Masa kami menghantar datuk dan nenek Adam balik kampung tak lama dulu setelah mereka hampir seminggu berada di rumah kami terdapat bil elektrik yg belum dijelaskan. Sudah tertunggak tiga bulan dan jumlahnya mencecah RM120. Mertua aku merungut mengatakan bil api semakin tinggi setiap bulan. Bagi mereka RM40/bulan itu tinggi.
Untuk mengelakkan bekalan elektrik dipotong ibu mertuaku telah ke 'camp' iaitu Kampung Baru Cina yang bersebelahan dgn kampungnya utk membayar bil yg tertunggak itu.Untuk menjadikan peristiwa ini lebih dramatik Semasa ibu mertua aku pergi dgn menaiki motosikal tanpa lesen tu, hujan pula turun. Basahlah orang tua itu kerana nak pergi bayar bil. (Bapa mertua aku berkerusi roda dan tak boleh nak pergi bayar bil itu).
Itu kisah datuk dan nenek anak2 aku.
Untuk mengelakkan bekalan elektrik dipotong ibu mertuaku telah ke 'camp' iaitu Kampung Baru Cina yang bersebelahan dgn kampungnya utk membayar bil yg tertunggak itu.
Itu kisah datuk dan nenek anak2 aku.
Di rumah aku pula bil elektrik setiap bulan tak mati RM300. Ada masanya lebih dari RM400. Mana tidak tinggi bil elektrik. Komputer seorang satu, tv 3 buah termasuk utk main game, aircond hidup siang malam.
Bila aku suruh anak2 berjimat seperti padamkan lampu bilik yg tiada orang, mereka boleh menjawab, "alaaa baru berapa sen."
Ini bil terbaru berjumlah RM335.25. Aku bayar menggunakan M2U aje - tak payah berhujan ke pejabat pos.
Inilah beza orang tua dgn budak2 sekarang. Org dulu tahu nak cari duit itu susah maka mereka akan berjimat cermat. Budak sekarang semuanya mudah. Apalah erti nak jimat RM100 - RM200 untuk bil elektrik bila beli sebungkus biskut Famous Amos 300 gm pun dah RM22.
air-cond berapa bijik kt umah yu bang...?
ReplyDelete.
Akak pun facing the same situation..kadang2 sampai 600..
ReplyDeleteemm..tapi zaman sekarang semua peralatan pakai karan kan..
Kucing mandi pun pakai waterheater..
tasek,
ReplyDeleteAda 9 biji. Setiap bilik ada air cond tapi tak mestilah dipasang kalau takde org.
Tempat aku kerja ni kenalah ada air cond sbb konon2 opis akulah ni hehehe
Marina Monroe,
ReplyDeleteSampai 600? Itu lagi dasyat Kak! Mmg semua peralatan pakai karan tapi kalau bil api tinggi sangat bajet utk beli barang lain kena kurangkan pulak huhuhu
Untungnya kucing kakak sbb mandi pakai air panas hehehe
9 biji ekon? ni rumah ke supermarket? :P
ReplyDeleteok la tu baru rm300++...
ReplyDeletekat umah ai rm700++ 3 bulan tk bayar... padan muka tangguh2 bayar, tnb dtg nk potong baru sibuk... mujur bayar kat ujung jari. i luv m2u!
Ai hanya berdua je dgn enJekjek tapi aircond 3biji.(1hp=1bj, 1.5hp=1bj, 2hp=1bj)
ReplyDeletelaptop ade 3biji plus 1pc yg mmg on 24-7.
bila lektrik tiap2 bln mmg rm100++ tak lari. so bile YB rm300++ mmg logik sgtle.
pesen kite sma, dh byr suka tulis ref nombor n date kt bil tu
hihihiih
Daddy Ziyyad,
ReplyDeleteSupermarket? kah kah kah
Kebetulan rumah kami ada 5 bilik dan master bedroom ada 2 aircond. Itu aje dah 6. Tempat saya kerja di tingkat atas cum family living room ada 1 aircond, ruang tamu 1 dan dining area 1.
Za Nans,
ReplyDeleteRM700++ tu utk sebulan ke 3 bulan?
Nasib baik masa TNB datang tu ada org kat rumah. Kalau tak ko balik dah bergelap hehehe.
I luv m2u jugak.
AiTotYati,
ReplyDeleteAwak boleh buka cyber cafelah kat rumah tu sbb banyak komputer. Boleh cari duit sikit utk bayar bil api hehehe.
Saya tulis sbb kalau tak buat mcm tu kadang tak ingat mana yg dah bayar mana yg belum
amboih menjawab... gitule bebudak... tunggu diorang dah mula kerja sok, tau la diorang camne susah nak dapat duit, time tu baru pandai menghargai & berjimat...
ReplyDeletebyk jugak bil tu
ReplyDeletesalam ...
ReplyDeleteYB lama dh me bercuti teruas lupakan YB heheheh
nak shared
last time me pun buat bisnes kat umah ... buat cc .. computer 8 biji + admin comp 2 biji + aircond 2 bilik me 1 bilik cc 1 .. blom lagi sampai tahap RM200 sebulan sebab me pakai alat penjimat elektrik ...
xtau napa nak dapatkan produk tu di pasaran skrg sgt susah .. production limited ..
syukur ms tu me dpt cut cost jg lah kiranyer
syah,
ReplyDeleteitulah budak skrg. Yang keluar duit bayar bil ayah mereka jadi tak rasa sakitnya. Kalau sendiri yg keluar duit mcm beli prepaid tu, satu sen pun berkira.
Dulu pernah saya sediakan tabung utk bayaran bil elektrik. Setiap kali mereka nak main game kena bayar 20 sen. Tapi skrg dah tak jalan skim tu huhuhu
Rozita,
ReplyDeleteMemang banyak. Kalau org gaji kecil alamat tak makanlah anak bini sbb habis duit kat bil api aje huhuhu
T@sh Sch@,
ReplyDeleteWsalam.
Baru cuti dah lupakan saya ek? Nanti bila dah ada bf teruslah tak ingat saya lagi huhuhu
Awak buat bisnes cc kat rumah ya. Untung tak bisnes tu? Skrg ni ada lagi atau dah berhenti?
Kat rumah lama kami dulu ada pasang alat penjimat elektrik tu. Tapi bila kami pindah kami tak bawa sekali. Tinggal di rumah lama.
beratus2 x penah tp penah la bil letrik rm-8.00..hehe!
ReplyDeletekite tak penah bayar bil. ayah bayar. lalala.....
ReplyDeletehatta bil talipon pon. boss bayar. lalala
ReplyDeletetambahan lagi. bebudak zaman la ni byk yg tak merasa makan biskut timbang kati dgn eskrem melesia. sebab tu depa rasa seronok saja....heheh
ReplyDeleteYb dah tinggal dengan selesa, mestilah harganya juga sepadan dengannya... macam rumah saya takde econ, rM40 je sebulan
ReplyDeletemakdara TERdiva,
ReplyDeleteJimat betul penggunaan elektrik kat rumah mdt? Kalau semua org mcm tu, boleh bankrap TNB hehehe
gadisBunga,
ReplyDeleteAwak masih tinggal dgn keluarga ek? Untunglah ayah yg bayar bil w/p awak dah bekerja.
psst - awak pun gunakan ganti nama 'kita'. Samalah kita hahaha
gadisBunga lagi,
ReplyDeleteKalau tepon kawan2 dan bf pun bos bayar ke? Ada kerja kosong tak kat situ? hehehe
gadisBunga lagi dan lagi,
ReplyDeleteAnak2 saya pernah merasa biskut timbang kati sbb ada jual kat pasar malam. Tapi pakai kilo lah dan bukan kati.
Emak Adam dulu masa rumah lama ada jual aiskrim Malaysia. Jadi anak2 kami biasa dgn aiskrim tu.
Awak biasa dgn semua benda ni masa kat SP ke?
ibuintan,
ReplyDeleteBukan semua aircond dipasang setiap masa. Lagipun 3 org anak kami di universiti dan asrama. Cuma 2 bilik yg digunakan setiap malam.
Point saya ialah budak2 skrg termasuk anak2 saya tak pandai nak berjimat. Bila gunakan api air pulun mcm TNB dan Syabas tu ayah mereka yg punya huhuhu.
RM40 utk bil api tu kira rendahlah. Mcm mertua saya juga. Tapi mereka tinggal berdua saja tak mcm ibuintan.
salam YB
ReplyDeletedulu bil api kami sbln dlm 200 je..
sejak pasang alat penjimat letrik terus naik 300 lebih..
bingung...
rm700 tu utk 3 bulan... bawah tanggungan cik abang kita maka dia la yg uruskan... now seme ada kat umah, lappy, pc, lampu kipas seme on... mau mencanak bil akan datang.
ReplyDeletekalau balik bergelap ok jugak boleh pasang pelita mcm zaman mak ayah kita dulu2.
kita serupa la yat... semua yg ada, ON... huhuhu!
Ha ha..kome RM25 je sebulan api..jimat kos..
ReplyDeleteTv ada 1 tengok ramai ramai..kipas 1 kipas ramai ramai..komputer 1 ramai ramai juga.. mesin basyh juga 1..ramai ramai guna..
kak ct,
ReplyDeletewsalam.
Apa alat yg kak ct pasang tu? Ada tambah penggunaan peralatan elektrik tak? Kalau takde tapi bil naik, putuskan aje sambungan ke alat penjimat elektrik tu. Ini yg dimanakan buang karan aje hehehe
Za Nans,
ReplyDeleteRM700 utk 3 bulan kira ok jugalah tu dibandingkan dgn saya yg RM700 utk 2 bulan huhuhu.
Mentang2 cik abang yg tanggung, pulun on semua alat. Nanti kalau cik abang awak dah bising baru nak matikan mana yg tak perlu.
Guna pelita kalau sekejap oklah. Ala2 romantik bila dinner tu. Tapi kalau sampai nak tidur masih takde api, baru panas sbb a/c dan kipas takleh nak on hehehe
relevan,
ReplyDeleteJimat giler tu bro.
1 tv tengok ramai2 tu saya tabik. Macamana semua setuju tengok rancangan yg sama? Kat rumah ni 3 tv pun masih berebut. Ada yg nak tengok kartun, ada yg nak tengok drama dan ada yg nak tengok bola. Last2 saya nak tengok berita tak dapat. Maka berbloglah ngeh3x
Rumah aku bil api & air tak kena bayar...... Kerajaan bayarkan, hehe..
ReplyDeleteJowopinter,
ReplyDeleteUntunglah ko. Kalau mcm tu boleh pakai banyak2.
Ko dah kerja gomen ke skrg? Lama tak dengar khabar dari ko.
dasat sgt ek.......~
ReplyDeletehmm....bg key la....lebih dr 100 tu dah mahal gile dah bil~~
ish2....jgn la gini gamaknye ek~
bapak kaiyo bapak kaiyo.. ihiks
ReplyDeletePakai gajet penjimat letrik tu. Boleh le tahan.Kurang juga separuh.
ReplyDeletekEy,
ReplyDeleteMaaf lambat balas.
Kalau sekali sekala banyak mcm tu ok jugak kot. Tapi tiap2 bulan. Habis nak buat mcmana? Bayar ajelah huhuhu
en_me,
ReplyDeleteAmin. Semoga makbul doa en_me itewwww
Pok Li,
ReplyDeleteWah hebat kalau boleh menjimatkan letrik sampai separuh. Masa kami gunakan di rumah kami sebelum ni ada juga penjimatan tapi taklah sampai separuh.