Wednesday, January 5, 2011

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Bila Harga Barang Naik Dan Naik Dan Naik

Mulai malam tadi harga petrol RON97 dan minyak tanah naik 10 sen seliter. Ramai yg kecoh macamlah mereka banyak menggunakan kedua2 barang ini. Hakikatnya kebanyakan kita yg berkenderaan menggunakan RON95 aje sekarang. Sebabnya harga RON95 lebih murah.

Kita tinggalkan kisah minyak petrol.

Sekarang kecoh minyak masak kurang di pasaran. Ada persamaan macam gula tak lama dulu. Kerajaan seperti biasa 'menasihatkan' pengguna jangan melakukan pembelian panik. Aku pun hairan: nak buat pembelian panik (yakni membeli dalam jumlah yg banyak utk disimpan kerana takut minyak takde lepas ni) apanya sedangkan minyak masak takde di kedai atau pasaraya. Ek alah. Apa punya nasihat?

Semalam sepupu aku yg berniaga makanan singgah ke rumah aku. Dia nak ke pasaraya di sini mencari minyak masak kerana di tempat dia dah habis. Puas dia pergi dari satu kedai ke satu kedai tapi takde. Kalau tak dapat minyak masak, alamat tak berniagalah dia kerana kebanyakan barang jualannya menggunakan minyak utk dimasak. Mungkin dia kena jual pisang rebus menggantikan pisang goreng.

Biasa barang takde di pasaran kerana harganya nak naik. Kita tunggu ajelah berapa banyak kenaikkan harga minyak masak. Lepas harga dinaikkan, mesti melambak semula minyak masak di pasaran. Masa tu kalau nak mandi minyak pun silakanlah.

Bila satu barang naik harga, barang lain akan ikut naik juga. Nak tak nak kena beli juga sebab ini barang keperluan harian. Bukan macam 300 barang mewah yg diturunkan cukai mulai 1 Jan baru2 ini. Barang2 tu tak beli pun takpe.

Satu cara mengatasi masalah ini ialah mencari sumber pendapatan tambahan bagi menampung perbelanjaan yg semakin bertambah ini.

Soalannya sekarang bagaimana nak cari sumber itu?

Renung-renungkan dan selamat beramal hehehe

70 comments:

  1. melalui blog pn blh tambah pendapatan...

    ReplyDelete
  2. sekarang pun tengah menmabah pendapatan,walaupun tak la beribu sebulan..tapi boleh la menjana pendapatan suami...:)

    ReplyDelete
  3. ehhh..pepeagi lagi ipar-duai ni dah melangok kat blog yb..hehehe!

    ReplyDelete
  4. yb.. hari ini aku dpt cek lagi dari nuffnang. kira pendapatan tambahan gak kan? eehehhe..

    ReplyDelete
  5. kat giant puchong pun minyak yg biasa beli takda yg besar. tinggal yang cinonet je. last2x suami ckp ambik 5 botol terus....ambiklah cinonet tu 5 botol.

    ReplyDelete
  6. YB, tolong bagi saya keje part time. boleh kan kan kan? :D)))

    ReplyDelete
  7. tapi saya mmg sikit kecoh bila ron97 naik sebab saya cuma pakai munyak baru. minyak lama buat kete saya mogok. wuwuwu~

    ReplyDelete
  8. pak2 menteri yg dok bg saranan tu, depa sebenarnya kena beli myk masak dak? kena dak pi stesen myk isi myk?

    ckp ja pandaiiii

    ReplyDelete
  9. yang perlu dielakkan ialah kita jangan naik angin apalagi naik minyak !

    ReplyDelete
  10. ron 95 baru je naik, ron 97 naik juga lagi

    santan dah naik, minyak tanah dah naik, susu dah naik, gula dah naik, gas masak dah naik, bawang dah naik,

    mmmmmmmmmm

    gaji juga x naik2 :-)

    ReplyDelete
  11. tapi mmg agak terasa la dgn semua kenaikan tersebut....nak tambah pendapatan,tapi anak2 terbiar macamana pulak tu?

    ReplyDelete
  12. rega barang takdenya yang turun-turun, naiiiikkkk je semedang...

    tapi gaji takde naik-naik jugak... letih laa camni... huhu~~

    ReplyDelete
  13. ok jugak kalau 'mencari sumber minyak masak tambahan...'
    bagaimana tu..hehe

    ReplyDelete
  14. kakngah,

    Betul tu tambahan bagi blog yg popular. Tapi kalau mcm blog saya ni, nak beli susu Adam pun tak lepas huhuhu

    ReplyDelete
  15. kak long,

    Skrg buat kuih utk jualan ke? Saya doakan perniagaan kak long bertambah maju. Satu hari nanti barangan keluaran kak long akan dijual di hypermarket seluruh negara dan juga di luar negara. Masa tu kak long dah ada kilang sendiri.

    Tapi harap kak long tak lupakan kami w/p mungkin masa tu kak long takde masa nak blogging lagi huhuhu

    ReplyDelete
  16. kak long lagi,

    Eloklah tu. Dah berapa hari ipar duai dua org ni tak datang ke sini hehehe

    ReplyDelete
  17. huh terasa..kerajaan ada mcm xde je xbleh nak bendung perkara ni..nk kata bodoh semua bijak jugak..gua niaga tapi minyak xde cmna..dpt 5kg je sari..itupun puas pujuk apek bangang tu...

    ReplyDelete
  18. semalam pi kedai cari minyak ... tokey kedai kata mintak benda lain ada... minyak tak yah mintak la....

    ReplyDelete
  19. kak long lagi dan lagi,

    Kak ngah dah balik . . . .

    ReplyDelete
  20. Jard,

    Kencanglah pendapatan Nuffnang ko. Tahniah. Aku tumpang gembira. Kalau ko nak belanja aku makan aku lagilah gembira hehehe.

    Nuffnang aku mcm tak bergerak aje huhuhu

    ReplyDelete
  21. Monalea,

    Kira adalah jugak w/p cinonet. Kalau langsung takde minyak masak, kenalah pakai minyak urut. Itu lagilah cinonet botolnya hahaha

    ReplyDelete
  22. gadisBunga,

    Nak jadi runner saya utk MPK, MBSA, JKR dan jabatan2 lain yg sewaktu dgnnya boleh? hehehe

    ReplyDelete
  23. pisang rebus pun sedapppppp!!!!!

    ReplyDelete
  24. gadisBunga lagi,

    Kalau mcm tu kena tukar kereta baru yg boleh pakai minyak lama hehehe

    Beza seliter 50 sen banyak tu. Saya rasa nak naik lagi sebab harga minyak mentah terus naik di pasaran dunia.

    ReplyDelete
  25. -GC-,

    Emo nampak? Tapi ada betulnya apa yg awak cakapkan itu. Pak dan Mak menteri ini kadang cakap dari bilik aircond aje. Cuba turun ke bawah ni betul2 dan bukan utk keluar kat tv dan suratkhabar.

    Macam TBS di BTS tu. Dah siap baru kecoh operator tak nak pindah sebab cas mahal sgt.

    Opps dah ke laut pulak komen balas ni.

    ReplyDelete
  26. al-lavendari,

    Naik minyak ke turun minyak bang?

    psst- tapi kalau kita semua diam aje, mereka ni naik lemak hehehe

    ReplyDelete
  27. Wanita Bertudung Hijau,

    Mmg kebanyakan barang naik harga. Buku latihan utk anak sekolah pun naik. Yuran naik. Dah hari ketiga sekolah tapi anak saya tak habis2 minta duit utk bayar macam2 huhuhu.

    Harap2 tekanan darah tak naik. Kalau naik nanti pergi klinik ubat pun dah naik huwaaaaa

    ReplyDelete
  28. Aderk! Di kuala berang ni pun minyak masak dah lesap! Tengok gula bertimbun-timbun membukit. Orang tak heran daa...

    Ish.. semua barang nak naik, gaji naik pun tak ada faedahnya.

    ReplyDelete
  29. hehe..teringat entri aku masa petrol naik tinggi giler zaman pak lah tu. pm cadangkan ubah gaya hidup. tapi aku bagi idea sama cam ko gak, cari sumber pendapatan tambahan. dan salah satunya melalui blog..

    ReplyDelete
  30. bile la gaji nak naik..bile la gomen nak dpt bonus byk2 mcm en YB bg kat stafnye?hehehhe

    ReplyDelete
  31. entaaahh laahhh :(

    bosan aku dibuatnya

    ReplyDelete
  32. iyo yb...
    br semalam jumpa mnyk msk..
    tu pun hak botol kecik 1kg...jenuh mencari..sekali dapat beli 2 botol je...botol yg beso2 tu dah lama ghaib dari raknya

    ReplyDelete
  33. naseb la YB,

    kalau minyak naik otomatik semua yg lain naik

    kat Tg Ipoh sini kelapa sebiji pun dah RM2.30, minyak masak pun takde..

    masak rebus je lah hari2

    ReplyDelete
  34. semua barang nak naik..
    habeslah.. makin susut lepas ni.. adeh..

    ReplyDelete
  35. tak guna meletakkan status eknomi kita dgn orang lain. Contohnya mengharap bonus hujung tahun utk bayar roadtax/yuran sekolah anak anak.

    Kita yang patut ambil langkah proaktif jana pendapatan.

    Meroyan marahkan Kerajaan pun, tetap sumber pendapatan di takuk lama, unless kita berusaha sendiri.

    ReplyDelete
  36. shaliza,

    Kerajaan selalu kata kenaikan adalah terkawal dan tak membebankan rakyat. Macamana boleh terasa pulak ni? huhuhu.

    Hakikatnya bila harga barang naik memanglah kita akan terasa penangannya.

    Kalau ada anak kecil, kenalah cari pendapatan dari rumah.

    Saya pun buat kerja dari rumah sbb Adam masih kecil ngeee

    ReplyDelete
  37. syah,

    Ada juga satu dua barang yg turun harga terutama barang yg kita sendiri nak jual. Contohnya harga kereta second hand kita huhuhu.

    Gaji tak naik sebab majikan kita tahu kita takkan lari ke tempat lain w/p dia tak naikkan gaji atau beri kenaikan ciput. Satu cara mengatasi cabaran ini ialah buat diri kita lebih marketable.

    ReplyDelete
  38. dude,

    Kat mana agaknya kita nak cari sumber minyak masak tambahan tu? Minyak sawit antara minyak masak dan lemak yg termurah di pasaran.

    ReplyDelete
  39. waQheh,

    Dah selalu terjadi setiap kali peniaga atau pengeluar nak naikkan harga barang kawalan, tiba2 barang tu susah nak dicari. Mcm gula dan tepung tak lama dulu. Lepas kerajaan kata harga dinaikkan, berlambak di pasaran.

    Taktik lama tapi entah mcmana masih berkesan. Kena cari org yg lebih bijak utk menangani isu tersebut.

    ReplyDelete
  40. Alimaz - Kembara Terasing,

    Perlis kan dekat dgn Langkawi. Tak boleh gunakan minyak gamat utk gantikan minyak masak ke? hehehe

    ReplyDelete
  41. hmm

    bersabarlah kita menjadi rakyat yang tertindas..

    ReplyDelete
  42. DrSinga,

    Pisang bolehlah direbus tapi roti canai rebus tak pernah rasa lagi hehehe

    ReplyDelete
  43. Tie,

    Kalau kat Kuala Berang takde datanglah Kuala Lumpur ni. Minyak ada sikit lagi. Itu semalamlah. Tak tahu kalau hari ni dah lesap semuanya.

    Kalau naik gaji masih ok juga. Kalau kerja sendiri mcm saya ni, kadang ada pendapatan kadang takde. Ramai org yg macam saya ni huhuhu.

    ReplyDelete
  44. menteri tak turun padang sebab tu dia cakap jgn buat belian panik padahal nak beli sepeket pun tarak.

    ReplyDelete
  45. Penyuk,

    Aku respeklah org mcm ko ni. Sentiasa cari jalan utk tambah pendapatan.

    Hasil dari pengiklanan kat blog ko pun boleh tahan kencang. Teruskan usaha murni ko ni.

    psst - bila kita nak mengeteh ni?

    ReplyDelete
  46. cikceriacorner,

    Gaji naik bila kerajaan dapat kutip cukai lebih tinggi dari skrg.

    Dapat bonus bnyk2 bila nak pilihanraya nanti hehehe

    ReplyDelete
  47. Mak Su,

    Ramai yg dah bosan. Apapun hidup mesti diteruskan huhuhu

    ReplyDelete
  48. Ms.Lilies,

    Nasib baik awak dah dapat 2 botol 1 kg tu. Tahanlah seminggu kalau mcm kita org ni. Kalau awak tak tahulah berapa lama boleh tahan tu.

    Skrg ni kalau pergi kedai kena cari minyak masak dulu sebelum beli barang lain. Takut stok yg sikit tu habis kena sapu org lain huhuhu

    ReplyDelete
  49. ibuintan,

    Org Tg Ipoh banyak tanam getah. Ok juga tu. Sebab harga getah dah tinggi. Boleh buat beli barang lain.

    Tapi lepas ni kena tanam kelapalah pulak kat tanah yg terbiar.

    Saya yg duduk KL ni nak tanam pokok bukan ada tanah huhuhu

    ReplyDelete
  50. Faaein Himura,

    Susut badan ke susut poket? Kalau susut badan saya suka. Tak perlu nak susah payah jogging mcm saya ni ngeeee

    ReplyDelete
  51. Daddy Ziyyad,

    Satu komen yg direct to the point. Betul apa yg awak katakan itu. Jgn letakkan masa depan kita di tangan org lain. Marilah kita tentukannya sendiri. Marilah kita merdeka dari segi ekonomi. Mencapai kemerdekaan kewangan.

    Tapi ada org akan kata, "awak gaji besar atau bisnes kencang bolehlah cakap. Kami ini kalau takde OT nak bayar bil pun tak lepas"

    Marilah kita sama2 berdoa agar Allah murahkan rezeki kita dan memberi rezeki dari jalan yg tak kita sangka. Syaratnya, kita kenalah menjadi hambaNya yg bertakwa.

    ReplyDelete
  52. MasZuber,

    Kalau semua org boleh sabar takpe tapi ramai yg akan memprotes. Lihatlah keputusan piliharaya akan datang kalau masalah ni tak ditangani dgn baik.

    ReplyDelete
  53. juliet,

    menteri turun ke padang lain agaknya.

    ReplyDelete
  54. renung-renungkan....


    ...dah renung dah, entri nii.

    :D

    ReplyDelete
  55. td tgk berita, sya betul tak suka dgn statement menteri tu pasal isu minyak...

    ada ke dia kata pengguna jangan 'PANIK'

    apa punya menteri la...cakap elok2 tak bleh agaknya...bikin panas

    ReplyDelete
  56. ngeteh?? aku segan aa.. ngan YB lak tu, aku cuma rakyat marhaen.hehe

    ReplyDelete
  57. awak tak baca ke entri abang semalam tentang komen mengomen .. elok awak baca sebelum abg naik minyak !

    ReplyDelete
  58. kat mana kedai sepupu u?
    i nak menjana pendapatan dia.hehehe

    ReplyDelete
  59. ckLah,

    Lama awak renung entri ni. Lepas ni bolehlah amalkan mana yg patut hehehe

    ReplyDelete
  60. MENTIBANG LAUT,

    Itu standard script setiap kali barang takde atau kena sorok.

    Siapa yg panik sebenarnya? Rasa2nya dialah yg panik tak tahu apa nak jawab hehehe

    ReplyDelete
  61. Penyuk,

    Banyaklah ko punya rakyat marhaen hehehe.

    Tapi memang takde jodoh nak jumpa ko. Aku dah siap bawa buah tangan utk ko. Serius aku cakap ni. huhuhu

    ReplyDelete
  62. Hamizah,

    Taklah emo sangat tapi geramlah juga. Macam tak dapat nak kawal keadaan.

    ReplyDelete
  63. al-lavendari,

    Semalam saya tak baca n3 tu sbb smlm tak banyak banyak blog yg sempat saya lawati. Hari ni saya dah baca. Terima kasihlah menyebut saya sebagai contoh.

    Sebenarnya ada ketika saya pun tak sempat nak balas semua komen kawan2. Memang rasa terkilan tapi nak buat mcmana.

    Tapi bila ada masa, semua komen org di blog org lain saya baca. Ada masa komen mereka pun saya komen hehehe

    ReplyDelete
  64. Syida,

    Sila ke gerai Lontong Jawa di Lrg Keramat 20. Hujung minggu ni bolehlah ke sana utk membantu menjana ekonomi sepupu saya tu. Kirim salam kat dia kalau awak ke sana. hehehe

    ReplyDelete
  65. bawak buah tangan? la naper tak cakap awal².kalu tak saya amik coti EL.alasan nak jupe YB.hehe

    ReplyDelete
  66. Penyuk,

    Yup adalah something semalam tapi dah simpan balik buah tangan tu huhuhu

    Ingat tak sempat tghari lepas kerja boleh jumpa ko sebab petang semalam aku sepatutnya ke KJ. Tapi ko kata nak ambil anak. Aku tak jadi nak pursue ngeeee

    ReplyDelete
  67. oo..patutlah.hmmm..takpe..tak dapat buah tangan,dpt ipad pun jadilah.hehe..

    ReplyDelete
  68. renung2kan.. dan selamat beramal..hihi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails