Monday, November 29, 2010

Random Things About YB - (must read)

Aku memang jarang jawab tag. Seingat aku tag yg pertama (dan terakhir) yg aku jawab adalah tag dari Mak Su. Itu pun dah lebih 2 tahun lepas.

Minggu lepas aku kena tag lagi. Kali ni oleh gadisBunga. Aku ada beritahu dia aku mungkin tak jawab tag dia. Dia kata ok kalau aku tak dapat nak jawab tag itu tapi permintaan aku nak ajak dia berlumba ke Klang dia masih nak. Lepas aku fikirkan, biarlah aku berkorban menjawab tag dari ada yg terkorban berlumba di jalanraya


Peraturannya adalah:

"Once you have been tagged, you are supposed to write a note, with 25 random things, facts, habits or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated. Haha!"

Here we go:

1) Nama aku yg sebenarnya memang Yunus Badawi. Dulu ramai yg bertanya samada aku ni adik kpd Pak Lah. Masa tu sudah tentu aku dgn tersipu2 mengatakan kami adik beradik sepusat sepusing.

2) Skrg aku dah kurang berminat utk dikaitkan dgn mantan PM tu lagi. Menantu dia pun dah mula out of favour Apahal aku nak tumpang semangkuk . . . .

3) Aku dua beradik aje. Menurut emak aku adik aku dilahirkan 16 minit selepas aku. Dia dan bidan yg menyambut kelahiran kami tak tahu pun ada 2 org dalam rahim emak aku. Org dulu mana ada ultra sound. Ultraman pun belum ada masa tu. Kalau nak tengok gambar kembar aku boleh selak n3 aku yg lepas. Citer kami pun ada.

4) Kami dilahirkan di Kg Datuk Keramat Kuala Lumpur pada tanggal 2 Syawal. Oleh itu aku bangga mengaku KDK itu kampung aku w/p aku tak dibesarkan di KDK.

5) Ibubapa kami menghantar kami ke sekolah jenis kebangsaan Inggeris. Bukan pasal senang kalau kami nak keluar negeri menyambung pelajaran tapi kerana itulah sekolah yg paling dekat dgn rumah kami. Dekat tak dekat pun lebih 3km (masa dulu 2 batu).

6) Waktu pagi abah kami hantar kami ke sekolah naik Vespanya. 3 org satu motor. Topi keledar tak pakai sebab masa tu tak wajib pakai topi keledar. Kami balik sekolah jalan kaki melintasi rel keretapi. Skrg tempat tu dah jadi KL Sentral.

7) Bila sekolah menengah aku dan adik aku masuk VI. Itupun pasal sekolah itu yg dekat dgn rumah kami. Naik bas Seri Jaya cuma 5 sen tambang sampai bas stand Klang. Dari situ kami menapak melalui Chinatown dan Stadium Chin Woo. Tak lama lagi tempat tu nak didirikan bangunan 100 tingkat.

8) Dari kecil aku minat berniaga. Masa di sekolah rendah aku dah jual kerepek pedas. Bag sekolah aku yg jenis kotak tu penuh dgn kerepek. Buku sikit aje. Beberapa kali kami ditangkap oleh pengawas kerana berniaga di kawasan sekolah. Tapi kami tak serik. Akhirnya, pengawas pun menjadi pelanggan setia kami.

9) Masa peperiksaan LCE (skrg ni panggil PMR) aku dapat 8A. Korang mungkin kata apa sangatlah 8A tu. Masa tu satu Malaysia ni tak sampai 200 org kot yg dapat 8A. Di VI hanya 3 org dapat 8A tahun itu. Makanya nama dan muka aku keluar suratkhabar. Adik aku yg tak dapat 8A tu pun tumpang sekaki keluar suratkhabar dan penerbitan kumpulan Utusan. Suratkhabar Star cuma muka aku aje hehehe. NST dan BH hanya disebut nama aje. Masa tu aku berjalan pun macam tak pijak bumi selepas pemberita datang ke rumah sebelum keputusan dikeluarkan lagi

Ishh banyak sangat citer zaman persekolahan. Cukuplah kot. Kita lompat ke zaman aku dah dewasa.

10) Aku kahwin 23 tahun yg lepas. Hari ini anniversari aku dan isteri aku.

Oh ya dah pukul 8:00 malam.

Kita sambung di n3 lain ya.

58 comments:

  1. YB
    yang boroi


    ops!
    mintak mahap di hari enibeseri...
    ada acara spesel tak mlm ni????

    ReplyDelete
  2. wahwah. patut le sanggup berkorban menjawab tag (walupun belum cukup korum). rupenye2 eniverseri dia...tu yg tak rela race ke kelang tuh. hahaha


    hepi eniverseri YB! terime kasih sebab akhirnya jawab jugak tag kite. lalala...

    ReplyDelete
  3. kembar yb tu kelakar macam yb jugak ke?

    ReplyDelete
  4. kau ni ngah,sodap yo ngolar an yb(yang boroi)....!kekekeke..!

    ReplyDelete
  5. kan dia ckp dulu perut dia jadi cm tu sbb pn.siti tu masak sedap hari2...
    ishhh..ishhh...ishhhhh..!

    ReplyDelete
  6. ooo...lain kali blh la tag yb...rajin rupanya menjawap...!


    smart tag dah topup lom?hehehehe

    ReplyDelete
  7. kak long ngelat gak yb tu nak menjawab tag
    hehehehe....

    ReplyDelete
  8. Macam drama bersiri...siap ada sambung2...hehehe

    ReplyDelete
  9. ek eleh, tu nk selebret eniversary la tu. takpelaa kasi can.

    Ai suke je baca entry psl zmn2 persekolahan. motivasi tu motivasi (^_^)

    ReplyDelete
  10. hantar la anak balik kampung YB. kan cuti skolah ni. bole la celebrate special sikit. hahahhahaha

    ReplyDelete
  11. Rozita,

    Ya awak first kali ni. Sungguh tak disangka2 hehehe

    ReplyDelete
  12. Rozita lagi,

    Nak giler koser jugak ke?

    Sementara ada peluang apa salahnya kann?

    Komen tentang n3 ni takde ke? hehehe

    ReplyDelete
  13. Eja,

    Terima kasih. Ramai org memberi ucapan di n3 yg sebelum ni. Tapi kat sini pun boleh juga ngeeeee

    ReplyDelete
  14. hehehe... macam drama bersiri isabella pulakk..

    ReplyDelete
  15. kakngah,

    Cis sampai hati awak huhuhu

    Tadi saya tengok gambar kami ke Kuching 5 tahun lepas. Tak boroi lagi masa tu. Ingat nak letakkan gambar tu kat blog. Org bukan tahu pun itu gambar bila kalau saya tak beritahu ekeke

    Malam ni acara biasa aje. Anak yg tengah periksa SPM tu kata tunggu dia balik kalau nak selebrate huhuhu

    ReplyDelete
  16. gadisBunga no 1,

    lambat 7 minit. Tak dapek den nolong.

    ReplyDelete
  17. gadisBunga no 2,

    entahlah apa sebab bila awak tag tiba2 rasa nak jawab pula.

    Saya terpaksa buat berperingkat2 sebab taknak panjang sgt. Nanti org boring nak baca sampai habis.

    Tadi saya ke Shah Alam dan Klang. Nak ajak awak ke sana tapi saya belum ada no hp awak. Boleh tak emel kat saya no awak. Atau kalau awak benarkan saya minta dari DrSinga hehehe

    ReplyDelete
  18. gadisBunga no 3,

    Kembar saya tu kalau dgn saya mmg kelakar. Belum habis citer dah ketawa. Kami faham antara satu sama lain. Tapi kalau org lain, kata kami ini sewel ketawa tak pasal2 huhuhu.

    ReplyDelete
  19. kaklong,

    Terima kasih kerana menyokong saya. Bravo!

    ReplyDelete
  20. kaklong lagi,

    Betul tu. Masa saya mula2 kahwin dulu perut saya slim tau. Skrg dah naik 50% sbb hari2 makan yg best2 huhuhu

    ReplyDelete
  21. kak long lagi dan lagi,

    Jgn tag saya sbb lain kali tak semestinya rajin mcm ni. Ini pun sbb gadisBunga yg tag hehehe (tanduk dah mula nak tumbuh hahaha)

    Smart tag ada RM262 lagi. Hari tu beli kad Plus Mile RM500. Tak perlulah nak top up sebulan ni kot.

    ReplyDelete
  22. Eja lagi,

    Itu bukan ngelat tapi buat dlm 2 - 3 n3. Nanti cukuplah 25 random items tu.

    Tunggguuuuuuuuu

    ReplyDelete
  23. aNIe,

    Nak buat dalam satu n3 takut panjang sgt. Itu yg buat dlm beberapa episod hehehe

    ReplyDelete
  24. AiTotYati.

    Terima kasih kerana memahami. Sebenarnya saya nak tengok berita tadi dan lepas tu pergi ke surau solat Isyak.

    Citer saya zaman persekolahan biasa2 aje. Awak lagi pandai dan hebat sbb awak belajar di MRSM.

    ReplyDelete
  25. The Nurul,

    Di kampung cuma ada nenek dan datuk anak2 saya. Mereka pun bukan sihat sangat skrg. Bapa mertua saya dah berkerusi roda. Tak sampai hati nak tinggal anak2 di kampung sedangkan kami berseronok di KL.

    Apapun terima kasih di atas pandangan awak tu.

    ReplyDelete
  26. a.z.r.i.n.a,

    Awak pun mengikuti Isabella ke? Malam esok jgn lupa sambungannya.

    n3 saya belum tentu sambung esok hehehe

    ReplyDelete
  27. owhh..baru kenal YB dgn kebih dekat...

    ReplyDelete
  28. ish..silap taip pulak...

    kebih -> lebih

    ReplyDelete
  29. tak sempat lagi nak baca entri yg lepas-lepas

    ReplyDelete
  30. hepi anniversary...
    xsempat nak bc n3 tdahulu..

    ReplyDelete
  31. sy skrg kerija kat kl sentral area :)

    ReplyDelete
  32. simpan tak suratkabar tu? kenangan yg paling maniskan :D

    ReplyDelete
  33. baru 10...
    mana lagi 15??


    .
    .


    cepat sambung!!!

    :P

    ReplyDelete
  34. sekarang tak jual kerepek pedas lagi??

    ai suka kerepek pedas. sangat2 suka ;D

    ReplyDelete
  35. nurazzah8 no 1,

    eh ada juga yg nak kenal saya dgn lebih dekat ek?

    Ini baru sejarah saya dari lahir sampai saya mula kahwin dulu hehehe

    ReplyDelete
  36. nurazzah8 no 2,

    Takpelah tu sebab 'k' dan 'l' kan dekat2. Saya dan adik saya yg tak sama tu pun ramai yg silap

    ekeke

    ReplyDelete
  37. nurazzah8 no 3,

    kalau rajin bolehlah baca. Tapi tak semua n3 tu berbaloi baca. Anyway kebanyakan n3 di blog ni citer tentang saya dan keluarga.

    ReplyDelete
  38. pB,

    kebetulan tengah datang rajin hehehe

    ReplyDelete
  39. Hamizah,

    Terima kasih.

    Bila2 kalau ada masa bolehlah baca n3 lama tu. Harap ada yg berfaedah.

    ReplyDelete
  40. Mak Su,

    Entah2 tempat mak su kerja skrg ni adalah tempat saya main masa kecil dulu. Tempat tu dulu dipanggil Loco iaitu tempat simpan kepala dan gerabak keretapi.

    ReplyDelete
  41. juliet,

    Dulu ada simpan dalam album bersama gambar2. Tapi entah dah kemana album2 tu sejak kami dah berpindah randah banyak kali ni huhuhu.

    Hanya tinggal dlm kenangan.

    ReplyDelete
  42. kts,

    sabarlah. Komen utk n3 semalam pun tak habis balas lagi hehehe

    Nanti aku sambung ko jangan tak baca pulak

    ReplyDelete
  43. kts lagi,

    Skrg ubi kayu sekilo pun dah RM2.

    Jadi skrg kena cari barang atau perkhidmatan lain utk diperdagangkan.

    Kalau nak makan kerepek ubi pedas raya dtg lah ke rumah. Kalau tak ikut kami balik kg emak Adam. Kat sana ada org jual sepanjang tahun.
    Nak ikut tak?

    ReplyDelete
  44. hepi aniveseri.... hadiah apa semalam...hehehhe

    ReplyDelete
  45. Alimaz - Kembara Terasing,

    Terima kasih.

    Hadiah peluk cium aje sbg tanda kasih. Tapi itu lebih berharga dari wang ringgit ecece

    ReplyDelete
  46. YB,

    (ini jawapan dari n3 di blog saya...)
    http://nurazzah8.blogspot.com/2010/11/nak-awet-muda.html

    boleh suruh emak Adam amalkan...bila emak Adam dah cantik berseri...bapak Adam pun akan ikut berseri-seri!

    hehehe...

    ReplyDelete
  47. nurazzah8,

    Terima kasihlah bawa jwpan tu ke sini. Awak buat saya terharu. Terima kasih sekali lagi.

    Nanti saya suruh emak Adam amalkan. Skrg pun ramai org ingat dia belum 40 tahun terutama bila tengok dia bawa Adam yg berumur 2 tahun. Yalah jarang org umur lebih 40 ada anak kecil mcm tu.

    ReplyDelete
  48. buat tag pun buleh main sambung sambung .. hahaha..

    ReplyDelete
  49. -•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- ,

    Nak buat sekaligus tak sempat. Lagipun nanti panjang sangat. (yg sebenarnya belum fikir lagi yg 15 lg tu hehehe)

    psst - tag ni GB dapat dari awaklah. Akhirnya sampai kat saya huhuhu

    ReplyDelete
  50. siapa yang ajak siapa race ni??!!

    ReplyDelete
  51. DrSinga,

    Mestilah GB yg ajak. Dia kan suka bawa kete laju. Tapi lawan si Arvi belum tentu dia boleh menang hehehe

    ReplyDelete
  52. gadisBunga,

    DrSinga perlukan lebih bnyk DHA hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails