Hari ni kami nak balik kampung emak Adam di Tg Karang sebab mertua saya nak buat kenduri tahlil utk arwah anak bongsu mereka (adik emak Adam) dan saudara mara yg telah mendahului kita.
Emak Adam nak buat apam gula hangus tapi susu cair dah habis. Pagi2 aku dah ke Giant cari susu cair dan mentega. Selain tu aku beli daun kesum kerana emak Adam buat laksa Penang utk sarapan kami pagi ni.
Balik dari Giant aku bergotong royong membersihkan kawasan belakang rumahblog opps blok rumah lama aku. Ada 12 buah rumah. Lereng bukit belakang rumah tu dah semak dgn pokok resam. Kontraktor menghantar pekerja2 mereka dan 4 buah lori. Setelah membantu mana yg patut aku balik utk tolong emak Adam bancuh apam gula hangus tu. Suami rastalilah katakan. Siap tu aku sarapan. Tiba2 emak Adam terjerit melihat pokok pisang kami telah ditebang oleh pekerja2. Aku pun bergegas ke belakang rumah lama aku. Sah. Habis pokok2 pisang ditebang kecuali tinggal beberapa pokok yg belum sempat ditebang. Aku tanya mereka kenapa tebang pokok pisang tu tapi semua buang kes. Bukan setakat pokok pisang aje yg habis ditebang tetapi pokok kantan pun habis. Rajin tak bertempat. Nasib baik dapat org macam aku. Kalau yg garang mau gaduh tadi. Nak bersihkan tu bagus tapi janganlah tanaman org pun habis dibuang.
Sebentar lagi kami nak bertolak balik kampung.
Emak Adam nak buat apam gula hangus tapi susu cair dah habis. Pagi2 aku dah ke Giant cari susu cair dan mentega. Selain tu aku beli daun kesum kerana emak Adam buat laksa Penang utk sarapan kami pagi ni.
Balik dari Giant aku bergotong royong membersihkan kawasan belakang rumah
Sebentar lagi kami nak bertolak balik kampung.
**************************************************************************************
Update berkenaan sandal saya yg tertukan sebelah semasa solat Jumaat minggu lepas.
Semasa nak balik dari kenduri di rumah nenek saudara aku malam tadi, sandal tu dah hilang. Puas saudara mara aku cuba mencarinya tetapi tak berjumpa. Akhirnya ada satu sandal yg serupa macam tu tapi dah agak usang dan saiz lebih besar. Aku syak tuan punya sandal tersebut telah tertukar dgn sandal aku yg sebelah lain sebelah lain tu hahaha
salam yb,
ReplyDeletewah agenda ahad yb pun ketat yer,tak menang tangan gak...tp yb ni sumai rastali la...rajin tlg mak adam..he3
sandal tu bkn rezeki yb lagi gak nyer...he3
salam yb..habis lah..daun pisang nak buat kuih koci bulan puasa ni kan..
ReplyDeleteSalam
ReplyDeletekalau nak beli bunga kantan, mahal sekarang nie ...
ada juga yg minat dgn sandal 'kawin' tu ye..
ReplyDeletesaudara mara pun tolong cari sandal tu jugak?baguslah. bergotong royong cri sndal yb.hehehe.
ReplyDeletep/s: bila nak ajar i nih?
kak long,
ReplyDeletewsalam.
Saya rasa eloklah setiap hari kita diisi dgn kegiatan berfaedah dari baring2 depan tv aje. Umur pun dah makin meningkat.
Siapa lagi nak tolong emak Adam kalau bukan ayah Adam. Sambil tolong boleh sembang2.
Jodoh saya dgn sandal tu nampaknya berakhir di sini huhuhu. Dah dpt yg lain. Emak Adam yg belikan.
kak Erna,
ReplyDeleteWsalam.
Ha'ah. Itu yg emak Adam menjerit tu bila nampak pokok pisang tu habis ditebang. Bukan setakat nak buat kuih atau membakar ikan, raya nanti kami selalu buat lontong gunakan daun dari pokok pisang tu. Jiran2 yg nak gunakan daun pun selalu minta dari emak Adam.
pB,
ReplyDeletebetul tu. Bunga kantan mahal skrg. Kalau ada kan senang kalau nak masak asam pedas atau laksa.
Hamizah,
ReplyDeleteItu yg hairannya tu. Lepas ni mesti menyesal hehehe
Syida,
ReplyDeleteHa'ah riuh jugalah bila saudara mara tolong cari sandal tu. Naik segan pulak saya ni ngeeee
Kalau awak nak belajar betul2 Hazwan yg expert. Saya ni pun dia yg tolong. Tapi kalau nak tahu sikit2 tu boleh jugak kot hehehe. Nanti bila lapang kita sambung pengajian ya.
salam yb
ReplyDeletepekerja tu tak dpt nk bezakan pokok pisang/kantan dgn semak samun kot..
lain kali yb bubuh lah tanda nama kt pokok2 tu..
haloooo..still remember me? ahakkss..lama sungguh x ke sini..been busy like a bee..
ReplyDeleteaisey..sayangnye pokok2 yg kena cantas tu..
sayangnya semua pokok2 tu..
ReplyDeletealahai..lambat nak tunggu besar kalau tanam semula.
femes selipar tu ye.. hehe..
kak ct,
ReplyDeletewsalam.
Takkan lah pokok pisang dia tak kenal. Saya syak ada org saja dengki tengok pokok pisang kat situ. Dia suruhlah pekerja Bangla tu tebang kasi habis. Mujur saya sempat tegah tapi masa saya sampai tu tinggal beberapa batang aje pokok pisang yg belum ditebang. Kalau emak Adam pergi tengok kat belakang tu mesti sedih dia huhuhu
Saya dah cakap pokok2 tanaman org jgn tebang. Tapi entahlah. Sabar ajelah. Kalau nak buat gaduh perkara mcm ni boleh jadi gaduh.
Sally,
ReplyDeletesaya dah komen petang tadi tapi hilang entah kemana pulak komen tu huhuhu.
Mana boleh lupa dgn Jaja. Semua org busy skrg. Terima kasih kerana sudi singgah sini bila sempat.
Mmg sayang pokok2 tu dicantas. Apalah dosa pokok2 tu huhuhu
Reen,
ReplyDeleteberbulan2 kalau tak bertahun nak tunggu pokok2 tu besar. Itupun kalau nak tumbuh semula.
Tak pasal2 selipar tu femes kan? Tuannya jugak yg tak femes huhuhu