Thursday, February 10, 2011

Aku Kaya Malam Jumaat Ni

Bagi kawan2 yg menunggu sambungan kisah Pakar Rujuk aku semalam, aku rasa korang kena tunggu lagi sehari dua utk mengikuti sambungannya. Kalau sehari dua tu oklah kan? Ada org yg kena gantung tak bertali tu bertahun2 menanti.

Bukan aku tak nak sambung cepat2 tapi tadi lepas solat Isyak di surau akupun periksa BB aku sebelum pergi ke dewan makan. Mana tahu ada miss call yg penting ke atau sms dari awek rakan bisnes. Sambil2 tu tengok juga kalau2 ada komen menarik di fb aku.

Masa aku tengok fb aku tadi ada satu mesej. Dari seorg yg mengaku lawyer buruk . Dia ni lawyer saudara aku seorg engineer yg juga salah seorg kontraktor terbesar di Togo. Saudara aku tu dah meninggal dunia huhuhu.

Tapi dia meninggalkan harta yg banyak. Dalam bank aje ada $10.2 juta. Lawyer ni nak uruskan supaya wang itu boleh dapat kat aku yes yes yes

Korang bacalah sendiri mesej dia tu:

Dear Yunus Badawi,
Let me begin by introducing myself properly to you, I am Barrister Alfred George ,Personal Attorney to your late relative Engr. J.B. Badawi, one of the biggest Contractors in Togo, until his death in motor vehicle accident in the capital city Lome Togo West Africa ,He Banked with The (Banque Atlantiuqe) and had a closing balance as at the end of September,2002 worth $10.200,000.00 ) that his bank want to confiscate, you have the same last name with my deceased client, and he is also a national of your country. For more information and directives, reply only through my direct email ( barr.alfredgg@hotmail.com ) with the following information for further clarifications.
Your Full Name...........
Your phone Tele...........
Your Private Email........
I await your kind attention as quickly as possible for more information and directives. Do reply only through my direct email barr.alfredgg@hotmail.com
Respectfully,
Barrister Alfred George Esq.
Call me immediately +228 073 4902


Kalau betul mcm dia cakap tak ke kaya aku. Tapi aku lebih suka berusaha sendiri. Kalau korang nak silalah hubungi Alfred George ni.

psst - tapi nama bapa korang mestilah Badawi hahaha

55 comments:

  1. Assalamualaikum..

    baru la baca...

    ReplyDelete
  2. kak ct no 1,

    Skrg dah main cop2 mcm yg lain jugak ke?

    Buatlah apa saja asal bahagia hehehe

    ReplyDelete
  3. heheheh..

    kaya..kaya..kaya..

    rejeki..rejeki..rejeki..

    tp boleh percaya ke ni?hehehe

    xsabau nak tau kisah pakar rujuk tu..emmm

    ReplyDelete
  4. hahaha....

    kelako nyer..

    YB akan jadi jutawan..

    apa kata share ngan Pak Lah duit tu..

    ReplyDelete
  5. kak ct no 2,

    Takkan tak nampak kalau tak pakai spek? Mesti dah tinggi power ni ngeeee

    ReplyDelete
  6. kak ct no 3,

    Waalaikum salam.

    Tulis komen tak perlu pakai spek ke? hehehe

    ReplyDelete
  7. cikceriacorner,

    Ini semua tak boleh pakai. Manalah saya ada saudara di Togo.

    Kalau kontek lawyer ni mesti dia suruh bayar ke dalam akaun dia sebagai cas pemindahan duit tu. Tapi bila dah bayar, dia lesap bersama duit saya.

    Sabar ya menunggu citer Pakar Rujuk tu.

    ReplyDelete
  8. kak ct no 4,

    Rezeki malam Jumaat ni namanya.

    Nak share dgn Pak Lah mana ni? Takpelah. Dia boleh ambil semua kalau dia mahu. No lawyer tu ada kat n3 ni hehehe

    ReplyDelete
  9. selalu gak terima mesej macam ni hehe

    ReplyDelete
  10. zino,

    Tentu ramai saudara zino serata dunia yg mati meninggalkan harta utk zino hehehe

    ReplyDelete
  11. Macam2 cara orang nak tipu kan...

    ReplyDelete
  12. pak yunus, taca pun dapat msg yang hampir serupa macam nie dalam email.. tp dalam bahasa melayu

    ReplyDelete
  13. Iyo la tuuuu..Sally pon dpt email ala2 gitu..hmmmm..

    ReplyDelete
  14. malangnya, ada jugak yang tertipu.
    '
    '
    malas dah nak layan mesej macam ni. usaha sendiri lagu bagus ek yb.

    ReplyDelete
  15. YB..nama ayah saya bukan Badawi, tapi saya pun pernah dapat msg ni suatu masa dulu....terus delete....hehehe

    ReplyDelete
  16. pernah dpt msg ni dulu.nak tergelak pun ada. senang2x je nak bagi duit kat org kan yb?

    ReplyDelete
  17. bila pulak la kaklong nak dapat msj mcm ni...!besss..nyaaaa...!

    heheheh!!!!

    ReplyDelete
  18. Salam YB,

    Auntie dah kerap sangat dapat e-mail macam tu. Kalaulah betul, dah lama jadi orang kaya..mungkin kalah Sultan Brunai pun!(ampun Tuanku!)
    Selalunya massage nya bermula dengan ayat " From the desk of Mr.xxxx....."

    ReplyDelete
  19. tapi kalau betulah....yb la bakal besan kaklong yg baik lagi bijaksana...bodekkk ni...!

    heheheh!!!

    ReplyDelete
  20. hehehee.... togo tu kat mana????


    aku penah layan, aku minta dia forward pd personnel in Malaysia n minta org tu y uruskan direct ngan aku. or just send me the cheque.

    pehal nk susah payah kan?? nk bg duit??? bawak cek n pass jer kat aku..

    pandai la aku nk bank in ke apa

    ReplyDelete
  21. banyak dah terima email, sms , fb cerita yg sama..

    agaknya kalau IE cntck dia orang mesti dah lama kaya raya..tentu ramai artis follow IE ...

    hehehehe

    ReplyDelete
  22. mesti PakLah pown dapat emel yg samer kanns.. ehehe

    ReplyDelete
  23. kalaulah betul...


    nak PA tak YB ?


    kekeke...

    ReplyDelete
  24. nak berangan utk YB jap...



    nak beli mansion kat manalah agaknya kan ?
    nak beli Bentley berapa biji lah kan ?

    bestnya....

    ReplyDelete
  25. Hahahahah jangan kata peguam, yang mengaku bini orang kaya dah mati, yang mengaku anak orang kaya, yang mengaku banker simpan harta orang kaya takde waris, semua saya dah pernah dapat... Tapi semua mengaku asal dari belah-belah afrika sanun... Takde belah lain... Jenuh ok nak delete... Kih kih kih kih :P :P

    ReplyDelete
  26. kalaulah betul. aku nk tanya. agak2. berapa ko nk kongsikan dgn aku...?

    :p




    .

    ReplyDelete
  27. YB warganegara Togo kee....

    jauh duduk sedara tuuu heheheheh

    ReplyDelete
  28. saya layan aja email african scam ni...sampai dia naik boring kena maki dgn saya..hahahha

    ReplyDelete
  29. betul ke tu? macam ada yang tak kena jer ngan email tuh.. macam scam jer..?

    ReplyDelete
  30. YB,

    Bentley satu, kaler itam ye...

    ReplyDelete
  31. aNIe,

    mcm ni pun ada jugak yg masih tertipu.

    ReplyDelete
  32. yusni,

    Maknanya ada yg tiru cara org afrika ni nak menipu org kita.

    ReplyDelete
  33. Marina Monroe,

    Durian runtuh yg tak habis makan tujuh keturunan ni hehehe

    ReplyDelete
  34. Sally,

    Jom sama2 kita ke Togo tuntut duit tu kalau pakcik Jaja pun mati kat sana hehehe

    ReplyDelete
  35. kak pah,

    Itulah yg hairannya. Mcm juga suruh jadi keldai dadah tu.

    Usaha sendiri banyak ke sikit mmg tentu titik peluh sendiri dan dah tentu sumbernya. Ini kalau betul pun (mmg tak betul) entah halal entah tidak.

    ReplyDelete
  36. nurazzah8,

    Mesej tu kata pakcik awak nama Badawi ek? Kalau nak menipu pun kenalah rajin ubah nama tu hehehe

    ReplyDelete
  37. monalea,

    Itulahkan. Kalau betul ada duit sebanyak itu, lebih baik lawyer ni usaha utk sapu duit tu sendiri. Buat apa susah payah nak cari 'saudara' si mati tu jauh2.

    ReplyDelete
  38. kak long,

    Nanti bila dah dapat sekali selalulah kak long dpt. Sampai tak terlayan. Sabar ya hahaha

    ReplyDelete
  39. Auntie Yan,

    Wsalam.
    Oh Auntie pun selalu dapat juga ya?

    Sebelum ni mmg mereka hantar ke alamat emel. Tapi ini kali pertama dapat melalui facebook.

    ReplyDelete
  40. kak long lagi,

    Kalau tak betul tak jadi nak berbesan ke? huhuhu

    ReplyDelete
  41. zonaku,

    Rajin jugak ko layan mereka. Dulu adik kembar aku pernah layan sekali. Mereka suruh bayar duit bank dan insuran cas sebelum boleh mereka transfer duit tu. Bila adik aku kata tolak ajelah dari duit yg sepatutnya dia dapat tu, terus mereka diam.

    ReplyDelete
  42. ikan emas,

    apasal tak kontek mereka? Kalau tak kan IE dah kaya. Tapi bagus jugaklah tak kontek. Jadi masih sudi berkawan dgn kami insan marhaen ni ngeeee

    ReplyDelete
  43. en_me,

    Kalau dia dapatpun ada dia hairan. Harta dia lagi banyak dari wang yg nak diberi tu ngeeee

    ReplyDelete
  44. a.z.r.i.n.a,

    Ok kalau betul nanti saya ambil Reen jadi PA saya. Rugilah org2 kat Tasek tu kerana kehilangan awak hehehe

    ReplyDelete
  45. a.z.r.i.n.a lagi,

    1. nak beli condo kat sebelah KLCC tu satu. Senang kalau nak pergi shopping dan tengok bunga api masa tahun baru atau malam Merdeka hehehe

    2. Bentley satu. Swift satu hahaha

    ReplyDelete
  46. syah,

    Wah hebat awak ni. Ramai 'saudara mara' yg cari utk berikan harta.

    Apasal mereka kontek awak? Nama awak mesti kira femes di kalangan org sanun tu.

    ReplyDelete
  47. tasek,

    Nak kongsi dgn ko sebagai harta sepencarian ke? Tapi ko belum penuhi syarat lagi hahaha

    ReplyDelete
  48. Chik Att,

    Kalau betul boleh dapat harta berjuta2 tu bolehlah saya minta jadi PR Togo tu.

    Kesian 'saudara2' ini masa mereka hidup tak sempat jumpa saya hehehe

    ReplyDelete
  49. Daddy Ziyyad,

    Rajin jugak doc layan mereka ni. Saya tak kuasa nak buang masa sbb mmg tahu ini semua penipu.

    ReplyDelete
  50. Aanas,

    Memang tak betul ni. Walaupun saya tak hubungi org yg hantar mesej ni tapi dari pengalaman kawan2 dan mereka yg telah kena scam ni, kita akan diminta memasukkan duit ke dalam akaun mereka sebelum wang yg berjuta2 tu dipindahkan ke akaun kita. Alasannya utk cover duit transfer, insuran, tax dan entah apa2 lagi. Beribu2 jugaklah.

    ReplyDelete
  51. ibuintan,

    Bentley kaler beige nampak lagi menawan ahaks

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails