Wednesday, September 22, 2010

Kereta Swift dan Burung Walit

Semalam aku ada citer pasal Atikah minta dibelikan sebuah kereta Suzuki Swift supaya senang dia pergi balik dari UiTM Shah Alam. Semester ni dia ada satu kelas aje. Kuliah pada Isnin, Selasa dan Khamis.

Semester lepas aku hantar dia pagi Isnin dan ambil tengahari Jumaat. Tapi semester ini hantar dia petang Ahad dan ambil tengahari Selasa. Hantar lagi petang Khamis dan ambil dia dua jam kemudian. Ini dah jadi kerja supir sepenuh masa.

Sebagai jalan penyelesaian, Atikah minta aku belikan dia kereta. Yang kecil2 pun jadilah. Tapi bukan sebarang kereta kecil yg dimahukannya. Dia nak Swift. Masalahnya mana aku nak cekau duit nak beli kereta tu. Bila aku tulis pasal tu kat fb semalam, ramai pula yg menyokong Atikah. pressure aku wei huhuhu

Bila aku fikir macamana nak cari duit nak beli Swift tu aku lantas terfikir perbincangan aku dgn dua org tetamu aku semasa majlis rumah terbuka aku pada hari raya pertama hari tu.

Tetamu aku yg seorg itu pengusaha sarang burung walit di Segamat. Dia berbangsa Cina dan aku telah kenal dia lebih kurang 15 tahun. Tapi dia baru bergiat dalam mengusahakan sarang burung walit ini dalam 5 tahun. Menurutnya sekarang dia mampu memperolehi RM24,000 sebulan hasil jualan sarang burung walit ni. Kalaulah aku macam dia, dua bulan aje aku dah boleh beli Swift seekor oopss sebuah.

Tetamu aku yg seorg lagi (org Melayu) tu ada tanah di Mersing. Skrg tanah tu ada pokok2 kelapa yg dah tua. Dia telah mendengar tentang burung walit ni tapi tak pernah mengambil perhatian serius. Pada majlis rumah terbuka aku barulah dia bersemangat berbincang dgn rakan aku yg Cina tu. Punyalah semangat sampai tak makan lontong, laksa Penang, rojak buah dan kuih2 yg aku sediakan. Hanya isteri dan anaknya saja yg makan hehehe.

Kos khidmat nasihat dan peralatan seperti pita bunyi burung biasanya mencecah RM15K. Rakan aku yg berbangsa Cina tu sanggup memberi khidmat nasihat percuma kalau aku berminat. Kalau org lain dia cas lah.

Apa yg patut aku buat sekarang?

49 comments:

  1. rindu nya nk masuk blog ni...
    hari ni baru blh
    huhuhuuuu...

    ReplyDelete
  2. grab the chance while u can! rasanya skang bisnes ni dimonopoli bangsa cina kan?

    ReplyDelete
  3. ko buat la market research dl, ada potensi, pulangan jangka masa pjg n pendek




    paling penting modal n pusingan modal tu...



    er.... cuba cari data lagi.. then ko timbang tara la....


    mana tau kot bukan sekadar sebuah swift, sebuah banglo lagi pun mampu...

    ReplyDelete
  4. kereta buatan Mesia , tak elok ker?

    ReplyDelete
  5. nak jadi anak angkat YB leh x????

    peaceeeee :)

    ReplyDelete
  6. zonaku no 1,
    fikirlah.

    zonaku no 2,
    berapa lama ko nak pk ni? Macam masalah negara aje pulak hehehe

    ReplyDelete
  7. kak long,
    selamat hari raya. Dah habis puasa 6 ke?

    kak long lagi,
    rindu juga sbb lama tak baca komen kak long. kak long dan famili sihat ke?

    Ha'ah ramai kawan2 tak dapat masuk atau tak berani masuk sbb malware tu. Alhamdulillah hari ni dah ok.

    ReplyDelete
  8. ~mrs azmi~,
    bukan tak nak grab tapi modalnya takde.

    Betul tu - kebanyakan yg mengusahakan sarang burung ni bangsa Cina. Senyap2 dah kami dah mereka tu.

    ReplyDelete
  9. zonaku,
    aku dah buat juga kajian sebelum aku berhenti Shell dulu.

    Pada dasarnya burung walit ni kurang operating cost sbb tak perlu bagi makan. Tak macam bela kambing, lembu, ayam atau lintah. Kutip sarang pun cuma 2 kali sebulan. Waktu lain rilek aje - sgt sesuai bagi org yg sibuk blogging hahaha.

    Tapi masalah utama modal utk buat rumah burung tu. Kecualilah ada bangunan yg tak digunakan peninggalan arwah ayah aku. Aku takde tu huhuhu.

    Nak buat yg baru dlm RM200K - 300K tak termasuk harga tanah.

    Pasaran takde masalah setakat ni sbb permintaaan tinggi.

    ReplyDelete
  10. pB,
    trend student dan org muda skrg pakai Swift. Kereta buatan tempatan ok tapi tak memenuhi selera mereka agaknya.

    Kereta ini bukan utk Atikah aje kalau saya belikan. Lepas dia kerja, kereta ni akan diturunkan kpd adiknya pula. Lepas tu adiknya yg lagi satu. Siapa yg dah kerja belilah kereta sendiri.

    ReplyDelete
  11. makdara TERDIVA,
    nanti saya tanya emak Adam hehehe

    ReplyDelete
  12. tak semestinya Swift. myvi pun sudah kira okeh. (sy punya perception, myvi lagi murah dari swift).hehe.

    tak setuju sgt kalau di belikan swift.

    sori ye atikah. hehe.

    ReplyDelete
  13. GaDis CoMeL,
    Atikah dah bincang dgn adik2nya yg akan mewarisi kereta tu dan mereka sepakat nak ketuk ayah mereka dgn Swift huhuhu.

    Setakat ni awaklah yg telah menyatakan ketidaksetujuan dgn cadangan itu. Yes! Thank you. Nak suruh Atikah baca komen awak ni. Semalam rata2 semua org sokong dia huhuhu

    ReplyDelete
  14. 1.burung walit tuu..kalau sanggup terbang tinggi, apa salahnya kan ??..modal bangunan tu kechik aje kalau bagi TB cuma nak bg ingat jgn buat kat tengah-tengah town nanti jiran buat aduan kat PBT kena ganggu..

    2. apa kata utk atikah YB belikan caldina ???

    ReplyDelete
  15. beli ngan usaha sendiri bole tak?
    smpi bila nak bergantung?

    tapi klu ko byr deposit and dia byr bulan2 ok la..

    bole manjakan anak, tapi kene igt, once ko belikan dia sesuatu, sbnrnya ko bermain ngan 'tahap keyakinan' dia.. keyakinan smada dia boleh hidup atas kaki dia sendiri ataupun tidak..


    tapi ni komen dr aku..
    selaku org yg beli kereta ngan usaha sediri.. uhuk!~

    ReplyDelete
  16. ikan emas.
    1. kawan saya tu buat rumah burung di bangunan rumah kedai kat Segamat tu. Tingkat bawah kedai kopi, sebelah atas dia bela burung. Rumah kedai tu dulu bapa dia yg punya. Modal kecil ajelah mcm tu.

    Kalau nak buat yg baru mmg perlukan modal. Skrg banyak PBT tak kasi buat dekat dgn kawasan town atau rumah org. Kenalah cari kawasan ladang mcm kawan saya yg ada tanah di Mersing tu.

    2. Nanti marah pulak tomok kalau pakai Caldina hehehe

    ReplyDelete
  17. Wafa,
    Dia belajar pun tak habis lagi. Mcmana dia nak bayar ansuran bulanan?

    Kalau dia takde kereta maknanya aku akan terus2an jadi supir dia huhuhu

    ReplyDelete
  18. duit boley cari uncle. eheheheheee...

    ReplyDelete
  19. jgn lupa fair lady utk saya kalau dah kaya!hehehe

    ReplyDelete
  20. wahh... mintak tak hagak-hagak ndak Swift.. Cuba mintak kancil, mesti cepat je dah buleh dapat... Hihihihihih :P :P

    ReplyDelete
  21. alahai untungnya si anak ..dpt bapa yg prihatin mcm ni

    ermm... petrol kete ... tol .. svs kete tu semua nanti .. road tax insuran ... huhuhu .. adalah tanggunggan??

    hehehe seronok nak harta ni ... dah alang2 nak mntak tu .. mintak la smart2u ke smart4u ke .. fuh!

    ReplyDelete
  22. oooooooooooooooooooooooooooo

    .
    .

    burung walit... ingatkan burung walid

    :P


    camne rupa burung walit tu?? pestaim dgr..


    .
    .


    byknya nak bukak bisnes.... satu2 dulu maaaa

    ReplyDelete
  23. errr...takkan ko nak bagi Atikah pergi kelas naik burung walit kut. isk..isk.. haha..

    ReplyDelete
  24. nak kereta utk kemudahan @ bergaya? utk bergaya, biarlah dha kerja nanti. utk kemudahan, local cars are great too.

    ReplyDelete
  25. yg buat sarang kat rumah yb dulu bukan burung walit ke? ehhehehehhe

    ReplyDelete
  26. yeay!!
    virus semalam dah mati kena attack!!!
    .
    pesanan ke atikah...
    vios pun cantekkkkkkkk....

    ReplyDelete
  27. lega dah dapat masuk blog YB semula..

    kalau kereta untuk diwariskan kpd adik-adik tak semestinya swift....

    tapi YB boleh tu penuhi permintaan atikah..

    ReplyDelete
  28. Akmal,
    Duit mmg boleh cari tapi dapatnya tak tentu lagi. Kadang banyak, selalu sikit aje dan ada yg tak dapat langsung huhuhu.

    ReplyDelete
  29. bertambah kembang la business yb nanti

    ReplyDelete
  30. -•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•-,
    Sukalah Atikah kalau dia baca ni. Smlm dah berderet org sokong dia kat fb saya.

    ReplyDelete
  31. Hamizah,
    bukan main awak ni. Nak Fairlady ngeee.

    ReplyDelete
  32. syah,
    mana ada org pakai kancil lagi skrg hehehe.

    Mereka dah bincang 3 beradik dan bersetuju utk settle dgn Swift. Kalau ikutkan Afifah dia nak mini cooper huhuhu

    ReplyDelete
  33. Salam YB,
    " Apa aku nak buat"..Belikan Atikah viva je...boleh dapat hari ini juga..kalau tidak no,no,no...
    Anak sdra kakwan yg kat Shah Alam tu pun teringin swift ni..tapi mama dia belikan satria 2ndhand dah dapat diam je.
    Swift ni trend je...kecil kemetot..baik takyah.

    ReplyDelete
  34. T@sh Sch@,
    Mestilah prihatin terhadap anak2. Tapi skrg sedang mencongak samada boleh dipenuhi atau tidak permintaan mereka tu.

    Kalau dah dibelikan kereta, tol,minyak, svs dsb semua ayah mereka lah kena tanggung sbb mereka belum kerja lagi.

    Smart car tu lagi lah mahal. Boleh dpt dlm mimpi ajelah setakat ni ngeee

    ReplyDelete
  35. kts,
    panjangnya oooooooooooooo ko.

    kalau tak salah aku ejaannya walit. Dulu org panggil burung layang2.

    Walid tu yg aku tahu Khalid al Walid.

    Kalau ko nak tengok burung tu ikut aku pergi tempat org pelihara burung tu. Nak tak? Ni pilihan pertama hahaha

    Aku tak kata aku nak pelihara burung tu. Cuma baru fikir2. Bisnes yg ada skrg pun dah sibuk. Nanti tak sempat nak chat dgn ko pulak hahaha

    ReplyDelete
  36. Penyuk,
    Burung walit dan swift tu samakan? Apa salah nama walit buatan Jepun. Cuma aku tak mampu lagi buat masa ni huhuhu

    ReplyDelete
  37. selain segamat, YB tentu pernah tgk town di ct awam n t.intan ???

    bersepah bangunan tinggal jd sarang burung...sampai tak tau PBT nk ambik tindakan..

    jgn buat macam tu yer !

    ReplyDelete
  38. nak tunggu hasil burung walit... jawabnya lambat lagi laa atikah dpt swift

    aku rasa utk student... tambah pulak kat UiTM yg jenuh nak parking... viva pun dah cukup

    ReplyDelete
  39. kalau bapa mampu , beli kereta kebal pun tak apa kan.

    ikut keutamaan lah, viva pun ok gak, kalau dah beli viva, dia tak nak bawak ke? biar depan mata je viva tu? mesti pakai jugakkan...

    ReplyDelete
  40. kalo ikut kan myvi pn dh kire ok..tp kereta ni bakal d turunkn kpd 2 org adk lg..
    Yg haizam skrg br f2..so kalo pkai viva o myvi,takot ayah kene beli yg lain lak untk die nnti..haizam lak ckp myvi dh bnyk sgt kat jln..

    ReplyDelete
  41. tgk niat YB, takkan nak bisnes ribu-riban sbb swift je? lg satu.. maunye lama gak la si-anak nak tunggu duit dr burng walit tu. kancil 2nd hand pun byk....wallahualam

    ReplyDelete
  42. Saya tiada pendapat utk diberikan .

    Tetapi saya percaya Atika anak yang bijak dan baik . Tentu dia tak mahu susahkan hati bapanya .

    Bincanglah awak anak beranak yeaaa..

    ReplyDelete
  43. hehe. atikah dah reply pun. ;p

    terpulang pada ayah atikah je lah sekarang ni. tapi pada sy, kalau kereta lain selain swift pn, kalau pandai jaga, mesti boleh pakai lama.

    masa sy belajar kt uitm dlu pun, ada je kwn yg mampu utk pakai kereta, tp masih bawak honda bulat ayah dia, dan kami sama2 naik dalam kawasan kampus uitm.

    sy bercakap berdasarkan life sy, anak sorang penoreh yg cukup2 makan masa di uitm dlu. tp life atikah dgn sy mesti berbeza kan. ayah atikah kerja bagus.hehe.

    apa2 pun, semoga dapat apa yg dihajati. ;p

    ReplyDelete
  44. YB mampu..apa salahnya TAPI saya lagi suka kalau anak2 kita rasa sendiri rasa susah-senang berdikari. Semua tu pengalaman yang takkan diorang jumpa lagi.

    Lebih-lebih lagi bila membeli dengan duit hasil titik peluh sendiri.

    ReplyDelete
  45. salam.. lama gile xjenguk blog uncle ni.. tp bla baca entri kali ni.. terpanggil tuk bg komen.. well, sonok jd anak uncle.. heheh.. swift tuh.. sdap bawak.. tp kan uncle.. tikah blm lg keja.. mcm mna nk byr ansuran, insurance, servis.. mst duit ayh gak kan?? well, ayh tin dlu pun ade bukak isu ni nak bli keta tuk tin. tp my conclusion, bia gn duit sndri.. sbb baru akn hargai penat usaha kta nk bli.. n insyaAllah dlm ms 6bln lg akn beli keta gn duit sndri.. myvi o saga pilihan sy.. mula2 mmg mcm mampu uncle.. tp bla da lama2.. akn byk mbyr htang dr mnyimpan.. mn tau kan kalo perlukan duit yg lbh tuk hal2 yg xdpt djangka.. lgstu, kalo uncle terpk smpai bla nk kena jd driver kan?? kat sna byk transport yg lbh menjimatkan. pe slhnya bersusah dlu.. berdikari skit.. baru adventure hdup ni.. sy dlu duk kl.. sume lpas w/out ayh anta amik.. cm skng da duk perak dssbkn kmdhn bas yg cam hampeh.. jln kaki or keta jd pilihan..hehe.. well the decision is in yours.. make a right dec.. tuk ank2 uncle sterusnya.. bknnya xley gna keta murah kalo btul jgnya..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails