Friday, October 8, 2010

Sedekah Pisang dan Solat Jumaat

Tak banyak org sedekah pisang hari ini. Mungkin sebab duit dah habis buat raya

Aku tak tahu kalau ada dalil mengenai bersedekah pisang ke masjid pada hari Jumaat. Hakikatnya setiap Jumaat (kecuali bulan puasa) ada saja org yg berbuat begitu di negaraku yg tercinta ini. Tak kisahlah kalau niat dia baik insyaAllah dpt pahala.

Masa aku kerja dgn sebuah sykt tak lama dulu, bos kami menyuruh salah seorg staf utk menghantar pisang setiap Jumaat. Kira sebahagian bidang tugas dialah tu.

Ada seorg ustaz pernah menyindir org yg hantar pisang ke masjid tapi tak ikut solat Jumaat.

"Awak ingat org kat masjid ni monyet ke?"

Mungkin dah tiba masanya tukar pisang tu dgn epal, pear atau pulasan. Kalau bagi McD atau kepsi pun lagi bagus!

Psst - sebenarnya aku tengah tunggu burger Otai aku siap ni. Itu yg merapu ni hehehe
Sent via BlackBerry from Maxis

27 comments:

  1. seorang ustad pernah gak berceramah. kenapa kalau hari jumaat je orang sedekah pisang. asek sedekah pisang.. macam nak bagi monyet makan.
    cuba sedekah benda lain..

    tapi sedekah tu ikut hati kan. kalau ikhlas, insyaAllah.. adalah balasan pahala Allah bagi.

    ReplyDelete
  2. buger special satu..!
    mayonis lebih...!

    ReplyDelete
  3. kaklong..
    bkn dh blk kampung ko??
    camno buleh sosek sini??

    ReplyDelete
  4. orang dah baik hati sedekah tu - terima aje le....tak kisah apa yang halal dimakan....buat pemberi pisang tu dengar? tak ke kecik hati dia

    ReplyDelete
  5. orang sedekah pisang sebab buah ni senang didapati dan tak payah nak potong-potong


    atau


    sebab mereka pernaha kata " kalau la si polan tu kena tukar dr sini...aku sedekah pisang tiap jumaat ! haaa kau !

    ReplyDelete
  6. Lagi sekali..

    kirim salam t.k kat abg lavendari tuu..maaf sb IE pun sebenarnya ada terlepas beberapa entri dia sebab IE pun berada di tahap yg ke ???ntah tak der tahap kot.

    cdg En AL supaya YB jd Pengerusi Kelab Blogger tu amat baik dan diterima sebulat suara tanpa sebarang bantahan.

    ReplyDelete
  7. salam
    kekeke..monyet ja ke makan pisang?mungkin pisang senang didapati,murah dan senang dimakan..

    ReplyDelete
  8. kakpah,

    Org tak mempersoalkan keikhlasan org yg memberi pisang tu kerana itu antara dia dan Allah. Tapi ada para jemaah berharap sedekahlah benda lain juga.

    Apa kata kalau ada yg ikhlas bagi cheese cake secret recipe ke?

    Mesti ramai yg mendoakan org tu!

    ReplyDelete
  9. kakpah lagi,

    cayalah kakpah malam ni dpt no 1. Tahniah kakpah.

    Saya tahu kenapa kurang saingan.

    Zonaku - dlm perjalanan dari Penang ke Bangi

    kts - sibuk main game kat hp dia.

    juliet - tak online kalau masa tak kerja

    Azrina - sibuk masak rendang yg tak cukup ramuan kerana kerisik takde hehehe

    ReplyDelete
  10. kak long,

    takkan satu aje? Nak bawa balik kampung ke? Orderlah lebih sikit. Burger yg saya order td pun semuanya spesel hehehe

    ReplyDelete
  11. kakngah,

    kaklong terlepas kapalterbang. Terpaksa tumpang heli saya tadi hehehe

    ReplyDelete
  12. bang...
    kalu ada masjid yg kasik happy meal mcD ko kasik tau aku yer bang.

    ReplyDelete
  13. kakalu bagi pisang yang imported eg del Monte /Cole punya ke ok kot sebab sedap , kalau setakat pisang emas memang orang dah biasa makan ,..apapun ikhlas dalam bersedekah itu yang penting .

    ReplyDelete
  14. mkn pisang di masjid is my favorite sejak kecik...

    huhuhuu

    ReplyDelete
  15. hehehehe...dulu lepas kawin, siap nazar kalo dapat baby, sedekah setandan pisang kat surau! Masa tu tak baca blog you lagi! hehehe....

    ReplyDelete
  16. sedekah apapun tak apa, jangan dipertikaikan... tak baik... janji diorang ikhlas nak kasi, alhamdulillah...

    tapi pegi hantar sedekah saja tak join solat tu memang perlu dipertikaikan... Apa punya perangai tatau... dah alang-alang sampai mesjid tu... isk isk isk iskkkk...

    ReplyDelete
  17. betui YB, dah tiba masa sedekah pisang tu jadi anggur ke...strawberry celup chocolate ke (cam yg Datuk K bagi Kat Datuk Siti masa diorng tgh bercinta dulu!)

    ReplyDelete
  18. salam YB. saya sokong bagi kepsi! angkat2-2 tgn!

    ReplyDelete
  19. agaknya mudah kot kalo bg pisang...


    ;)

    ReplyDelete
  20. saya sgt suka kalau org sedekah pisang sbb saya suka makan..bukannya sbb saya monyet..hehehe..


    kami kat cni mewah roti kalau hr jumaat ada je org sedekah kat masjid..

    ReplyDelete
  21. sonata,

    Mmglah pisang yg disedekahkan tu habis dimakan org. Di masjid kat kampung aku ni ada pula yg ambil bawa balik sampai sesikat tatkala org lain masih nak makan. Mungkin nak kasi kpd anak isterinya.

    Elok juga kalau yg beri pisang tu dengar atau baca n3 aku ni. Lepas ni dia boleh sedekah nasi goreng, char kueh teow dsb.

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. ikan emas,

    Betul juga tu. Nak bawa senang, nak makan pun senang. Harga pun tak mahal sangat.

    Itu dah macam nazar aje. Siapalah yg berkata mcm tu? Setiap minggu tu. Sampai bila nak sedekah pisang?

    ReplyDelete
  24. masa sekolah duk asrama dulu... jumaat sembahyang kat masjid negeri... duk likung keliling tandan pisang... hahaha

    ReplyDelete
  25. Mungkin sebab dalam Quran disebutkan sebagai salah satu buah-buahan di dalam syurga...

    ReplyDelete
  26. Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
    (Al-Waaqi'ah 56:29)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails