Mari kita sambung tag semalam. Oh ya bagi yg tak baca tag itu biar saya kopipes kat bawah ni supaya tahu hujung pangkalnya.
Peraturannya adalah:
"Once you have been tagged, you are supposed to write a note, with 25 random things, facts, habits or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated. Haha!"
11) Masa aku kecil aku bercita2 nak jadi pilot. Seronok tengok pilot boeh terbang sana terbang sini. Dahlah tu, dikelilingi pramugari yg cun2. Dulu kalau kerja pramugari mesti cun. Skrg ini kureng sikit.
Pernah satu hari semasa aku menjual bendera utk mengutip derma, seorg uncle tu bertanya apa cita2 aku. Bila aku kata nak jadi pilot dia telah memberikan aku sebuah buku panduan kerjaya dgn MAS. Di dalam buku tu aku baca gaji pokok pilot RM3500. Itu belum masuk elaun. Masa tu besar betul duit sebanyak tu.
12) Bila aku dah besar sikit aku membantu emak aku berniaga makanan dan minuman di sebuah gerai tanpa lesen di kawasan lake garden. Masa itu ada projek menaik taraf Tasik Perdana (masa tu dikenali sebagai Tasik Sydney) termasuk memasang kelongkong 10 kaki garis pusat utk menyalurkan air di tepi tasik.
Aku jadi rapat dgn pekerja kontrak termasuk pemandu jentolak dan jengkaut.
Minat aku pun beralih nak jadi engineer hahaha
13) Masa aku sedang menunggu keputusan MCE, aku ditawarkan biasiswa utk ke AS. Aku kena jawab sama ada nak atau tidak dalam masa seminggu. Kebetulan adik kembar aku pun ditawarkan biasiswa yg sama. Jadi akhirnya kami menerima tawaran tersebut. Kami pergi ke sana pada bulan Jan iaitu sebelum keputusan diumumkan.
14) Aku tak suka makan sayur. Kalau makan pun aku pilih2. Kangkung goreng belacan, bayam masak lemak dan kailan ikan masin adalah antara sayur yg aku boleh makan. Yang lain tu kirim salamlah. Kalau makan pun utk ambil hati yg masak hehehe
15) Aku pernah terpilih mengikuti kursus dgn Schlumberger di Brunei semasa aku di Tahun 3 pengajian. Kerjanya mencabar dan gaji mmg masyuk. Tapi duduk kat sana sunyi dan boring. Langsung aku tak jadi nak kerja dgn sykt tu w/p ramai org tergila2 nak kerja dgn sykt tu.
Nampak 5 pun macam dah panjang. Aku sambung lain kali lagi ya.
coppp..
ReplyDeletehaha...
ReplyDeletebaru jer on pc ni YB..
ok nak baca..
laaaa... sambung lagik.
ReplyDeleteke YB takde idea ni...
hehehe...
to be continued...........
ReplyDeleteni rasanya mau lima enam siri lagi ni..
ReplyDeleteagak2 love stori siri ke brapa ye?
salam... wahhh tak sangka nama saya yang top 7!!!
ReplyDeleteni baru cerita cita-cita dan kerja...macam ibuintan kata tu...siri ke berapalah pulak Love Story???
ReplyDeleteAdoyai... sambung lagik...hehehe.. betul kata azzah... ni belum masuk bab cintan cintun lagik...
ReplyDeletesalam YB, saya ade kawan keja dgn schlumberger ni..saya tengok dia pun dah mcm gilerr..jmpa family setawun 2 kali..huhu! tp bab gaji tu yg x leh tahan...memang buat wa jels oh!!
ReplyDeletesetiap yang awak tulis dari nombor 1 sampai 15, semuanya menarik. tapi bila nak sambung lagi ?
ReplyDeletecuma nak komen statemen ini:
"Di dalam buku tu aku baca gaji pokok pilot RM3500. Itu belum masuk elaun. Masa tu besar betul duit sebanyak tu."
Masa sekaran pun duit banyak tu besar betul kepada abang .. tambah2 di hujung bulan.
a.z.r.i.n.a no 1
ReplyDeletecop jgn tak cop.
Lain kali saya nak buat posting time kerja. Biar sengit sikit saingan hehehe
a.z.r.i.n.a no 2,
ReplyDeleteWah balik awal terus on pc ke? Malam ni pulun lagi.
Silalah baca.
a.z.r.i.n.a no 3,
ReplyDeleteSaya dah bagitahu awak sebabnya tadi kan hehehe
Bukan takde idea. Kalau nak tulis beratus random things pun boleh insyaAllah. Nantilah saya cuba habiskan.
nurazzah8,
ReplyDeleteNext change . . . random things no 16 onward
Coming soon . . . tunggu ajelah.
ibuintan,
ReplyDeletetaklah sampai banyak tu rasanya.
Nak tulis tentang love story ke? Tak payahlah ya? ngeeeee
nurazzah8 no 2,
ReplyDeleteTahniah awak sedang mendahului carta Top 7. Kalau setiap n3 ada 2 - 3 komen mesti jadi yg top punya.
Kaklong, Reen dan yg lain2 tengah bagi can agaknya huhuhu
nurazzah8 no 3,
ReplyDeletecerita kerja tak habis lagilah. Dah 25 tahun saya kerja tentu banyak yg nak dikongsikan. Saya rasa tak cukup setakat 10 perkara lagi. Jadi love story tak dpt dimasukkan hehehe
aNIe,
ReplyDeletetag ni kena citer bab cintan cintun ke? Tak perasan pulak kat syaratnya tu ngeeeee
makdara TERdiva,
ReplyDeleteAwat teruk sangat sampai jumpa famili 2 kali setahun? Dulu kalau saya jadi kerja dgn Schlumberger mmg saya tak dibenarkan kerja dlm Malaysia. Mungkin saya dihantar ke Indonesia atau Jepun. Itu yg tak tahan sbb tak campur org. Saya jenis yg suka berkawan.
Gaji permulaan masa tu sekitar RM8 - 10K.
al-lavendari,
ReplyDeleteSaya respek mcmana abg boleh muatkan semua 25 perkara tentang abg dlm satu n3 yg sederhana panjangnya. Saya kalau buat dlm satu n3 mahu mcm term paper student pula jadinya.
Tak dinafikan RM3500 besar betul bagi abg terutama di hujung bulan. Tapi bagi org yg tak makan gaji mcm saya, wang itu besar bila2 masa pun huhuhu
salaam YB
ReplyDeletekembali ke sini :)))
ReplyDeleteoleh kerana aku baru balik dari negara Pak Arab ( hrp Pak Sheikh tak marah kat aku ) ...aku tak tahu apa cite...aku kena rujuk N3 sebelumnya...cepat2 sikit tambah lagi...nanti aku baca lagi...he3x
ReplyDeleteAZANI,
ReplyDeleteWsalam Tuan. Harap sihat dan ceria selalu.
MasZuber,
ReplyDeleteSelamat bersua kembali. Kalau rajin tu selalu2lah ke sini.
sonata,
ReplyDeleteAku tahu ko masih penat selepas balik dari Mesir dan Bahrain tu. Rehatlah dulu kalau perlu.
Ini citer rawak tentang diri saya akibat kena tag huhuhu. Ada 25 perkara yg kena saya citerkan.
xpe saya tunggu sambungannya..
ReplyDeleteno.14 kita sama=)
ReplyDeleteHamizah,
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi mengikuti siri Random Things About YB ni. Mungkin lambat sikit sambungannya kerana server macam bermasaalah hari ini huhuhu
Syida,
ReplyDeleteMemanglah kita sama dlm hal itu. Bukankah awak S/U persatuan Org Tak Gemar Makan Sayur?
DrSinga pun jadi AJK hehehe
sedapnye sayur. nyam nyam
ReplyDeleteMasy,
ReplyDeleteAwak ajelah makan sayur tu dgn emak Adam. Dia pun suka sayur sampai ada yg panggil dia kambing hehehe
lama tak ngomen...agak2 sampai part bape ni?
ReplyDeleteMENTIBANG LAUT,
ReplyDeleteRindu nak dengar komen awak huhuhu.
Satu atau dua part lagi habislah. Dah letih org menunggu sambungan ngeee
tungguuuuuuuu...
ReplyDeletelama tak komen sini.
ReplyDeletemenarik cerita YB. budak genius katakan....
part 3 pls.....
tukang buat kopi kat Schlumberger berapa gaji? kalau lagi masyuk dari keje sekarang GB nak apply. lalala
ReplyDeleteAi laike nombor 14!!!
ReplyDelete.
.
calit meh!!!!!
:)
kita tak suka org yg tak suka sayur
ReplyDelete.
.
bai
sally,
ReplyDeletekalau sempat hari ni saya sambung. Baca jgn tak baca. Lepas komen kaw kaw tau.
shaliza,
ReplyDeletetulah lama tak nampak awak kat sini huhuhu.
Ini kisah dulu2. Skrg dah tak berapa nak genius.
Part 3 arini kalau sempat.
gadisBunga,
ReplyDeleteTukang buat kopi kat Schlumberger tak besar gajinya. Yg masyuk tu field engineer. Di sana GM pun bermula sebagai field engineer. Nak masuk kena ada degree dlm engineering.
DrSinga,
ReplyDeletealright. Tapi tak boleh calit dgn awak sbb bukan mahram hehehe
Anyway awak dilantik jadi AJK persatuan org tak minat sayur lalala
kts,
ReplyDeleteawak punya pasal saya rela makan sayur. Timun sayur juga kan? hehehe