Tuesday, October 12, 2010

Jangan Rasa Bersalah Kalau Tak Update Blog

Kadangkala aku rasa hairan bila terbaca di blog kawan2 yg rasa bersalah tak dapat update blog mereka. Sebab utama selalunya kerana tiada idea. Ada juga yg kata tak sempat nak update tapi bila baca n3 tu panjang berjela. Eh ada pula masa nak tulis tu? hehehe

Bagi aku kita berblog ini kerana macam2 sebab. Tapi janganlah sampai ia menghalang tugas utama kita di luar sana. Yang blog ini hanya di alam maya.

Semalam aku janji nak cerita kisah macamana aku mendapat kepuasan diri melihat orang lain gembira. Aku ingat nak buat citer tu pagi ini tapi aku kena menyiapkan satu proposal pagi ni. Nak buat proposal tu malam tadi tapi kebetulan adik kembar aku datang. Dekat pukul 12 mlm baru dia dan keluarganya balik.

Kerana aku dah janji nak buat n3 tu hari ni jadi aku rasa bersalah. Bukan bersalah kerana tak update blog aku (mcm lah ada org kisah ngeee) tapi kerana aku dah berjanji nak citer HARI INI.

Silap aku! Lain kali aku tak akan janji hari tertentu. Cuma mungkin aku akan kata "di masa terdekat". Kalau itu pun tak dapat, aku kata ,"bila ada kesempatan."

Kalau itu pun tak tentu boleh ditunaikan, elok aku tak berjanji apa2.

Harap korang maafkan aku.

InsyaAllah akan aku sampaikan juga kisah tu satu hari nanti. InsyaAllah.

OK aku nak pergi jumpa seseorg ni. Jumpa kalian di kotak komen petang nanti.


52 comments:

  1. oohh.. sy biasa jer, x mahu tensi sesangat psl blog - lagipun blogging ni sukarela, kan..heheheh

    ReplyDelete
  2. yg penting kerja..bukan belog!..tp belog pun penting gak...haha!

    ReplyDelete
  3. tujuan kita berblog mungkin berbeza...

    ReplyDelete
  4. Blog hanya untuk suka2.. dan kadang2 untuk lepaskan geram jugak hahaha.. Daripada berperang mulut, baik luahkan kat blog sendiri.. Sekurang-kurangnya lega la sikit hati tu... kann.... hehehe...

    Yg penting, jangan aibkan orang dgn menyebut nama dia kat blog... :)

    ReplyDelete
  5. muger maju jaya abg yg ittewww..

    salamm dr me dikejauhannns.. chewahh

    ReplyDelete
  6. salam..saya langsung tak rasa bersalah kalau tak update blog sendiri tetapi saya rasa TERSANGAT BERSALAH kalau org lawat blog saya, anta komen kat blog saya tetapi saya tak melawat blog mereka atas alasan sibuk...insyaAllah saya akan mnelawat blog rakan2 untuk menghilangkan rasa bersalah ini...

    ReplyDelete
  7. Salam tuan yb...
    ...betul tu... saya pun sama, sikit heran bila ada yang asyik duk tulis mintak maaf sebab tak up-date blog... :)

    ReplyDelete
  8. tak bersalah pon. kalo bersalah, kena masuk penjara tak? hahaha.

    ReplyDelete
  9. tak ada undang2 yg mengatakan ia nya bersalah...
    tetapi kekadang bila orang lain dah selalu baca n3 kita,mungkin dia tertanya-tanya tak der citer baru ke?

    macam blog yb ni....pembaca sentiasa menanti cerita baru....terutama yang tuli komen ni la....hehehehe!

    ReplyDelete
  10. lama tak udte blog jadi...

    m

    a


    l

    a

    s
    .............. ;p

    ReplyDelete
  11. YB

    catatan ini pun dikira n3..update blog juga kan ?

    ReplyDelete
  12. salam,

    update blog apabila memang rasa nak update memang best.

    update bole apabila rase sebab kene update mmg menyusahkan diri sendiri.

    jadinya adalah lebih baik hanya update mase ada rasa mahu dan masa mengizinkan. tugas hakiki senantiase perlu didahului..:)

    ReplyDelete
  13. akhirnya... tak cerita la jugak.. kena tunggu lagi la ni

    ReplyDelete
  14. Ye betul.. aku sikit pon tak rasa bersalah nak update ke tak update ke.. nak bg komen ke tak bagi komen ker.. nak lawat blog ke tak lawat blog ke.. sbb berblog bukan pekerjaan hakiki aku.. bukan juga tanggungjawab utama aku.. so, aku ok je kekalau org lain nk tutup ke, nak disable ke, nk biar bersawang ke... atau apa2 la.. (sbb aku selalu buat camtuh.. hahahaha)..

    blog adalah salah satu terapi minda dan jiwa aku, juga sbg catatan kenangan utk aku serta tinggalkan kpd anak2 dan org yg ingat padaku, utk dikenang bila aku takder nanti...

    juga aku gunakan sebagai saluran utk aku menyebarkan dan menyampaikan pesanan serta pandangan kepada yang sudi menjadikannya titipan mata dan minda...


    aku tulis sesuka hati aku je.. no heart feeling.. hmm.. best gak buat entri berkenaan perkara 'kenapa saya berblog'.. hahaha.. tq bg aku idea.. nanti aku nk create satu entri pasai nih.. hahahahaaa...

    (ye, aku terlebih rajin mengomen kerana AKU FREE.. a.k.a Boss takdak!!!.. kahkahkahkah - juga menjadi antara punca utama kenapa aku rajin atau tidak berblog!!.. kehkehkeh... )

    ReplyDelete
  15. memang tak rasa bersalah tak up date blog tp rasa bersalah sbb tk dpt BW blog kwn2 lebih2 lg YB...lebih rasa bersalah tk sempat nak jwb komen..bersalahnyerrrr....

    ReplyDelete
  16. YB ada adik kembar ke?

    saya berblog seronok2 je...huuuu~tapi ada sikit addicted la. menggigil je lutut kalau tak update blog. padahal macam la ade org ternanti2 pun. huhuhuhu~

    ReplyDelete
  17. mmg keje lagi penting tapi dengan berblog hilanglah walaupun tak banyak tapi sikit stress di tempat keje...

    mmglah serba-salah sebab tak sempat ke blog kawan2 yg sudi komen..

    sejak awal tahun lepas memang seronok berblog..komen sana & sini tapi dua tiga bulan ni.... YB pun faham kan.... Di rumah pulak dah kena tegur dek anak2... rasa tak sedap hati pulak.. huhuhu..

    ReplyDelete
  18. Bersalah pada diri kerana tidak buat blog walking pada blog orang lain..tak apdate tidak mengapa..hehe!

    ReplyDelete
  19. oooooiiiii..blogging is a passion NOT a responsibilty..

    ReplyDelete
  20. menulis bukan untuk puskan hati orang. ada masa kita tulis. takde masa kita tak tulis. as simple as that..

    ReplyDelete
  21. Ass-Salam YB
    betul lah tu...ada 1001 sebab orang tak update blog hari2 kan...

    tak apa rasanye...tak salah...
    depends on what purpose you blog...

    p/s senang sekali baca n3 yang bagus!

    ReplyDelete
  22. ye YB..tak mungkir janji..tuhan marah :))

    ReplyDelete
  23. tak rasa bersalah pada orang, cuma rasa bersalah pada blog yang terabai... hik hik hik :P :P

    ReplyDelete
  24. Mak Su,

    Bagus prinsip maksu tu. Buat apa nak pening kepala kerana blog. Banyak lagi perkara kita nak fikir dan tangani.

    ReplyDelete
  25. makdara TERdiva,

    mana satu ni? Mmg kerja tu penting tapi kadang kalau tak dapat berblog disebabkan kerja mcm rasa ada yg kureng. Betul ke macam tu? hehehe

    ReplyDelete
  26. zonaku,

    mmg berbeza sbb ada berbagai tujuan. Macam juga tujuan bekerja.

    ReplyDelete
  27. ~Kak AZZ~,

    Memang ramai yg berblog utk suka2 dan cari kawan utk suka2. Tak naklah gaduh2.

    Kalau sekali sekala nak lepas geram ada juga saya tengok org buat. Setakat ni saya tak pernahlah lagi mcm tu.

    Tapi mcm org selalu kata, Blog aku aku punya sukalah.

    Betul kata Kak AZZ. Jgn aibkan org dgn menyebut nama mereka kat blog kita. Nanti kena saman pulak. Kalau tak pun di Akhirat ada balasannya huhuhu

    ReplyDelete
  28. en_me,

    semoga awak pun maju jaya.

    Masih di negara kangaroo lagi kan. Bila nak balik sini?

    ReplyDelete
  29. sahrom,

    Wsalam.

    Mmg rasa bersalah atau rasa tak berlaku adil jika org telah komen tapi kita tak dapat nak balas komen mereka atau melawat blog mereka. Tapi ada ketikanya kita dihambat oleh perkara2 lain.

    Terima kasih kerana melawat dan memberi komen di blog saya w/p saya tak selalu ke blog awak.

    Awaklah rakan sejati. Tak mengharap kunjungan balas hehehe

    ReplyDelete
  30. fzi,

    Wsalam.

    Mungkin org yg asyik minta maaf tu rasa ramai yg datang blog mereka nak baca update tapi tak dapat kerana mereka tak sempat nak update. Itu yg asyik minta maaf tu.

    Mcm blog saya ni siapalah kisah kalau tak update sebulan pun. hehehe

    ReplyDelete
  31. GaDis CoMeL,

    Kalau saya yg buat mcm tu kira tak bersalah sbb takde yg kisah. Kalau awak yg buat, itu satu kesalahan di bawah Akta Perlindungan Kanak2 dan Wanita ngeeee

    Boleh dihukum penjara dan denda atau kedua2nya sekali hahaha

    ReplyDelete
  32. kak long,

    Nanti saya minta pejabat Peguam Negara gubal undang2 mengenai perkara ni. Kalau mereka sibuk, saya nak minta diadakan etika berblog hehehe

    Kak long jgnlah cakap kata tertunggu2 n3 baru saya. Buat saya pressure aje huhuhu.

    Citer pun citer merapu aje.

    ReplyDelete
  33. Eja,

    Bila dah kena virus M tu susah nak tolong. Bak kata org Bahau, tak dapek den nolong hehehe

    ReplyDelete
  34. ikan emas,

    Tujuan saya nak citer pasal lain. Tapi tak sempat. Itu yg buat catatan ni. Kalau boleh dikira n3, ok jugaklah. Ramai pulak yg komen ngeeeee

    ReplyDelete
  35. melainkan blog itu adalah perkerjaannya..maksudnya ada org sponsor dia utk update

    ReplyDelete
  36. MasZuber,

    Sungguh benar apa yg awak katakan tu. Kita update bila ada citer yg kita rasa sesuai utk dikongsi dgn org lain dan kita pun ada masa utk menulis/menaipnya.

    Kalau takde citer yg sesuai atau kita sedang sibuk dgn urusan lain, tak payahlah nak update.

    Kalau 'gatal' juga nak update, keluar citer merapu aje huhuhu

    ReplyDelete
  37. Shifu,

    Maaflah kalau membuat awak tertunggu2.

    Tadi pukul 7 ptg saya dah keluarkan citer tu. Bolehlah baca. Ada lagi beberapa citer. Utk keluaran akan datang insyaAllah.

    ReplyDelete
  38. TINY,

    Mak ai panjangnya ko komen. Tapi aku suka cara ko ni. Ko luahkan apa yg ko rasa. No reservation. No hold back. Terpulanglah org boleh terima ke tidak. Aku ni tak kisah. Sebab aku pun selalu terjah tempat ko. Samaada dlm blog (jarang2), BBM (kadang2) atau fb (selalu) hahaha.

    Nanti bila ko dah tulis kisah kenapa ko blogging, roger aku. Takut aku miss pulak nak bacanya.

    ReplyDelete
  39. Idalara,

    Awak buat saya rasa bersalah. Dah berapa hari saya tak sempat balas komen kawan2 apa lagi nak blogwalking. Tengok komen awak ini hari ni opps tengah malam ni baru sempat nak balas. Ada lg komen yg belum saya balas tu. huhuhu

    ReplyDelete
  40. gadisBunga,

    Saya mmg ada adik kembar. Pernah saya citer dulu. Kalau nak tengok gambar dia boleh baca n3 pada 9/3/10 sempena harijadi kami.

    Sampai menggigil lutut? hebat tu. Baru2 ni mungkin tak ramai yg baca blog awak tapi satu hari nanti mesti ramai pengikut setia awak yg ternanti2 setiap n3 dari awak.

    ReplyDelete
  41. a.z.r.i.n.a,

    Betullah apa yg awak katakan tu.

    Tapi dunia blog terasa kehilangan awak tau. Sebelum ni satu hari sampai entah berapa kali awak ke blog saya. Sempat berlumba dgn yg lain utk jadi pengomen pertama.

    Awak kena tegur oleh anak2 ok lagi. Saya dah kena sound oleh emak Adam huhuhu.

    ReplyDelete
  42. relevan,

    Patutlah awak rajin blogwalking ke blog kengkawan termasuk blog saya. Satu sikap yg patut dicontohi.

    ReplyDelete
  43. sally,

    yup you are right.

    Blogging is a passion and not a profession.

    Tapi kerana passion tulah ramai yg jadi passionate hehehe

    ReplyDelete
  44. kakpah,

    I hope it is as simple as that. Unfortunately, sometimes it's not that simple huhuhu

    ReplyDelete
  45. hazeleyed lady,

    Wsalam.

    Mmg lain org lain sebab mereka berblog. Dan ada org yg update sehari sekali, ada yg sehari sampai banyak kali dan ramai juga yg update banyak hari sekali hehehe. Ikut suka masing2lah.

    Saya pun suka baca n3 yg bagus tapi belum mampu menghasil n3 seperti itu huhuhu

    ReplyDelete
  46. Rozita,

    Petang tadi sempat saya tunaikan janji saya. Kalau sempat silalah baca n3 tu. Takut indah kabar dari rupa huhuhu

    ReplyDelete
  47. syah,

    Blog yg terabai tu takde perasaan. Jgnlah rasa bersalah kpdnya hehehe

    ReplyDelete
  48. fndrocka,

    Itu sudah kira blogger professional. Mmg patut rasa bersalah sbb tak buat kerja dia.

    Mcm saya ni siapalah nak sponsor? huhuhu

    ReplyDelete
  49. YB,

    bila2 anak2 tegur...abg mengiyakan...tu yg saya slowkan sikit waktu ni..


    tak nak jadi issue... hehehe..

    ReplyDelete
  50. a.z.r.i.n.a,

    Eloklah slowkan sikit kalau dah kena tegur. Mereka juga mahukan perhatian dari Rina. Bukan setakat blogger aje hehehe.

    Kawan2 blogger ni datang dan pergi tapi keluarga tetap di sisi.

    ReplyDelete
  51. T@sh Sch@,

    Ha'ah saya ada adik kembar. Dia dah ikut saya sejak saya lahir lagi ngeeeee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails