Tuesday, December 28, 2010

Ensem Juga Mamat Ni . . . .

Semasa aku selak2 album lama aku jumpa gambar2 aku dan emak Adam (oppsss masa tu belum ada Adam lagi) semasa kami di Miri, Sarawak. Kami baru kahwin setahun dan anak pun baru seorang.

Bila aku lihat gambar2 tu, potongan aku sangat berbeza dgn potongan skrg. Berat aku mungkin separuh dari berat skrg.

Kalau tak percaya, lihatlah gambar di bawah ni.











Gambar kanan: Aku dan Hazwan (anak sulung kami) di depan pejabat pos Miri.

Gambar kiri: Emak Hazwan dan Hazwan di Dewan Suarah, Miri. Emak Hazwan masih muda belia lagi masa itu.

Melihat gambar ini memberi aku semangat untuk menurunkan berat badan aku kepada berat badan seperti dulu. Itulah azam tahun baru aku. Untuk itu aku dah mula bersenam dgn aktif sejak dua hari lepas.

Kalau ada sesiapa nak jumpa aku sebelah petang, bolehlah jumpa di Taman Tasik.

43 comments:

  1. Ye lah...kurus... ensem...hehehe...

    Boleh ke lurus balik sampai camtu? Semoga berjaya...!!

    ReplyDelete
  2. jangan makan sebulan boleh kurus sikit kot hehe

    ReplyDelete
  3. teruskan bersenam... target bulan januari berapa kg hehehe

    ReplyDelete
  4. Bersenam dan berpuasa isnin khamis..
    InshaAllah turun berat badan.

    ReplyDelete
  5. SALAM,
    ALA GAMBAR TU JARAK JAUH ! TAK BERAPA NAMPAK ! MACAM ENSEM JE !

    ReplyDelete
  6. br dua hari..kena 20 bulan lg br sampai hajat tu..

    ReplyDelete
  7. tengok gambar lama tu disamping proton saga teringat iklan proton saga tu.hehe..

    ReplyDelete
  8. heiii..
    taman tasik ??
    mak adam ikut skali ke tak ??

    ni tak leh nk caya ni..

    ReplyDelete
  9. wiwit!!

    masa zaman gambar tu diambil tak boleh la panggil mak adam sebab adam belum ada kan? hihihi

    ReplyDelete
  10. Semua org kurus pada waktu itu.perut/babat pun takde lagi.hihihi

    ReplyDelete
  11. YB, tak kurus takpe..asal sihat! mak adam pun sayang..hehe!

    ReplyDelete
  12. hhehehe...en YB selalu jogging kat Taman Tasik Ttiwangsa ye..ehehhe...saya pon azam nak kurus gak tp xkurus2 lagi..heheh

    ReplyDelete
  13. jangan azam tahun baru nak tambah lagi satu suah...ngeeeee..!

    ReplyDelete
  14. ensemnya

    .
    .




    .
    .





    .
    .





    .
    .







    .
    .



    ensemnya kete proton tu :P

    ReplyDelete
  15. ensemnya

    .
    .




    .
    .





    .
    .





    .
    .







    .
    .



    ensemnya kete proton tu :P

    ReplyDelete
  16. kak Anie,

    Bila saya menonton rancangan the Biggest Loser tu saya rasa mereka turun berat badan lagi banyak.

    Takkan saya tak boleh turun 15 kg kot kalau betul2 berusaha.

    Terima kasih kerana memberi semangat.

    ReplyDelete
  17. zino,

    Kalau tak makan sebulan, boleh gol lepas 5 hari huhuhu

    ReplyDelete
  18. NL,

    Semalam dan siang tadi dah tak bersenam sebelah petang atas mcm2 alasan huhuhu.

    Apapun target Jan ialah 3 kg. Sehari 100 gm hehehe

    ReplyDelete
  19. kakngah,

    Memang taf. Kalau senang semua org dah buat dan berjaya huhuhu

    ReplyDelete
  20. Marina Monroe,

    Satu cadangan yg baik tu kak. Dah lama saya tak puasa Isnin dan Khamis.

    ReplyDelete
  21. luahfikiran,

    Itu aje gambar yg saya jumpa. Saja ambil gambar long shot. Kalau dekat takut nampak tak ensem pula.

    Tapi ensem ke tidak, emak Adam dah terpikat hahaha

    ReplyDelete
  22. Pok Li,

    Akhir tahun 1988 atau awal 1989.

    ReplyDelete
  23. ibuintan,

    Kalau tak ensem takkan emak Adam terpikat.

    Cuba perhatikan wajah dia. Nampak sangat masih muda belia. Sepatutnya dia masuk maktab masa tu tapi saya dah sambar dulu. Kalau tak dah jadi cikgu mcm ibuintan hehehe

    ReplyDelete
  24. Hamizah,

    Lamanya 20 bulan? Target saya nak turunkan berat badan dalam 10 - 15 kg dalam masa setahun.

    ReplyDelete
  25. Penyuk,

    Proton tu dah tinggal kenangan sebab telah terlibat dlm kemalangan semasa saya balik KL. Kawan saya org Miri yg bawa kereta tu masa tu. Jual kati aje lepas tu huhuhu

    ReplyDelete
  26. Othman Juliana,

    awak tak sampai hati nak cakap old fashion ke? hehehe

    ReplyDelete
  27. Monalea,

    Memang lain sebab saya slim lagi masa tu huhuhu

    ReplyDelete
  28. ikan emas,

    Setakat ni emak adam tak ikut saya jogging di taman tasik. Awak ingat saya nak mengorat ek?

    Lebih baik saya jogging kat taman tasik seremban kalau nak ngorat. Untung2 jumpa awak kat sana hahaha

    ReplyDelete
  29. gadisBunga,

    masa gambar tu diambil mmg tak panggil emak Adam. Gelaran tu timbul lepas saya berblog ni.

    Dulu panggil sayang hahaha

    ReplyDelete
  30. Syida,

    masa tu gaji kecil. Makan tak banyak. Itu sebab kurus hahaha

    ReplyDelete
  31. Daddy Ziyyad,

    Tahun 1988 atau 1989. Dah lama gambar tu.

    ReplyDelete
  32. makdara TERdiva,

    Betul kata awak tu. Yg penting sihat. Tapi kalau dapat kuruskan sikit badan ni lagi bagus.

    Emak Adam tentu lagi sayang hehehe

    ReplyDelete
  33. cikceriacorner,

    Setakat ini saya belum pernah ke Taman Tasik Titiwangsa utk jogging. Dulu2 adalah.

    Awak jogging di mana. Bolehlah jogging sekali kalau ada masa hehehe

    ReplyDelete
  34. kak long,

    Alang2 kalau nak tambah biar 2-3 sekali hahaha

    ReplyDelete
  35. kts,

    Saya tahu awak segan nak puji tuan proton tu ensem kat sini.


    :


    :


    :


    :

    Takpe boleh puji in private hahaha

    ReplyDelete
  36. potongan dan berat nampak tidak sama...
    tinggi...masih sama..
    .
    .
    .heh heh heh...

    ReplyDelete
  37. DrSinga,

    Org yg ketinggian macam saya dan awak ni BMI kita hancus. Naik sekilo, index naik mendadak. Siapalah yg cipta BMI ni? Saya rasa org yg tinggi kot.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails