ke kiri dan begitu seterusnya untuk ke kanan.
"Kalau kita membelakangkan badan pula ia akan memperlahankan PT ini. Pengguna juga tidak perlu berasa bimbang kerana pengangkutan mesra alam ini akan perlahan secara automatik apabila ia bergerak terlalu laju," ujarnya.
Katanya, mereka yang ingin mengendalikan Segway juga perlu memiliki berat badan minimum 45 kilogram (kg) atau tidak melebihi 117 kg kerana ia akan menyukarkan pengendalian.
2 Feb 2008
Itu hari terakhir aku bekerja dgn sykt kulit kerang. Bermakna aku kerja dgn mereka selama 22 tahun genap. Masa itu aku sudah pindah ke HQ di KL. Mungkin ada yg bertanya kenapa berhenti bila kerja dah stabil, gaji pun dah ok, dan jawatan pun boleh tahan.
Aku memang dah rancang nak buat sesuatu yg baru yang dapat mencabar daya intelek aku di samping memberi kepuasan di dalam mencapai sesuatu yg baru. Dalam lain perkataan. gatal nak cuba yg baru! Sudah 22 tahun aku tolong omputih jadi bertambah kaya. Aku rasa eloklah aku tolong diri dan bangsa aku jadi kaya juga.
Selebihnya sudah menjadi sejarah.
abang pun lahir bulan Februari !
ReplyDeletesegway tu kalau berulang dari Seremban ke Sri Kembangan, boleh save minyak dan tol kan !
enariq lahir 21 febuary
ReplyDelete2nd fulak...
ReplyDeletecepat pak ngah hari nih...; p
-2 Feb 1986 : Saya darjah dua ! Hihii.
ReplyDeleteBesarrrrr tu nilai RM2350 zaman tu YB..pakcik kayo!
-2 Feb 1993 : Saya ambil PMR. Tahun pertama PMR diperkenalkan.
Thanks YB pasal artikel segway tu.Kena pegi Muzium Negara lah macam ni :)
-2 Feb 2008 : Isteri saya sedang mengandung ~ 2 minggu usia kandungan anak sulung kami, Ziyyad.
Jom Jihad Bisnes YB!!!
alahai...
ReplyDeleteterlupalah pulak.
besday kak ngah saya lah...
saya pon lahir bulan februari...
ReplyDeleteuncle..nak hadiah..heheh
wow..femes la huda dpt msuk paper..heheh
Kena simpan keratan suratkhabar tu untuk kenang-kenangan.
ReplyDeleteMenarik tu.
hepi bday Afifah..
ReplyDeletesemoga dimurahkan rezeki dan jd anak yg solehah...Amin
psssttt....Pipah dpt gaji pertama belanja adik beradik tak?
Assalam Paman,
ReplyDelete1. happy birthday Afifah.
2. segway tu bape hengget, xyah isi minyak & xyah anta kawosh!
dah habis baca n3 nie baru faham makna sykt kulit kerang tu...
ReplyDelete14 feb ni aku nak hadiah ye...
ReplyDelete;p
.
kena nyanyi lagu ..ni..
ReplyDeletebulan februari..
Saya pernah tengok anak-anak gadis kendalikan Segway tu kat Langkawi, Oriental Village (masa naik kabel car tu).
ReplyDelete1993 > anak saya sudah dua orang.
salam...
ReplyDeletewah, pernah dok miri ek?
best tak dok sana..hehe
apa pun..
FEBRUARI YANG INDAH DALAM HIDUP SAYA...SANGAT ISTIMEWA...
best gak ada segway tu, dari keramat permai ke sekolah sy naik bukit tu bole ke ya?
ReplyDeleteal-lavendari,
ReplyDeleteRamai rupanya kawan2 yg lahir di bulan yg tak cukup 30 hari ni.Emak Adam punya besday lusa hehehe.
Saya takut kalau guna segway ni dari Senawang baru sampai R&R S'ban dah nak kena cas baterinya. Kena tunggu 12 jam pulak lepas tu.
Tol mmg tak kena sebab lebih kecil dari motor. Minyak pun tak perlu sbb guna bateri.
Eja,
ReplyDeleteAda buat sambutan ke nanti masa besday enariq? Bolehlah jemput Adam hehehe
Eja no 2,
ReplyDeleteLain kali kena lebih cepat kalau nak no 1. Nak talian hayat mcm dulu ke? hehehe
Daddy Ziyyad,
ReplyDelete2 Feb 1986
Darjah 2 tu kira dah besar jugalah. Dah tak pakai pampers lagi hehehe
RM2350 tu double gaji kalau kerja gomen masa tu. Itu sebab ramai yg nak kerja dgn sykt minyak.
2 Feb 1993
Sebelum tu SRP kan? Saya ambil LCE lagi masa Ting 3. Jauh beza umur kita ni Doc.
Sblm ni mmg ada bercadang nak buat n3 ttg segway tapi asyik tertunda aje. Last2 org suratkhabar yg buat dulu. Mengikut Afifah org RTM pun dah dtg nak buat citer ttg segway tu.
Silalah ke Muzium. Kalau hari cuti ramai yg nak naik. Boleh booking on line dan dapatkan diskaun.
2 Feb 2008
Ziyyad baru nak jadi. 3 tahun kemudian adik Ziyyad pula sedang dikandung. Semoga mommy Ziyyad sihat.
Jom kita berjihad bisnes. Kita tolong org2 Islam/Melayu yg dah berjaya menambahkan ahli perniagaan Muslim.
Selamat Hari Jadi buat Nurafifah...
ReplyDeleteMasa YB baru mula kerja...kak anie dah ada 2 orang cahaya mata...hehehe
Bestnyer Sewgway tu...
ReplyDeleteRakyat Malaysia baca 2 buku setahun
hepi besday buat afifah, baca Metro pagi tadi tak tahu pula itu anak dara YB..
ReplyDeleteelok dia simpan naskhah tu, buat kenangan
a.z.r.i.n.a,
ReplyDeleteTolong sampaikan ucapan Happy birthday saya kpd kakngah.
cikceriacorner,
ReplyDeleteNanti bila dah dekat harinya beritahu unclelah.
Nak hadiah apa? Dah besar2 ni tak payah hadiah pun ok kan? hehehe
Huda dah mula femes lepas masuk paper dan lepas ayahnya keluarkan kat blog ngeh3x
a.z.r.i.n.a lagi,
ReplyDeleteHari ni sampai 2 naskah Metro yg Afifah bawa balik. Nak tunjuk kat kami dan simpan sebagai kenang2an.
kak ct,
ReplyDeleteTerima kasih bagi pihak fifah.
Gaji pertama hari tu takde pun belanja adik beradiknya huhuhu
Suraia-Ayani,
ReplyDeleteWaalaikum salam Aya,
1. terima kasih
2. ada 3 pakej. Utk 15 minit sewanya RM15. Utk 30 minit lebihlah sikit (tak ingat sebenarnya hehehe) dan sejam RM49. Kalau nak rasa naik, silalah ke muzium.
bjay69,
ReplyDeleteMaaflah kalau tak dapat tangkap makna sykt kulit kerang tu dari awal. Saya dah biasa gunakan istilah tu dan pembaca setia dah faham hehehe
tasek,
ReplyDeleteOk nanti masa kita pergi candle light dinner tu aku bagilah ko hadiah.
Lepas tu jgn lupa nak baca yasin sama2 ngeeee
ikan emas,
ReplyDeleteIni lagi Alleycats tu ke?
azieazah,
ReplyDeleteSaya pun mula2 tengok segway tu secara live di Oriental Village tu. Tak sangka pula anak saya akan bekerja dgn sykt yg mengendalikan segway kat KL ni.
Kiranya cepat sayalah dari azieazah dari segi anak sebab 1993 anak saya dah 3 org.
Adinda Amy Sensei,
ReplyDeleteWsalam.
Saya duduk Miri dari 1986 - 1990 sebelum mengikut projek di KL dan JB dan kemudian di KL semula.
Saya pindah semula ke Miri pada 1994 dan pulang ke KL pada penghujung 1995.
Keadaan di sana tenang dan seronok. Dekat dgn pantai dan orgnya baik2.
Saya pulang ke KL kerana ibubapa saya ada di sini masa itu.
Kongsilah dgn kami apa yg istimewa dgn Feb ni.
a kl citizen,
ReplyDeleteRasanya tak larat segway tu nak daki bukit kat Petronas tu sebab tegak sangat.
Kak Anie,
ReplyDeleteTerima kasih. Dah tidur dah afifah tu.
Kiranya otailah kak anie ni. Itu sebab dah ada menantu.
Miecyber,
ReplyDeleteCubalah kalau nak tahu betapa bestnya segway tu.
Saya sedang baca sebuah buku. Dah nak habis w/p baru bulan Feb. InsyaAllah lebih dari 2 buah buku setahun hehehe
ibuintan,
ReplyDeleteoh hari2 baca Metro ya. Itulah anak dara saya yg kedua yg belajar di Serting tahun lepas.
sejarah = pengalaman hidu yg menarik untuk dikenang..
ReplyDeleteHamizah,
ReplyDeleteBetul tu. Skrg boleh dirakamkan di dlm blog utk tatapan di masa depan dan juga dikongsi dgn rakan2.
I really like the entry part!!!
ReplyDeletesejarah yg indah...
ReplyDelete