Wednesday, August 25, 2010

Kisah Di Sebalik Hamper

Tengahari tadi semasa aku sedang sibuk (harap percaya kerana aku jarang sibuk sebenarnya) melakukan tugasan ada sebuah teksi berwarna biru berhenti di hadapan rumah aku. Pemandunya seorg lelaki Melayu keluar dari teksi itu lalu menekan loceng.

Akupun keluar menghampiri dia.

Dia, "Ini rumah Encik Yunus Badawi ke?"

Aku, "Ya saya."
Dia, "Ini ada hamper utk encik."

Akupun tekan alat kawalan jauh utk membuka gate rumah aku lantas aku menghampiri pemandu teksi tersebut. Dia lantas menghulurkan aku sebuah hamper hari raya.

Ini dia hamper tu. Kecil aje tapi menarik

Rakan bisnes aku yg mengirimkannya. Dia tinggal jauh dari Lembah Klang ini tapi masih ingat utk menghantar hamper kalau tak tentu hampa .

Tak tahu beberapa buah hamper lagi akan dihantar oleh kawan2 lama aku sebelum hari raya. Harap2 tak banyak.

Dulu masa aku kerja dgn sykt kulit kerang, ramai betul kontraktor dan pembekal menghantar hamper bila nak raya. Samada mereka ikhlas atau ada kerang (sbb aku kerja sykt kerang) sebalik batu aku tak tahu. Aku tak pernah minta dan aku tak suka benda ini. Emak Adam lagilah tak suka. Polisi sykt membenarkan pemberian hamper dan hadiah bermusim spt ini sehingga nilai RM250. Aku kena isytihar kpd bos aku. Dia pun dapat tapi aku lagilah banyak.

Mula2 dapat dulu, anak2 aku teruja. Tapi bila dah setiap tahun dah tak hairan pun. Ada takde mereka lawan teka siapa tepat berapa hamper kami akan dapat pada tahun itu.

Selalunya aku akan hadiah atau sedekahkan hamper2 ini kepada mereka yg lebih memerlukannya. Aku akan rasa puas melihat kegembiraan terpancar di wajah penerima hamper ini yg rata2nya tak pernah mendapat hamper sepanjang hidup mereka.

Kawan aku seorg bukan Islam juga sering menerima hamper bila tiba Tahun Baru Cina. Dia bukan bekerja dgn sykt kulit kerang. Dia pernah memberitahu aku dia pun tak suka sangat menerima hamper ni. Dia akan agih2kan kpd org2 lain termasuk jiran dan org2 miskin. Walaubagaimanapun dia akan menyimpan 2-3 hamper yg difikirkan berharga dan mahal.

Pernah terjadi setelah dia memberi hamper yg nampak cekai, pemberi hamper itu menelefonnya bertanya samada dia dah buka hamper tersebut. Kawan aku tanya balik kenapa sbb dia dah beri hamper itu kpd org lain w/p dia tak memberitahu perkara ini kpd si pemberi.

Menurut si pemberi ada satu bungkusan kecil mengandungi sejumlah besar wang di dalam hamper yg nampak cekai itu! kah kah kah

Oklah. Aku nak buka puasa ni. Siapa yg jadi pengomen pertama memang aku tabik spring!!!

76 comments:

  1. assalamualaikum


    .
    .

    selamat berbuka jap lagi ;D

    ReplyDelete
  2. oopppssss!!!


    sila tabik spring kat aku sekarang!!!!

    ahahahaha.. yes!!

    ReplyDelete
  3. nanti anta hamper tu kat umah aku eh

    .
    .
    aku mmg suka dgn hamper2 ni... apatah lg kalau ada bungkusan wang di dlmnya...


    bole beli baju kawin... ehhh.. bole beli baju raya

    :D

    ReplyDelete
  4. lagi satu

    tak baik bersangka2.. anggaplah org bg kita sbb dia ikhlas

    kesian...



    .
    .

    cukup 4

    ReplyDelete
  5. kts,
    tahniah!!!!

    nanti aku sambung balas komen ko ni.

    Jadi ke malam ni? Kalau jadi tak payah aku balas kat sini hehehe

    ReplyDelete
  6. salam yb.. pengomen pertama dapat sejumlah besar wang di dalam hamper yg nampak cekai itu kah.. kahh

    selamat berbuka pose

    ReplyDelete
  7. yB..nampaknya..hamper dan perayaan tak boleh dipisahkan..

    ReplyDelete
  8. oh ku bukan pengomen pertama

    T_T

    *esok cuba lagi :D

    ReplyDelete
  9. Dulu, kami selalu gak dapat hamper raya... banyak juga. Memang teruja pada mulanya. Tapi, lama-lama rasa tak selesa.. takut pun ada.

    Kami biasa buka hamper tu, pilih biskut dlm tin tu (anak2 tak suka sebab dah jemu)dan lain-lain, eksport ke kg suami.. orang sana suka... Kami tak boleh beri hamper sebiji-sebijik atas sebab-sebab tertentu.. susah nak terangkan.

    Sekarang ni dah kurang dapat hamper. Mungkin sebab suami dah tukar posting. Tie pun rasa lega sebenarnya.

    ReplyDelete
  10. suka bekas hamper aje.

    sykt buat hamper sekarang ni mmg kreatif..

    cantik2..

    ReplyDelete
  11. salam YB...

    nanti poskan satu hamper ke KD....he he he tp yg ada sampul duit raya sekali...

    ReplyDelete
  12. hamper ni 1st time je best dapat. lama2 jadi tak heran dah. baik kasik kat jiran2 kan? sukaaaa je anak2 diorang

    ReplyDelete
  13. anak2 dah besar ni tak heran pun dapat hamper...
    ( bukanlah sombong )...samalah macam anak2 ko tu...mula2 suka...pernah dapat ntah berapa banyak tak kira pulak...habis aku bukak2 re-packing @ letak dalam paper bag - aku beri kat mereka yang aku rasa layak
    dapat ! kadang2 masa hari raya...coklat2@ gula2 tu aku beri pada anak2 tetamu yang datang !

    ReplyDelete
  14. jadi pengomen pertama.... boleh dapat hamper ke...

    ReplyDelete
  15. Pernah beberapa kali hamper dihantar ke rumah utk suami tp semuanya saya suruh bawak ke ofisnya dan di sana pandai2lah kakitgn tu selesaikan apa yg patut sampai licin.

    Pernah satu hari,apek cina dtg hantar hamper ke rmh. Saya tolak suruh dia pulangkan balik ke syarikat yg menghantar. Apalagi mengomel apek tu dia kata;

    "haiyya, itu tawkey ma..syarikat untung juta2, kasi sama u hamper belapa sen punya haliga..pun tak mau. Lu manyak lugi maa.."

    Lantak kau la pek, kasi lu punya anak bini puk ok maa...ngeee..

    ReplyDelete
  16. kakwan pun macam anak YB, dulu - dulu amat teruja ngan hamper ni . skrg dah tak heran .
    Eh betul ke kalau hamper cikai ada RM , kita selalu yg cikai tu bagi org tanpa di check pun...eiii tak baik kan keh..keh.

    ReplyDelete
  17. aku cuma dapat hamper bila ade lucky draw jer.tapi selalunya dapat hampa dari dpt hamper.harap² tahun ni kawan YB ade bagi banyak hamper supaya hamper tu dpt diagihkan kpd org hampa cam aku ni.hehe

    ReplyDelete
  18. kts no 1,
    waalaikum salam.

    selamat bersahur. Apa kata malam ni ko pulak masak. Bagi ibu rehat.

    ReplyDelete
  19. kts no 2,
    tabik spring Puan!

    Puan telah berjaya menjadi pengomen pertama di kala org lain sibuk hendak berbuka. Apakah? hehehe

    ReplyDelete
  20. kts no 3,
    hamper kecil tu pun ko nak juga ke? Bagilah Adam main dgn haamper tu. Ko ambillah hadiah misteri ko tu. Bila aku boleh serahkan kat ko? Kalau boleh sebelum raya ni. Boleh ko buat baju raya ngeeee

    ReplyDelete
  21. kts no 4,
    sbb aku bersangka baiklah aku terima pemberian mereka tu. Ada yg hantar dari Johor, Ipoh, Kuantan dsb selain dari sekitar KL. Tambang aje dah berapa.

    Ko kesian kat mereka kalau aku tak terima. Kat aku ni ko tk kesian ke? ngeeee

    Cukup ke 4? Entah2 satu pun tak larat hehehe

    ReplyDelete
  22. en_me,
    wsalam.

    Masalahnya wang tu telah 'jalan' bersama hamper yg cekai tu.

    Selamat bersahur dan berpuasa.

    ReplyDelete
  23. kak Erna,
    Betul tu sbb dah jadi mcm satu budaya. Kedai pun pandai. Barang entah apa2 yg dimasukkan dlm hamper tu.

    ReplyDelete
  24. AiTotYati,
    Saja saya post sebelum buka puasa tadi. Rupanya ada juga yg mengadap komputer waktu tu hehehe.

    Esok boleh cuba lagi. Selamat berjaya.

    ReplyDelete
  25. Tie,
    Keadaan kita lebih kurang sama. Bezanya saya beri org sebijik2 hamper tu. Mereka lebih teruja kalau dpt yg macam tu.

    Biasanya saya suruh sykt atau org yg nak hantar tu supaya hantar ke pejabat. Staf semua boleh rasa sorang sikit. Ada di antara mereka yg tak dapat hamper langsung. Mereka akan buat cabutan utk tentukan siapa dapat apa bila hamper tu dibuka dan isinya difaraid. Saya pun dapat juga. Kadang saya tak nak sgt tapi demi semangat berpasukan saya ambil jugak bahagian saya.

    Eloklah kalau dah kurang dapat hamper jika awak dan suami tak selesa. Saya harap tahun ni satu tu ajelah hamper. Yg tahun lepas pun ada lagi huhuhu

    ReplyDelete
  26. Reen,
    Mmg ada yg bakulnya cantik dan mahal. Rasanya lebih mahal dari isinya.

    Kat opis ada beberapa org staf wanita yg berebut nakkan bakul rotan tu. Isi tak dapat tak pe.

    Ini kira mcm awak jugaklah ya? hahaha

    ReplyDelete
  27. Ummi,
    kalau dapat banyak kali ni bolehlah poskan ke KD. Tapi saya harap tak dpt banyak.Tak susah saya nak agih2kan.

    Kalau setakat sampul duit yg kosong takde masalah. Sampul Giant pun ada hehehe

    ReplyDelete
  28. Tijah,
    Betul tu. First time aku terima berbelas2 tahun yg lalu. Lepas tu dah boring.

    Nak bagi jiran tapi aku rasa mereka pun terima hamper jugak. Yg dapat lebih dari aku pun ada rasanya hehehe

    Aku bagi org miskin.

    ReplyDelete
  29. sonata,
    Org yg kerja mcm Pak Sheikh dan ko jugak tentu banyak dpt hamper.

    Rajin ko repack benda2 tu. Aku selalunya bagi sebijik2 macam tu. Biar penerima tu yg buka sendiri. Mana tahu ada duit mcm hamper cekai kawan aku tu hehehe

    ReplyDelete
  30. Shifu,
    Sesiapa berjaya menjadi pengomen pertama tiga kali berturut akan mendapat hadiah misteri.

    Itu yg berebut tu. Sebelum ni takde pun tawaran tersebut tapi masih berebut. Jadi aku dgn bermurah hati memberi tawaran tersebut.

    Dah ada 2 org pemenang.

    ReplyDelete
  31. al-lavendari,
    eh kakitangan awam tak dibenarkan menerima hamper kan bang? Patutlah hampa.

    Takpe lain kali adalah hadiah lain. Tengok hari ni kerajaan nak bagi RM500 sorang sebelum raya. Tapi Juza tak dapatlah ngeee

    ReplyDelete
  32. Hamper saya dah terima ke belum ?

    ReplyDelete
  33. yb ni, berprasangka tuh orang bagi hamper. anggap le mereka berniat baik kan? hikhikhik...

    nanti bila satu hari, kalo kena, ko nak memberi hamper, orang lain prasangka macam ko, camner tu?? atau orang yang menerima hamper2 ko tu kata; "ala... hamper murah baru nak sedekah, kalo mahal musti simpan punye!!" macam kawan tu... hikhikhik.

    renung-renungkan dan selama beramal. pis!!

    ReplyDelete
  34. ingat nak buak bisnes buat hamper laa..

    YB nak oder ?

    ReplyDelete
  35. hampaaaa...tak der hamper dari YB..huhuhu

    ReplyDelete
  36. akupon xske dpt hamper2 neh... selalu mesti agih siap2 kat ofis... dlu2mmg byk btol...


    huhuhuhuhu... kesian kat staff... biarlaa diorg merasa...


    tapi sejak dgn gomen nih, takdelah byk sgt dpt.. kih3...

    ReplyDelete
  37. bukan JUZA tapi JUSA lah .. awak tak marah abang tegur kan ?

    ReplyDelete
  38. Salam YB......

    Dulu sy juga selalu terima hamper.
    Siap boleh simpan dlm store sbb sgt byk.....last2, kasi kat saudara-mara. Abah sy lagi byk terima hamper......biasa la, ada yg nak jolok beliau supaya mudah dpt project itu ini, ada yg nak cuit2 beliau supaya sokong itu ini. Dunia politik mmg ghuper itu, kan YB. Abah sy agih-agihkan hamper tu kpd staff di opis, ada yg d`agih kpd jiran2.

    Mcm2 ado.....

    :)

    ReplyDelete
  39. Yati S,
    Kalau nak hantar juga mmg elok suruh hantar ke opis aje. Sama2 rasa. Tapi ada juga yg kat opis mereka hantar, kat rumah kita pun mereka hantar.

    Apik tu org suruhan tauke dia ke? Beriya2 benar nak sampaikan hamper tu. Kalau setakat despatch, kita tak nak terima dia akan balik aje lepas telefon bosnya.

    ReplyDelete
  40. kak wan,
    Apa2 benda kalau dah biasa dan dah banyak hilang keterujaannya. Last2 buat penuh setor sebelum diagih2kan kpd org lain huhuhu.

    Tak semestinya yg cikai ada RM.

    Pernah dapat hamper yg cantik dan ada baucer shopping di dalamnya. Mereka tahu kalau bagi duit dah tentu kami tak terima.

    ReplyDelete
  41. Penyuk,
    Sedih pulak aku dengar.

    Dapat tak dapat hamper ni banyak bergantung kpd jenis pekerjaan kita. Kalau yg bahagian sokongan atau back office tu kurenglah sikit. Kalau yg bahagian kontrak atau meluluskan projek, sampai tak buat rumah.

    Aku dah malas dah nak handle hamper2 ni. Harap tahun ni tak bnyklah.

    ReplyDelete
  42. LiNda,
    awak hantar ke alamat yg lama ke? Patutlah tak terima lagi.

    Awak bagi kami buah dokong ke? Kata kat sana RM1/kg hehehe

    ReplyDelete
  43. Tak Bernama,
    Sebab berprasangka baiklah saya terima hamper yg mereka beri tu. Kalau tak saya suruh yg hantar tu bawa balik aje. Saya tahu kalau saya tolak pemberian tu, mesti mereka kecil hati.

    Semua org yg saya berikan hamper tu gembira sbb kebanyakannya tak pernah dapat hamper seumur hidup mereka. Takdelah pula dengar mereka kata ini hamper yg saya dah tak nak.

    ReplyDelete
  44. ikan emas,
    bisnes yg bagus tu tapi sepatutnya awak mula dari sebelum ramadan lagi.

    Saya dah tak hantar hamper ni kpd org. Kalau masa kerja dgn sykt MNC dulu kami digalakkan memberi hamper kpd org2 yg tertentu.

    ReplyDelete
  45. kak long,
    jangan hampa. Datang rumah saya raya nanti boleh makan mcm2. Lebih bagus dari hamper dan isi2nya.

    ReplyDelete
  46. jaga2 malam ni seorang bidadari akan hantar hamper utk yb, harap sudi terima,ehehehehe :P

    tumpang lalu,
    apa kes kts tu org sibuk kat dapur dia buleh dok depan laptop? nampak sangat dia tak masak dan tak tolong masak dan tak reti masak, lainlah juliet tu, manjang dok dapur :P

    ReplyDelete
  47. PnConfused,
    Ko bos yg baik. Patutlah staf ko kat Kajang rasa kehilangan ko tu ngeee

    Kerja skrg pun dapat jugak lagi? Oklah tu boleh kongsi dgn staf kat Penang pulak.

    ReplyDelete
  48. al-lavendari,
    terima kasih kerana sudi menegur. Sekurang2nya lain kali saya tak ulangi kesilapan yg sama. Saya ni tak kerja gomen tak tahu sangat tentang perkara mcm ni.

    ReplyDelete
  49. Catwoman,
    wsalam.

    Mmglah kalau org yg berjawatan penting semua org nak beri hamper. Kadang kita pun tak kenal siapa yg beri tu. Bila dah banyak sangat, nilai benda tu pun dah jatuh. Itu sbb ada org tak beri hamper yg biasa ni tapi beri set pinggan mangkuk, barang elektrik dsb.

    Niat terpulanglah masing2.

    ReplyDelete
  50. semalam baru anta kat org gomen.ooops!

    ReplyDelete
  51. yb,
    pasal duit rm50 tu sedara ada pi 2-3 bulan lepas, dia cakap memang betul, saya belum tukar lagi jadi taktaulah kebenarannya pulak.

    ReplyDelete
  52. Juliet,
    kalau bidadari datang hantar hamper malam ni saya tak ambil hampernya tapi saya pilih bidadari tu hahaha.

    Siapakah bidadari tu? Adakah dari syurga atau dari Batu Caves? wakaka.

    Yg soalan utk kts tu biar dia yg jawab.

    Semenjak dua menjak ni ko rajin pulak ke dapur. Baguslah sbg persediaan utk jadi org dapur hehehe

    ReplyDelete
  53. Syida,
    ko masih buat kerja2 tu lagi? hehehe

    Aku rasa aku tahu siapa antara penerimanya wakaka

    ReplyDelete
  54. Juliet lagi,
    ko tolong tanyakan. Aku dah kumpul dalam 6 keping. Kalau betul nanti bolehlah aku bagi ko duit raya sikit.

    Kalau tak aku nak gunakan duit tu. Banyak tu. Takkan nak simpan lama2 huhuhu

    ReplyDelete
  55. cuba bbrp kali br boleh komen..apasal?

    hamper tu tujuannya utk rasuah ke?

    ReplyDelete
  56. Hamizah,
    Ha'ah blogger ada problem sehari dua ni kalau nak komen. Banyak juga komen saya di blog org lain tak keluar. Kena cuba reload kemudian tekan resend. Kadang berjaya kadang tidak.

    Hamper tu bukan utk rasuah. Salah tu dari segi undang2 dan agama. Sia2 puasa kalau mcm tu.

    Tujuannya sebagai tanda terima kasih di atas pertolongan pihak yg satu lagi dlm berurusan secara professional selama ni. Dan juga sbg tanda mata sempena Hari Raya. Itu kalau kita yg memberi. Kalau kita menerima pun anggaplah itu niat org yg memberi.

    ReplyDelete
  57. ala.. pengomen yg terakhir kot nih. haha.

    ReplyDelete
  58. GaDis CoMeL,
    mungkin juga bukan yg terakhir. Ada lagi kawan2 kita yg belum sempat nak komen.

    ReplyDelete
  59. thn ni, lgsung xdpt hamper
    sbb
    paymnt subcon bnyk sangkut
    ops!

    ReplyDelete
  60. YB..nnti hantar kat saya ye. sy pun tk pernah terima hamper seumur hidup :))

    ReplyDelete
  61. Nak jugak hamper..tapi kawan risau juga jika ada orang yang bagi hamper kat kawan ni..

    takut orang kata ada udang di sebalik kue tiow ''

    ReplyDelete
  62. Salam Yb,

    Auntie dulu dibahagian tender dan kontrak, bila raya atau raya Cina memang dapatlah hamper ni. Nak tolak pun serba salah, tapi tak le banyak...cuma yang kenal rapat saja yang bagi.Yang lain tu bagi kat bos le. Bos -bos ni pulak, ada yang tak suka dapat hamper, kalau dihantar ke ofis, bos suruh simpan saja, lepas raya kami buka, asingkan, kemudian kami buat cabutan bertuah semasa kami buat majlis jamuan raya.
    Nak ikutkan, pegawai kerajaan memang dilarang terima hamper...tapi Auntie tak kisah...sebab Auntie bukan pegawai...he!...he!...Auntie kakitangan saja!! :-)

    Dah bertahun tak dapat hamper ni.... :-)

    ReplyDelete
  63. kakngah,
    oh hamper dari subcon lah ni. Mereka ini mmg rajin bagi hamper kalau bayaran on time. Masa saya dulu hamper hanya dari main con dan pembekal. Kalau sub con pun ikut bagi, mahu bawa lori hehehe.

    ReplyDelete
  64. Rozita,
    nak hantar mcmana sbb dapat pun satu aje tahun ni. Awak jauh kat Ipoh pulak tu. Mahal duit minyak dan tol dari hamper ngeh3x

    ReplyDelete
  65. relevan,
    kalau takut ada udang atau boleh pengaruhi keputusan kita, elok jgn terima.

    ReplyDelete
  66. Auntie Yan,
    wsalam.

    Org kat bahagian tender dan kontrak biasalah dapat hamper dan dibelanja makan ni.

    Kadang rasa serba salah nak tolak. Kalau mcm tu elok bagi kpd semua. Kalau ada yg nak belanja makan suruh dia bawa satu dept. Kalau pergi sendiri, tiba2 ada yg hulur bawah meja masa kita makan.

    Buat cabutan tu amalan bagus. Kira adil mengikut nasib.

    Pegawai kerajaan dilarang terima tapi ada juga yg terima huhuhu

    ReplyDelete
  67. salam tuan YB,
    saya tak pernah dapat hamper sepanjang 12 tahun kerja jadik auditor nie.. ngaper ekk.?. sebab auditor kerja carik salah orang jer kot.. huhu.. itu dulu punya approach la ni, udah risk based.. hihi..
    account company YB dah audited lom? kui kui..

    ReplyDelete
  68. kecik tapak tangan bekas plastik saya tadahkan hehehee


    *itu jer bekas yang paling besar saya ada...

    ReplyDelete
  69. Aanas,
    Wsalam Puan Aanas.

    Org takut nak bagi hamper kpd auditor sbb takut disalah tafsir nak mengaburi mata auditor. Jadi jalan selamat ialah tak bagi hamper kpd golongan mcm awak ni. Kesiankan? Tapi nak buat mcmana.

    Akaun sykt saya baru saja diaudit. Dan baru jelaskan cukai 2 minggu lepas hehehe

    ReplyDelete
  70. aku rasa mcm ada komen tp takde plak...magic

    ReplyDelete
  71. NL,
    Macamana bentuk bekas plastik awak tu?

    Kalau susah2 bawa aje dgn bakul hamper tu.Tak payah letak kat bekas plastik hehehe

    ReplyDelete
  72. MENTIBANG LAUT,
    Beberapa hari ni banyak komen yg ghaib begitu aje. Aku komen kat blog ko pun kena buat beberapa kali sebelum keluar. Kira gigih jugalah usaha aku tu hehehe

    ReplyDelete
  73. saya nak jadik pengomen terahkir lah...
    (tenet sangat siput...nak jalan rumah kawan2 pun terhalang...)

    ReplyDelete
  74. DrSinga,
    Saya takut pengomen terakhir jadi fenomena pulak lepas ni. Berebut nak jadi yg terakhir sehingga saya terpaksa selak n3 terdahulu. Harap org lain tak perasan awak buat komen ni hehehe

    Patutlah awak tak kelihatan berkeliaran di rumah kawan2 kebelakangan ni hahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails