Monday, November 1, 2010

Hebat Pengorbanan Mereka

Hari itu aku ada tulis tentang weekend husband. Satu 'pengorbanan' seorg suami demi mencari rezeki utk keluarga. Tetapi pengorbanan isteri serta anak2 juga sebenarnya kerana terpaksa berpisah pada hari2 kerja.

Tapi bila aku lihat pendatang asing samada yg ada permit atau yg tiada permit di negara kita, pengorbanan mereka terhadap keluarga lebih besar. Mereka tak dapat balik berjumpa yg tersayang setiap hujung minggu atau sebulan sekali. Kuat2nya setahun sekali atau dua kali saja mereka pulang ke kampung halaman utk bertemu keluarga mereka.

Jika dibandingkan pendapatan mereka dgn kita yg terpaksa menjadi weekend husband memang macam langit dan bumi. Berapa sangatlah gaji Mat Bangla atau bibik2 Indon tu. Tapi kerana kesempitan hidup di negara mereka, mereka sanggup menelan rasa rindu kpd keluarga dan merantau ke negara orang seperti negara kita ini.

Di rumah kami, ada seorg bibik yg menolong kerja2 membersih rumah sejak emak Adam melahirkan Adam. Sebelum itu semua kami buat sendiri tapi setelah menjalani pembedahan, doktor menasihati emak Adam tidak melakukan kerja2 yg berat. Dengan persetujuan jiran kami yang ada seorg pembantu rumah, dia telah membenarkan bibiknya bekerja separuh masa di sebelah pagi pada hari Isnin - Jumaat utk membantu membersihkan rumah kami.

Anak2 aku panggil dia Kak Yus kecuali Adam yg panggil dia Ayu kerana pelat dan susah nak sebut Yus agaknya.

Adam bersama Kak Yus semasa kami mengadakan majlis makan2 sempena raya baru2 ini

Menurut emak Adam dah lama Kak Yus di Malaysia. Dia terpaksa meninggalkan keluarganya di Jawa termasuk anaknya yg masih bayi ketika itu. Skrg anaknya itu dah masuk sekolah. Kak Yus juga dah ada cucu kerana anak sulungnya telah ada anak. Umur Kak Yus belum pun 40 tahun.

Dia pernah memberitahu emak Adam kalau dah cukup wang dia mahu balik ke kampung dan hidup bersama keluarganya.

Bersyukurlah kita kerana tak perlu pergi hingga keluar negara utk mencari rezeki.

48 comments:

  1. eh...

    mana kak ct ni??

    buat cekodok eh petang2..

    nak skit :D

    ReplyDelete
  2. dinda nak ikut ke mana saja kanda pergi... tak kira!!!

    .
    .

    takmao berjauhan


    .
    .
    .

    errr.. :D

    ReplyDelete
  3. saja bagi laluan kat kts, arrrgghhhhh.

    ReplyDelete
  4. rindu mengajarku menyayangimu,argghhhhhhh.

    ReplyDelete
  5. hihihihi... sabar eh juliet :P

    ReplyDelete
  6. ktssssssssss!!!!!!

    puas ku klik klik dr pagi...

    rupenye dia muncul di waktu ptg..

    setuju ngn juliet...

    ReplyDelete
  7. kalaulah sy terpaksa berpisah dgn dua hero sy tu..tak tahu lah mcmne..

    ReplyDelete
  8. salam YB..


    dr.nasihatkan emak Adam jgn buat kerja2 berat..

    ade tak dr. nasihatkan YB jgn kerjakan yg berat2 pd yg tak boleh buat kerja2 berat?

    ReplyDelete
  9. kts no 1,
    Waalaikum salam.

    Tertib dan sopan satunnya. Anak dara siapalah ni? hehehe

    ReplyDelete
  10. Berjauhan bagi pasangan suami isteri memerlukan ketahanan dan keimanan mental yang kuat.

    Kalau boleh elakkan berjauhan, hidup tanpa pasangan, menahan rindu.. amat pedih...saya pernah lalui nya..

    ReplyDelete
  11. kts no 2,

    wah dapat juga awak melepaskan geram. Dah 2 kali jadi yg kedua di belakang kak ct. Mesti puas hati hari ini.

    Kak ct kat opis mana boleh buat cekodok. Paling2 dia beli kat gerai tepi jalan mcm ko jugak.

    ReplyDelete
  12. juliet no 1,

    alaa kesian ko lambat 3 minit dari kts. Aku nak roger ko tapi takde no hp ko. Lainlah mcm kts tu. Dia dah lama bagi aku no dia ahaks.
    (ko jgnlah marah dia pulak pasal tu).

    ReplyDelete
  13. ktsku,

    Dinda ni cakap aje. Kanda ajak ke Kuantan baru2 ni pun dinda tak nak ikut.


    Lepas ni dinda kena ikut ke mana kanda pergi tau hehehe.

    ReplyDelete
  14. juliet,

    Sungguh mulia hati ko memberi laluan kpd kts. Iya ke tu?

    Mungkin benar apa yg ko katakan tu sbb ko kan tak kisah jadi yg nombor berapa pun ekeke

    ReplyDelete
  15. juliet no 3,

    ko tujukan ucapan tu kpd siapa juliet? Dah pandai rindu2an ek?

    Cayalah cik juliet kita ni!

    ReplyDelete
  16. kts no 4,

    Pandailah ko nasihatkan juliet sbb ko dpt no 1 hari ni. Kalau tak, ko yg meroyan. Kalau kalah sikit aje ni geram tau. Biar kalah jauh.

    ReplyDelete
  17. moga kak yus dimurahkan rezeki dan dapat bercuti :)

    ReplyDelete
  18. kak ct,

    Pagi tadi ada buat kerja sikit - tak sempat nak buat n3 baru. Lagipun saja nak bagi 'peminat2' (mcm lah ada yg minat sgt nak baca huhuhu) tertunggu2.

    kak ct pun kiranya beri laluan kpd kts lah ya. Mulia hati kat ct mcm juliet jugak hehehe

    ReplyDelete
  19. Idalara,

    Boleh meroyan awak kalau berpisah dgn hero 2 org tu. Tapi bila mereka semakin besar, akan berpisah juga. Contohnya bila mereka melanjutkan pelajaran. Dulu ibubapa saya terutama abah saya mcm separuh gila bila saya dan adik kembar saya keluar negeri utk sambung pelajaran.

    ReplyDelete
  20. kak ct,

    Wsalam.

    Doktor tak kata apa pasal tu. Tapi kalau nak kerjakan berat2 jangan sampai Adam dapat adik hahaha

    ReplyDelete
  21. Marina Monroe,

    Betul tu kak. Sebagai isteri pegawai tentera kakak dah melaluinya kan. Paling terasa bila kita atau anak2 sakit.

    Itu juga antara sebab utama saya menolak tawaran lumayan bekerja di luar negara semasa saya hendak berhenti dari Shell beberapa tahun lepas.

    ReplyDelete
  22. yang saya kenal mostly dekat sini diorang kawen kontrak... abes kerja, balik negara asal, abesla kontrak kawen... huhu~~

    ReplyDelete
  23. Mak Su,

    Dia baru balik ke kg raya hari tu. Dia tak boleh balik selalu kerana nak kumpul duit. Suaminya tak bekerja sbb tiada pekerjaan di sana katanya.

    ReplyDelete
  24. syah,

    Menurut ustaz yg mengajar di surau kami, kahwin kontrak sudah tak dibenarkan di dlm Islam. Saya pun pernah baca perkara ini tapi ada yg mencari jalan singkat mengamalkan perbuatan ni.

    ReplyDelete
  25. bapak..!kiranya kak yus ngak mahu bekerja lagik dirumah bapak...saya jadik pengganti nya boleh ngak..!


    waduh waduh,,...!


    hehehehe...!

    ReplyDelete
  26. nti kalau kak yus dah blk indon,blh la bapak yb..chating dng kak yus kat fb...hehehe

    ReplyDelete
  27. kak long,

    bisa diatur. Kapan ibu boleh mulakan bekerja? Tapi kerja yg sungguh2. Jangan asyik nonton sinetron hehehe

    ReplyDelete
  28. hai adam! kem salam kat mak ayah. huhuhu~

    ReplyDelete
  29. kak long lagi,

    kak yus tak tahu ICT.

    Tapi hp dia ada mcm2 ringtone. Banyak lagu2 Msia. Kita pula yg kadang2 letak lagu Indon jadi ringtone hehehe

    ReplyDelete
  30. gadisBunga,

    Adam tengah tidurlah.

    Waalaikum salam.

    ReplyDelete
  31. andainya suatu hari nanti Indonesia lebih maju dari Malaysia, mungkin rakyat kita pula akan berduyun2 menyeludup masuk jadi PATI untuk bekerja di sana.

    perkara ini tidak mustahil kerana Indonesia mempunyai:

    * penduduknya ramai yg cukup besar untuk pasaran dalaman,

    * rakyatnya yang rajin dan kreatif,

    * hasil bumi yang kaya seperti minyak, tembaga, emas dll.

    * negara yang luas untuk pertanian dan lain2 aktiviti.

    dan dalam masa yang sama, ramai rakyat kita yang hanyut dengan kemewahan.

    ReplyDelete
  32. Beruntung juga ada jiran yang baik ye YB.. dan tak dinafikan jasa mereka memang besar...

    ReplyDelete
  33. AiTotYati,

    Nasib kita jauh lebih baik dari sebahagian besar mereka.

    Kita baru kena tinggal 1-2 hari kerana suami atau isteri pergi outstation dah menggelabah. hehehe

    ReplyDelete
  34. al-lavendari,

    Kita doakan mereka juga akan maju kerana mereka juga saudara kita. Tapi pada masa yg sama kita berdoa Malaysia kekal lebih maju dari negara jiran kita itu dgn penduduk mendapat pendapatan yg tinggi spt yg diharapkan oleh kerajaan.

    Faktor2 yg abg sebutkan itu mmg boleh melonjakkan ekonomi dan pendapatan rakyat Indonesia.

    ReplyDelete
  35. Kak Anie,

    Alhamdulillah jiran kami itu mmg baik. Jadi tak perlulah kami ada pembantu yg full time. Pada waktu yg sama dapatlah Kak Yus menambah pendapatannya. Cuma bila hari cuti dan hujung minggu Kak Yus tak datang ke rumah kami.

    Mmg tak dinafikan jasa mereka mmg besar di dlm membantu pembangunan negara kita.

    ReplyDelete
  36. alangkah bertuah YB mendapat pembantu yg tidak mengambil kesempatan di waktu2 sekarang.
    Susah tau nak dapat.

    Sbb terlalu banyak kes yang melibatkan pembantu rumah yang membuat onar di rumah orang yang memberi rezeki kepada mereka ini. Kes curi, kes dera dan yg paling ramai kes lari la...penat beribu2 bayor untuk dapatkan even seorang pembantu aka bibik nie..

    ReplyDelete
  37. MasZuber,

    Kak Yus dah lama kerja dgn majikan dia yg ada skrg. Dah mcm saudara mereka tu. Emak Adam tengok kak yus ni pun baik dan bertanggungjawab orgnya. Jadi bila dia mahu bekerja dgn kami, kami tak risau.

    Awak ada bibik jugak ke kat rumah?

    ReplyDelete
  38. ktorg terpaksa jugak merantau..jauh dari mak ayah..sob! sob!

    ReplyDelete
  39. aNiS tHe BumbleBee,

    Cari rezeki sambil mencari pengalaman. Untungnya aNiS merantau dgn suami dan anak. Taklah keseorangan di perantauan mcm Kak Yus tu.

    Lama lagi ke di sana?

    ReplyDelete
  40. nasib masing2kan..
    2 kali bibik lari dari rumah.
    serik.
    takde rezeki saya agaknya.

    ReplyDelete
  41. mereka pun tetap manusia macam kita. perlukan keluarga lebih lebih di penghujung usia..

    ReplyDelete
  42. I ada kenal beberapa orang bibik. Yang datang betul2 nak kerja, bukan nak mengaruk. Semangat they all kuat, kerja pun rajin. Yang pasti setiap bulan hantar duit balik kampung. Orang kampung siap boleh belikan dia tanah and buat rumah! Orang kita, hmmmm....berpisah tak jauh mana, kadang2 balik kampung mintak duit pulak kat mak ayah! **hehehe...dulu I pun macam tu!**

    ReplyDelete
  43. a.z.r.i.n.a,

    Itulah kadang majikan baik, bibik buat hal. Ada tu bibik baik majikan garang semacam.

    Anak Reen pun dah besar2 kira oklah takde bibik buat masa ni. Kata 2-3 tahun lagi nak jadi surirumah sepenuh masa?

    ReplyDelete
  44. Insan Marhaen,

    Betul tu IM

    Siapa yg tak perlukan kasih sayang dari keluarga. Tapi demi mencari rezeki yg halal ini semua terpaksa mereka pendamkan.

    ReplyDelete
  45. fa'atip,

    Yang mmg datang nak cari rezeki tak kira lelaki atau wanita akan bekerja dgn tekun. Menurut citer dari emak Adam, Kak Yus pun telah beli tanah di hujung kampungnya hasil dari bekerja lebih 10 tahun di Malaysia. W/p taklah elok sgt tanah tu tapi adalah juga tempat mereka nak buat rumah di sana.

    Dulu fa minta duit sebab belum stabil. Skrg dengarnya tiap bulan beri duit kpd ibubapa. Alhamdulillah. Anak dan menantu yg baik.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails