Monday, August 30, 2010

Sambutan Merdeka Hambar?

Hanya ada sebuah rumah di pangsapuri polis ini yg mengibarkan bendera. Decoder Astro lagi banyak!

Tahun ini terlalu sikit org mengibarkan bendera. Mungkinkah kerana puasa? Tapi rakyat Malaysia bukan semuanya beragama Islam. Yang lain itu kenapa tak pasang bendera ek?
Sent via BlackBerry from Maxis

72 comments:

  1. baru jer aku letak jawatan dari semangat merdeka ni.. org lain pun hilang semangat gak ker?????????




    perasan!

    ReplyDelete
  2. zonaku,
    tahukah ko, ko telah menghancurkan harapan MENTIBANG utk dapat hadiah misteri.

    Dah 2 kali dia dapat jadi pengomen pertama sebelum ni.

    ReplyDelete
  3. zonaku lagi,
    boleh letak jawatan jugak ke semangat merdeka ni?

    Kalau semua rakyat Malaysia mcm ko ni, apa nak jadi.

    Aku siap kibar bendera kat rumah dan kat opis. Yg kat opis tu staf aku yg pasang.

    ReplyDelete
  4. semalam saya nangis tengok Hati Malaya. valid tak walau takde bendera di kereta? :D

    ReplyDelete
  5. naper ek ??


    sebab tak banyak komponi bagi bendera percumaaa

    ReplyDelete
  6. Entahlah.. mungkin kerana orang marah sebab harga barang makin meningkat.Dan kerajaan tak mampu membantu mengawalnya.

    ReplyDelete
  7. aku rasa blh jer........... maybe gak diorg encik2 polis x dpt sponsor kot.....


    er.. aku ingtkn dia memain jer pasal adiah tu...

    aku pun selalu gak kantoi di saat akhir dr menjadi pengomen tegar kat blog ko

    ReplyDelete
  8. kat rumah saya tak buleh pasang bendera sebab anak buah akan cabut letak kat basikal dia. :C

    kalo letak yg besar tu dia ambik buat sayap cam superman :C

    ReplyDelete
  9. dmana mana pun memang kurang nampak jalur gemilang ni kan?

    ReplyDelete
  10. fiddeOmar,
    awak nangis sbb apa? Kalau hiba kerana mengenangkan pengorbanan org2 dulu demi negara kita yg tercinta ni, baguslah.

    Bendera kat kereta dah tak ramai yg nak letak sbb biasany akan terbang ditiup angin. Dulu pernah saya pasang sampai 3 kali, 3 kali terbang. Last2 tinggal tapaknya aje huhuhu

    ReplyDelete
  11. AiTotYati,
    awak lambat 11 minit dari zonaku. Dia cepat betul kali ni. Mungkin kebetulan dia sedang baca blog ni bila saya postkan n3 ni.

    Cuba lagi lain kali.

    ReplyDelete
  12. fiddeomar
    sya pun ..
    sodih kan?
    part perjuangan tengku tu, part pengorbanan mereka
    semua part of adalah menyentuh hati..

    ReplyDelete
  13. nangis esp masa Tunku cakap dia takdak duit nak pi London. saya ada letak entri pasal ni kat blog saya.

    ReplyDelete
  14. pB,
    takkan nak harap bendera free aje setiap tahun? Bendera tahun lepas pun ada lagi patutnya.

    Org puasa tak bertenaga nak panjat memanjat ni kot hehehe

    ReplyDelete
  15. YB, kalau pasang bendera di kereta, banyak yang tercampak di jalanraya
    lagi sya sodih..
    jd baik tak payah kibar, cuma kibar dalam kereta je, bendera yg kecik ada spring tu, kibar jugak kan? ;p

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. ala..missed 1 lg..zonaku la ni. dengki tol..kensel la nk antar kad raya kat dia, ngajuk dah aku... :((

    ok, psl merdeka..semlm aku masuk forum. sembang2 psl merdeka..nak salahkan rakyat ke sbb takde semangat ni? tak jugak..dah mentaliti rakyat msia camni..need more campaign..contohilah negara jiran kita indonesia.

    ReplyDelete
  18. YB...kat Melaka...bendera yang dikibarkan dijalan2raya begitu banyak dan meriah...kat rumah2 tak perasan pulak...

    ReplyDelete
  19. Tie,
    Mungkin juga. Tapi setahun sekali apa salahnya sbg tanda kesyukuran kita di atas nikmat merdeka.

    Saya tertarik letakkan gambar pangsapuri polis tu sbb kakitangan awam kan akan dapat duit raya beberapa hari lagi. Itupun tak bersyukur ke?



    YB
    maaf ye..
    tak best ayat tu,
    yak semestinya bila jalaur gemilang tak di kibar
    tandanya tiada terima kasih atau tidak bersyukr apa yang didapati..
    errppp..
    macamana dgn bangunan2, qrts kerajaan yg lain?
    sya rasa memang tahun ni tidak ada banyak kibaran jalur gemilang di mana mana saja.

    ReplyDelete
  20. Tetiba tawon ni semangat merdeka aku merundum jatuh bila mengenangkan KETIDAKMERDEKAAN sikap, pemikiran, cara hidup, gaya penampilan masyarakat MALAYSIA..

    sedih!!...

    setiap hari ada berita pasal buang anak, mati kena bunuh, rumahtangga hancur, bunuh diri, meletup sana sini.. MERDEKAKAH ITU??...


    Jarang sgt keluar (hampir tak ada) berita pasal 'KELUARAN' RAKYAT MALAYSIA TERBAIK DI MATA DUNIA dari segi istilah yg boleh dibanggakan.. (hatta sukan pon tak lepas.. apatah lagi akhlak, penciptaan moden dan sebagainya... huhuhu...)


    Oh Malaysia Tanahairku!!...

    ReplyDelete
  21. salam...takut org seberang curik bendera, pas tue bakar huhuhuhuh

    ReplyDelete
  22. Dapat bendera free pun malas juga nak pasang?..

    ReplyDelete
  23. sebab tahun ni kerajaan tak bagi bendera free !!

    ReplyDelete
  24. mentibang hari tu kata nak ngaku anonymous tu dia...agak2 kalau kta pas yg tu ke dia ok?

    ReplyDelete
  25. dulu isu bendera tercabut bersepah kat highway..la ni..tak rmai dh nak letak..aku pn tak letak

    ReplyDelete
  26. salam yb..

    tiap2 tahun rumah kami tak pernah miss psg bendera tapi tahun ni...

    melihat bendera di rumah org lain membuatkan kami sedih kerana tukang psg bendera dah tiada..

    ReplyDelete
  27. IE respek kat YB..

    adakah mereka tidak memahami eri sehelai BENDERA ???

    sedih dengan mentaliti ini.
    kpd Zona tu bawa-bawa la bertobat, macam mana kalau tinggal kat negara yg guna bendera negara lain ?

    ReplyDelete
  28. sy skrg tgh confius dgn hari merdeka dan hari malaysia...

    apakah?

    ReplyDelete
  29. alamak YB, org ambush aku ni.....

    provokasi ker komen aku????

    ReplyDelete
  30. muger2 negara akan tetap aman damai sentosa sentosa sejahtera.. aminn ya robbal alaminn

    ReplyDelete
  31. zonaku,
    ko rasa boleh tapi ada org lain rasa tak wajar. Terpulangkan kpd tafsiran masing2.

    Tahun lepas hampir semua rumah di kuarters tu pasang bendera. Tahun ni tak tahu kenapa.

    Mentibang mmg serius nak dapatkan hadiah tu. Dia minta kalau boleh hari ni saya jgn buat posting waktu buka nanti sbb dia ada function. Dah 2 hari saya posting time dekat2 nak buka. Org kat Semenanjung semua tengah depan meja makan masa tu tapi Mentibang dah kenyang dan duduk depan lappy dia. Kan KK buka sejam lebih awal.

    Ko pun dah beberapa kali dapat jadi no 1 utk 2 kali berturut2. Cuma belum rezeki nak dpt 3 kali.

    ReplyDelete
  32. juliet,
    belikan anak sedara ko tu bendera satu lagi. Kan bagus ada banyak bendera. Kalau ko bagi tahu awal, kat rumah aku ni pun ada bendera utk basikal.

    Baguslah dia jadi superman dgn bendera Msia. Tinggi semangat dia tu.

    ReplyDelete
  33. Tie,
    Mungkin juga. Tapi setahun sekali apa salahnya sbg tanda kesyukuran kita di atas nikmat merdeka.

    Saya tertarik letakkan gambar pangsapuri polis tu sbb tahun lepas hampir semua rumah di situ dipasang dgn bendera. Tapi tahun ni cuma beberapa rumah aje yg mengibarkan bendera w/p pangsapuri tu baru dicat. Kan cantik kalau ada banyak bendera.

    ReplyDelete
  34. Eja no 1,
    Ha'ah. Tahun ni kurang betul. Rumah2 di kawasan saya ni pun tak banyak yg pasang bendera.

    ReplyDelete
  35. Eja no 2,
    Org dulu berjuang tak mengharapkan imbuhan.

    Semoga mereka dirahmati Allah.

    ReplyDelete
  36. fiddeOmar,
    awak seorg insan berhati lembut. Baguslah tu.

    Tak sempat menonton semalam tapi dah sempat baca n3 awak tu.

    ReplyDelete
  37. Eja no 3,
    itulah sedih melihat bendera tu bertaburan di atas jalanraya dan lebuhraya. Mungkin yg buat tu kena tambah baik reka bentuknya supaya tahan ditiup angin.

    Kibar dalam kereta pun kibar juga. Lagi senang awak tengok sbb ada depan mata.

    ReplyDelete
  38. MENTIBANG,
    Tak dapek den nolong. zonaku lagi cepat kali ni. Tapi awak masuk utk komen selepas setengah jam, tentulah dah ramai yg komen.

    Hard luck. Cuba lagi lain kali. Tinggal lagi 10 hari sblm pertandingan ini ditutup.

    Tak tahulah samada mentaliti org kita ni boleh diubah dgn kempen. Dah banyak kempen tapi rasanya masih macam tu huhuhu

    ReplyDelete
  39. Kak anie,
    kat jalan tu dipasang oleh PBT tapi baguslah tu dari kosong aje.

    Kat rumah rasanya kurang juga di Melaka mcm di tempat2 lain.

    ReplyDelete
  40. Eja no 4,
    terima kasih di atas teguran ikhlas awak tu. Saya dah delete komen yg itu dan ubah kontennya.

    Bukan niat utk meremehkan mana2 pihak tapi rasa sedih bila mereka yg mendukung undang2 pun mcm tak berapa kisah. Kalau ada mana2 pihak terasa, saya minta maaf.

    ReplyDelete
  41. TINY,
    apa yg awak katakan tu ada betulnya. Mmg sedih dan hiba bila apa yg kita lihat dan dengar hanya yg negatif mengenai negara kita. Yg positif sikit sangat.

    Tapi kalau bukan org2 mcm kita ni yg nak merubah keadaan, siapa lagi?

    Marilah kita sama2 menyumbang apa2 yg mampu kita sumbangkan demi mengisi kemerdekaan negara kita yg tercinta ini.

    MERDEKA!!!

    ReplyDelete
  42. sahrom,
    wsalam.

    Takkanlah sampai mcm tu ngeee

    ReplyDelete
  43. relevan,
    nak kena pasangkan jugak kot? hehehe

    ReplyDelete
  44. al-lavendari,
    opis abg takkan tak bagi bendera free? Org bukan kerja gomen mcm saya ni lagilah takde huhuhu.


    Tapi RM15 utk satu bendera bukan satu harga yg mahal utk sebuah kemerdekaan.

    ReplyDelete
  45. tak macam dulu, sambutan merdeka agak meriah juga, semakin lama sambutan merdeka semakin hambar

    ReplyDelete
  46. salam akhi YB...

    duit dah habis beli baju raya anak , tak sempat nk beli bendera...

    ntah kenapa tahun ni tak terasa plak nk gantung bendera berbanding thn2 yg lepas....

    ReplyDelete
  47. salam,

    no komen sbb saya pun tak pasang bendera gak hehe..

    ReplyDelete
  48. opis aku pun tak kibar tahun ni bang. ntah. macam malas jek.

    kejap. nk tanya. komen aku yg mana yg ko kata aku delete tu bang...? aku tak de delete pun.


    .

    ReplyDelete
  49. coffeemaker,
    Kalau kira yg itu dah dapat 3 kali berturut2 dan dah boleh dapat hadiah. Skrg start kosong balik hehehe

    ReplyDelete
  50. HEMY,
    mmg banyak bersepah sepanjang highway masa tu. Aku kira dari Sg Besi sampai Melaka ada dekat 100 bendera yg tercampak di tengah2 divider tu.

    Aku pun dah tak letak di kereta tahun ni.

    ReplyDelete
  51. kak ct,
    ada ketika2nya kita akan teringat kpd mereka yg sudah tiada spt bila melihat bendera di rumah2 jiran.

    Semoga Allah mencucuri rahmat dan mengampunkan arwah AB.

    ReplyDelete
  52. ikan emas,
    terima kasih memuji.

    Saya berpeluang pergi ke banyak negara bahkan pernah belajar 5 tahun di negara org tetapi sejujurnya Malaysia masih tempat terbaik bagi saya. Bersyukur lahir dan hidup di negara bertuah ni.

    ReplyDelete
  53. Mak Su,
    kureng kerana lebih berpuasa hehehe

    ReplyDelete
  54. meo-confius,
    Sepatutnya hari bilamana Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung dgn Malaya ialah pada 31 Ogos tetapi kerana masalah teknikal ianya terlambat 16 hari.

    Sebelum ni kita hanya meraikan Hari Merdeka pada 31 Ogos tetapi mulai tahun ini 16 Sep juga akan diraikan sbg Hari Malaysia.

    Lebih kurang mcm tu lah kefahaman saya. Kalau silap harap betulkan

    ReplyDelete
  55. zonaku,
    komen kedua ko tu agak provokatif. Ini boleh didakwa di bawah akta hasutan hahaha

    ReplyDelete
  56. yb,
    i tak kibar kat rumah sebab rumah i ground floor, kalau kibar, nanti tercecah kat tanah.mana boleh bendera cecah tanah.
    i tak kibar kat kereta sebab nanti bula bukak, gam dia melekat kat cermin kereta.i lebih syg kereta, bole tak?
    oleh yang demikian, i telah mengambil keputusan sepakat bersama ahli keluarga untuk kibar kat melaka je (sila rujuk n3 terkini).

    ReplyDelete
  57. en_me,
    Amin.

    Begitulah yg kita semua harapkan.

    ReplyDelete
  58. anjang,
    mungkin generasi skrg sudah hidap mewah dan lupa erti perjuangan. Hari Merdeka hanya satu lagi hari cuti. Duduk rumah main komputer aje.

    ReplyDelete
  59. Ummi,
    wsalam.

    Betul juga tu. Kalau setiap sorang anak 5 pasang baju berapa banyak dah keluar duit hehehe

    ReplyDelete
  60. penjejak maya,
    setidak2nya awak mengaku.

    Tahun depan kalau panjang umur bolehlah pasang awal2. Merdeka jatuh pada hari raya.

    ReplyDelete
  61. tasek,
    bukan opis ko aje. Hampir semua opis yg sederet dgn opis ko tu takde pasang bendera hehehe.

    Opps aku silap tengok. Yg kena delete tu komen selepas komen ko. Komen ko yg puji aku tu ada lagi rupanya. Harap pujian ko pun tak terpadam adeh deh deh

    ReplyDelete
  62. Syida,
    banyaklah ko punya alasan. Kalau dah malas tu cakap ajelah hehehe.

    Tapi kira ko dah tumpang org2 Kuala Sg Baru utk pasang bendera tu. Bolehlah dimaafkan hahaha

    ReplyDelete
  63. tak baik bersyakwasangka..

    cuba ko masuk dlm umah mereka... haaa!! dorang kibar jalur gemilang kat dlm umah laaaaa.... errrr... langsir jalur gemilang gitu..


    .
    .

    tak percaya?? pergilah masuk umah satu2 :P







    pssttt.... nak tnya je.. adakah mengibarkan jalur gemilang tu lambang kita patriotik, cintakan negara??

    mat rempit bukan main bangga kibarkan jalur gemilang atas motor. hurrrmmmm....

    ReplyDelete
  64. Selamat menghayati kemerdekaan..dengan cara kita.

    ReplyDelete
  65. kts,
    saya tak nak bersyakwasangka tapi kerana saya ni lemah hati tetap berkata2 huhuhu.

    takkan aku nak masuk rumah mereka satu2. Aku masuk rumah ko aje cukuplah kot. Bapak ko kasi tak aku masuk. Takut dia kerja dgn parang ngeee

    Kalau bapak tak kasi masuk rumah ko boleh tak ko benarkan aku masuk dlm hati ko? Aku nak tengok samada ko ada kibar jalur gemilang di sana ahaks.


    Kibar bendera ini salah satu cara menunjukkan rasa cintakan negara. Mat Rempit tu letak bendera biar tak ditahan polis trafik hehehe.

    ReplyDelete
  66. ckLah,
    Betul tu. Setiap kita ada cara yg berbeza utk menghayati kemerdekaan.

    ReplyDelete
  67. rakyat dah lupa yg mereka telah merdeka..sbb mungkin ada yg terasa seperti di jajah semula..hehehehe

    Slmt Hari Merdeka...

    ReplyDelete
  68. Rozita,
    terpulang kpd kita utk menentukan nasib kita. Kalau rasa spt dijajah semula, kita juga yg kena merubahnya.

    ReplyDelete
  69. mendeka! mendeka!


    jerit anak buah yg berusia 3 tahun. hehe. comel je macam mak sedara depa jugak. keh3x

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails