Thursday, November 11, 2010

Pengguna Smart Tag Yang Tak Smart

Pagi ini aku ada breakfast meeting di PJ. Sarapan 1Malaysia - aku dan rakan2 perniagaan aku yg berbangsa Cina sarapan roti canai telur di kedai India.

Habis berbincang kami pun balik ke tempat masing2 kerana banyak urusan yg nak dibuat (jgn percaya yg ini kerana aku sempat lagi blogging ni). Aku sebenarnya nak berjumpa seseorg menunjukkan contoh barang yg mahu ditempah tetapi dia ada mesyuarat pula pagi ini.

Aku pun balik ke rumah. Org bisnes (perasan) semua nak cepat. Aku cadang lalu Kerinci Link dan terus ke DUKE. Walaupun kena bayar tol dua kali iaitu RM1.50 di Kerinci Link dan RM2.00 di DUKE tapi berbaloi kalau perjalanan lancar.

Semasa aku memasuki Kerinchi Link dari Lebuhraya Persekutuan berhampiran Universiti Malaya ada sebuah kereta BMW di depan aku. Boleh tahan laju pemandu tu bawa kereta. Di selekoh pertama yg ada pengesan kelajuan tu, dia pandu 80 kmj w/p had laju cuma 50 kmj. Aku boleh lihat kelajuan di gantri di depan aku.

Bila sampai di plaza tol dia pun masuk lorong Smart Tag. Biasalah. Takkan kereta mewah nak berbaris bayar manual. Tiba2 dia berhenti sebelum zon mengesan Smart Tag tu. Aku pun tunggu belakang dia. Belakang aku pun ada kereta. Ingat apa hal. Rupa2nya pemandu BMW ni dok mencari alat Smart Tag dia. Lama dia mencari. Aku ingat nak hon tapi macam tak berhemah. Aku pun tarik lampu. Dia buat dek masih mencari smart tagnya. Kereta di belakang aku sudah redah flexible pole utk ke lorong Touch 'n Go di sebelah lorong Smart Tag. Aku tarik lampu lagi. Mamat tu nampak menggelabah mencari alat smart tag dia. Akhirnya dia jumpa dan jalan ke depan.

Ada juga org yg tak smart menggunakan Smart Tag ni. Lain kali sediakanlah alat tu sebelum masuk lorong Smart Tag.

Aduyai. Aku nak cepat jadi lambat gara2 org mcm ini.

45 comments:

  1. kalau la saya mmgdah kena dia tu.....heehehhe menyusahkan org betulla...

    ReplyDelete
  2. kan smart tag tu ada kaki nya yg blh letak kat cermin depan tu...

    ker dia pinjam jer kete tu...
    tak pun smart tag tu org lain yg punya....!

    ReplyDelete
  3. kekadang anak kaklong si haziq tupun pandai cakap...
    buat nama jer kete smart...tapi orangnya tak smart...!

    ReplyDelete
  4. lepas ni jangan tag kaklong sudahhh...!

    ReplyDelete
  5. tu belum tengok yang pesen pakai smart tag masuk lorong touchngo.. siap marah marah lagi kenapa palang tak bukak..



    .

    ReplyDelete
  6. alien,

    Macam2 ragam yg boleh buat org geram huhuhu

    ReplyDelete
  7. a.z.r.i.n.a no 1,

    Kalau tak nak terlepas kena rajin jeling2 kat bloglist tu mcm tengok saham

    hahaha.

    ReplyDelete
  8. a.z.r.i.n.a no 2,

    Siapa tak geram kalau nak cepat jadi lambat. Kalau pengimbas tak boleh nak baca tu bolehlah dimaafkan tapi kalau smart tag tak ready mmg sudah lebih.

    huhuhu

    ReplyDelete
  9. Alimaz - Kembara Terasing,

    Wah garang juga awak ya. Agaknya apa yg awak nak buat tu? Kalau bagus lain kali saya nak tiru

    hehehe

    ReplyDelete
  10. kak long,

    Mmg ada kaki tu tapi ramai org tak nak pasang kaki tu sbb takut kereta kena pecah oleh pencuri yg nak curi smart tag tu. W/p kita sorokkan smart tag tu tapi mereka tahu kereta kita ada smart tag bila nampak kaki tu huhuhu

    ReplyDelete
  11. kakak saya pakai smart tag jugak, tapi dia tak pasang kaki tu, dia simpan dalam henbeg..

    jadi, tiapkali naik keta, dia kuarkan dari henbeg, taruh kat tempat senang capai.. bila kuar keta, dia buh baik dalam henbeg... Hohohohoh

    saya pakai tng aje... kalo pakai smart tag harus lebih laju lagilaa incik Firdaus bermaharajalela dijalanan... Hihihihihihih :P :P

    ReplyDelete
  12. relevan,

    Kalau saya bawa X5 tadi harus dia kena sondol wakaka

    ReplyDelete
  13. kak long lagi,

    Si Haziq tu mmg smart.

    Apalah org yg pakai smart car tapi tak smart di jalanraya. Buat malu kompeni aje.

    ReplyDelete
  14. kak long lagi dan lagi,

    Saya dah lama tak tag org sbb saya pun tak buat tag ni kalau kena tag hehehe.

    Tak pandailah nak jawab tag tu huhuhu

    Kaklong pun jgnlah tag saya ya.

    ReplyDelete
  15. -•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•-,

    Itu jenis yg bukan saja tak smart tapi bengap. Manalah palang nak buka kalau tak sentuh kat card reader tu.

    Ada juga org yg pakai Touch n Go masuk lorong Smarttag. Ini pun satu hal juga huhuhu

    ReplyDelete
  16. Mak Su,

    Mmg memalukan. Kalau nak kasi dia lebih malu ambil gambar kereta dia tadi.

    Hampir2 saya nak ambil gambar kereta dia tadi tapi takut pulak ada suku sakat dia baca blog ini dan beritahu dia. Tak pasal2 saya kena saman.

    ReplyDelete
  17. syah,

    Mak ai smart tag yg gedabak tu masuk dlm henbeg? Dah macam poket Doraemon hahaha.

    Tapi eloklah kalau tiap kali masuk kereta dia letak tempat yg senang capai. Taklah bila sampai kat plaza tol baru terkial2.

    Kalau kena tol sekali aje sekali jalan takpe juga guna Touch n Go. Kalau mcm saya yg terpaksa melalui pada purata 8 plaza tol setiap kali ke Shah Alam terpaksa guna smart tag. Kadang sehari sampai berbelas2 kali huhuhu

    ReplyDelete
  18. usahkan smart tag...touch n go pun selalu je ada org camni....pastu reverse sket terus kete melintang nk masuk lorong tunai....dh hbs plak smua kete kena tggu dia je

    ReplyDelete
  19. mmg bikin panas la kalau GB yg duduk kat belakang kete tuh!

    opis GB dkt2 je dgn susur ke kerinchi link tu. heheheh..

    ReplyDelete
  20. Ms.Lilies,

    Org macam ni patut diajar utk lebih bersopan dan tak menyusahkan pengguna lain.

    Mungkin paksa mereka parking kereta kat situ dan balik jalan kaki hehehe

    Kalau tak pun ramai2 hon dia. Biar malu tak ingat sampai mati.

    ReplyDelete
  21. gadisBunga,

    Awak pun jenis panas baran juga ke kalau kena org yg mcm ni. Banyakkan sabar.

    Lain kali bolehlah saya singgah opis GB tu. Saya selalu lalu kawasan tu.

    GB dah dpt alamat emel saya kan. Kalau nak no hp boleh tanya DrSinga hehehe

    ReplyDelete
  22. cet, baik guna touch n go je.

    kekekke

    ReplyDelete
  23. AiTotYati,

    Baik bayar tunai aje sbb bila tak jumpa alat smart tag tu mesti kad touch n go pun takde hehehe

    ReplyDelete
  24. kita kat perth ni mmg xtol di kesemua jln..dah lama x alami suasana cam ni..
    mmg menyusahkan kalau nak cepat,kan?

    ReplyDelete
  25. anak dia yg umur tak sampai setahun telah bermain alat smart tag tu semalam.. lalu tercampak ke bawah.. lalu terselit di bawah kerusi.. lalu tersusahlah dia nak mencapainya

    .
    .

    kasihanilah dia...


    sekian.. andaian baik sy

    :D

    ReplyDelete
  26. sibbaik masa smart tag aku lesap aku telah bertindak bijak dgn meramboskan diri ke belah kanan sblm org blkg tarik2 lampu. hehehehheheh

    ReplyDelete
  27. walaupun sehari lapan belas kali lalu tol, saya tetap nak guna tng... biar encik Firdaus kurang sket bermaharajalela dijalanan... kikikikik :P :P :P

    ReplyDelete
  28. selalu terkena macam tu..hangin satu badan jadinya

    ReplyDelete
  29. betul, driver BMW tu tak berapa smart. haha.

    ReplyDelete
  30. Hamizah,

    Bestkan kalau jalanraya bagus dan toll free pulak tu.

    Bos saya dulu seorg Aussie pernah beritahu di sana mereka boleh bawa selaju 110 kmj di gantri plaza tol dan masih boleh kesan dan potong kad tol mereka.

    Kalau ada org yg mcm drebar BMW ni kat sana mmg kena langgar kereta belakang.

    ReplyDelete
  31. kts,

    Sejak ko menulis drama sebabak ni, semua situasi ko nak jadikan plot drama. Ai like.

    psst - Adam pun suka nak pegang mesin smart tag tu setiap kali nak lalu kat plaza tol. Setakat ini dia tak campakkan lagi benda tu hehehe

    ReplyDelete
  32. Masy,

    Satu tindakan bijak.

    Mcmana smart tag ko boleh hilang?

    ReplyDelete
  33. syah,

    Incik Firdaus bermaharajalela di plaza tol aje ke? Harap dia bukan jenis yg potong q bila sampai kat plaza tol atau mencelah2 nak cari lorong mana yg paling cepat.

    Lepas bayar tol dia masih boleh bermaharajalela kan???

    ReplyDelete
  34. Chik Na,

    Bahaya tu kalau selalu angin satu badan hehehe.

    ReplyDelete
  35. GaDis CoMeL,

    Saya rasa bukan tak berapa smart tapi tak smart langsung huhuhu

    ReplyDelete
  36. tak, dia tak macam gitu... prinsip kami senang, kami tak suka orang buat, jadi kami tidak buat... :D :D

    kurang-kurang kalau pakai tng ada can kaki kanan rehat sekejap... kalu tak sibuk bekerja tekan minyak aje... huahahahahah :P :P :P

    ReplyDelete
  37. syah,

    Oh itu macam kah? Ok ok boleh diterima penjelasan ini hehehe

    ReplyDelete
  38. eh.. rupa2nya entry semalam kita pasal benda yang sama! alahai smartTAG

    ReplyDelete
  39. ~mrs azmi~,

    ha'ah. Itulah saya pergi baca n3 awak tu. Itu lagi kes berat bila PLUS tutup lorong Smarttag kat tol Rawang tu.

    Awak ada buat komplen kpd PLUS tak?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails