Thursday, December 2, 2010

Random Things About YB - The Sequel

Bagi mereka yg telah mengikuti siri ini, jom kita sambung cerita merapu ini. Tapi sebelum itu bagi yg baru membaca, ini adalah sebahagian dari tag dari gadisBunga.

Syarat tag itu adalah:

"Once you have been tagged, you are supposed to write a note, with 25 random things, facts, habits or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated. Haha!"


16) Dari kecil aku tak banyak campur dgn budak perempuan. Semasa sekolah rendah dan menengah aku sekolah lelaki. Ada pelajar perempuan pun student tingkatan 6 semasa di VI. Aku tak sempat masuk Form 6. Jadi tak dapat nak usha awek kat sekolah aku w/p ada kawan aku semasa kami Tingkatan 5 cuba mengorat kakak Tingkatan 6.

17) Masa aku di universiti pun tak ramai student perempuan dari Malaysia. Ada 2-3 org yg agak cun telah disapu oleh org lain sejak mereka di Malaysia lagi. Tinggallah yg reject kurang menarik huhuhu

18) Masa aku kerja di Miri, ibubapa aku dah warning jangan cari gadis Sarawak. Jauh kalau mereka nak jumpa besan.

19) Kiranya aku ni anak yg baiklah. Tak kacau anak dara org dari zaman sekolah sampailah dah kerja. Untuk membalas 'kebaikan' aku tu emak aku carikan aku calon isteri. Maka aku diketemukan dgn emak Adam! jeng jeng jeng

20) Masa kami kahwin dia baru berumur 21 tahun. Dia dah dapat tawaran nak masuk maktab perguruan masa tu tapi terpaksa melupakan hasrat murni utk jadi cikgu Murni kerana tawaran aku lebih menarik ahaks.

21) Kakak ipar aku yg no 2 lebih muda dari aku.

22) Aku kahwin langkah bendol.

23) Selain dari Miri kami pernah tinggal di KL (dua kali) dan JB di rumah yg disediakan oleh sykt kerana aku bekerja mengikut projek masa itu.

24) Oleh itu anak2 kami ada yg lahir di Miri, KL dan JB.

25) Aku banyak melawat tempat di Malaysia ni semasa aku kerja dgn sykt kulit kerang. Di mana ada stesen warna merah kuning besar kemungkinan aku dah pergi ke tempat itu. Mungkin aku dah sampai ke tempat anda kalau ada stesen Shell di situ.


Ok cukup 25. Kalau nak sambung sampai 100 pun boleh tapi nanti korang bosan pula baca.

Aku tak sampai hati nak tag sesiapa sebab aku tahu ramai yg tak suka jawab tag ini. Tapi kalau ada yg nak buat tag ini, silalah. Jangan lupa beritahu aku supaya aku tak terlepas membacanya.

50 comments:

  1. YB masih dgn syarikat kulit kerang?

    ReplyDelete
  2. yang no. 21 - 24 tu macam dah mula hilang stim jer jawapannya.

    ciss dapat no.2 !

    ReplyDelete
  3. Daddy Ziyyad,

    Saya dah berhenti dari sykt kulit kerang pada tahun 2008. Gatal nak cuba kerja sendiri pulak hehehe

    ReplyDelete
  4. al-lavendari,

    Yg no 21 - 24 tu nak tiru cara abg. Buat pendek2 hehehe

    Skrg abg start dari zero balik kalau nak hadiah pengomen pertama tu. Ayuh teruskan mencuba!

    ReplyDelete
  5. kaklong ada gak kawan lelaki yg suka kat bdk pompuan yg umo dia lbh tua dari dia masa tu tg.4 kot...dia suka kat bdk pompuan tg.5...kaklong tanya kenapa?
    dia jwp...aku suka la...hehehe

    ReplyDelete
  6. rasa nak buat lah. sempena nak habiskan umur 25 tahun ni. tag dia plak ngam ngam soi 25 kan. hahahah

    ReplyDelete
  7. patutlah rasa macam penah jumpa je..

    ReplyDelete
  8. kak long,

    Beza setahun takde apalah kaklong. Kena pula bdk pompuan tu cun dan kecil molek.

    Mana boleh lawan yg kat Terengganu tu hehehe

    ReplyDelete
  9. The Nurul,

    Nak buat satu perkara utk setiap tahun ke? Menarik juga tu ngeee

    ReplyDelete
  10. ni kira zaman muda dulu mmg baik la ye...ahaks...

    ReplyDelete
  11. Hurm...dah habis 25 tapi cerita macam tergantung aje...

    ReplyDelete
  12. tak nak sambung lagi sampai 50 ke? hik hik hik

    ReplyDelete
  13. tak payah lah saya jenuh nak mencari dalam arkib tu ...cerita YB...

    ReplyDelete
  14. senang-senang...tulis novel aje lah YB..

    ReplyDelete
  15. salam..kalau boleh uncle tunjuklah jalan sekali mcmana boleh sampai tahap macam ni ngee

    ReplyDelete
  16. ala sambung la lagi sampai 100 pon takpe..best!

    ReplyDelete
  17. sms baru perasan semalam !

    sori YB...



    hehe..

    ReplyDelete
  18. hehehee....


    terima kasih kerana x tag sesapa.. sebab aku ada 3 utang tag y aku lum buat....

    ReplyDelete
  19. 22) Aku kahwin langkah bendol.

    .
    .

    rumah ko banyak bendul
    atau
    rumah mak mertua banyak bendul
    atau
    memang ada acara melangkah2 bendul?

    :P

    ReplyDelete
  20. wow! .. pilihan parents memang terbaik kan.

    ReplyDelete
  21. laa..pilihan mak ayah kah mak adam tu...

    nampaknya GB kena la jadi pilihan mak ayah jugak tapi mak ayah sape pulak nak pilih GB ni....wuwuwu~

    ReplyDelete
  22. salam, kiranya YB ni pemalu dengan wanita lah ...ish ish ish ...apapun very nice to read this tag about you .Tq for sharing dear .

    ReplyDelete
  23. saya bajet YB dari kecik sampai beso skema orangnya... heheheheheh :P :P

    ReplyDelete
  24. sebagian drpdnya saya dah tahu...
    sbb kan saya sudah baca blog YB dari n3 pertama sampai lah sekarang hehheee

    ReplyDelete
  25. as salam ziarah YB..warna kulit kerang kat tempat saya nie dah makin pudar warnanya

    ReplyDelete
  26. kalau kena tag ni kat aku, mmg aku jawab merapik2 je la.

    (tak ada cerita best ttg diri aku sebenarnya. ha ha)


    .

    ReplyDelete
  27. Alimaz - Kembara Terasing,

    Ha'ah anak2 saya dilahirkan di tempat2 yg berbeza. Tapi yg no 2 dan 4 serta no 5 dan 6 di dua buah hospital yg sama.

    ReplyDelete
  28. wahida,

    Lebih kurang begitulah ehem ehem

    ReplyDelete
  29. nurazzah8 no 1,

    Ini bukan cerita riwayat hidup saya sbb tag ni kata random things about YB. Maaflah kalau mcm tergantung.

    ReplyDelete
  30. nurazzah8 no 2,

    Kalau sambung sampai 50 ramai pula yg bosan nak baca nanti huhuhu

    ReplyDelete
  31. nurazzah8 no 3,

    Tak semua yg ada di arkib tu diceritakan semula di sini. Dan ada juga yg dicatat di sini tiada dlm arkib tu hehehe

    ReplyDelete
  32. nurazzah8 no 4,

    Saya ni tak pandai sgt menulis. Kalau buat novel siapalah nak baca.

    Dulu saya pernah hantar skrip utk siri No 5 Persiaran Satu masa saya menunggu result MCE. Tapi masa skrip saya disiarkan saya dah keluar negeri. Menurut ibubapa saya, pihak penerbit ada cuba menghubungi saya utk meminta saya menulis lebih banyak skrip lagi.

    Kira takde rezekilah. Masa tu mana ada internet ni bagai huhuhu

    ReplyDelete
  33. nurazzah8 no 5,

    Nak dapat satu novel pun susah inikan pula 2-3.

    ReplyDelete
  34. zaren,

    wsalam.

    Pencapaian uncle taklah seberapa. Ramai lagi bapa kawan2 zaren yg lebih berjaya dan lebih terkenal. Mungkin lebih sesuai belajar dari mereka.

    ReplyDelete
  35. MasZuber,

    Mak ai nak sampai 100. Nanti mesti banyak merapu. Cukuplah setakat 25 buat masa ini. Kalau kena tag lagi mungkin kena buat lagi 25 huhuhu

    ReplyDelete
  36. a.z.r.i.n.a no1

    ek alah. Buang kredit aje huhuhu

    ReplyDelete
  37. a.z.r.i.n.a no 2,

    kiranya love after marriage.

    ReplyDelete
  38. zonaku,

    terima kasih kembali. Kalau aku kena tag 25 org harus ko salah seorg dari mereka.

    psst - aku pun ada banyak hutang tag. Minta2 dah dikira halallah.

    ReplyDelete
  39. kts,

    Rumah aku takde bendol. Yang ada kat rumah mertua aku. Itupun satu aje. Tapi yg satu tulah yg aku langkah.

    Ko tanya ni adakah kerana ko nak kena langkah oleh Mawar ke? ahaks.

    psst - eloklah ko cepat2 kahwin tahun depan. Ramai yg berminat kat ko cuma ko yg jual mahal.

    ReplyDelete
  40. sepet,

    semua parents nak yg terbaik utk anak2 mereka. Jadi kalau mereka dah pilih dan kita berkenan, kira on ajelah hehehe

    ReplyDelete
  41. gadisBunga,

    Skrg awak dah tahu.

    Mungkin emak bapa yg blogger ada yg berkenan nak jadikan GB menantu. ngeeee

    ReplyDelete
  42. silversarina,

    Begitulah. Saya tak bercampur sangat dgn mereka yg berlainan jantina dgn saya sejak kecil lagi. Itu sbb saya tak pandai nak ngorat aweks. Aweks yg nak ngorat saya ada!

    Mungkin boleh citer kalau ditag lagi lain kali hahaha

    ReplyDelete
  43. syah,

    Saya rasa silap bajet awak tu. Mana pula saya skema?

    ReplyDelete
  44. NL,

    Bagi mereka yg telah membaca n3 awal saya sehingga skrg mmg sebahagian yg saya tulis ni pernah saya ceritakan. Awak adalah antara mereka yg telah membaca blog saya dari awal lagi.

    Saya kagum dan berterima kasih kepada mereka yg sanggup membaca blog saya ni dari awal hingga akhir.

    ReplyDelete
  45. sahromnasrudin,

    Masa saya kerja dgn sykt kulit kerang adalah sebahagian tanggungjawab saya dan rakan2 di jabatan kejuruteraan memastikan warna kulit kerang tu sentiasa cerah. Tapi skrg saya pun dah kerja dgn mereka. Kiranya bukan masalah saya lagi ngeeeeee

    ReplyDelete
  46. tasek,

    Banyak apa citer menarik tentang ko. Ko saja nak merendah diri.

    psst - mungkin aku ke Melaka Selasa ni.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails