Sunday, January 2, 2011

Cheap Labour

Dalam kebanyakan syarikat, gaji pekerja adalah salah satu elemen yg besar di dalam perbelanjaan syarikat tersebut. Jika tidak ditangani dengan betul, keuntungan syarikat boleh terjejas. Cabaran utama bagi majikan ialah mengawal perbelanjaan utk gaji pekerja dan hal-hal yg berkaitan dengannya seperti caruman KWSP, caruman Perkeso, bayaran OT dan bonus tahunan.

Cabaran ini bertambah hebat kerana pekerja akan mengharapkan gaji mereka akan dinaikkan setiap tahun. Jika gaji naik sudah tentu caruman berkaitan juga naik. Selaku pekerja pula, kita mengharapkan bukan saja gaji kita dinaikkan setiap tahun (kalau boleh setahun 2 -3 kali lagi bagus) tetapi juga diberi bonus. Kalau diberi sikit, mesti bising. Kalau boleh nak bonus macam org kerja bank yg dapat sampai 8 bulan bonus

Untuk mengatasi perkara ini satu cara yang diamalkan oleh segelintir syarikat ialah dgn menggunakan cheap labour (buruh murahan). Macamana caranya?

Caranya ialah dgn mengambil siswazah yg di tahun akhir utk membuat praktikal di syarikat mereka.

Anak aku yg sulung sekarang sedang menjalani praktikal di sebuah syarikat perakaunan di KL ini. Dia dan seorg rakannya yg satu universiti telah diterima melakukan praktikal di syarikat itu mulai pertengahan bulan Disember lepas. Menurutnya, sebelum mereka masuk sudah ada dua org siswazah lain dari universiti lain yg juga menjalani latihan amali di situ. Ini bermakna skrg ada 4 org pelatih di situ.

Mereka ini tidak dibayar gaji (biasalah tu) tetapi hanya elaun sebanyak RM400 sebulan. Kalah gaji mat Bangla yg kerja kat stesen minyak atau Mat Indon yg kerja buruh kontrak.

Dengan duit itulah mereka gunakan utk tambang dan makan. Nasib baik anak aku ada motor kapcai. Bolehlah dia ke pejabat dgn motor buruk itu. Bayaran parking motor seringgit sekali masuk. Kerana pejabatnya di pinggir kawasan Tiga Segi Emas, maka makan di situ agak mahal. Terpaksalah aku beri subsidi kpd anak aku itu utk duit makan dan duit minyak huhuhu.

Budak2 praktikal ini dikehendaki melakukan kerja seperti pekerja lain. Sudahlah tu. Cuti atau hujung minggu pun kena kerja kerana banyak syarikat sedang diaudit akaun mereka. Tadi pagi anak aku dan rakan2 di sykt tempat dia bekerja telah ke Glenmarie utk melakukan stock take. Dia telah dilantik sebagai team leader walaupun ada pekerja lain yg turut serta dalam kumpulannya hari ni. Kiranya mereka ini mendatang pendapatan kpd syarikat tempat mereka buat praktikal tu.

Sabar ajelah.


****************************************************************************

Bagi aku, gunakanlah masa praktikal selama 6 bulan ini utk menimba seberapa banyak pengalaman dan membina network. Kalau nak harapkan gaji, lebih baik kerja dgn aku aje.


36 comments:

  1. saya ada pengalaman itu
    sangat mahal dan berharga !

    ReplyDelete
  2. aku dulu praktikal dibayar rm 300 je.


    -tasekM-

    ReplyDelete
  3. ehh, saya first ?
    alaaa...
    tak suka ! tak suka !

    ReplyDelete
  4. truk tul... murah sgt mcmana nk idup

    ReplyDelete
  5. 400..kecik sgt time ni nilainya.nasib baik ada ayah bagi subsidi.takpe yb.leh dia belajar berjimat n tau betapa bernilainya duit dr usaha sendiri kan .

    ReplyDelete
  6. LiNda,

    Sebahagian siswazah di negara kita melalui pengalaman ini. Tapi kalau tak silap sebelum ni tempoh praktikal cuma 3 bulan.

    Kalau skrg awak nak buat praktikal, memang saya akan tawarkan tempat di sykt saya ekeke

    Tentu lebih mahal dan berharga pengalaman tersebut hahaha

    ReplyDelete
  7. tasek,

    Itu zaman tok kaduk kan? Jangan kan yg buat praktikal, siswazah menganggur pun dapat RM500 di bawah skim membantu siswazah yg petik anggur tu.

    psst - apasal ko tak logon malam ni?

    ReplyDelete
  8. uncle, beruntung la dpt elaun RM400.. sy kan baru je abis pratikal bln 9 aritu kat KWSP Ipoh. xpdt elaun pun.. tp ape yg penting pengalaman la uncle.. best sgt sbb rse mcm staff epf da. (wlpn keja mcm depa tp xde pape ganjaran).. tp ganjaran lain, sy sentiasa dibelanja olh bos n staf2 yg sgt baik n dpt hadiah yg byk2!! hehe.. xlupa juga markah pratikal A!! luv epf ipoh!!=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,,fatin,, kamu dulu praktikal di kwsp ipoh eh? nak tye skit boley? :) ipoh tu kat area mane eh?

      Delete
    2. salam..fatin..nak tye sikit boley? kamu praktikal kat ipoh eh? area mane tu ek?

      Delete
  9. LiNda,

    Ha'ah awak first malam ni. Petanda yg baik ni ekeke.

    Nape pulak tak suka? Org lain ramai yg berebut2 tau huhuhu

    ReplyDelete
  10. meo,

    Nak hidup kenalah cari sumber lain gamaknya.

    Sebelum mula kerja hari tu pun dah kena beli baju kemeja lengan panjang dan seluar slack beberapa pasang. Duit juga tu huhuhu

    ReplyDelete
  11. Monalea,

    Itulah antara harapan saya. Kalau sebelum ni dia tak tahu berapa susahnya nak cari wang, harapnya lepas ni dia tahu perkara tersebut dan akan lebih berjimat cermat.

    ReplyDelete
  12. Fatin Izzati,

    Terima kasih kerana memberi pandangan dari sudut mereka yg menjalani latihan praktikal.

    Uncle memandang dari segi keperluan sara diri pelatih2 terutama yg di tempatkan di bandar2 besar. Walaupun tujuan utama utk memberi pendedahan kpd pelatih tetapi mereka juga menyumbang kpd organisasi dan oleh demikian wajar diberi elaun yg lebih sikit.

    Kesian pula uncle dengar Fatin tak mendapat apa2 elaun ketika praktikal di EPF Ipoh. Mujur bos dan staf2 lain. Uncle percaya bos di situ ada program yg lengkap utk Fatin sehingga awak merasa sangat berbaloi mengikuti praktikal di sana.

    Semoga pengalaman ini berguna utk masa depan Fatin dan selamat menempuh alam pekerjaan bila habis belajar nanti.

    Oh ya. Fatin belajar di mana?

    ReplyDelete
  13. Salam Bang YB.

    Boleh saya tahu, syarikat mana anak YB buat praktikal? adakah syarikat itu sesuai dan bagus (dlm apa jua bentuk termasuk kepada mereka yang buat praktikal).

    Saya berminat kerana anak dara saya pun sedang cari syarikat yang sesuai nak buat praktikal next sem (accounting juga).

    sila email saya: azieazah_07@yahoo.com jika tak keberatan.

    Terimakasihhhh...

    ReplyDelete
  14. anak saya juga akan menjalankan latihan praktikal mulai selasa ni, esok nak pegi hantar dia ke Rawang.. praktikal dengan Produa.. elaun RM 350 sahaja tapi di beri asrama tempat tinggal..

    ReplyDelete
  15. azieazah,

    Wsalam.

    Anak saya sengaja tak memilih utk buat praktikal di Big 4 accounting firm spt yg dilakukan oleh kebanyakan pelajar account. Dia kata nak menimba pengalaman dgn sykt yg sederhana.

    Jadi elok rasanya azie tanya anak azie dulu sykt mcmana yg dia mahu pilih. Apapun nanti saya akan emelkan alamat sykt tempat anak saya buat praktikal itu selepas saya dapat detailnya dari anak saya. Dia dah pergi kerja ni.

    Satu lagi perkara yg patut diambil kira ialah tempat tinggal semasa melakukan praktikal. Kalau tak jauh dari rumah atau ada disediakan tempat tinggal ok juga. Kalau nak kena menyewa rumah mungkin duit elaun yg diberi itu tak cukup.

    ReplyDelete
  16. zino,

    Ini anak zino yg belajar di UiTM tu ke?

    Tahniah dapat buat praktikal di Produa kalau dia minat bidang automotif. Untung2 boleh bekerja di sana selepas habis belajar nanti. Berapa lama praktikal tu?

    Elaun RM350 tapi disediakan asrama kira ok lah. Kalau nak berulang dari BTR atau menyewa sendiri agak beratlah.

    ReplyDelete
  17. dulu saya elaun praktikal 300 jek... semua sendiri.. sabtu ahad keje tuuu selalu balik tengah malam.. sadis betul mase tuu

    tapi memang skang company banyak buat camtu.. ambil budak praktikal tak perlu bayar EPF, gaji yang tak serupa gaji...

    ReplyDelete
  18. company sy bayar rm15 sehari utk budak2 praktikal

    ReplyDelete
  19. salam en YB..
    dulu sy praktikal xdpt ape2 pon..heheh..tgk pd company kan..bdk praktikal memang membawa untung pada company...xpe yg penting pengalaman..heheh

    ReplyDelete
  20. ~mrs azmi~,

    Sykt manalah tu yg peras betul tenaga awak masa praktikal tu? Mereka ingat budak praktikal ni robot agaknya.

    Masa saya kerja dgn sykt kulit kerang dulu pun ada budak praktikal ditempatkan di jabatan saya. Tapi saya kena buat program yg lengkap dan beri bimbingan serta pemantauan yg berterusan.

    Ada sykt yg campak budak2 ni kat sebelah kolam yg dalam dan harap mereka boleh berenang sendiri. Sungguh kejam dan sadis kalau buat mcm tu.

    ReplyDelete
  21. -GC-,

    Kira macam gaji hari pulak? Tapi ok juga sebagai insentif utk budak praktikal dtg kerja dan dapat latihan.

    ReplyDelete
  22. kat tempat IE ni pun ada yg sdg praktikal..

    tak per IE suker..

    tp biasa laa..

    praktikal kat gomen tak dpt apa pun selain pengalaman yang HEBAT DAN MENYERONOKKAN !!!

    IE pelawa sesape yg nak buat praktikal kat tempat IE ..( suker sebab blh tlg IE ...hehehehehe..)

    ReplyDelete
  23. Andaikata YB boleh experience seminggu pengalaman sebagai houseman di hospital JB/Klang/HKL/KB, maka mungkin YB akan merasakan bahawa betapa mewahnya budak2 praktikal itu..walaupun gaji houseman itu lebih besar dari elaun budak praktikal..:)

    ReplyDelete
  24. saya punye praktikal dulu rm450 je. jeles dgn setengah member yg firm diorg bayak seribu utk elaun. grrr!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum... dulu praktikal dekat mana? skrg tengah pening pkir pasal praktikal. hukhukhuk. sesiapa tahu tak, praktikal dekat tabung haji brape... skrg, ptptn pun xdiberi semasa praktikal.. memang menari company yang boleh bagi elaun tinggi sikit.... at least ada elaun untuk sara hidup... huhuhuh

      Delete
  25. kesiannya naik moto kapcai. nak pinjam skuter saya? :P

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum..pengalaman praktikal itulah yg sy jadikan panduan sekarang..pernah masuk kilang haram kat area klang sebab nak kompoun depa..pernah kne kejar anjing..masa tue praktikal kat Majlis Perbandaran Klang

    ReplyDelete
  27. ikan emas,

    Ada berapa org budak yg sedang buat praktikal tu? Kesiannya takde elaun. Perbelanjaan mereka tu mcmana? PTPTN lah kot kalau tak habis digunakan buat beli top up hehehe

    Betul. Pengalaman berguna susah dicari. Jadi kalau tak dibayar pun takpe kot asalkan dpt pengalaman yg HEBAT DAN MENYERONOKAN itu.

    Kalau saya nak buat praktikal sehari dua kat tempat IE boleh tak?
    Sayapun nak cari pengalaman yg hebat dan menyeronokkan itu hehehe

    ReplyDelete
  28. Daddy Ziyyad,

    Menarik ni nak tahu. Tapi saya tak boleh nak experience itu semua sbb nanti kena tangkap kata bogus doctor.

    Apa sebenarnya yg berlaku tu DZ?

    ReplyDelete
  29. gadisBunga,

    Awat hang tak mintak kat firm yg bayaq elaun sampai seribu tu?

    Takpelah. Dah lepas. Skrg gaji hang pun dah besaq hehehe

    (apahal pulak saya cakap utara ni? huhuhu)

    ReplyDelete
  30. gadisBunga,

    Awat hang tak mintak kat firm yg bayaq elaun sampai seribu tu?

    Takpelah. Dah lepas. Skrg gaji hang pun dah besaq hehehe

    (apahal pulak saya cakap utara ni? huhuhu)

    ReplyDelete
  31. juliet,

    Kalau bawa kemri mahal bayar parking.

    Kalau kak juliet nak pinjamkan skuter tu alhamdulillah. Sebelah petang Hazwan minta ayah hantarkan kak juliet balik rumah. Kalau nak pergi dating oopsss minum pun boleh hehehe

    ReplyDelete
  32. sahrom,

    Waalaikumsalam.

    Baguslah kalau awak menafaatkan peluang menimba pengalaman sebanyak mungkin semasa praktikal dulu.

    Ada sesetengah pelatih tu asyik dok komplen aje masa praktikal. Last2 tak dapat pengalaman yg berguna sangat dlm tempoh praktikal tu.

    Saya selalu juga ke MPK tapi bukan bahagian Penguatkuasaan.

    Skrg Sahrom dgn PBT ke? Yg mana satu ek?

    ReplyDelete
  33. assalamualaikum...tabung haji biasanya bg elaun brpa ye?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails