Tuesday, August 24, 2010

Jangan Berkira Dengan Allah

Pagi tadi aku mendengar kuliah di Radio KL yg disampaikan oleh Ust Wan Sohor Bani Leman. Rancangan tu setiap pagi pukul 6:45.

Ada beberapa perkara yg disentuh tetapi yg menyentuh hati aku ialah topik dalam beribadat kpd Allah janganlah kita berkira sangat. Beliau menyebut tentang org yg hanya sempat makan sebiji kurma atau segelas air kerana tak terbangun utk bersahur. Bangun2 dah nak habis waktu. Jadi hanya sempat makan kurma dan minum air segelas dua. Walaupun macam itu, tetapi org itu tetap tabah melaksanakan perintah Allah. Org itu tak mengelak berpuasa dgn alasan tak cukup tenaga kerana kebetulan dia ada banyak tugas yg hendak dilakukan pada hari tersebut.

Sesungguhnya tidur itu dari Allah dan terjaga itu dari Allah. Jadi jika Allah mengkehendaki kita terbangun di hujung waktu, itu hak Dia walaupun kita telah berusaha set jam dan sebagainya.

Jika kita tidak berkira dgn Allah dan redha dgn ketentuanNya, nescaya Dia juga tidak akan berkira sangat dgn kita di Akhirat kelak dan redha dgn kita.

Bila kita merenung diri masih banyak perkara yg kita berkira dalam beribadat kpd Allah.

Contoh:
Kalau nak sedekah kpd masjid hari Jumaat tiba2 semasa buka dompet takde pula duit seringgit. RM5 pun takde. Yang ada cuma beberapa keping note RM10. Kita pun mula berkira kalau bagi RM10 ni larilah pula bajet nak pergi pasar Ramadan pada sebelah petangnya. Maka kita pun raba2 kocek seluar dan terseluk duit 50 sen. Itulah yg kita sedekahkan walaupun asalnya niat nak bagi seringgit. Mujur dapat duit 50 sen. Kalau teraba syiling sepuluh sen, 10 sen tulah yg kita bagi. Apa salahnya bagi RM10?

Renung2kan dan selamat beramal.

72 comments:

  1. ... berkira kpd Allah?
    owhhh. tersentuh hati
    kita bnyak meminta diberi itu ini
    tp untukNYA?


    tunduk ...

    ((slmt bpuasa pakcik))

    ReplyDelete
  2. ni tengah ambik ikhtibar....huhuh

    ReplyDelete
  3. pun tengah termenung...nak masak apa hari ni...hehehe

    ReplyDelete
  4. salam ramadhan yb,
    mog2 kita takkan tak berkira dgn Allah dan sesiapa juga utk kebaikan.

    ReplyDelete
  5. selalu kasik remind pd diri sendiri..buat perkara mestilah dgn ikhlas..






    *pandai mintak macam-macam dgn yg Esa..tapi nak buat suruhanNya..sejuta macam alasan keluar.. :P

    ReplyDelete
  6. TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN ILMU

    ReplyDelete
  7. kite berkira dgn Allah. Tapi Allah tak berkira dengan kita. tak wajar kan?

    ReplyDelete
  8. insaf2..huhuuh

    sedekah la kat aku 10 hengget, byk pahala tu.. ;D

    ReplyDelete
  9. orang taraf YB ni, kalau RM10 tu masih dikira terlalu kecil.

    ReplyDelete
  10. raba2 terseluk seratus ko bg tak bang....? he he.



    .

    ReplyDelete
  11. Ada beberapa perkara yg disentuh tetapi yg menyentuh hati aku


    alhamdulillah

    .
    .


    dpt juga ustaz wan sohor tu menyentuh ko
    :P
    :P


    ************
    *******
    ***
    *

    berapa pun nilai sedekah kita, keikhlasan tu yg paling penting...

    ReplyDelete
  12. hoho..tu lh kdg2 tu mmg segan mau mntk lebih sama DIA sbb sedar diri tu dok sgt berkira2 mcm gitu...

    ReplyDelete
  13. betul tu, demand bnyk tapi lupa untuk bersyukur...uhhh

    ReplyDelete
  14. kalu camtu,apa kata YB sedekah kat saya ipaq tu. hehe...

    ReplyDelete
  15. betul..kalau berkira degnNya, Dia berkira juga dgn kita

    ReplyDelete
  16. Frodo Baggins,
    Kalau hati tersentuh makna hati itu hidup. Ada harapan jadi lebih baik ngeee


    Kebanyakan kita minta banyak tapi nak bagi sikit kpd jalan Allah. Kpd perkara lain boleh pulak tu kita berbelanja.

    Tunduk malu kpdNya.

    Slmt berpuasa dan menambah amal di Ramadan yg tinggal 16 hari lagi ni. Itupun kalau umur kita panjang.

    ReplyDelete
  17. Bagaimana dengan peminta2 sedekah di bazar2 ramadhan tu?
    Nak berkira ke tak nak?

    Ikut tinjauan The Star, mereka boleh dapat 300 ringgit sehari hanya dengan mengharap simpati orang2 Islam.

    ReplyDelete
  18. PnConfused,
    Ko ni insaf tak lama - seminit aje. Tapi itupun dah bagus sbb ada keinsafan.

    Berfikir ttg agama lebih baik dari solat sunat 1000 rakaat.

    1000 rakaat tu banyak kalau dibandingkan dgn terawih 8 atau 20 rakaat. Tengok aku dah mula berkira ni hahaha

    ReplyDelete
  19. kak long,
    alhamdulillah. Sama2lah kita ambil ikhtibar.

    ReplyDelete
  20. Kazaztan Team,
    Kita lebih kurang aje huhuhu

    ReplyDelete
  21. kak long lagi,
    dah decide nak masak apa hari ni?

    Buat ikan bakar pun sedap jugak kak long.

    ReplyDelete
  22. juliet,
    Salam Ramadan. Lama ko tak datang sini sejak monitor ko tu rosak.

    Moga kita mendapat redhaNya.

    ReplyDelete
  23. yg dasat..

    kebanayakn si suami sangat berkira kalau dgn isterinya...

    ReplyDelete
  24. salam YB,

    perkongsian yg sangat bermanfaat.

    tima kaseyyyy!!

    ReplyDelete
  25. itu lah kelemahan kita bernama hamba allah. jgn hanya ingatkan dunia...ingatkan juga akhirat..

    ReplyDelete
  26. salam..terkejut dgn entri kali ini ia adalah dr YB..sgt berbeda sekali....

    ReplyDelete
  27. trime kasih banyak2 krn sudi berkongsi peringatan ini

    ReplyDelete
  28. batul tu, kalau nak beri, jgn kede..... cuba fikirkan kalau kita dibalas kede juga,... haru biru nanti

    ReplyDelete
  29. Sama cam kes saya pulak subuh td. Bangun solat sunat sekitar 4.00 pg, asyik berzikir terlentok atas sejadah. Sedar2 lg 10 minit nak Subuh, sempat capai kurma dan air masak jer. Suami dan anak2 pun bersahur tu jer. Rupanya diaorg pun tak sedar sbb kekenyangan berbuka. Betul kata ulama, banyak makan badan jadi berat/malas, kuat tidur dan malas beribadah. Alhamdulillah, dpt menjalani puasa hari ini tanpa masalah, insyallah.

    ReplyDelete
  30. tp kalau bagi seploh tu..hati teringat2..time beli murtabak tak jadi sbb duit seplo dh sedekah..jadi tak ikhlas pulak

    better 50 sen tu...yg penting keikhlasan

    ReplyDelete
  31. Salam kenal tuan YB
    kadang tu plan dalam hati berkobar2 nak sedekah banyak, contoh, kalau aku dapat bonus, aku nak sedekah kat umah yatim tu... tup2 bila dah dapat bonus, mula lah segala tipudaya syatan/nafsu datang.. tu yang boleh tertipu tu, plan nak bagi banyak, tengok2 bagi sikit jer.. tapi tak pe, plan dulu.. :)

    ReplyDelete
  32. salam yb..

    tetiba tringat plak lagu wak herman tino..

    ReplyDelete
  33. hanie,
    Eloklah kalau selalu ingat. Kita ni hambaNya yg lemah. Selalu terkeluar dari tujuan asal yg baik tapi selagi kita ingat kepadaNya, insyaAllah kita tak lari jauh.

    ReplyDelete
  34. fiddeOmar,
    Kalau Allah nak berkira dgn kita, setitik air pun kita tak layak minum.

    Duit yg kita sedekahkan itu pun bukan duit kita sebenarnya. Ianya dari Dia yg dipinjamkan kpd kita sementara kita masih hidup ni.

    ReplyDelete
  35. Masy,
    Alhamdulillah ada timbul keinsafan pada diri ko.

    Bukan aku tak nak sedekah kat ko tapi ko mana layak terima sedekah.

    ReplyDelete
  36. al-lavendari,
    Pernah saya buat congakkan. Kalau setiap Jumaat kita sedekah RM10 ke masjid, seumur hidup kita baru memberi tak sampai RM30,000.

    Rumah murah pun dah RM35K skrg.

    Kalau bukan kerana rahmatNya, tak usah haraplah nak masuk syurga.

    ReplyDelete
  37. tasek,
    insyaAllah.

    Tak berkurang harta kerana bersedekah. Allah akan ganti dgn yg lebih baik. Yakinlah.

    ReplyDelete
  38. kts,
    dalam bab2 mcm ni hati aku mudah tersentuh. Mungkin masa kecil dulu aku org susah.

    ko nak aku sentuh hati ko jugak ke? hehehe

    Mmg betul kata ko. Keikhlasan sgt penting dlm semua perkara.

    Ko ikhlas tak berkawan dgn aku ni?

    ReplyDelete
  39. citahrudin,
    Segan mmg segan kalau terfikir mcm tu tapi bila fikir2kan balik, kpd siapa lagi kita nak meminta. DIA Maha Kaya, Maha Pengasih dan Maha Pemurah.

    Cukuplah DIA sebagai Tuhan kita.

    Ya Allah, kami redha Engkau Tuhan kami.

    ReplyDelete
  40. shaliza,
    timbul rasa malu kpdNya kan kalau teringat mcm tu?

    Semoga kita terus memperbaiki diri.

    ReplyDelete
  41. Penyuk,
    Saya dah beri kpd Hazwan. Dah jadi harta dia. Kalau awak nak pegi lah ayat dia hehehe

    ReplyDelete
  42. Hamizah,
    Kalau Allah berkira dgn kita, habislah kita huhuhu

    ReplyDelete
  43. zoul dahan,
    kalau kita rasa mereka itu cuba menipu, banyak lagi org lain yg memerlukan bantuan kita. Tak payah ke kampung yg mmg ramai org susah. Di sekitar kita di KL ni pun ada golongan yg kurang bernasib baik ni.

    Kalau tak nak beri kpd individu, boleh sedekah ke masjid atau surau.

    The point is: janganlah berkira dgn Allah.

    ReplyDelete
  44. anjang,
    betul tu. Cubalah memberi sebanyak mungkin dgn ikhlas.

    ReplyDelete
  45. ikan emas,
    Kalau dgn isteri cukup berkira tapi belanja kawan2 tak berkira pulak.

    ReplyDelete
  46. AiTotYati,
    wsalam.

    Ini aje yg dapat saya kongsikan. Mungkin penyampaian saya kurang berkesan.

    Sama2.

    ReplyDelete
  47. Rozita,
    Kerana kita ni lemah, maka itulah perlunya rakan2 utk menyokong kita.

    Akhirat kita tuntut, dunia kita jgn lupakan.

    ReplyDelete
  48. sahrom,
    selalu tu n3 merapu kan? huhuhu.

    Semoga memberi menafaat kpd yg membaca.

    Sesungguhnya yg baik itu datang dari Allah. Yg tak elok tu adalah kerana kelemahan saya sendiri.

    ReplyDelete
  49. sahrom,
    Sama2. Mula2 dah rancang nak buat n3 lain tapi bila mendengar kuliah pagi tadi terus tukar topik.

    ReplyDelete
  50. Mak Su,
    Bukan setakat haru biru aje tapi rasanya tak lamalah kita hidup di dunia ni kalau kede sgt.

    ReplyDelete
  51. Yati S,
    Hebat awak mampu solat sunat sehingga terlentok. Semoga diterima Allah.

    Awak sekeluarga termasuk org yg tak berkira. Masih cekal berpuasa walaupun hanya sahur dgn sebiji tamar dan air.

    Ada org selamba tak puasa dgn alasan tak bangun sahur.

    ReplyDelete
  52. HEMY,
    Bukan mudah utk tak berkira dgn Allah. Kita yg diberi kelebihan sedikit dgn pandai matematik, lagilah hebat berkira. Kalau beri pinjam kpd org susah, kita akan mengira 'kerugian' di atas time value of money kita walaupun mungkin kita tak cas bunga kerana haram.

    Bagi org yg tak berkira, mungkin dihalalkan saja pinjaman itu.

    ReplyDelete
  53. Aanas,
    Salam kenal Puan Aanas. Saya doakan semoga bahagia di samping suami dan 3 org anak Puan tu. Terima kasih kerana sudi membaca blog ini dan memberi komen.

    Syaitan mmg pandai menipu anak Adam. Jadi kita kena istiqamah di dalam menjalankan ibadat.

    Kalau dah niat nak derma banyak tapi akhirnya derma sikit aje, insyaAllah tetap akan dapat pahala. Hatta kalau tak jadi derma pun masih dapat pahala kerana niat kita yg baik pada permulaan itu.

    ReplyDelete
  54. kak ct,
    Wsalam.

    Tangan kanan memberi sorokkan tangan kiri.
    Derma bukan tontonan, lakukanlah dalam sepi.

    ReplyDelete
  55. contoh yang sangat menginsafkan...

    Ustaz Wan Sohor tu... Teringat zaman skolah dulu-dulu... Ari-ari dengar tazkirah dia... :D :D

    ReplyDelete
  56. syah,
    semoga selepas timbul keinsafan, tingkah laku kita berubah kpd yg lebih baik.

    Dengar tazkirah dia secara direct atau di radio? Banyak pengajaran dari tazkirah dia.

    ReplyDelete
  57. meo,
    I love Ramadan too. Tak lama lagi ia akan meninggalkan kita. Ngaji pun baru 15 juz. Harap dapat khatam tahun ni.

    ReplyDelete
  58. entri yg bagus. tp itu realitinya kan.duit2 kecik tempatnya dalam tabung masjid.

    ReplyDelete
  59. GaDis CoMeL,
    terima kasihlah memuji. Segan ai hehehe.

    Derma walaupun sikit boleh tahan lagi. Ada yg buat2 tidur masa tabung masjid lalu depan dia huhuhu

    ReplyDelete
  60. Salam YB.....

    Betul tu....jgn b`kira dgn ALLAH. Nanti di sana (akhirat), takde benda lagi dah yg kita dpt bawa b`sama kecuali amal ibadat, amal jariah, kebajikan, doa anak2 yg soleh/solehah.

    Hari ni kita derma RM10.00, esok lusa rezeki kita d`lipatgandakan, jika d`izin ALLAH. Who knows.....

    :)

    ReplyDelete
  61. Catwoman,
    betul apa yg awak cakap tu.

    Cuma kalau boleh jgnlah mengharap rezeki kita bertambah kalau kita menderma. Derma dgn ikhlas tanpa mengharap balasan. Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat kita.

    ReplyDelete
  62. Tu sebab ler tak bersahur semalam sebab tak terbangun...walaupun dah set alarm...memang itu semua kerja ALLAH...

    ReplyDelete
  63. Kak Anie,
    Kesiannya. Tapi kalau Kak Anie sekeluarga menerimanya dgn hati terbuka dan terus berpuasa itu tak berkira dgn Allah namanya. Alhamdulillah semoga Kak Anie sekeluarga dirahmati.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails