Monday, December 6, 2010

Malam Tadi Di Kampung Emak Adam

Semalam kami balik ke kampung emak Adam kerana ada kematian. Setelah berbincang, aku dan emak Adam bersetuju utk balik semula ke KL setelah selesai majlis tahlil utk Allahyarhamah ibu saudara emak Adam.

Sebelum Maghrib semalam bapa mertua aku telah menyembelih seekor ayam dara (aku tak pasti ayam tu masih dara atau tidak kerana rakan2 serebannya yg jantan dah pandai mengawan). Aku tolong pegang aje masa bapa mertua aku sembelih ayam tu. Org berjiwa halus mcm aku tak sampai hati nak sembelih binatang (harap percaya).

Lepas solat Maghrib emak Adam dan kak long dia menggoreng ayam tu.

Masa aku baru nak menonton Buletin Utama emak mertua aku suruh kami makan. Kalau ikut, aku tak nak makan sebab nak pergi kenduri tapi ayam kampung goreng berempah punya pasal, aku pun makan. Makan ramai2 sedap w/p malam tadi hanya 6 org dewasa dan 2 org kanak2 termasuk Adam ada di rumah mertua aku.

Lebih kurang pukul 8: 25 adik ipar aku yg lelaki yg tinggal sekampung dgn ibubapanya datang ke rumah utk sama2 pergi ke majlis tahlil. Lima minit kemudian aku membonceng motor biras aku ke rumah arwah utk kenduri. Dah lama betul aku tak naik motor. Terasa sejuk angin malam masuk ke dalam baju Melayu dan kain sarung aku. Kalau emak Adam yg membawa motor tu memang aku peluk erat2. mahu tak sampai ke tempat org tahlil
(oh ya emak Adam pandai bawa motor - maklumlah org kampung).

Sepanjang perjalanan ke tempat tahlil, banyak motor2 lain menuju ke situ. Aku rasa hampir separuh penduduk lelaki kampung emak Adam ke situ malam tadi. Kebanyakannya datang dgn motor. Yang naik kereta cuma 2 atau 3 org saja.

Sudah menjadi adat org yg datang kemudian ke rumah org kenduri itu kena bersalaman dgn mereka yg sudah sampai dulu dan sudah duduk. Nasib baik masa aku dan biras aku sampai agak awal sikit dari yg lain. Kalau tak letihlah terbongkok2 bersalaman sambil bertanya khabar " waras".

Sementara menunggu Tok Imam dan ahli jemaah yg bersolat di masjid tiba, para tetamu yg ada sibuk bercerita sesama sendiri. Org yg duduk di sebelah aku bertanya kpd aku dalam bahasa Jawa. Aku balas dlm bahasa Jawa juga. Dia tanya lagi tapi kali ini dalam bahasa Melayu (cintailah bahasa Kebangsaan). Aku masih balas dalam bahasa Jawa (Hidup Jawa!) saja nak tunjuk aku masih boleh berbahasa ibunda . Perbualan seterusnya dijalankan dalam Java script bahasa Jawa kerana org2 lain pun semua bercakap dlm bahasa yg sama semasa mereka berbual malam tadi. Sedang kami rancak berbual rombongan dari masjid tiba dan bermula2 sesi bersalam2an antara mereka yg baru tiba dan kami yg dah duduk.

Selesai bertahlil pihak tuan rumahpun mengeluarkan hidangan. Tidak seperti kebiasaannya di mana jemputan akan disajikan nasi ambeng, malam tadi kami makan hidang seperti kenduri di tempat2 lain. Lauk ringkas saja: kari ayam, acar timun dan nenas serta sayur kacang campur soohoon. Jiran2 termasuk emak Adam yg menyediakan masakan tersebut.

Balik dari kenduri, aku sekeluarga pun bersiap2 utk balik KL. Kak Long dan biras aku pun bersiap utk balik ke rumah mereka di Sg Besar. Tapi sempat lagi borak2 tu. aku pula sempat berFB Kami bertolak pukul 10:08 dan sampai di rumah yg terletak 106.7 km dari kampung pada pukul 11:15 malam.

Itulah kisah aku malam tadi.

Sebelum aku berundur aku nak bagi satu teka teki:

Apa benda yg tanam siang, malam dah boleh makan?

26 comments:

  1. Al-fatihah untuk yg pergi....




    tauge kot...

    ReplyDelete
  2. al-fatihah.

    tak taulah yb nak jawab teka tekinya tu

    ReplyDelete
  3. tanam orglah.

    nak hadiah,nak hadiah.

    pssttt...saya pun pandai bawak motor,ehehehehe.

    ReplyDelete
  4. kak lina ada lesen tak? tetibe rasa nak ajak dia merempit,hahahahahha.

    ReplyDelete
  5. kakngah,

    Terima kasih. Majlis tahlil akan diadakan selama 7 malam berturut2.

    Bukan tauge.

    ReplyDelete
  6. Monalea,

    Semoga al-fatihah tu dapat membantu arwah di sana.

    Tak tahu takpe. Baca jawapannya sebentar saja lagi.

    ReplyDelete
  7. juliet,

    Bagilah penerangan mcmana awak kata org.

    Kalau dapat hadiah, mcmana saya nak beri kat awak?

    ReplyDelete
  8. hidup jawa!!!

    siang tanam malam makan ek..hmmm...

    lembu..siangnya ko tanam kepala dia..malamnya ko makan la daging dia

    ReplyDelete
  9. apa jawapan nyer yb? saya ta tahuler

    takziah atas kehilangan

    eh wah, siap ada kiraan berapa km, hhahaha

    ReplyDelete
  10. YB..masa akak dok tanjung karanmg dulu..mula2 pi kenduri,,,akak bersalaman dengan orang yang dok keliling aje..4,5 orang.pas tu duduk..kawan tarik bangun..ikut dia..salam dengan semua yang ada..he he..kenangan betul tu..malu...

    ReplyDelete
  11. juliet,

    lesen motor dia takde tapi lesen kapalterbang dia ada hehehe.

    awak nak merempit guna moped tu ke? Apa kelas? Paling tidak pakailah RXZ. Ada berani???

    ReplyDelete
  12. HEMY,

    Urip Jowo!

    Jawapan yg menarik tapi tak tepat. Kenapa pula nak ditanam kepala lembu tu? Aku tengok kat pasar atau pasar tani mereka jual kepala lembu.

    ReplyDelete
  13. Mak Su,

    Bagilah peluang org lain mencuba dulu. Kalau bagi tahu awal2 nanti dah tak best. Tapi clue utk jawapan tu ada dlm n3 ni.

    Terima kasih di atas ucapan tu.

    Bukan saya yg kira jarak tu. Tekan aje meter kat kereta tu. Itu jarak mengikut Bukit Tagar. Kalau ikut Ijok cuma 86 km tapi lebih lambat sbb jalan bengkang bengkok di Ladang Tuan Mee.

    ReplyDelete
  14. kak Erna,

    Kakak duduk Tg Karang kat kampung mana? Entah2 kg emak Adam hehehe.

    Itulah budaya org kg emak Adam bila bersalam. Mereka akan bersalaman dgn semua yg hadir. Kalau perlu ke dapur utk bersalam, ke dapurlah. Cuma yg mereka tak pergi, ke bilik air aje hahaha

    ReplyDelete
  15. a.z.r.i.n.a,

    Awak rasa jawapan juliet tu betul ke?

    Kalau nak bagi jawapan tu kenalah bagi rasionalnya.

    ReplyDelete
  16. Sebelum aku berundur aku nak bagi satu teka teki:

    ko mmg jln berundur eh??


    jwpn teka teki sama seperti juliet :D tp hadiah takmo seperti juliet.. mesti lebih lagi :D
    terima kasih

    ReplyDelete
  17. kts,

    Aku jln berundur sbg tanda hormat kpd pengunjung blog ini.

    Ko ini apa juliet buat atau cakap ko nak tiru. Ok utk ko kalau betul aku bagi hadiah spesel. Bila nak ambil hadiah tu? Malam ni boleh?

    ReplyDelete
  18. ucapan takziah pd keluarga arwah..

    Jawapan Teka Teki :
    Setelah di tanam jenazah pd waktu siang, malam diadakan kenduri tahlil,
    bak kata YB 7 mlm berturut2.
    entah betul ker??

    ReplyDelete
  19. jawapan sya samo ngan aunty
    heheheh.. aci tak?


    sedap kan ayam kampung

    pergg....lama tak pekena

    ReplyDelete
  20. Marina Monroe,

    Terima kasih bagi pihak keluarga arwah.

    Jawapan yg tepat. Tahniah!

    ReplyDelete
  21. aku rasa jawapan juliet tu betul la.

    :)



    .

    ReplyDelete
  22. Eja,

    Kalau awak rasa itu jawapannya dan takde yg lain, kira aci jugalah tiru jawapan aunty. Tapi kalau tak tahu betul ke tidak, tak acilah tiru jawapan tu hehehe

    Ayam kampung mmg sedap. Ada banyak tempat jual ayam kampung sekitar lembah klang ni.

    ReplyDelete
  23. tasek,

    Jawapan juliet mmg betul tapi dia tak bagi sebabnya. Kalau nak tahu sebabnya boleh baca jawapan Marina Monroe.

    ReplyDelete
  24. bila nak ke big river..? hehehe

    ReplyDelete
  25. Lieya,

    Tak tahu lagi. Minggu ni nak pergi makan angin. Lepas tu banyak kondangan ngeeee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails