Thursday, November 11, 2010

Ramainya Yang Dapat 5A!

Keputusan UPSR telah diumumkan pagi tadi. Jumlah pelajar yg mendapat 5A berpuluh ribu. Tahniah aku ucapkan kepada mereka yg berjaya itu. Juga kepada ibubapa mereka.

Anak aku takde yg ambil UPSR tahun ni. Tapi sebelum ini dah 4 org anak aku yg ambil UPSR. Kecuali anak aku yg sulung, 3 org adik2nya mendapat 5A.

Masa aku dulu, peperiksaan penilaian diadakan semasa kami di darjah 5 (bukan darjah 6 seperti skrg). Masa itu aku bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Inggeris. Sekolah itu khas utk pelajar lelaki sahaja dan pelajarnya dari pelbagai bangsa. Kira 1Malaysialah w/p masa tu belum ada konsep atau istilah tersebut.

Pelajar Melayu yg dapat 5A memohon masuk SBP. Ada 2 org kawan aku mohon dan dapat masuk MCKK. Aku tak layak. Kalau layak pun mesti abah aku tak kasi kerana kami dua beradik aje. Kalau aku pergi Kuala Kangsar mesti adik kembar aku nak ikut. Dari telur abah aku dia ikut aku masuk rahim emak aku sampailah kami belajar ke luar negeri dia ikut. Sampaikan bila aku kahwin dgn org Tg Karang, dia ikut cari org yg sekampung dgn emak Adam!

Dah ke laut pula citer aku ni.

Berbalik kpd peperiksaan penilaian, pelajar sekolah aku yg tak ke SBP tak ada banyak pilihan. Samada kami masuk VI atau Vivekananda. Kebanyakan bukan Melayu yg pandai2 akan memilih VI. Melayu yg tak pergi ke SBP mcm kami dua beradik ni bolehlah mencuba mohon masuk VI. Kalau tak berjaya, alamat ke Vivekanandalah. Sekolah tu kebanyakan pelajarnya adalah kaum yg mendominasi kawasan Brickfields kerana sekolah itu terletak di Brickfields.

46 comments:

  1. masa GB dulu UPSR 4 subjek je. ngeeee

    ReplyDelete
  2. hah! 1st lagi!

    dulu GB dpt 4a je la. ngeeee

    ReplyDelete
  3. walauweh! hahahaha!!!! terus dapat aura gila kuasa. miahahaha!!!

    ReplyDelete
  4. memang ramai budak2 yang bijak2 sekarang ni....
    zaman IT la katakan....

    bila dah ramai sangat yg pandai,maka peluang untuk ke asrama penuh tipis sikit....selalunya ibubapa la yg kecewa kalau tak dapat.....

    ReplyDelete
  5. nanti bila dah SPM,STPM...
    dapat lagi keputusan yang bagus2...
    nak masuk U pulak satu hal.....

    tempat yg diberikan tak mencukupi...


    mana mak bapak yg kaya boleh la hantar ank mereka ke kolej swasta...
    mana yg tak mampu....
    asyik merayu jer la.....

    ReplyDelete
  6. aku pun x dapat 5A... frust tau...







    sbb x ditawarkan...... hehehehehe

    ReplyDelete
  7. Jauh tu ke sekolah dari Bukit Federal ke Jln Bukit Nanas.. (Betul kan?)

    ReplyDelete
  8. Masa kita dulu ... 4 subjek je... dptlah 3A... 1 B... nak dapat 4 A dulu pun susah... tak macam sekarang... maklumlah dulu kita takde tusyen

    ReplyDelete
  9. gadisBunga,

    Masa tu UPSR diadakan di Tahun 6 kan?

    ReplyDelete
  10. tahniah kpd yg berjaya..yg tak berjaya, leh cuba lg, repeat upsr ke?erkk???

    ReplyDelete
  11. gadisBunga lagi,

    Wah dah terer mendapatkan tempat pertama. Bolehlah memberi saingan kpd yg lain hehehe.


    Kira tererlah GB ni sbb dapat straight A's. Tahniah.

    ReplyDelete
  12. gadisBunga lagi dan lagi,

    Biasalah bila dah dapat jadi yg first nak bagi komen lebih sikit supaya top 3 sampai top 5 (ada yg sampai top 10) awak yg punya. Mana boleh bagi can kat org senang2. hahaha

    ReplyDelete
  13. kak long,

    Skrg mmg ramai budak yg pandai2. Sedangkan SPM dan PMR pun ramai yg straight A's inikan pula UPSR. Sekolah tempat anak saya belajar biasa lebih dari 100 org dapat 5A.

    Bagi yg nak masuk asrama penuh mmg mencabar sbb tempat tak sampai 10% dari jumlah yg layak.

    Ada yg pakai kabel nak masukkan anak. Tak acilah mcm tu huhuhu

    ReplyDelete
  14. kak long lagi,

    Ada juga yg dapat masuk U tapi ditawarkan kursus yg bukan pilihan. Itu yg tawar hati.

    Alhamdulillah setakat ini dua org anak saya dapat masuk IPTA. Kalau masuk IPTS mahu bengkok nak cari duit membiayai pelajaran mereka.

    ReplyDelete
  15. zonaku,

    Masa sekolah rendah ko dah tahu frust? ekeke.

    Aku tak kisah pun masa tu. Main lagi best. hehehe

    Ko tak ditawarkan apa?

    ReplyDelete
  16. Ms.Lilies,

    Masa BM cuma 1 kertas aje kan? Skrg dipecahkan kpd 2. Tak skor juga budak2 Melayu dlm 2 subjek ini mmg sajalah hehehe

    Masa saya dulu kecuali BM, semua subjek lain dalam bahasa Inggeris.

    ReplyDelete
  17. dulu tak tau pun periksa drjh 5 tu utk masuk sekolah asrama.....

    ReplyDelete
  18. a.z.r.i.n.a,

    Yang di Bukit Nenas tu St John. Musuh tradisi VI. VI yg kat Stadium Merdeka.

    Masa tu tambang bas utk pelajar cuma 5 sen dari Jln Travers ke bus stand Klang. Nak jimatkan 5 sen tu kadang2 saya jalan kaki balik rumah.

    ReplyDelete
  19. aNIe,

    Kiranya dah baguslah tu dapat 3A 1B sebab masa tu tak ramai yg dapat 4A kan? Kita dulu mmg takde tusyen. Faham tak faham masa belajar kat sekolah tu lah. Kalau cikgu cuti bersalin bukan ada cikgu ganti. Tumpang kat kelas2 sebelah. Hampeh betul huhuhu

    ReplyDelete
  20. J.M.R,

    Ya tahniah sekali lagi bagi yg berjaya dgn cemerlang.

    Bagi UPSR takde repeat sbb berjaya ke tak, semua boleh naik Tingkatan 1.

    Masa zaman abah saya dulu, kalau tak lulus tak boleh naik kelas hatta di sekolah rendah. Maka ada yg dah besar gajah masih di darjah bawah hehehe

    ReplyDelete
  21. kak ct,

    Ramai pelajar yg tak fahampun kenapa kena ambil peperiksaan penilaian masa tu. Ada kawan saya di Bukit dulu masa hari peperiksaan dia tak datang ke sekolah kerana menyangka hari tersebut hari cuti. Yg cuti sebenarnya murid2 darjah 1 - 5. Dia kenalah datang ambil periksa. Akhir gagal semua mata pelajaran hehehe

    ReplyDelete
  22. Yalah... lupa pulak.

    Ingat lagi bila terserempak dengan bbdak VI @ St John @ CBN mesti berbisik ngan kwn2... tu budak pandai..bla-bla..mesti anak org kaya..bla-bla-bla.. pada hal jiran2 di BBSentul dulu ada jugak hantar anak ke sana...

    hehe..

    ReplyDelete
  23. Bukan tu aje...

    jiran rumah di BTP ni haa.. pun hantar anak ke sekolah St John. Kesian pulak anak dia 6 pagi lebih dah bertolak..Tahun Satu.

    Maknya kerja di DBKL jadi mungkin anak dia ditempatkan di taska lepas balik sekolah.

    ReplyDelete
  24. Apa lagi nak komen...


    saya nak naikkan tempat nih !


    hehehe..

    ReplyDelete
  25. tahun saya, tahun pertama UPSR diperkenalkan.

    ReplyDelete
  26. masa tu, bila naik darjah 6, rasa macam abg2 ja....eksyen sebab dah ada penilaian....

    ReplyDelete
  27. tapi yg tak dpt 5A lagi ramai

    .
    .


    :D

    ReplyDelete
  28. masa UPSR,
    sekolah kat hujung kampung....
    belum ada yang dapat 5A (termasuklah saya)...huhuhu

    ReplyDelete
  29. adik beradik saya yang dapat full A ni buleh tengok abang saya ngan adik yang bongsu je... huhu~~

    ReplyDelete
  30. ramai betul anak2 yg bijak pandai skrg ni ye

    cuma..kekadang aku tefikir

    tak kan semuanya nnti nak jd bos..
    siapa pulak nak jd kuli :))

    ReplyDelete
  31. a.z.r.i.n.a,

    St John dgn CBN dekat2. Itu yg budak St John perasan budak CBN tu aweks mereka. Piraaaah hahaha

    Bukan semua budak 3 sekolah ini pandai2. Kalau tak, taklah budak (masa tu lah) mcm saya ni boleh jadi top student masa LCE.

    Dan bukan semua budak yg belajar di sana anak org kaya. Kami org miskin pun sekolah situ juga.

    ReplyDelete
  32. kita dulu dpt 3a1b,mak tak bg masuk asrama.nanti dia tinggal sorang.so skolah la yg dkt dgn umah.

    ReplyDelete
  33. a.z.r.i.n.a lagi,

    jauh tu dari BTP ke St John. Mungkin nak anaknya belajar di sekolah terkenal. Najib dan semua adik2nya kan belajar di sana dulu.

    Jgn budak tu letih sebelum PMR sudahlah. Banyak masa habis di jalan aje tu.

    Tapi mungkin keluarganya tahu apa yg terbaik utk anak mereka.

    ReplyDelete
  34. a.z.r.i.n.a lagi dan lagi,

    Kalau takde idea pergi buat kerja dulu. Malam tadi mungkin dah mengantuk. Sebab tu tak tahu apa nak komen.

    Sekarang awak berkongsi tangga ke2 dgn gadisBunga di carta Top 7. Kaklong jauh di depan hehehe

    ReplyDelete
  35. kakngah,

    Tahun bila tu?

    (kalau kakngah jawab semua org boleh tahu umur hahaha)

    ReplyDelete
  36. Cikgooden,

    Betul tu. Jalan pun kadang tu pijak bumi. Dapat pula kelas kat tingkat atas hahaha

    ReplyDelete
  37. kts,

    Tahun ni yg dapat straight A's 10%. Paling ramai dalam 4 tahun ni.

    Walaubagaimanapun, 90% tak dapat 5A lah. Lebih 400,000 murid tu.

    ReplyDelete
  38. faraulah,

    UPSR hanya permulaan. Jauh lagi perjalanan selepas itu. Tak semua org yg berjaya hari ini mendapat 5A masa UPSR hehehe

    ReplyDelete
  39. syah,

    Oklah tu. Ada juga wakil dari keluarga awak dpt full A's.

    Keluarga ibubapa saya takde yg dapat 5A masa penilaian. Saya dan adik kembar saya tak dapat 5A masa tu sbb English kami setakat B. Maklumlah emak bapa tak tahu cakap omputih. Sekolah pula dgn budak2 biasa aje huhuhu

    ReplyDelete
  40. Rozita,

    Skrg ni nampak mcm ramai budak2 yg bijak sebab jumlah budak2 pun bertambah ramai. Setiap tahun setengah juta bayi dilahirkan di Malaysia. Masa saya dulu tak sampai pun 100,000 bayi.

    W/p yg pandai makin ramai, masih ada lagi yg kurang pandai.

    Selain tu ramai pendatang asing sedia nak kerja di negara kita ni.

    ReplyDelete
  41. Syida,

    Emak awak rasa awak kecil lagi nak masuk asrama masa Tingkatan 1 tu.

    Skrg pun awak masih kecil juga lagi. Kecil molek hehehe

    ReplyDelete
  42. salam
    2 org anak sedara jugak dapat 5A..

    ReplyDelete
  43. Kamsiah,

    Wsalam.

    Tahniah kpd anak2 saudara awak dan emak saudaranya juga hehehe

    ReplyDelete
  44. UPSR cuma permulaannya je YB.. SPM la penentu segalanya.. tp tak semestinya bila dh cemerlang SPM.. akan cemerlang bila dh masuk U.. yg pentingnya bergantung pada diri sendiri..:)

    ReplyDelete
  45. Lieya,

    Betul tu. UPSR tak banyak kesannya. SPM mmg lebih penting dlm menentukan hala tuju hidup kebanyakan org. Kalau yg cemerlang boleh sampai di U. Yg lain mula cari kerja.

    Cemerlang di U juga tak bermakna akan cemerlang bila bekerja. Dan cemerlang dlm kerjaya tak semestinya cemerlang dlm hidup.

    Kalau yg cemerlang dlm sesuatu perkara itu pun belum tentu cemerlang dlm perkara lain, mereka yg tak cemerlang selalunya lagilah susah huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails