Tuesday, August 31, 2010

Nak Buka Di Mana?

Sebahagian jiran makan di kakilima surau kerana tak cukup tempat di bawah khemah

Hari ini aku ada 2 jemputan berbuka:
1) Di Masjid Putra bersama PM
2) Di surau taman perumahan kami anjuran Persatuan Penduduk

Mana satu nak pergi ini?

Akhirnya, aku berbuka di rumah bersama keluarga. Lebih seronok. (Tiba2 terasa mcm ayah rastali hehehe). Lepas makan ala kadar aku ke surau utk solat Maghrib berjemaah.

Usai solat aku bersama2 jiran tetangga menikmati makan malam.

Sambil minum the tarik sempat aku buat n3 ni. Kalau dah blogger tu . . . .
Sent via BlackBerry from Maxis

51 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Kalau dah blogger tu......

    asal ada access, ada jer la entry kannn????

    aku bukak laptop lps 10 min ko upfddate pun aku still dpt 1st place..... hehheheheheee... kagum ngan kegigihan aku sdr...

    ReplyDelete
  3. alamak!!!....

    lewat sikit je..

    kak ct x kisah...

    ReplyDelete
  4. nampak macam berbuka sambil menonton badminton jer.hehe

    ReplyDelete
  5. YB..rastali..macam nama pisang pulak kan..tak pernah dengar pulak..orang rastali ni..he he..

    ReplyDelete
  6. YB,

    hahaha ini barulah blogger tegar :D

    ReplyDelete
  7. hehhe hehhe hehhe...

    dah ketagih nak menaip entry la ni...hehhe hehhe

    ReplyDelete
  8. ishh..td terjenguk2 tp tak ado en3..

    ReplyDelete
  9. Sambil minum the tarik sempat aku buat n3 ni. Kalau dah blogger tu . . . .
    Sent via BlackBerry from Maxis

    hehehehee..
    the tarik weyyyyy...... ;p

    ReplyDelete
  10. YB minum teh tarik kat mana? kat surau ke kedai mamak...
    YB gi surau ..takda interview ke ...napa tak datang?...ish..ish soalan sesaje.

    ReplyDelete
  11. Saya pun tadi bebuka di rumah...memula ingat nak menjamu selera diluar...tak jadi pulak...baik masak...lagik sedap dimakan...

    ReplyDelete
  12. esok bebuka di rumah ia ya bang

    **wink wink**


    ;D

    ReplyDelete
  13. zonaku,
    Siapa kata tak boleh cop. Bukan tak biasa pun ko buat mcm ni. Org lain pun buat jugak hehehe

    ReplyDelete
  14. zonaku lagi,
    arini aku belum update. Jadi bila aku tengok jiran2 aku makan longgok2 tepi surau tertarik nak ambil gambar mereka dan buat n3 sementara tunggu Isyak.

    Ko dapat no 1 hari ni sbb yg lain tersandar kekenyangan kot hehehe.

    Aku tabik kegigihan ko. Dah 2 kali berturut2. Kalau n3 lepas ni ko pun masih mengekalkan pengomen pertama, bolehlah dapat hadiah.

    psst - kalau belum tahu apa hadiahnya, tanyalah Azrina3.7 ngeee

    ReplyDelete
  15. kak ct,
    takde nasib arini. Cuba lagi lain kali.

    ReplyDelete
  16. Penyuk,
    Ha'ah tapi bulan puasa ni takde siapa yg main. Lepas raya nanti sambung main badminton balik kot.

    Ko pun main jugak kan? Nanti bolehlah kita lawan hehehe

    ReplyDelete
  17. kak Erna,
    betullah tu. Rastali tu nama sejenis pisang. Nak ngaku ayah mithali tak layak rasanya. Jadi ayah rastali pun ok jugaklah.

    Tiba2 terasa mcm family man sgt puasa tahun ni kerana setiap hari buka puasa di rumah hehehe

    ReplyDelete
  18. AiTotYati,
    kena masuk pusat pemulihan ke? hehehe

    ReplyDelete
  19. 13may,
    taklah sampai tahap ketagih nak menaip. Kebetulan ada citer yg rasa boleh dikongsi dgn kawan2 hehehe

    ReplyDelete
  20. Eja no 1,
    Hari ni sibuk sikit. Lagipun biarlah kisah jalur gemilang tu lama sikit sempena Hari Merdeka hehehe

    ReplyDelete
  21. Eja no 2,
    Saya tak perasan BB buat auto spell check and correct. Omputih mana tahu teh tarik. Dia ingat kita salah ejalah tu huhuhu

    ReplyDelete
  22. Monalea,
    Setatak n3 mcm ni tak sampai 5 minit nak buat. Ambil gambar satu lepas tu letak teks sikit hehehe

    ReplyDelete
  23. kak wan,
    Saya minum teh tarik di surau. Ada mcm2 hidangan yg ditaja oleh penduduk di sini.

    Masa buka mereka makan kurma dan kuih sikit lalu solat Maghrib. Ada juga jiran2 yg datang lepas berbuka di rumah masing2. Kami cuma join makan malam iaitu makan nasi tadi. Takde yg tanya sbb mereka faham.

    ReplyDelete
  24. aNIe,
    betul tu buka di rumah lagi sedap dan selesa. Buka di luar kadang tu kena berbaris.

    Buka di rumah pun lagi ekonomikal hehehe

    ReplyDelete
  25. kts,
    baiklah sayang. Esok abg buka kat rumah awak.

    Jangan lupa masak yg sedap2

    hahaha

    ReplyDelete
  26. aku terkejut mulanya baca tajuk ko...Nak buka dimana??? ha biar betul....nasib baik bila baca N3....pilihan untuk bebuka puasa...ko jangan lah buat terkejut2 bulan posa ni....sib baik jadi bapa rastali....insyaAllah bertambahlah lagi zuriat ko....ikutlah resmi pisang...banyak buah ! aku singgah jap ni ...jengok ko tengah bersahur pukul 5 tadi....selamat bersahur ye...

    ReplyDelete
  27. berbuka di rumah paling selesa , nak2 bila ada anak2 kecil .

    YB bersiaran secara langsung dari surau , kelas gitu :)

    ReplyDelete
  28. sonata,
    eh tajuk aku kontrovesi lagi ke kali ni? Ingat bulan puasa semua tahu bila sebut buka mestilah berbuka puasa. Takkan buka lain kot hehehe

    Rasanya cukuplah yg ada ni. Pisang banyak buah pasal banyak tandan hehehe

    Betul ko kata. Masa ko komen tu aku sedang sahur. Biasanya kami sahur sampai masuk imsak ngeee

    ReplyDelete
  29. silversarina,
    Dulu masa saya kerja sykt kulit kerang hampir setiap hari buka puasa di hotel2 dan restoran2 besar. Dah naik jemu tapi nak buat mcmana kerana dah tugas.

    Skrg dah tak perlu buka di luar. Di rumah lagi selesa kan?

    Saya gunakan BB utk buat n3 tu langsung dari surau.

    ReplyDelete
  30. tunggu sampai moreh kah???
    .
    choppp....
    buka dgn KTS????
    nak ikutttt!!!!!!
    tapi nak bawak mak adam sekali...
    :)

    ReplyDelete
  31. hahaha so sempoi! paling sempoi sebab sempat buat entry tuh. isk la blogger...huuu~

    ReplyDelete
  32. kena carik BB jugaklah lepas ni..


    nak jadi paparazi ni..
    rumah KTS kat ne ?


    (^_*)

    ReplyDelete
  33. ehem.. ehem..



    berbuka kat rumah dgn family lebih meriah kan YB.

    ReplyDelete
  34. sonoknyerr abg yb berblog ghitewww.. ehehe

    ReplyDelete
  35. juliet,
    kalau hujan semua masuk bawah khemah dan anjung surau sebelah kanan yg pada bulan puasa ni digunakan sbg tempat solat tambahan.

    Jemaah wanita makan kat dlm dewan.

    ReplyDelete
  36. Sally,
    Tahun ni plan nak buka di rumah setiap hari. Dapat sama2 menikmati juadah berbuka.

    Hari2 lain semua sibuk dgn urusan masing2 dan tak semestinya dapat makan bersama.

    ReplyDelete
  37. DrSinga,
    Mestilah tunggu sampai moreh. Ada macam2 sbb ramai yg bawa makanan.

    Baru cadang nak buka dgn kts dah ada yg nak kacau daun. Dah kansel dah semalam. Nanti lepas raya nak date dgn dia hahaha

    ReplyDelete
  38. fiddeOmar,
    Ada2 aje awak ni. Yalah tu sempoi.

    psst - doc kata biskut peanut butter awak sedap!

    ReplyDelete
  39. Reen,
    lepas ni awak ayatlah Abi minta BB satu. Cakap kat dia hadiah hari raya!

    Dah nak jadi paparazi pulak?

    Mana boleh bagi tahu rumah kts kat mana. Nanti awak skodeng.

    ReplyDelete
  40. GaDis CoMeL,
    apa ehem ehem ni? Jgnlah speku hehehe


    Ha'ah berbuka di rumah jugak yg best terutama bila anak2 yg tinggal di luar tu balik dan buka bersama.

    ReplyDelete
  41. cikgooden,
    awak mana boleh panggil saya uncle mcm si Wafa tu huhuhu

    ReplyDelete
  42. relevan,
    Ya hidup blogger!

    Awak pun boleh tahan ketegarannya hehehe

    ReplyDelete
  43. ermm... sy percaya kata fidde .. memang sempoi ini blogger

    ReplyDelete
  44. vmu, vhjwk mp qfbrpcvf c vakiw.
    xvhk ykxuokil d zp x!
    uvf pinky xxx
    , nasr zw la m yjxd u.
    mcraqj qszlnf yxxx y znxu. iap, adult cartoons
    , nnsw h xhbhoiin q ovmulo xe vjdx uds.

    hyw lu fdv.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails