Friday, September 24, 2010

n3 Yang Teknikal - (bacalah kalau berani!)

Semalam aku ke Tapah, Perak atas urusan kerja. Pelanggan aku berhasrat utk meroboh dan membina semula stesen minyak di kawasan rehat dan rawat Tapah arah utara. Mungkin ramai di antara kalian yg pernah isi minyak di situ apabila menggunakan lebuhraya PLUS utk ke utara terutamanya mereka yg peminat minyak cap kulit kerang. Selepas tol Duta hanya ada sebuah stesen kulit kerang di kawasan rehat Tg Malim. Selepas Tapah stesen berikutnya di Juru. Aku terlibat di dalam pembinaan ketiga2 stesen ni masa aku kerja dgn sykt tu dulu.

Meroboh dan membina semula stesen adalah perkara biasa bagi sykt minyak. Di dalam istilah mereka dipanggil KDR iaitu singkatan bagi Knock Down and Rebuild. Mungkin ada yg kata sayanglah stesen yg ada tu dirobohkan tapi sebenarnya sykt minyak ini sudah mendapat keuntungan yg diunjurkan dari pelaburan asal. Biasanya apabila sesebuah stesen sudah tak boleh menampung permintaan semasa, ianya akan dibesarkan. Kadang2 ditambah satu atau dua pam. Ini dipanggil PKDR atau partial KDR.

Tetapi ada ketikanya sykt minyak merasakan KDR lebih berkesan kerana mahu beralih kepada susun atur yg terkini. Inilah yg terjadi di dalam kes stesen di Tapah. Layout asal tidak lagi sesuai dgn keadaan semasa ditambah saingan dari stesen berwarna hijau yg baru dibuka setahun dua yg lalu.


Stesen yg akan dirobohkan. Lihatlah buat kali terakhir hehehe

Stesen baru akan mempunyai 9 pam utk kenderaan ringan dan dua pam utk kenderaan berat. Dari 9 pam utk kenderaan ringan, 3 pam merupakan pam 6 hos iaitu boleh mengisi petrol RON95, RON97 dan diesel manakala 6 pam lagi mempunyai 4 hos - takde diesel.

Untuk kenderaan berat, pam yg akan digunakan adalah dari jenis Ultra High Speed Pump yg mampu mengisi diesel pada kelajuan 110 liter/minit berbanding High Speed Pump biasa yg mengisi diesel pada kadar 70 liter/minit.

Pam yg anda selalu gunakan akan mengisi petrol pada kelajuan 45 liter/minit jika diselenggara dgn baik. Petrol tak boleh diisi dgn terlalu laju kerana ia akan menyebabkan geseran dan mungkin mengeluarkan percikan api. Booom meletup

Kalau anda ke stesen yg ada pam lama, kelajuan mengisi petrol mungkin pada tahap 30 liter/minit. Itu yg rasa perlahan dan mengambil masa lama utk memenuhkan tangki anda.

Inilah apa yg ada di dalam pam.

Pam ini jenis suction system iaitu pamnya terdapat di dalam badan "pam" ini. Ia akan menyedut minyak dari tangki bawah tanah.

Setelah diroboh dan dibina semula, stesen ini akan dipasang dgn pressure system iaitu pam akan berada di dalam tangki bawah tanah. Pam ini dipanggil submersible pump. Apa yg anda lihat bila mengisi minyak hanyalah dispensernya saja kerana tiada lagi pam di situ.

Rasanya cukup dulu pelajaran kita hari ini ya murid-murid .

Kalau nak tahu lebih lanjut, jangan lupa bawa ayam golek seorang seekor utk aku.

56 comments:

  1. okay.. skrg nak komen.. walaupun aku dah baca seme pelajaran hari ini itu,tetaplah aku pes...

    slalu singgah RnR tuh isi minyak.. sbb mmg betul... kedepan2 mmg xde stesen kulit kerang dahhhh...

    ReplyDelete
  2. PnConfused,
    Ko belum baca tapi cop tempat dulu. Mestilah first.

    Yang lain tu tengah pening2 nak faham apa yg aku merapu pagi2 ni hehehe

    Anyway, tahniah kerana jadi yg 1st!!!

    ReplyDelete
  3. PnConfused lagi,
    Kalau mcm ni aku kena buat kontes tanya soalan ttg n3 ni. Tengok siapa paling terer ngeh3x

    Nasihat aku sementara stesen ni dibina semula, eloklah ko isi minyak di hentian sebelah Tg Malim. Nak buat balik ni makan masa 70 hari tapi yg lamanya nak dapat kelulusan selepas siap dibina. Yang itu lebih dari 70 hari lagi!

    ReplyDelete
  4. hahah nkkomen la jugak!

    *ini n3 teknikal ke? lum cukup 'teknikal' bagi aku.. haha

    ReplyDelete
  5. Dulu beli minyak guna botol..'' bagi sebotol petrol bang..''

    ReplyDelete
  6. wafa no 1,
    aku pun heran mcmana ko boleh kalah dgn PnConfused hari ni. Ko kan ada depan komputer ko hehehe

    ReplyDelete
  7. eiii kalu lah minyak2 petrol ni leh disemburkan kat nyamuk2 perosak dah lama den bakar ngan petrol semuanyerr


    eeeiiii menci nyamuk!!!

    ReplyDelete
  8. wafa no 2,
    tadi aku nak masukkan formula mengira kelajuan pam biar betul2 teknikal. Tapi aku pun dah tak ingat hahaha

    ReplyDelete
  9. relevan,
    Skrg kat kampung pun masih beli minyak dalam botol.

    Baik2 takut kena sambar api.

    ReplyDelete
  10. T@sh Sch@,
    tempat awak banyak nyamuk ke? Pakai ajelah ridsect atau shieldtox. Kalau pakai minyak petrol silap2 mahu terbakar rumah.

    ReplyDelete
  11. teknikal????
    jap lagi la aku baca..


    dah la x dpt first.. tetiba lak ciKompius tu laju ari ni... xbyk cust la tu

    ReplyDelete
  12. SALAM,
    LF BACA N3 INI ! LF BERANI ! KALAU SDR YUNUS PULA NAK TUNJUK BERANI, BERKUNJUNGLAH KE BLOG LF.

    ReplyDelete
  13. ooh... ituler salah satu punca meletup ek, sbb geseran minyak yg terlalu laju. ada org nasihat sy, jgn kasik auto filling, kita pegang kat pam tu dan kontrol slow slow dgn penuh ayu... betoi tak cara saya ni ya yb?

    ReplyDelete
  14. berani-beranai takut nak baca n3 ni..

    ni nak tanya satu soklan (tak ler teknikal sgt pun...)
    tapi kekadang konfius gak..

    soklannya
    ' berapa jauh jarak tangki bawah tanah tu dgn area rumah ke kedai ke.. apa ke ?...sb tgk ada stesen berpagarkan rumah org ????

    ReplyDelete
  15. zonaku,
    ko dah baca ke belum ni? Senyap aje. Tak faham ek? hehehe

    PnConfused lah bukan cik lagi. Dia tak banyak kerjalah tu pagi ni.

    ReplyDelete
  16. memang teknikal.

    yang penting bagi pengguna cam aku ni, pastikan layout yg baru ni mesra pengguna yer. kalu dpt buat pam yg belh kasi lebih minyak tapi meter slow lagi bagus. :D

    ReplyDelete
  17. ermmmm..idak le teknikal sesangat n3 ni..masih bole d capai dik fikiran..hehe

    ReplyDelete
  18. bosan btoi kelas arini. nak tido. huwarghhhhhhhhhhhhh...

    ReplyDelete
  19. luahfikiran,
    Wsalam.

    Tahniah kerana Dato' seorg yg berani.

    Saya pun berani jugak. Dah sempat berkunjung ke blog LF yg berinformasi itu.

    ReplyDelete
  20. emm..salam perkenalan~! Baru jek baca n3 ni. Oke je..nk kt teknikal, sy paham (skali baca). Dunno la klo sy baca kali ke2, ke3 - maybe blh jd kompius neh

    Tima kacih, cehgu. Baru arini sy nampak isiperut pam minyak..

    ReplyDelete
  21. Mak Su,
    kena berhati dgn petrol termasuk matikan enjin kereta semasa mengisi minyak.

    Tak betul nasihat kawan mak su tu. Gunalah auto fill tu. Masa tu boleh berdiri jauh sikit dari nozzle. Taklah kita sedup wap petrol tu banyak sgt.

    Kalau tak nak laju, boleh set di 'gigi' yg rendah. Selalunya auto fill tu ada 2 atau 3 gigi.

    ReplyDelete
  22. ooo... ini kisahnya derang dok roboh bina roboh bina nih..

    tu yg aku heran tu.. pasai pa ler stesyen yg kt tasik selatan tu kena pecah.. tp binanya cam sama jugaks... ada istilahnya rupanya... "KDS".. hmmm..

    ayam golek sekor utk penerangan lanjut??.. takyah ler.. tak masuk periksa pon aku belajar bab nih.. warghkahkahkah...

    setakat spageti carbonara, ok lagi laaa.... tapi itupon kena dtg umah aku laa... baru aku hidangkan.. kehkehkeh...

    ReplyDelete
  23. wlaupn slalu baca blog yb,tapi sy slalu jadi silent reader jer,::).
    tapi bab2 teknikal nih sy suka,
    kalau tetiba kita nk bina smula petrol station dan tambah pam,
    kita x payah besarkan pump house ker?
    pastuh,bukanke tempaht tuh sensitif ngan geseran,kalau bina semula,nanti x risau ke if meletup tengah2 projek?,huu~

    ReplyDelete
  24. saya membaca dengan penuh pura-pura paham....
    :)
    psssttttt.....
    sofa klinik kita dah baru tau!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  25. salam YB! blog dah bebas malaun ek? kite suke!!!!

    nak tau lebih lanjut pasal pam tu.

    ada tak tips kalau nak isi minyak full tank tapi bayo 10 hengget je? time kaseh. ngeee....

    ReplyDelete
  26. ikan emas,
    Saja beri amaran awal2 kat tajuk takut org boring. Bagi yg tak suka hal2 teknikal tak payah baca.

    Terima kasih kerana dah baca.

    Jarak tangki adalah selamat kerana ada peraturan dari PBT (mesti dalam garisan anjakan bangunan) dan peraturan bomba. Nak tahu di mana lokasi tangki, sila lihat pada manhole di driveway.

    Sebenarnya tangki kurang bahaya kerana ianya ditanam dlm tanah. Yg lebih bahaya adalah tempat mengisi minyak oleh lori tangki (lorry discharge point), vent pipe dan juga pam minyak itu sendiri.

    Pagar rumah yg dekat dgn stesen tu selalunya bangunan dulu. Skrg PBT dah ada garis panduan.

    ReplyDelete
  27. Penyuk,
    Taklah seteknikal penerangan ko tentang ICT. Pening aku hehehe

    Layout baru masa aku dulu mmg mesra pengguna. Skrg mereka dah rapatkan jarak antara pam. Tak boleh lalu kalau kiri kanan ada kereta sedang isi minyak. Tunggulah jawabnya. Sebabnya: nak jimat tempat!

    Pam tak boleh main suka2 calibrate. Org kementerian ada memantau. hehehe

    ReplyDelete
  28. sally,
    bila dah tak boleh dicapai oleh akal baru dipanggil teknikal ek?

    Nanti saya buat yg merapu dan panggil ianya teknikal hehehe

    ReplyDelete
  29. GaDis CoMeL,
    awak mengantuk bukan kerana kelas hari ni bosan tapi sbb awak tidur lambat malam tadi sibuk berfb dan blogwalking hahaha

    ReplyDelete
  30. niceblog,
    Salam perkenalan. Terima kasih kerana sudi melawat blog saya ni.

    Alhamdulillah pembaca ramai yg faham termasuk awak. Risau juga nak buat n3 mcm ni takut org tak faham dan tak suka.

    Itulah isi perut pam. Kalau nak tengok macamana paip minyak bawah tanah boleh selak n3 saya yg dulu2. Berselirat mcm spaghetti hehehe

    ReplyDelete
  31. KAKTINY,
    Skrg dah kurang stesen yg nak diKDR. Dulu masa aku mula2 kerja dgn kulit kerang yg diKL ni kerja aku sbg KDR Engineer. Berpuluh2 stesen aku KDR setiap tahun.

    Apa salah ko tambah ayam golek selain cabonara tu? Barulah terangkat.

    Bila ko nak datang rumah aku ek? Malam ni dan malam esok aku ada kat rumah sbb ada tetamu nak dtg. Ko BBM lah aku kalau nak dtg.

    ReplyDelete
  32. una210,
    terima kasih kerana kerap mengikuti blog ini w/p selaku silent reader.

    Bila kita buat KDR,semua kelengkapan sedia ada spt bangunan, kanopi, peralatan dan juga tangki akan dikeluarkan/robohkan dan diganti dgn yg baru.

    Contohnya bagi KDR di Tapah itu tangki lama akan dilupuskan dan diganti dgn 6 buah tangki baru yg setiap sebuah boleh menyimpan 60,000 liter minyak. Sbg perbandingan sebuah lori tangki yg besar itu boleh membawa 30,000 liter minyak. Jadi kami memerlukan 12 buah lori tangki yg besar itu utk mengisi kesemua tangki di stesen itu bila ianya siap kelak.

    Kalau pKDR di mana hanya pam baru ditambah, kami akan membesarkan kanopi sediaada supaya pelanggan tak basah bila hujan. Paip baru akan dipasang dari tangki sedia ada. Kalau perlu tangki baru akan ditanam dan paip disambungkan ke pam yg baru.

    Tiada pump house di stesen minyak.

    ReplyDelete
  33. DrSinga,
    Saya pun pura2 faham bila awak citer tentang perubatan hahaha

    Tunjuklah gambar sofa baru kat klinik awak tu. Saya nak tengok ni.

    ReplyDelete
  34. gadisBunga,
    wsalam.

    Haah blog dah bebas dari H1N1 ooops melaun tu. Harap janganlah dia dtg lagi.

    Senang aje kalau nak isi full tank dgn 10 ringgit.


    .
    .

    .



    Masa minyak ada lagi 3/4 tangki, pergilah isi. Untung2 8 ringgit dah penuh hehehehe

    ReplyDelete
  35. Salam YB,

    AY memang suka baca kalau pasal teknikal ni, tak jadi hal punya, semua ni info yang sangat menarik....isyy...dah baca ni rasa macam nak buka pump station pulak le...;-).....oppssss!

    ReplyDelete
  36. yang bunyi booom meletup tu yang buat gua gabra tu.. huh..

    ReplyDelete
  37. kat tempat saya ni, mula2 takde stesen minyak, pastu shell dtg buat, baru je siap shell tak sampai sebulan petronas pulak dtg, berlumba2 ke dorang ni atau memang kena gitu?

    ReplyDelete
  38. Auntie Yan,
    Wsalam.

    Terima kasih kerana AY suka baca n3 teknikal mcm ni. Ada org suka baca yg santai2 aje.

    Kalau AY nak buka stesen kena ada modal. Mungkin itu tak jadi masalah utk AY kot hehehe.

    ReplyDelete
  39. -•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•-
    selama saya kerja dgn sykt minyak dulu takde stesen kulit kerang yg meletup. Tapi yg terbakar adalah. Sykt lain pun ada juga yg terbakar. Kesemuanya kerana pelanggan atau dealer tak ikut peraturan dan langkah2 keselamatan yg diberikan.

    ReplyDelete
  40. juliet,
    ko citer stesen yg mana satu ni? Kalau yg dekat tasik tempat org main layang2 tu mmg Shell buka dulu di kedua2 belah MRR2. Sykt minyak hijau tu datang kemudian. Kiranya kakitangan bahagian real estate dan kejuruteraan sykt kulit kerang tu lagi cekaplah ngeh3x

    ReplyDelete
  41. sahrom,
    begitulah lebih kurangnya. Panjang lagi kalau nak citer semuanya hehehe

    ReplyDelete
  42. baca sekerat jalan je..
    peninglah..

    ReplyDelete
  43. Hamizah,
    terima kasih di atas pengakuan ikhlas tu. Ai like.

    Mungkin cara saya mengolah citer ni berbelit2. Perkara yg saya pelajari selama 12 tahun saya cuba ringkaskan dlm masa 12 minit (masa yg diambil utk menulis n3 ni) mmg tak berpadan.

    Harap pening awak dah lega.

    ReplyDelete
  44. alahai..

    kat rumah saya satu petrol station pun takdak.

    sedey betul.

    setiap kali nak pam kena ke kerang merah-kuning di BCH nun.

    ReplyDelete
  45. teknikal pun saya baca. Info kannn.. nanti citer kat abg lak..

    konon macam paham.. hehe.

    ReplyDelete
  46. Azrina,
    kat BTP tu sykt minyak tak rasa ada cukup demand. Buat kat jalan besar di luar tu pun dah memadai. Kulit kerang nak buat satu lagi di jalan besar tu. Senang awak nak isi minyak kalau nak balik rumah. Tak mcm skrg kena melintas jalan.

    ReplyDelete
  47. Azrina lagi,
    awak pun kerja teknikal jugak.

    Harap info yg berguna. Nanti kalau ada yg abg tak faham boleh suruh dia tanya saya ngeeee

    ReplyDelete
  48. Salam YB,
    selamat hari raya!!

    ske ngan blog yb..
    mcm2 info ade.
    memg terbaiklah..

    walaupun entry ni berbentuk teknikal, tp mmg sgt berguna,
    mane ade org biasa berpeluang tgk bnda2 macm ni,kalu yb tak tunjuk gmbrkn, lelebih lagi org yg takkn terlibat dengan oil n gas company kn.


    tp saya ade kemusykilan kat cni.
    boleh ye amik gmbr time kerje2 kat stesyen tgh operasi? tak takot meletup ker? sesetgh company tak kasikn amik gmbr.

    ReplyDelete
  49. ehhh... aku dah lama tak singgah pam minyak kerang ni... aku singgah pam hijau je... hehehe

    ReplyDelete
  50. terima kasih di atas info-nya. Jangan lupa untuk submit plan kelulusannya dulu baru bina ya..

    ReplyDelete
  51. miss,
    wsalam.

    Selamat Hari Raya. Banyak ke pergi rumah terbuka hari ni?

    Terima kasih menyukai blog saya.
    Mcm2 info. Ada yg berguna ada juga yg hampeh ngeee
    Segan pulak saya awak puji lebih2 ni.


    Saya cuba berkongsi pengetahuan saya termasuk ttg industri minyak dan gas dari pengalaman saya selama lebih 22 tahun dlm industri tersebut. Kalau rajin selak n3 saya yg dulu2 ada lagi citer2 mcm ni.

    Stesen minyak ada beberapa zon mengikut bahaya terjadi kebakaran atau letupan. Secara kasarnya di tempat2 punca wap gas spt berhampiran pam, dekat tempat mengisi minyak oleh lori tangki dan di vent pipe, kita tak dibenarkan ada bahan yg boleh mengeluarkan spark termasuk kamera dan hp. Kalau nak ambil gambar kena buat gas free dulu.

    ReplyDelete
  52. Shifu,

    Org Melayu ramai yg gunakan minyak yg hijau tu. Patriotik!

    ReplyDelete
  53. MasZuber,
    Sama2.

    Pelan telah dikemukakan dan kelulusan telah diperolehi. Pada hari Khamis lepas saya sempat ke MDT utk bertemu dgn pengarah bangunan sebagai lawatan silaturahim.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails