Thursday, October 7, 2010

Simpan Baju2 Budak Kalau Rasa Masih Nak Dapat Anak Lagi

Panjang gilos tajuk n3 aku hari ni. Tapi jangan risau: tajuk aje panjang tapi n3nya tak panjang.

Dulu semalam (hari Selasa) selepas solat Asar berjemaah dgn emak Adam (aku tak ke surau sebab hujan lebat) dia menunjukkan kpd aku satu beg plastik berisi pakaian budak. Kebanyakannya pakaian si Haikal masa dia berumur setahun atau 2 tahun. Cantik2 lagi tambahan ada antara pakaian tu dari jenis yg berjenama.

Dengan senyum lebar emak Adam mengeluarkan pakaian itu sehelai demi sehelai. Teringat kenangan lama semasa Haikal masih kecil. Emak Adam masih boleh ingat di mana kami beli setiap pakaian tu. Bab2 ini memang kuat ingatan dia!

"Sayang tahu ada sayang simpan baju2 ini cuma tak tahu kat mana letak semasa kita pindah rumah ni hari tu," kata emak Adam.

"Tadi tengahari cari kat setor, jumpa," sambungnya penuh teruja.

Aku pun tersengih macam kerang busuk. Nak tahu apa sebabnya?

?
?
?
?
?
?
?
?


Jimat duit tak payah beli pakaian baru utk Adam! Kebanyakan pakaian Adam yg sekarang dah sempit.



Moral of the story: Jangan bagi org baju2 anak kita kalau masih nak ada anak kecil hehehe

42 comments:

  1. betul tu...apasalah kan...adik beradik berkongsi...turun temurun.

    ReplyDelete
  2. betul3.....


    mengerat kemesraan.. leh buat kenangan gak... lgpun kan ker budak cepat besar.... lum sempat rosak, dah x muat......


    simpan turunkan ke cucu agak2 sempat x?

    ReplyDelete
  3. pastu kalau ada pic haikal pakai bj y sama, re-create the pose untuk adam...




    mesti sweeet.....

    ReplyDelete
  4. lepas ni blh adik adam pakai lak...ahaks...!

    ReplyDelete
  5. emmm ... adekah YB nak save baju Adam untuk bakal adik Adam plak?? Mueheheheheheh :P :P :P

    ReplyDelete
  6. ko bajet nk tambah lagik ker??.. (anak okeh.. A.N.A.K).. hihihi... kagum kagum.. hahaha...

    ReplyDelete
  7. adam..
    adakah akan menjadi abang?

    ReplyDelete
  8. nk sokong komen kak tiny. hahahaahaahah

    ReplyDelete
  9. hehehe...
    kalau dah confirm nak tutup kedai..boleh kan?

    ReplyDelete
  10. aku kalau org cerita baby2 ni aku sentap.

    :p



    .

    ReplyDelete
  11. saya baru je let go baju anak bujang dan anak dara, cuma tinggal a few baju kesayangan je..kononnya nak simpan utk adik tapi sampai now ni takde tanda nak dpt adik.. ade tu saya simpan dah sampai 9 tahun

    ReplyDelete
  12. sedekah je kat sapa2 yg nak kawen. haha.

    ReplyDelete
  13. dah jumpa baju tu, memang adik2 Adam pun boleh pakai nanti :)

    kat sini lama dah let go baju anak2 masa kecik , den dah tua :P

    ReplyDelete
  14. lepas ni adam pakai baju abangnya so baju adam sapo lak nak pakai?....mestilah adik adam kan, bilo lae tu YB

    ReplyDelete
  15. alah membeli menang memakai....ni perkara biasa...turun temurun....aku pun macam ni gak dulu2....sampai no 5 dah pudar .... terus buat kain ngelap aje le...! aku rasa baik ko simpan lagi....jangan membazir...mana tahu rezeki Allah swt nak bagi !!! ambik ko Adam nanti jadi abang!

    ReplyDelete
  16. anak saya pun pakai baju kitar semula dari sepupu dia je. kena jimat. duk umah takkan nak pakai baju baru kan...

    ReplyDelete
  17. hanie,

    Kalau anak tu rapat2 mmg recycle. Jarak antara Haikal dan Adam ialah 7 tahun. Ingat dah takde adik. Itulah sbb banyak pakaian dia dah berikan kat org lain huhuhu

    ReplyDelete
  18. shaliza,

    Abg2 dan kakak2 Adam pakai baju turun temurun selagi elok. Tapi jarak Adam dan Haikal sangat jauh - 7 tahun.

    ReplyDelete
  19. zonaku,

    Adam bukan tahu samada itu baju baru atau baju lusuhan abgnya. Janji muat dan cantik, dia suka.

    Takkan nak simpan sampai ke cucu? Lepas ni bolehlah sedekahkan kpd yg memerlukan atau beri pada saudara mara.

    ReplyDelete
  20. zonaku lagi,

    Nanti aku cuba usahakan gambar tu.

    Anak2 aku masa kecil semua sefesyen. Kadang boleh silap yg mana satu!

    ReplyDelete
  21. kaklong,

    Ke situ pulak.

    InsyaAllah Adam yg bongsu.

    ReplyDelete
  22. syah,

    Takdelah saya nak save baju Adam kerana dia yg bongsu. Dah cukup dah.

    ReplyDelete
  23. TINY,

    Aku tak bajet nak tambah anak lagi. Kalau bajet nak tambah emaknya boleh tak hahaha.

    Kansel. Malam Jumaat tak elok cakap mcm tu ngeeee

    ReplyDelete
  24. Masy,

    Ko dan Tiny ni sekongkol. Nyampesss

    ReplyDelete
  25. Rozita,

    Sebelum ni ingat nak tutup kedai tapi rupanya ada rezeki lagi. Tapi kali ni mmg nak tutup kedai hehehe

    ReplyDelete
  26. T@sh Sch@,

    ramai penyokong Tiny rupanya huhuhu.

    Mencik.

    ReplyDelete
  27. tasek,

    Ko sabarlah dan terus berusaha. Emak Adam dapat Haikal masa berumur mcm ko sekarang. 7 tahun lepas tu kami dapat Adam. My point is: Ko masih ada masa. Don't give up.

    ReplyDelete
  28. Chik Na,

    Dulu pun lama juga kami simpan baju abg dan kakaknya. Tapi masa kami nak pindah bagi kat org baju2 tu. Tinggallah sikit. Tiba2 ada pula si Adam ini.

    9 tahun masih ada harapan dapat adik. Adam dgn abgnya pun 7 tahun beza umur. Dgn abg sulungnya beza 20 tahun!

    ReplyDelete
  29. GaDis CoMeL,

    tahu lah ko nak kahwin tak lama lagi tapi mana tahu anak ko esok lelaki ke pompuan. Selalu kami sedekah atau hadiahkan kpd saudara mara yg dah ada anak yg baru lahir atau kecil lagi yg boleh guna pakaian anak2 kami yg dah tak muat.

    ReplyDelete
  30. HEMY,

    Cukuplah rasanya. Bagi can org muda mcm ko ni pulak hehehe

    ReplyDelete
  31. juliet,

    Mana ko tahu? Mmg Adam melaram habis.

    ReplyDelete
  32. silversarina,

    Adam pun muat apa pulak nak bagi kat 'adik2nya'? Lepas ni dah cukup recycle tu. Bagi kat org lain kalau masih elok.

    Cepat awak tutup kedai? Rasanya sempat lagi seorg hehehe

    ReplyDelete
  33. ibuintan,

    Biarlah Adam jadi yg bongsu. Sebelum ni dah ingat Haikal yg bongsu. Emak Adam pun nak rehat jugak. Bila dia besar sikit bolehlah kami pergi haji.

    ReplyDelete
  34. sonata,

    ko sempat kitar semula sampai 5 beradik? Jimat tu. Tapi kalau jarak umur mereka tak jauh sgt ok lagi. Ini jarak 3 org anak aku yg last tu 12 tahun. Nak simpan pun malas.

    Lepas ni boleh let go kpd org lain kalau elok lagi. Adam tak nak jadi abg. Biar dia jadi adik kekal.

    ReplyDelete
  35. AzketOm,

    Baju abg kpd Adam telah kami berikan kpd adik beradik dan sepupu supaya boleh dipakai oleh anak mereka. Kebanyakan baju yg agak elok - yg boleh buat pergi jalan.

    Baju yg pakai kat rumah biasanya kami tak bagi org. Takut org ingat baju dah tak elok baru bagi kpd mereka.

    ReplyDelete
  36. Minggu lepas baru jer bagi 2 beg besar baju2 Adiq pada adik yg datang rumah untuk di beri di rumah solehah.


    Angah beruntung tapi Along tak ...kena beli jugak..

    ReplyDelete
  37. a.z.r.i.n.a,

    Masa Haikal sekolah tadika dulu kami beri baju dia yg dah tak muat kpd org. Tup tup ada adik pula dia.

    Nanti awak pun sama. Nanti Adiq dapat adik lagi bila awak jadi berhenti kerja, kenalah beli baju kecil lagi hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails