Monday, August 2, 2010

Mari Perangi Nyamuk Aedes

Sedang aku buat kerja di tingkat atas rumah aku, tiba2 terdengar suara riuh rendah di luar. Atikah memberitahu ada kakitangan dari Jabatan Kesihatan membuat pemeriksaan nyamuk aedes. Aku pun keluar rumah dan terlihat 2 org kakitangan lelaki sedang berada di halaman rumah aku. Emak Adam yg hendak menjemur kain telah menunjukkan kawasan sekeliling rumah kami. Habis pasu2 bunga dan alas pasu mereka selak nak cari jentik2.

Syukur tiada sebarang jentik2 dijumpai.

Mereka memberitahu jgn letak lapik pasu di bawah pasu supaya air tak bertakung. Emak Adam kata mmg dia tak lapik pasu. Kalau letak pun diterbalikkan sebagai alas pasu.

Sedang 2 org itu memberi penerangan mengenai ubat jentik2, jiran kami telefon emak Adam. Dia nak bagi tahu suruh standby kerana ada pemeriksaan jentik2! jiran prihatin mcm pemandu yg tarik lampu kereta bila nampak speedtrap Emak Adam kata mereka dah masuk ke kawasan rumah kami pun hehehe

2 org itu beritahu ada 2 kes demam denggi di kawasan taman kami. Kedua2 mangsa masih dalam keadaan kritikal. Itulah sebabnya mereka membuat operasi pemeriksaan. Saya beritahu biasanya kawasan kami ni bersih dan takde jentik2. Tapi kawasan setinggan yg didiami warga asing tak jauh dari tempat kami ni yg selalu bermasaalah. Nyamuk tu ada kepak. Jadi mereka boleh terbang.

Selepas 2 org kakitangan lelaki ini keluar dari kawasan rumah kami, aku lihat ada satu lagi kumpulan dgn 3 orang kakitangan wanita. Seorg memakai baju biru muda dan vest macam yg 2 org tadi tetapi 2 orang awek tu memakai baju biasa aje. Mungkin pelatih.

3 org kakitangan wanita dari Jabatan Kesihatan mahu memeriksa rumah jiran kami

Kenapalah bukan mereka yg datang memeriksa ke rumah aku? Kalau tak, tentulah lagi bersemangat aku memerangi nyamuk aedes hahaha

38 comments:

  1. sI tEDI,
    Minggu depan nak buat gotong royong kat kawasan kami ni. Mana2 yg semak nak kasi bersih.

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah!

    tiada aedes tiada denggi......

    ReplyDelete
  3. nasib baik mak adam tak bela nyamuk
    kalau tak..
    harus kena gigit nyamuk

    ReplyDelete
  4. salam..ni nk cite pasal nyamuk ke pasal awek 3 org tu..ngeee!

    ReplyDelete
  5. Yb,
    betul lah kak long, Yb ni dalam sibuk nak menghapuskan nyamuk sempat lagi jeling2 awek tu..
    nasib baek tak jumpa nyamuk kalau tak sah kena saman

    ReplyDelete
  6. salam..lum sempat nyamuk aedes dtg, tikus dah kencing dulu huhuhuhuh

    ReplyDelete
  7. Alimaz-Kembara Terasing,
    Ya sama2lah kita hapuskan aedes. Dah ramai yg menjadi korban.

    ReplyDelete
  8. al-mankaraqi,
    Terima kasih sudi berziarah ke mari. Salam kenal.

    Walaupun mcm2 kempen tapi aedes masih banyak huhuhu

    ReplyDelete
  9. Eja,
    InsyaAllah kami jaga kebersihan rumah kami supaya nyamuk tak membiak. Tapi ada jiran yg tak berapa kisah di samping kawasan pembinaan dan sting garden. Nyamuk dari sana mungkin datang ke tempat kami huhuhu

    ReplyDelete
  10. kak long,
    cekaplah kak long membaca yg tersirat hehehe

    ReplyDelete
  11. ibuintan,
    Kalau saya tahu ada 2 pasukan tadi, saya minta pasukan yg 3 org tu yg periksa rumah kami. Tak payah jeling2. Boleh tengok terus hahaha

    ReplyDelete
  12. sahromnasrudin,
    Tikus jgn buat main. Kencing dia boleh buat org jadi koma.

    ReplyDelete
  13. salam yb..

    ambik gambar kandid yer..

    kenape tak ambik gambar dekat?...

    takut mak adam la tu!!

    ReplyDelete
  14. Dah 1,000 kes skrg ni..kes meninggal pun byk..

    kita takut H1N1 ..denggi lagi hebat..


    Semoga kita bebas dari serangan tentera halus ni

    ReplyDelete
  15. yb,
    tu bukan umah jiran u.but that is ur house.confuse i.

    p/s: mana udang ku?

    ReplyDelete
  16. binatang kecik tp amat merbahaya...

    ReplyDelete
  17. ha ah lah...skodeng dari jauh je nampaknya???!!!

    ReplyDelete
  18. kat kampung2 lagi teruk kalo nak basmi nyamuk nih..

    ReplyDelete
  19. Kat kampung akak tu sekarang sedang heboh dgn denggi...sana sini orang masuk sepital kerana denggi...

    Amboi!! Bersemangat ada makna tu...heheheh

    ReplyDelete
  20. Gunakan ubat nyamok dengan sempurna..

    ReplyDelete
  21. kak ct,
    wsalam.

    ambil gambar pakai BB aje. Belum pandai nak fokus. Tak sempat nak ambil kamera.

    Itu pun nasib baik emak Adam tak perasan hahaha

    ReplyDelete
  22. ikan emas,
    Betul cakap awak tu. Dah terlalu banyak kes. Yg mati pun dah 80 org tahun ni.

    H1N1 heboh sbb WHO kata pendemic. Di Msia mmg ada yg mati tapi taklah seramai kerana denggi.

    Selain dari membersihkan kawasan kita dari tempat pembiakan nyamuk, elok juga buat solat hajat. Beberapa tahun lepas surau tempat kami ada buat solat hajat dan qunut kerana ramai yg kena denggi.

    ReplyDelete
  23. Syida,
    Dulu rumahku skrg org lain yg tinggal kat situ. Kira mereka tu jiran kami lah hehehe.

    Nak udang datanglah rumah. Emak Adam masak sweet & sour tengahari tadi. Ada lagi utk malam ini. Kalau setakat seorg 1-2 ekor tu adalah. Tapi malam ni tau. Esok dah habis ngeh3x

    ReplyDelete
  24. kuina,
    Namrud pun mati disebabkan nyamuk. Sungguh bahaya binatang kecil ni.

    ReplyDelete
  25. DrSinga,
    nak usha dari dekat mereka tu bertiga. Kalau sorang lainlah citer hahaha

    ReplyDelete
  26. GaDis CoMel,
    Ramai org kat kampung selamba aje 'bela' jentik2. Mereka simpan air hujan dan di situlah nyamuk bertelur. Di dalam kolah pun kadang2 ada beribu2 lemon.

    ReplyDelete
  27. aNIe,
    Kalau mcm tu kena buat gotong royong besar2an membersihkan kawasan. Kalau dibiarkan takut bertambah kes denggi nanti. Org luar nak balik kampung tu pun takut. Nanti raya tak meriah kalau tak balik kampung huhuhu.

    Tak sempat nak tunjuk rajin kat 3 org tu sebab emak Adam dah bersihkan kawasan rumah kami hehehe

    ReplyDelete
  28. relevan,
    ubat nyamuk ke ubat jentik2?

    Kakitangan yg datang tu nasihatkan berhati2 gunakan abet sebab banyak yg tiruan. Dia ada beri sejenis ubat jentik2 lain tadi tapi sebungkus aje. Ada jual di supermarket kalau nak lagi.

    ReplyDelete
  29. Kebiasaanya tiap kali orang 'Aedes' tu datang mesti dah ada kes sebelum ni. Kat quarters ni datang dua kali dalam tempoh sebulan.. sebab ada 2 kes... aderk ! Kita yang pening kena asap !

    ReplyDelete
  30. Tie,
    Kat sini pun sama. Kalau ada org sembur asap maknanya ada org kena denggi. Petang tadi mmg ada org sembur asap. Nasib baik kat luar pagar aje. Kalau masuk ke dalam rumah mau pengsan Adam yg sedang tidur dlm buai huhuhu

    ReplyDelete
  31. en_me,
    Hanya org yg dah kena demam denggi tahu betapa bahayanya penyakit ini.

    Saya pernah kena huhuhu

    ReplyDelete
  32. kalo petugas perempuan yg datang ajaklah dorang minum air dulu,eheheehhe.

    ReplyDelete
  33. juliet,
    bukan setakat ajak minum air, ajak makan tengahari sekali hehehe

    ReplyDelete
  34. tiap2 bulan ada gotong-royong kat umah. Ada kes denggi jugak kat sini.

    sorang jiran pernah kena dan sekarang dia jadi ketua gotong royong tu..

    ReplyDelete
  35. a.z.r.i.n.a,
    Baguslah tu kalau rajin gotong royong tiap2 bulan. Kalau buat sekali sekala kesannya takde. Sekejap dah semak balik.

    Jiran tu kena demam denggi ke kena saman kerana bela jentik2? hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails