Sunday, September 26, 2010

Maya Menjadi Nyata

Maaf aku tak sempat melayan kunjungan kalian ke blog ini sehari dua ini kerana sibuk di alam realiti (cewah).

Semalam banyak rumah terbuka. Sebelah malam rumah aku pula yg terbuka. Tapi bukanlah open house yg sampai pasang khemah tu. Siapa nak datang boleh datang kerana mmg kami ada di rumah malam tadi. Ramai saudara mara dan sahabat handai yg datang termasuk rakan2 blogger. Antara yg hadir semalam ialah Azrina03.07 sekeluarga dan Riz Ardy.

Gambar Rina tak sempat aku rakamkan kerana masa tu ada ramai tetamu. Nanti hairan pula tetamu yg bukan blogger kalau aku sibuk ambil gambar hehehe. Tapi kalau nak tengok gambar Rina boleh pergi ke blog dia. Banyak gambar dia dan keluarganya di sana. Macamana dalam gambar mcm tu lah org nya di alam realiti.

Riz Ardy pula boleh dikira blogger chipsmore. Sekejap ada sekejap takde. Dia lebih kerap di fb skrg kerana tuntutan tugasnya mungkin tak memberi masa utk berblogging. Dia seorg pramugara MAS yg sentiasa terbang ke sana ke mari. Dia baru balik dari Frankfurt pagi semalam dan telah membawa ole2 dari sana utk aku sekeluarga. Terima kasih Riz.

Riz sekeluarga sedang menjamu selera. Sebelah kiri tu emak Adam.

Kepada yg nak datang tapi tak dapat datang, rugilah korang. Macam2 emak Adam masak semalam wei. Itupun antara Maghrib dan Isyak aje. Kalau mula dari siang, mahu tak muat meja panjang tu (jangan percaya ayat yg ini).

OKlah. Sesiapa yg nak berkunjung sila beritahu aku. Kalau kami ada kat rumah, jemputlah datang. Kami masih belum habis beraya ni. Setakat semalam baru dapat 36 buah rumah. Ada banyak lagi yg belum kami kunjungi.

23 comments:

  1. lamanya tak dapat 1st.. hahaha..

    sudah mula gila kuasa..

    kejap lagi baru baca..

    ReplyDelete
  2. tak rugi... sbb smlm kami da kenyang. makan daging rusa, lontong, ikan bakar.. ehehehe....

    lagipun smlm yb sibuk kan??? nk dtg masa takda org.. baru syok makan! ekeke

    ReplyDelete
  3. Terima kasih sekali lagi buat YB dan Kak Lina.

    Suka betul meja tu.Memang panjang sangat...sampai Abi pun bercerita pasal meja masa bekfes sebelum dia ke ofis tadi.. hahaha..

    ReplyDelete
  4. salam akhi YB...

    apa nk buat , hajat hati kami sekeluarga belum kesampaian...

    ReplyDelete
  5. tak per laaa..bukan rezeki kaklong...
    mungkin raya tahun depan kot..huhuhu

    ReplyDelete
  6. syawal lambat lagi habis... raya jalan terusss

    ReplyDelete
  7. azrina,
    pantang sebut nama awak dan2 awak cop tempat hehehe

    ReplyDelete
  8. azrina lagi,
    ha'ah sejak dpt hadiah misteri terus tak memberi saingan ngeee

    Hari Ahad senang sikit nak giler kuasa sbb saingan tak banyak. Ada yg tidur lagi kot hahaha

    Cop dulu baru baca taktik lama tapi berkesan kalau nak jadi pengomen pertama. Tapi lepas ni semakin ramailah yg guna teknik ni hehehe

    ReplyDelete
  9. Jard,
    mentang2 ko dah kenyang semalam bolehlah ko cakap mcm tu ngeee

    Kalau nak tunggu takde org, aku syak emak Adam pun tak semangat nak masak banyak2. Ko makan kerepek dan biskut raya ajelah jawabnya hahaha

    ReplyDelete
  10. azrina lagi & lagi,
    Sama2.

    Meja tu utk org anak ramai mcm kami ni. Nanti kalau Rina pindah rumah bolehlah sambar satu hehehe

    ReplyDelete
  11. Ummi,
    Wsalam.

    Semalam saya tak jemput semua kawan blogger. Mana yg cakap nak datang aje saya beritahu.

    InsyaAllah ada masa lagi raya ni. Jard the Great kata nak dtg minggu depan.

    ReplyDelete
  12. kaklong,
    sayu pulak saya dengar..... sob sob sob.

    Raya belum habis lagi kaklong. Minggu depan boleh dtg kalau kami ada di rumah. Ada juga blogger nak serbu rumah kami ramai2.

    ReplyDelete
  13. Shifu,
    Betul tu. Kita di Msia ni raya sebulan. Mana ada tempat lain di planet ini yg raya sebulan lamanya hehehe.

    Mulai esok saya nak beraya ke rumah jiran2 di taman ini setiap malam. Rasa2 boleh cover berpuluh2 rumah jugak kalau sampai akhir Syawal ngeee

    ReplyDelete
  14. insyallah..nti minta la no phone kat reen..klu tak ada aral melintang sampai la kaklong kesana yer...huhuhu

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum,

    Salam Singgah, jauh dari Pahang ni, nak datang beraya...Selamat Hari Raya...

    ReplyDelete
  16. kak long,
    nanti saya minta no tepon kaklong dari reen sbb kaklong dah benarkan.

    ReplyDelete
  17. LIPISLADY
    Waalaikum salam.

    Terima kasih kerana sudi singgah dari jauh. Saya baru aje balik dari Pahang Isnin lepas.

    Jemputlah masuk beraya.

    ReplyDelete
  18. ler... x sms kat saya pun... huhuhu

    ReplyDelete
  19. Mak Su,
    bukan tak nak sms maksu tapi no tepon maksu pun saya takde huhuhu

    ReplyDelete
  20. saya chopp nak duduk kat kerusi yang dua tu!!!!!!! kat kepala meja!!

    ReplyDelete
  21. Salam YB... hehe saya blogger chipsmore..? memang pun... takde idea nak tulis apa.. cuma tulis kat FB jelah...

    ReplyDelete
  22. seronok tengok ramai tetamu yang datang ziarah raya rumah Yb , mungkin tahun depan giliran saya pulak melawat YB ...

    Riz blogger chipsmore / pramugara tu macam pernah kenal aje ... hihi .

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails