Sedang aku buat kerja di tingkat atas rumah aku, tiba2 terdengar suara riuh rendah di luar. Atikah memberitahu ada kakitangan dari Jabatan Kesihatan membuat pemeriksaan nyamuk aedes. Aku pun keluar rumah dan terlihat 2 org kakitangan lelaki sedang berada di halaman rumah aku. Emak Adam yg hendak menjemur kain telah menunjukkan kawasan sekeliling rumah kami. Habis pasu2 bunga dan alas pasu mereka selak nak cari jentik2.
Syukur tiada sebarang jentik2 dijumpai.
Mereka memberitahu jgn letak lapik pasu di bawah pasu supaya air tak bertakung. Emak Adam kata mmg dia tak lapik pasu. Kalau letak pun diterbalikkan sebagai alas pasu.
Sedang 2 org itu memberi penerangan mengenai ubat jentik2, jiran kami telefon emak Adam. Dia nak bagi tahu suruh standby kerana ada pemeriksaan jentik2!
2 org itu beritahu ada 2 kes demam denggi di kawasan taman kami. Kedua2 mangsa masih dalam keadaan kritikal. Itulah sebabnya mereka membuat operasi pemeriksaan. Saya beritahu biasanya kawasan kami ni bersih dan takde jentik2. Tapi kawasan setinggan yg didiami warga asing tak jauh dari tempat kami ni yg selalu bermasaalah. Nyamuk tu ada kepak. Jadi mereka boleh terbang.
Selepas 2 org kakitangan lelaki ini keluar dari kawasan rumah kami, aku lihat ada satu lagi kumpulan dgn 3 orang kakitangan wanita. Seorg memakai baju biru muda dan vest macam yg 2 org tadi tetapi 2 orang awek tu memakai baju biasa aje. Mungkin pelatih.
3 org kakitangan wanita dari Jabatan Kesihatan mahu memeriksa rumah jiran kami
Kenapalah bukan mereka yg datang memeriksa ke rumah aku? Kalau tak, tentulah lagi bersemangat aku memerangi nyamuk aedes hahaha
jaga kebersihan bersama
ReplyDeletesama2lah kita....
ReplyDeletesI tEDI,
ReplyDeleteMinggu depan nak buat gotong royong kat kawasan kami ni. Mana2 yg semak nak kasi bersih.
Salam ziarah!
ReplyDeletetiada aedes tiada denggi......
nasib baik mak adam tak bela nyamuk
ReplyDeletekalau tak..
harus kena gigit nyamuk
salam..ni nk cite pasal nyamuk ke pasal awek 3 org tu..ngeee!
ReplyDeleteYb,
ReplyDeletebetul lah kak long, Yb ni dalam sibuk nak menghapuskan nyamuk sempat lagi jeling2 awek tu..
nasib baek tak jumpa nyamuk kalau tak sah kena saman
salam..lum sempat nyamuk aedes dtg, tikus dah kencing dulu huhuhuhuh
ReplyDeleteAlimaz-Kembara Terasing,
ReplyDeleteYa sama2lah kita hapuskan aedes. Dah ramai yg menjadi korban.
al-mankaraqi,
ReplyDeleteTerima kasih sudi berziarah ke mari. Salam kenal.
Walaupun mcm2 kempen tapi aedes masih banyak huhuhu
Eja,
ReplyDeleteInsyaAllah kami jaga kebersihan rumah kami supaya nyamuk tak membiak. Tapi ada jiran yg tak berapa kisah di samping kawasan pembinaan dan sting garden. Nyamuk dari sana mungkin datang ke tempat kami huhuhu
kak long,
ReplyDeletecekaplah kak long membaca yg tersirat hehehe
ibuintan,
ReplyDeleteKalau saya tahu ada 2 pasukan tadi, saya minta pasukan yg 3 org tu yg periksa rumah kami. Tak payah jeling2. Boleh tengok terus hahaha
sahromnasrudin,
ReplyDeleteTikus jgn buat main. Kencing dia boleh buat org jadi koma.
salam yb..
ReplyDeleteambik gambar kandid yer..
kenape tak ambik gambar dekat?...
takut mak adam la tu!!
Dah 1,000 kes skrg ni..kes meninggal pun byk..
ReplyDeletekita takut H1N1 ..denggi lagi hebat..
Semoga kita bebas dari serangan tentera halus ni
yb,
ReplyDeletetu bukan umah jiran u.but that is ur house.confuse i.
p/s: mana udang ku?
binatang kecik tp amat merbahaya...
ReplyDeleteha ah lah...skodeng dari jauh je nampaknya???!!!
ReplyDeletekat kampung2 lagi teruk kalo nak basmi nyamuk nih..
ReplyDeleteKat kampung akak tu sekarang sedang heboh dgn denggi...sana sini orang masuk sepital kerana denggi...
ReplyDeleteAmboi!! Bersemangat ada makna tu...heheheh
Gunakan ubat nyamok dengan sempurna..
ReplyDeletekak ct,
ReplyDeletewsalam.
ambil gambar pakai BB aje. Belum pandai nak fokus. Tak sempat nak ambil kamera.
Itu pun nasib baik emak Adam tak perasan hahaha
ikan emas,
ReplyDeleteBetul cakap awak tu. Dah terlalu banyak kes. Yg mati pun dah 80 org tahun ni.
H1N1 heboh sbb WHO kata pendemic. Di Msia mmg ada yg mati tapi taklah seramai kerana denggi.
Selain dari membersihkan kawasan kita dari tempat pembiakan nyamuk, elok juga buat solat hajat. Beberapa tahun lepas surau tempat kami ada buat solat hajat dan qunut kerana ramai yg kena denggi.
Syida,
ReplyDeleteDulu rumahku skrg org lain yg tinggal kat situ. Kira mereka tu jiran kami lah hehehe.
Nak udang datanglah rumah. Emak Adam masak sweet & sour tengahari tadi. Ada lagi utk malam ini. Kalau setakat seorg 1-2 ekor tu adalah. Tapi malam ni tau. Esok dah habis ngeh3x
kuina,
ReplyDeleteNamrud pun mati disebabkan nyamuk. Sungguh bahaya binatang kecil ni.
DrSinga,
ReplyDeletenak usha dari dekat mereka tu bertiga. Kalau sorang lainlah citer hahaha
GaDis CoMel,
ReplyDeleteRamai org kat kampung selamba aje 'bela' jentik2. Mereka simpan air hujan dan di situlah nyamuk bertelur. Di dalam kolah pun kadang2 ada beribu2 lemon.
aNIe,
ReplyDeleteKalau mcm tu kena buat gotong royong besar2an membersihkan kawasan. Kalau dibiarkan takut bertambah kes denggi nanti. Org luar nak balik kampung tu pun takut. Nanti raya tak meriah kalau tak balik kampung huhuhu.
Tak sempat nak tunjuk rajin kat 3 org tu sebab emak Adam dah bersihkan kawasan rumah kami hehehe
relevan,
ReplyDeleteubat nyamuk ke ubat jentik2?
Kakitangan yg datang tu nasihatkan berhati2 gunakan abet sebab banyak yg tiruan. Dia ada beri sejenis ubat jentik2 lain tadi tapi sebungkus aje. Ada jual di supermarket kalau nak lagi.
Kebiasaanya tiap kali orang 'Aedes' tu datang mesti dah ada kes sebelum ni. Kat quarters ni datang dua kali dalam tempoh sebulan.. sebab ada 2 kes... aderk ! Kita yang pening kena asap !
ReplyDeleteTie,
ReplyDeleteKat sini pun sama. Kalau ada org sembur asap maknanya ada org kena denggi. Petang tadi mmg ada org sembur asap. Nasib baik kat luar pagar aje. Kalau masuk ke dalam rumah mau pengsan Adam yg sedang tidur dlm buai huhuhu
bahaya kanns..
ReplyDeleteen_me,
ReplyDeleteHanya org yg dah kena demam denggi tahu betapa bahayanya penyakit ini.
Saya pernah kena huhuhu
kalo petugas perempuan yg datang ajaklah dorang minum air dulu,eheheehhe.
ReplyDeletejuliet,
ReplyDeletebukan setakat ajak minum air, ajak makan tengahari sekali hehehe
tiap2 bulan ada gotong-royong kat umah. Ada kes denggi jugak kat sini.
ReplyDeletesorang jiran pernah kena dan sekarang dia jadi ketua gotong royong tu..
a.z.r.i.n.a,
ReplyDeleteBaguslah tu kalau rajin gotong royong tiap2 bulan. Kalau buat sekali sekala kesannya takde. Sekejap dah semak balik.
Jiran tu kena demam denggi ke kena saman kerana bela jentik2? hehehe