Friday, November 19, 2010

Nak Mimpi Orang Lain Yang Datang Orang Lain Pula

Org kata mimpi mainan tidur. Dah alang2 main biarlah seronok kan? Jadi aku berharap dapatlah jumpa orang2 tertentu dalam mimpi aku seperti Lisa ke hehehe

Malam tadi entah macamana aku mimpi jumpa Fahrin Ahmad buang karan aje Kalau awek yg mimpi mcm aku ni, mesti tak bangun Subuh pagi ni. Tapi bagi aku, apahal nak mimpi jumpa mamat tu. Lama juga mimpi tu. Siap dia senyum2 dan gelak2 lagi kat aku. Akupun tergelak sama sehingga aku terjaga dari tidur!

Aku bingkas bangun dan terus berwudhu. Lepas tu aku bangunkan emak Adam untuk jemaah dgn aku.

Ini aje entri aku pagi ni. Dah jangan bermimpi lagi. Pergi buat kerja tu . . . .

42 comments:

  1. mimpi Fahrin Ahmad? Apekah? Sebbek takde buat pape... Hahahahahah :P :P

    ReplyDelete
  2. YB..betul la..mimpi la..jumpa scha ke kan..ni fahrin..

    ReplyDelete
  3. syah,

    Siapa kata takde buat apa2? ngeeee

    Takkan nak tulis kat sini? Itu yg senyum2 dan gelak2 hahaha

    ReplyDelete
  4. kak Erna,

    Kalau mimpi jumpa Scha atau Lisa mahu emak Adam yg kat sebelah tu pun lupa sekejap wakaka

    ReplyDelete
  5. Fahrin???



    heheheheheh.......



    tersilap chanel dowh!

    ReplyDelete
  6. PnConfused,

    nasib baik aku tak mimpi budak 2 org yg bercium tepi jalan tu huhuhu

    ReplyDelete
  7. jedi,

    Apa yg nak potongnya. Stim pun tidak wakakaka

    ReplyDelete
  8. sape lg kacak..yb ke abam fahrin?



    hahahaha

    ReplyDelete
  9. hanie,

    Kalau awak tanya emak Adam mestilah dia kata saya yg lebih kacak hehehe

    ReplyDelete
  10. pernah jugak jumpa Fahrin dalam mimpi

    tetibeeee je..

    ReplyDelete
  11. salam YB..

    kak ct dah lama nak mimpi jumpe oliver kahn..

    ReplyDelete
  12. mimpi mlm jumaat
    :>





    klong cuti lama. nx week baru blk kajang. anknya kan masuk jawi...

    ReplyDelete
  13. owh? Ada buat apa-apa jugak? Buat apakah?? tanyaku bebuat bizibodi... Mueheheheheh :P :P :P

    ReplyDelete
  14. tasek,

    Selisih malaikat 44 wei.

    Aku lelaki sejati spt mana ko wanita sejati hehehe

    ReplyDelete
  15. ~mrs. azmi~,

    Tahu dek Mr. Azmi kecik hati dia nanti hehehe

    ReplyDelete
  16. kak ct,

    Sebelum tidur malam nanti kena sebut nama dia 100 kali hehehe

    ReplyDelete
  17. kakngah,

    Dah nak pagi pun baru mimpi tu.

    Kak long buat majlis dia kat mana? Kat kampung ek. Itu yg door gift tak cukup 50 tu kan hehehe

    ReplyDelete
  18. syah,

    Saya takut Fahrin segan kalau saya bagi tahu keh keh keh.

    Tapi takde kena mengena dgn saya tau. Ini aksi dia dgn org lain yg dlm mimpi saya hehehe

    ReplyDelete
  19. lain mcm je mimpi YB arini
    bahana terlebih mkn lembu kot...

    ReplyDelete
  20. oooo kejut mak adam utk jemaah. mujur jemaah. hihihih

    pagi tadi Ai mimpi lewat ke sekolah. sekali tu, mmg terjaga jam 6.40pagi. EnJekjek mmg tak kejutkan sbb dia ingat Ai mmg taknak g sekolah sbb tak sihat.

    maka kelamkabutlah Ai. mujur baju n sume kelengkapan mmg dah siapkan pd mlm hari. ni sume gara2 jiranku yg buat perjumpaan MLM menyebabkan Ai takboleh tidur mlm tadi (salahkan jiran pulak).

    sampai sekolah mujur thumprint machine tu rosak. selamat Ai. kehkeh

    ReplyDelete
  21. hehehehe...fahrin ahmad nak buat ape..heheh.potong betul

    ReplyDelete
  22. sebenarnya emak adam yg mimpi Fahrin...YB dapat tempias je tu...mueheheh

    ReplyDelete
  23. Rozita,

    Terlebih makan lembu menyebabkan saya sakit perut. Mimpi ni tak tahu bahana apa pulak hehehe

    ReplyDelete
  24. AiTotYati,

    Nak ke surau dah lambat jemaah ajelah di rumah.

    EnJekjek tak kejutkan sbb bukan saja dia ingat Yati tak nak g sekolah tapi sbb Yati tengah cuti kan? hehehehe


    Jiran tu tak ajak Yati join MLM dia ke?

    Pukul berapa sampai sekolah pagi tadi sehingga bergantung kpd kerosakan thumbprint machine tu? ngeee

    ReplyDelete
  25. Mimie.Candy Cane,

    Adalah yg Fahrin dan beberapa org lagi dlm mimpi saya tu buat. Dah namanya pun mimpi. Mcm kartun pun ada hehehe

    ReplyDelete
  26. gadisBunga,

    Tak pulak emak Adam cakap dia mimpi Fahrin. Kalau dia mimpi Fahrin mahu tak nak bangun masa saya kejut dia hehehe

    ReplyDelete
  27. Kat belakang Fahrin tu ada ckLah. Nampak tak?





    Haha..

    Selalu jumpa Fahrin di Stesen Shell..

    ReplyDelete
  28. Mimpi Fasha Sandha tak der ke..?

    ReplyDelete
  29. salah tuning siaran mimpi gadis gadis ker YB.. hahhaha..

    malam nie tune siaran mimpi tu elok elok.. biar dapat chanel baywatch ..

    ReplyDelete
  30. ckLah,

    Patutlah mcm ada org kat belakang Fahrin dlm mimpi tu. Rupanya ckLah hehehe

    Fahrin dah takde kat stesen Shell. Dah ganti org lain huhuhu

    ReplyDelete
  31. relevan,

    Malam ni ingat nak mimpi Fasha atau pelakon2 wanita yg cun pulak hehehe

    ReplyDelete
  32. Hehehe... tak tercapailah impian nak bermimpi liza ye...

    ReplyDelete
  33. -•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- ,

    Boleh ajar tak mcmana nak tuning siaran mimpi tu supaya dapat mimpi awek2 cun?

    Channel Baywatch pun ok juga. Boleh mimpi cakap omputih hahaha

    ReplyDelete
  34. Kak Anie,

    Belum tahu lagi. Mana tahu malam ni berhasil pulak mimpi jumpa Lisa ngeeeee

    ReplyDelete
  35. dari Fahrin Ahmad...... saya nak mimpi Aaron Aziz lah..



    Nak mimpi husnulhafizin, hari2 ada sebelah bantal.. hahaha

    ReplyDelete
  36. Yb.. malanglah sebab mimpi fahrin tapi nasib baik jugak tak mimpi Lisa.. takut jatuh lak dari katil tu

    ReplyDelete
  37. a.z.r.i.n.a,

    Ada hati jugak nak mimpi Aaron Aziz tapi cepat awak cover line takut Husnulhafizin kecik hati hehehe

    Tidur sebantalpun mimpi tak sama tau.

    ReplyDelete
  38. ibuintan,

    Jatuh dari katil pun takpe asalkan mimpi Lisa hahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails