Saturday, February 5, 2011

Berbaris Panjang Di Rantau Panjang

Kenderaan dari serata pelusuk Semenanjung berhimpun di pekan Rantau Panjang

Perjalanan 40km dari KB ke Rantau Panjang mengambil masa hampir 2 jam kerana sekali lagi pekan yg terkenal dgn barang2 dari Siam ini menjadi tumpuan. Aku sekeluargapun ikut menyibuk di sini! Setelah pusing2, kami cuma beli mainan utk Adam! Huhuhu.

Bagi mereka yg shopping sakan, terpaksa berjumpa kawanku yg juga kawan mereka. Barisan utk minta duit dari kawan kami tu punyalah panjang mengalahkan nak ambil bantuan wang ehsan banjir.

Kejap lagi aku nak balik KL. Tapi menurut laporan dari Cikgu Sally yg dlm perjalanan pulang dari KL ke KB, jam teruk di Kuala Krai. Mungkin aku kena ikut Gerik. (Tak jadilah nak beli lemang di gerai awek comey lote di Manik Urai itu).
Sent via BlackBerry from Maxis

21 comments:

  1. Tu la dia senario kat Klantan bila ada cuti panjang sikut..sesak!!
    Have a safe journey home. Next time perhaps we can plan for a much proper visit okay..and do check in at our humble pondok ya. :)

    ReplyDelete
  2. salam YB
    semoga percutian kali ini selesa dan menggembirakan.

    ReplyDelete
  3. Ohhh..itu rupa Rantau Panjang..saya tak pernah ke sana...
    Dekat dgn Sg Golok tu kan?

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. kelantan pun saya tak penah jejak lagi. tak patut kan? hihi~

    ReplyDelete
  6. Sally,

    Dah banyak kali saya ke Kelantan samada urusan kerja atau bercuti tapi inilah kali pertama kena jam teruk mcm ni huhuhu.

    Next time kita try plan awal sikit. Tapi tak tahu bila saya akan dtg dgn famili lagi.

    Seganlah nak menyusahkan Jaja sekeluarga. Mungkin setakat singgah makan malam aje ngeee

    ReplyDelete
  7. Azani,

    Wsalam.

    Alhamdulillah percutian sambil kerja kali ini menggembirakan bila semua ahli keluarga saya dapat ikut serta.

    Cuma jam yg buat perjalanan tak lancar huhuhu

    ReplyDelete
  8. Daddy Ziyyad,

    Itulah Rantau Panjang. Mcm pekan koboi pun ada hehehe

    Sg Golok memisahkan RP dgn Golok. Ramai org tempatan menyeberang sempadan naik perahu tanpa guna passport ngeeee

    ReplyDelete
  9. GadisBunga,

    Mmg tak patut hehehe

    Lain kali boleh ikut saya kalau nak ke sana. Saya boleh jadi tourist guide

    ReplyDelete
  10. YB..tang beratur panjang dirantau panjang tu le..yang akak tak sanggup..

    ReplyDelete
  11. Kak Erna,

    Emak Adam pun mcm kakak jugak. Dia kata kalau tahu mcm ni punya sesak, tak payah ke RP tadi. Bukan nak beli apapun sangat huhuhu

    ReplyDelete
  12. Apa?? Tak jadi beli lemang?

    wuaaaaaa! baru plan nak tumpang sebatang dua. Heehehehe!

    apapun semoga selamat kembali semula ke KL.


    Mesra di Maya Tidak Mesti Harus Mesra di Luar

    ReplyDelete
  13. dah terkena sekali dulu jem teruk nak masuk rantau panjang... rasa nya dah serik nak kesana lagi kalau ke KB hehe

    ReplyDelete
  14. azieazah,

    Bukan awak aje yg kecewa tapi emak Adam dan emak saya pun kecewa sebab tak dapat beli lemang dan rendang tu lagi huhuhu.

    Saya pun kecewa sebab tak dapat jumpa awek tu lagi kah kah kah

    Alhamdulillah kami dah selamat tiba di KL pukul 3:10 pagi tadi.

    ReplyDelete
  15. zino,

    Memang serik nak ke sana kalau masa cuti panjang mcm baru2 ni. Barang2 kat situ pun ada kat tempat lain.


    Balik semalam kami singgah Bukit Bunga. Jam juga nak ke situ tapi parking senang sikit.

    ReplyDelete
  16. Hamizah,

    Bila nak balik Kelate Mizah? Nanti bolehlah saya singgah kampung Mizah kalau kebetulan kena timingnya hehehe

    ReplyDelete
  17. semoga selamat dalam perjalanan. hati-hati di jalan raya.

    kat jalan pergi kuala pilah pun ramai orang jual lemang.

    ReplyDelete
  18. al-lavendari,

    Dah selamat tiba di rumah awal pagi tadi. Alhamdulillah.

    Saya pun pernah beli lemang kat jalan nak ke KP tu. Boleh tahan juga sedapnya cuma harganya lebih mahal dari yg di Kelantan tu.

    ReplyDelete
  19. bank islam, agro, bsn tu semua sah sah dah habis duit la tu haha :D

    ReplyDelete
  20. mesti best lemanng tu... awek come lote pulak heheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails