Friday, December 31, 2010

Keputusan Akan Diumumkan Tahun Depan

Terima kasih kpd semua yg sudi membaca blog aku ini dari dulu hingga ke hari ini. Masa aku mula berblog, tak terfikir aku akan dapat begini ramai rakan2 di alam maya. Tak kurang juga rakan di alam maya ini telah menjadi rakan di alam nyata. Hampir setiap hari kita berhujung samada di alam maya atau alam realiti sehingga persahabatan kita menjadi begitu akrab. Kita saling membaca dan memberi komen di blog masing2. Itu membuat kita lebih tahu apa yg terjadi di pihak satu lagi. Adik kembar aku pun aku tak ikuti kehidupannya mcm itu sekarang.

Oh ya mungkin ramai yg tertanya2 siapakah pemenang peraduan mencari pengunjung ke 77,777 itu. Tak dinafikan ada beberapa org yg telah memberi screenshot yg menunjukkan mereka berada di blog aku semasa nombor ajaib itu dipaparkan oleh site meter. Antara mereka ialah:

1) Penyu Biru
2) ibuintan
3) SaYanG iBu
4) ummi humaira
5) fana karim
6) zino

Memandangkan ada lebih dari seorg yg mendakwa sebagai pengunjung ke 77,777 itu aku terpaksa melihat di belakang tabir untuk mendapat jawapan yg tepat. Sesungguhnya ramai pelawat di blog aku masa itu tetapi apa yg aku cari ialah pelawat yg ke 77,777.

Dukacita aku tak dapat mengambil kira pelawat2 yg ke 77,776 dan angka2 sebelumnya yg berada di blog aku pada masa site meter itu menunjukkan 77,777.

Pemenang peraduan ini akan aku umumkan tahun depan yg akan muncul tak sampai 6 jam lagi. tak semestinya aku akan umumkan pada pukul 12 tgh malam ni . Harap semuanya boleh bersabar.

Aku harap kalah atau menang perkara kedua. Yang penting persahabatan kita semakin rapat.

Sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua yg sudi berkunjung dan memberi sokongan kepada blog aku ini.

16 comments:

  1. BETUL TU .. KALAH MENANG ADAT PERTANDINGAN.

    TAPI KALAU BOLEH SEMUA ORANG TAK MAHU KALAH.

    ReplyDelete
  2. aku harap sape menang boleh kongsi hadiah dengan aku....tak pun YB aku nampak ada 6 orang tu...ko nak beri satu je kan??? yang lagi 5 tu ko beri kat aku je...ko tak beri...tak mau kawan!!!he3x

    ReplyDelete
  3. nak pilih satu pemenang macam nak pilih calon pasangan idup pulak. ayooo uncle. =P
    tahniah sape yang menang. saya takde rejeji. uwaaa

    ReplyDelete
  4. hadiah tak bagitau lagi apa.

    .
    .

    ckpla apa hadiahnyaaaaa

    ReplyDelete
  5. Kategori 'Peneka Hadiah Yang Paling Tepat' boleh dapat hadiah ke?

    ReplyDelete
  6. hahaha...ade jugak name nana kat blog wak ni..trimas..

    ReplyDelete
  7. Hampir setiap hari kita berhujung samada di alam maya atau alam realiti

    berhujung tu ape YB? hehe..

    kalu ikut syarat² kat entri contest tu,semua menang sebab nak screenshot jer kan? hehe..

    tapi kalu ikut siapa pengunjung sebenar 77,777 tu,sudah tentu bukan aku sebab aku dah berada kat blog ni sejak 77,761.

    pepehal, selamat tahun baru tuk YB sekeluarga,semoga tahun depan lagi banyak contest dan hadiah menarik yg dianjurkan.hehe

    ReplyDelete
  8. Hampir setiap hari kita berhujung samada di alam maya atau alam realiti

    berhujung tu ape YB? hehe..

    kalu ikut syarat² kat entri contest tu,semua menang sebab nak screenshot jer kan? hehe..

    tapi kalu ikut siapa pengunjung sebenar 77,777 tu,sudah tentu bukan aku sebab aku dah berada kat blog ni sejak 77,761.

    pepehal, selamat tahun baru tuk YB sekeluarga,semoga tahun depan lagi banyak contest dan hadiah menarik yg dianjurkan.hehe

    ReplyDelete
  9. walau siapa pun yg menang YB tetap hebat hehe

    ReplyDelete
  10. selamat tahun baru...

    buatlah bebanyak contest..

    nanti bertambah-tambah lagilah peminat YB !!!

    ReplyDelete
  11. nama pun adat bertanding...bertanding jugak ni kan..kalah menang perkara biasa

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails