Wednesday, January 12, 2011

Minyak Oh Minyak

Minyak masak cap hypermarket ini saja yg ada. Cap lain entah kemana

Smlm aku ke Giant Hulu Klang utk beli barang dapur rumah aku dan juga keperluan Atikah utk masuk asrama. Sementara emak Adam memilih barang2 lain aku ke tempat minyak masak. Ada sikit botol 2 dan 5kg tapi pembelian dihadkan kpd dua botol saja.

Akupun dgn teruja mendapatkan emak Adam utk memberitahu 'berita gembira' yg minyak ada sikit lagi. Kalau nak, aku pergi ambil 2 botol.

Boleh dia tanya aku minyak cap apa yg ada. Aku kata minyak Giant aje yg tinggal. Dia kata tak payahlah sebab kat rumah ada lagi setengah botol. Potong stim betul!

Dia tak nak beli sbb dia tak panik kot. Elakkan pembelian panik spt kata menteri.

Sent via BlackBerry from Maxis

56 comments:

  1. Pasni kita panggang& msk stim jelah En Yunus..jimat & healthy hehe

    ReplyDelete
  2. emak adam ok, bapak adam plk yg panik. hahaha

    ReplyDelete
  3. hahah kt genting ni kitaorg relax jek..org bwh sn kecoh gula xde..kitaorg ade, minyak abis? sini berkoyan2..

    ngeh3..

    ReplyDelete
  4. emak adam nak minyak masak seri murni.. ada pemeringkatan 2 kali..
    tak mo ah minyak masak giant.. kehkehkeh...

    ReplyDelete
  5. "minyak masak giant bermutu lagi berkualiti" ujar giant kepada nobita.

    ReplyDelete
  6. jangan kata minyak...guula pun dah mula tak ada....!

    ReplyDelete
  7. YB, kita serupaaaaa.
    Coretan saya pasal isu ini, hari ini, di sini

    http://alwaqiahalmulk.blogspot.com/2011/01/kerajaan-malaysia-takut-hantu-ke.html

    ReplyDelete
  8. takde minyak, makan kat luar,yahooooooo... kata mak adam


    hihihi

    ReplyDelete
  9. Saya baru beli kat Carrefour yang baru buka di Shah Alam... banyak aje minyak kat situ walaupun dia hadkan kpd 2 botol per customer...

    ReplyDelete
  10. i beli kat giant stiawangsa.
    tapi i beli canola dgn sunflower.very cheap. RM18 je.pastu dpt free gift minyak yang sama tapi 1L.so i beli stok untuk 2 bln.
    wic is 2 botol 3L je.

    sila amalkan gaya hidup sihat.

    ReplyDelete
  11. tapi minyak yg selalu saya guna tak ada limit...hehehe
    sebab saya guna minyak canola/sunflower yg ada Omega-3 atau Vitmin-E... utk tumis masakan saya guna minyak zaitun ....

    ReplyDelete
  12. sebab tu saya sebenarnya jarang sangat makan kat luar...sebab husband tak suka dan kat luar selalunya dia orang guna minyak yg murah dalam plastik aje tu...

    bukan itu saja...kat luar selalunya letak banyak Pak Aji ...kami dah biasa tak guna Pak Aji,...

    ReplyDelete
  13. lps ni x yah makan makanan bergoreng. makan yang rebus2 jer.

    sihat tubuh badan.

    ReplyDelete
  14. lepas ni semua slim sebab tak makan makanan berminyak lagi dah. Semua main rebus2 bakar2 je. bagus gak ek..

    ReplyDelete
  15. apa susah buat la jangan pakai minyak... semua makanan direbus atau dibakar saja....

    ReplyDelete
  16. Walaupun banyak kali pegi supermarket bulan ni, tapi saya tak beli jugak minyak masak... sebab saya baru je beli dua bulan lepas... Tak sampai suku pun lagi saya guna... Hohohohoh :D :D

    ReplyDelete
  17. belikan la kuali mejik utk akak bang. misti dia suka. hehehe.

    ReplyDelete
  18. kat mymydin dekat rumah chik na langsung takde minyak sejak 2,3 hari lalu... tak kira lah brand apa pun... ...minyak dah tinggal setengah botol je nih

    ReplyDelete
  19. minyak oh minyak. hari tu dapat beli 2kilo, sy tak panik sgt.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. haah...sini pun dah licin2 raknya...
    sib baik hr tu mak mertua dr kk sampai...dia siap bawak minyak masak 2 botol beso hahaha...kat sana kata dia berlambak2 lagik

    ReplyDelete
  23. apsal saya releks je? Sebab mak yg jaga barang dapur,ehehehehe.

    ReplyDelete
  24. kalau pakai minyak zaitun yang boleh buat losyen kulit ngan minyak rambut tu agak agak buleh tak buat masak masak.. kat botol tu ada tulis minyak zaitun 100% asli..


    eheh..


    :)


    mana tau kot terdesak sangat minyak abis..

    ReplyDelete
  25. Kami kena buat minyak sawit sendiri lepas ni...

    ReplyDelete
  26. al-lavendari,

    Saya ni penyabar orangnya ngeee

    ReplyDelete
  27. Tie-Ibu wawanisolehah,

    Sekali sekala makan panggang dan stim best juga tapi kalau dah hari2 makan masakan mcm tu mahu kurang selera huhuhu

    ReplyDelete
  28. Masy,

    Smlm emak Adam oklah. Minggu depan bila minyak dah tinggal sikit dan dibuatnya takde stok kat kedai, siapa yg panik masa tu? hehehe

    ReplyDelete
  29. hanie,

    Ko boleh lah eksen sbb sykt ko ada ladang dan kilang sawit sendiri.

    ReplyDelete
  30. TINY,

    Pandai ko! Mmg dia nak minyak Seri Murni atau paling koman cap Buruh. Skrg harga minyak semua sama. RM13.35 utk sebotol yg 5 kg. Dah harga sama, elok cari yg baik sikit.

    ReplyDelete
  31. MasZuber,

    "Saya tak setuju!," bantah Susuka.

    hehehe

    ReplyDelete
  32. kak long,

    Kat Kajang dah takde gula ke? Kat Giant sini masih banyak lagi gula. Bolehlah ke sini kalau nak borong gula.

    ReplyDelete
  33. Daddy Ziyyad,

    Hebat catatan awak. Ada bagi cadangan penyelesaiannya sekali. Saya punya sempoi aje sebab guna BB semasa menghantar emak Adam ke pasar tani pagi tadi ngeeeee

    ReplyDelete
  34. kts,

    Nampaknya ko yg lebih excited dari emak adam.

    Ko nak minta aku belanja makan cakap ajelah hehehe

    ReplyDelete
  35. nurazzah8,

    Baru buka kenalah ada stok mencukupi. Kalau tak bad publicity nanti.

    ReplyDelete
  36. Syida,

    Awak 4 org satu rumah bolehlah guna minyak canola dgn sunflower tu sbb tak banyak masak gunakan minyak. 3l tu kalau kami goreng keropok, habis separuh.

    Seruan yg baik utk mengamalkan gaya hidup sihat.

    ReplyDelete
  37. nurazzah8 no 2,

    Amalan yg baik demi utk kesihatan. Mampu takpelah.

    Harga canola/sunflower tu lebih mahal jika dibandingkan dgn minyak sawit. Keluarga yg mcm kami yg menggunakan 10 kg minyak sebulan lebih ekonomikal gunakan minyak sawit.

    ReplyDelete
  38. nurazzah8 no 3,

    Bagi keluarga yg mementingkan kesihatan mmg tak berapa gemar makan di luar kerana nilai pemakanan boleh dipersoalkan. Itu belum lagi diambil kira rasanya.

    Masakan sendiri adalah yg terbaik.

    Bilalah saya dan keluarga boleh rasa masakan awak? ngeeee

    ReplyDelete
  39. sepet,

    Belum berani nak commit makan makanan rebus2 aje. Sekali sekala bolehlah hehehe

    ReplyDelete
  40. kakpah,

    Amin. Harap2nya ramailah yg slim lepas ni.

    Selain kurangkan makanan berminyak, kena juga bersenam.

    ReplyDelete
  41. Alimaz - Kembara Terasing,

    Boleh juga tu. Tapi ada makanan yg nak kena goreng spt keropok. Kenalah ada minyak huhuhu

    ReplyDelete
  42. nampaknya orang minyak jg yg tak panik...

    ReplyDelete
  43. hehehe..kita tanam pokok kelapa sawit la..nak x..heheh..dpt minyak free..ehheh

    ReplyDelete
  44. syah,

    Jimat betul awak guna minyak masak. Kalau semua org mcm ni, sia2 aje org yg menyorokkan minyak masak tu ngeeee

    ReplyDelete
  45. DrSinga,

    Kalau semua main rebus2, bakar2 dan stim, bankraplah sykt mcm kepsi tu hehehe

    ReplyDelete
  46. Tijah,

    Dah ada 2 yg guna kupon Giant hari tu. Tapi abg tengok dia jarang pakai pun. Pakai yg lama jugak. Sayanglah tu ngeeee

    ReplyDelete
  47. Chik Na,

    Mydin ada keluarkan minyak masak tak? Kalau takde, mungkin sbb itu takde minyak. Giant ada minyak jenama dia sendiri. Masa ni lah dia org nak tolak jenama Giant ni. Biasanya tak laku sangat.

    ReplyDelete
  48. -GC -

    Awak cuma dua org 2 kg tu cukuplah. Kami ni ramai. 5 kg pun tak cukup huhuhu

    ReplyDelete
  49. Ms Lilies,

    Giant kat Kelana Jaya tu takde jugak ke?

    Rajinnya emak mertua bawa minyak dari KK. Dia takut anak lelaki dan cucu2 dia tak makan kalau takde minyak kat rumah awak kot? hehehe

    ReplyDelete
  50. juliet,

    Awak kenalah belajar2 ambil tahu hal barang2 dapur ni. Kata nak kahwin? hehehe

    ReplyDelete
  51. -•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•-,

    kalau ikutkan minyak zaitun lebih bagus dari minyak sawit utk memasak. Tapi harga dia mahal. Kena pula yg virgin! hahaha

    ReplyDelete
  52. ckLah,

    Itulah untungnya org ada ladang kelapa sawit mcm Pak Zahan dan embah lanang ni.

    Nak buat kilang kat mana tu ckLah?

    ReplyDelete
  53. ikan emas,

    Saya dulu digelar org minyak masa kerja sykt kulit kerang. Masa tu harga minyak petrol naik pun saya tak panik sebab sykt kami dpt untung lebih. Bila untung lebih bayar bonus pun lebihlah juga hehehe

    ReplyDelete
  54. cikceriacorner,

    Ada ke tanah kosong nak tanam kelapa sawit tu? Kalau ada jom kita mulakan. Boleh kaya kita ngeeee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails