Saturday, January 1, 2011

Jalan TAR

Panggung wayang Coliseum di Jalan TAR. Aku pernah menonton Bobby di sini masa sekolah rendah dulu

Dah nak buka sekolah barulah sibuk nak beli blazer pengawas sebab yg tahun lepas dah sempit. Terpaksalah kami ke gedung pakaian di Jln TAR. Nasib baik org tak berapa ramai hari ini. Tapi saiz yg dicari pun dah habis
huwaaaa 3x

Aku juga sempat ke Bangunan KWSP utk check baki simpanan aku. Dah hampir 2 tahun aku tak mencarum dlm KWSP sejak aku kerja sendiri.

Bila aku dpt penyata dari kiosk pintar di situ ternyata baki aku dah tak banyak!
huwaaaa 100x
Sent via BlackBerry from Maxis

51 comments:

  1. dah setahun tak jejak kaki di jalan TAR

    .
    .

    dr 2010

    ReplyDelete
  2. eh. pertama la

    .
    .


    hurmmmm.. permulaan thn baru yg baik
    :D

    takde hadiah??

    ReplyDelete
  3. tak byk duit dlm kwsp, byk duit kat tmpt lain, kan kan kan

    ReplyDelete
  4. aku tak pernah tgk wayang kat coliseum. kat odeon sempatlah merasa

    ReplyDelete
  5. ok. cukup utk hari ni.

    .
    .
    .

    .
    .
    .


    .
    .

    nant bg hadiah eh. terima kasih :D

    ReplyDelete
  6. kurang gemar pegi jalan TAR...selalu crowded sgt...

    ReplyDelete
  7. slm yb.
    saya tgk filem sembilu kat situ dulu.

    tumpang lalu,
    dik kts,
    tahun baru ni muhasabah diri sikit ya dik.
    jgn keterlaluan sangat ya, jaga diri hiasi peribadi.

    ReplyDelete
  8. dik kts,
    jgn tanya duit orang,jaga poket sendiri sudah. tak gitu yb?

    dik kts,
    jgn harapkan sebarang ganjaran pada sesuatu yg kita lakukan, ikutlah cara yb. makin tua makin berisi, ehhhhh.

    ReplyDelete
  9. yb, silap, makin berusia makin berisi.
    macam mana juliet buleh muncul dihari cuti nih? ehhh.

    ReplyDelete
  10. psttttt....saya pon nak hadiah juga,waaaaaa,waaaaaa

    ReplyDelete
  11. ok...cukup untuk hari ini.
    permulaan yg baik utk tahun baru :P

    ReplyDelete
  12. Sedar tak sedar saya dah lebih 5 tahun tak jejak kaki di Jalan TAR tu. Wpun tinggal dekat Pandan, kerja kat BBintang...

    saya tak suka, sebab situ selalu sesak, dan pilihan ada di tempat lain.

    KWSP? heeeeee nanti kalu pencen, dpt kuarkan, “Pokcik kayo!”

    ReplyDelete
  13. YB dulu line O&G, pasti dah berkepuk kepuk wang dalam tuh..jangan tipuuuuu..:)

    ReplyDelete
  14. Last tgk wayang kt situ cite Awang Spanar..

    sangat tak best..bwk anak-anak pulak tu...

    jap..jap..nak kira...

    no. 13

    hah! 13!!!jeng..jeng..jeng..

    permulaan yg sgt tak baik utk thn baru...

    ReplyDelete
  15. Dulu-dulu mampu jalan kaki dari coket ke pertama..


    sekarang


    nak jalan-jalan dalam sogo pun tak larattt...

    ReplyDelete
  16. Dulu-dulu mampu jalan kaki dari coket ke pertama..


    sekarang


    nak jalan-jalan dalam sogo pun tak larattt...

    ReplyDelete
  17. kak juliet di hari cuti???


    apakah??


    hahahaha...

    ReplyDelete
  18. Ku punye kwsp mmg amat kurang...sedih

    ReplyDelete
  19. Tak per YB, KWSP tak banyak..tapi ASB Maximum, Mak Adam Maximum kan..
    he he he..

    ReplyDelete
  20. salam YB
    dah berzaman tajk jejak TAR
    ....macamana lah rupanya...

    ReplyDelete
  21. 'Nasib baik org tak berapa ramai hari ini'

    errr... macam pelik Jalan TAR tak ramai orang pada hari cuti...bukan semedang macam SARDIN kat situ?

    ReplyDelete
  22. Salam tahun baru buat YB !

    Jalan TAR ... dah berzaman tak situ, selalu jam :(

    ReplyDelete
  23. kts no 1,

    Eh lama tu. Lebih 24 jam tu hehehe

    ReplyDelete
  24. kts no 2,

    Tahniah menjadi yg pertama semula!

    Permulaan yg baik. Harap penghabisannya juga baik hikkss

    Hadiah ada spt yg diberitahu tadi. Bila nak tuntut? ahaks

    ReplyDelete
  25. kts no 3,

    Kalau kat KWSP tak banyak, kat tempat lain lagilah kurang huhuhu

    ReplyDelete
  26. kts no 4,

    Odeon mana boleh lawan Coliseum? Citer2 box office selalunya main kat Coliseum. Rugilah budak KL tak pernah masuk situ ngeee

    ReplyDelete
  27. kts no 5,

    Ni dah masuk hari lain. Bolehlah sambung komen


    :


    :

    :

    Utk hadiah tu bolehlah kontek saya mcm biasa hehehe

    ReplyDelete
  28. wahida,

    Ramai org yg tak suka ke sana sebab selalu sesak. Kami pun tak berapa suka ke sana tapi tadi terpaksa ke sana sebab org kata blazer tu ada jual di Kamdar.

    ReplyDelete
  29. juliet no 1,

    Wsalam.

    Eh betul ke ini cik juliet. Selalu kalau hujung minggu awak tak bersiaran hehehe

    Sempat juga awak tengok Sembilu kat Coliseum tu ya. Besar mana awak masa tu ek?


    Nasihat yg baik utk dik kts ngeeee

    ReplyDelete
  30. juliet no 2,

    Wah bernas sungguh pesanan awak kpd dik kts kita tu.

    Ramai org tak selesa kalau org lain tanya tentang duit.

    Poket dik kts penuh lagi ni sebab baru dapat gaji. Takde ke dia nak belanja kita?

    ReplyDelete
  31. juliet no 3,

    Sedarpun kesilapan tu hehehe.

    Eh nak tanya sikit. Apa yg berisi tu? Perut ke poket? hahaha

    Itulah saya hairan ni. Mcmana awak boleh muncul di hari cuti ni? Dah ada tenet kat rumah ek?

    Bolehlah bagi alamat FB dan YM awak hehehe

    ReplyDelete
  32. juliet no 4,

    awak nak hadiah yg sama mcm dik kts tak? Kalau nak, boleh saja.

    psst - kalau nak tahu apa hadiahnya, tanyalah kts. Tapi itu rahsia kita bertiga aje tau ngeeee

    ReplyDelete
  33. juliet no 5,

    wah awak tak nak kalah dgn kts. Dia bagi 5 komen arini, awak pun 5 jugak. Dua2 dah melebihi kuota saya ni hehehe

    Ok see you tomorrow morning.

    ReplyDelete
  34. azieazah,

    Wah boleh ingat kali terakhir awak ke situ ialah 5 tahun lalu!

    Boleh dikatakan apa yg ada di Jalan TAR tu ada juga di tempat lain. Memandangkan awak duduk Pandan dan kerja di BB, di tempat2 itu pun banyak barang yg sama spt yg ada di Jln TAR tu.

    Nak tunggu pencen lama lagi. Sementara tu kenalah saya buat kerja2 yg patut utk menyara keluarga huhuhu

    ReplyDelete
  35. Daddy Ziyyad,

    Tak semua org line O&G kaya dan banyak simpanan dlm KWSP. Kalau doktor O&G kaya kot? hehehe

    ReplyDelete
  36. kak ct,

    Awang Spanar tu tahun 70an tu kalau tak silap. Dah boleh masuk Hari Ini Dalam Sejarah tu hehehe

    Panggung dulu mmg tak selesa mcm panggung skrg. Kena beli tiket yg murah. Balik rumah sakit tengkuk hahaha.

    Siapa kata no 13 tak bertuah? Bagi kita org Islam semua nombor sama aje kan.

    n3 lps ni kak ct cuba jadi yg no 1. Kalahkan kts tu ngeee

    ReplyDelete
  37. ikan emas,

    Wow hebat tu. Adakah IE jalan berlenggang atau dgn beg shopping penuh di tangan? hehehe.

    Sogo tu kalau masuk semua kedai di dalam tu kiranya lebih jauh dari berjalan dari Chow Kit ke Batu Road tau ngeeee

    ReplyDelete
  38. kts,

    Sejak bilalah korang berdua berkakak beradik ni?

    Saya pun musykil Juliet boleh bersiaran weekend. Hari ni saya nak tunggu kunjungan dia lagi. Kalau dia tak datang nanti kita pakat2 serang rumah dia. Saya ambil awak OTW ke rumah dia tau.

    ReplyDelete
  39. jedi,

    Org belum lama kerja mmg mcm tu. Nanti lama2 banyaklah kalau tak dikeluarkan selalu.

    ReplyDelete
  40. Marina Monroe,

    Masalahnya ASB kami tak simpan sgt sebab dulu diragui halalnya. Cuma baru2 ini Majlis Fatwa kata harus.

    Saya cuma ada simpanan pokok semasa student dulu. Emak Adam langsung tak simpan kat ASB atau ASN.

    ReplyDelete
  41. yb dah byk kuarkan duit epf kot.....

    ReplyDelete
  42. dah lama tak kesini..pasar malam jln TAR ada lagi tak yb?

    ReplyDelete
  43. simpanan xbyk xpe,asal aset byk..

    ReplyDelete
  44. slamat tahun baru YB,

    ala simpanan tempat lain banyak lagi tu!

    ReplyDelete
  45. AZANI,

    Wsalam.

    Rasanya tak banyak sangat perubahan di Jalan TAR tu. Kalau dtg KL lain kali singgahlah ke situ.

    ReplyDelete
  46. ~mrs. azmi~

    Semalam org tak seramai mcm nak raya atau masa cuti Krismas minggu lepas. Mungkin kebanyakan mereka dah beli pakaian sekolah anak2. Kalau tak, nak bergerakpun susah. Jalan Masjid India dah jadi lautan manusia.

    ReplyDelete
  47. WanMommy Sarinah,

    Salam tahun baru. Sekejap aje dah 2 hari berlalu huhuhu.

    Kalau nak ke Jalan TAR, naiklah LRT dan turun di Masjid Jamek.

    ReplyDelete
  48. Mak Su,

    Betul tu. Dulu saya dah keluarkan utk beli rumah. Lepas tu selalu keluarkan utk beli saham amanah. Itu yg tinggal tak berapa nak banyak huhuhu

    ReplyDelete
  49. kak long,

    Pasar malam tu masih ada setiap Sabtu. Semalam kebetulan Sabtu. Pasar tu bermula dari pukul 3 petang lagi. Kami sempat beli kuih2, minuman dan laksa kat situ.

    ReplyDelete
  50. Hamizah,

    Aset tak mudah nak dicairkan kalau perlu wang dgn segera. Bila saya dah 55 tahun (kalau panjang umur) duit simpanan KWSP tu lah utk belanja harian.

    ReplyDelete
  51. ibuintan,

    selamat tahun baru dan selamat kembali ke sekolah utk mengajar anak bangsa.

    Sejujurnya simpanan di KWSPlah yg paling banyak utk saya. Tempat lain dah tinggal sikit sejak saya kerja sendiri ni huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails