Sunday, August 29, 2010

Gentel, Gentel . . . Tekan (Bukan 18SX)

Ini kisah semalam tapi bukan citer dalam kain. Tengah puasa tak baik you.

Emak Adam telah mula buat kuih raya. Biasanya dia akan bergiat cergas di hujung minggu apabila Atikah ada di rumah. Bolehlah anak dara kami tu menolong emaknya.

Petang semalam mereka buat kuih peluru. Ada org panggil kuih buah rotan. Ada yg panggil buah bidaran dan ada juga yg sebut onde-onde.

Setelah tepung diuli, kita kena gentel2 tepung tu jadi macam peluru yg bulat2. Lepas tu kena golek2kan di atas bijan. Kena buat cepat. Kalau tepung tu dah kering, bijan tak melekat. Emak Adam dan Atikah kerja menggentel dan aku tukang golek2kan kat bijan.

Peluru yg jadi tu tak sama saiz. Ada yg besar ada yg kecil. Maklumlah bukan pakai mesin atau acuan.

Bila dah digoreng, yg kecil dah gareng tapi yg besar tu dalamnya belum gareng lagi. Masalah ni. Takkan nak goreng sampai naik hitam yg kecil2 sementara menunggu yg besar betul2 gareng.

"Inilah kalau takde QA/QC," kata aku.

Org buat anak tu pun ada yg gemuk ada yg kurus. Ada yg cerah dan ada yg gelap kulitnya. Inilah kalau tak pakai acuan hehehe.

************************************************************************************
Habis kisah kuih peluru.


Sebelah malam semalam emak Adam dgn semangat berkobar2 membuat pula kuih sampret. Masa aku balik dari solat terawih mereka sedang menekan. Bab ni memang aku tahu memerlukan tenaga yg banyak. Bukan senang nak tekan. Kadang2 belum cukup panjang dah putus. Yang mcm tu tak boleh pakai.

Emak Adam minta aku tolong tekan. Macam nak terkeluar biji mata tak dapat pun satu dulang utk dimasukkan dalam ketuhar. Atikah gelak aje tengok telatah aku. Lepas tu dia gunakan acuan yg kecil. Senang aje menekannya. Pakai satu jari pun boleh.

"Hah yg kecik ni lagi cantik kuihnya. Comel2 dan senang dimakan." kataku nak cover line supaya tak perlu menekan menggunakan acuan yg besar tu.

Moral of the story:
Bukan senang nak buat kuih raya ni. Kalau nak senang, beli ajelah. Kuih tunjuk tunjuk.

47 comments:

  1. bleh batal puasa kalau gentel lebih..ahaks...mesti sedap kuih tu kan.

    ReplyDelete
  2. Kuih tunjuk-tunjuk tak sesedap kuih buat sndiri...

    ReplyDelete
  3. hahaha...apasal warna lain2...ikut warna kulit yg gentel ker?

    ReplyDelete
  4. buah rotan tu kalau nak sama saiz nyer kena gentel sebelah tangan jer...
    biasanya kaklong guna ujung tiga jari jer,jari ibu,telunjuk&hantu...insyallah sama saiz nyer...


    memang la bab tekan meekan kan gua tenaga leleki...keh keh keh..

    ReplyDelete
  5. hahha mujur dah buka..

    sedapnye home made cookies.

    homemade cookies penuh dengan kasih sayang (^_^)

    ReplyDelete
  6. salam akhi YB....

    lagi senang tempah kuih tunjuk jer , kalu buat kuih bkn penat kerana buat kuih tapi penat dgn anak2 yg sibuk nk kacau...

    ReplyDelete
  7. dah siap: cornflake madu, biskut arab, maruku n kuih loyang.....

    satu pun aku x buat.... heheheheheeeeeee

    ReplyDelete
  8. Emak Adam minta aku tolong tekan. Macam nak terkeluar biji mata


    tapi tak terkeluar lagi kan?? mujur.... :P

    ReplyDelete
  9. salam yb..

    masa dulu kak ct paling tak suka tlg mak buat kuih ni..

    sebabnye...

    kita dah gentel bnyk tapi kuih tak bertambah2..rupe2nyer...

    mak kita dah tido....

    ReplyDelete
  10. Salam YB,
    Buat kuih rota ni..nak gentel satu hal..nak goreng laaagi satu hal silap - silap meletup ..habis kena muka..

    ReplyDelete
  11. YB...rajinnya mak adam buat kuih...

    Kuih samperit tu memang kuih kegemaran anak2 ...

    ReplyDelete
  12. MENTIBANG,
    Takde maknanya nak batal puasa sbb gentel kuih.

    Sedap eh kuih peluru tu. Kalau tak disimpan betul oleh emak Adam, tak sempat raya dah habis.

    ReplyDelete
  13. Webmaster@Echam,
    Itulah sbbnya emak Adam bersusah payah buat sendiri kerana kuih tunjuk tu harapkan rupa aje cantik tapi rasanya tak seberapa.

    ReplyDelete
  14. kelmarin, Abem g wyring 1 rmh. blk tu dia berjaya menunjuk 2 jenis kuih raya. heran isteri Abem....

    ReplyDelete
  15. hahaha
    tajuk dia tak boleh blahh !
    now, masih tergelak ..

    ReplyDelete
  16. Adoi laa... kita dah mula jeles nih!

    Kena start buat kuih minggu ni jugak!

    ReplyDelete
  17. Salam perkenalan .

    Rajinnya mak Adam , sedap kuih buah rotan tu tapi saya tak rajin nak buat, main tunjuk ajelah :)

    ReplyDelete
  18. buat penat tp dpt hasil, puas hati..

    ReplyDelete
  19. Banyak dah emak Adam buat kuih raya... jeles2...

    Saya belum mula pun lagi... 3 hari berlalu ntah apa2 yang dikepisnya..

    set target ! hari ni !..hehehe..

    ReplyDelete
  20. tahun depan tunjuk le kuih saya. kompem puas hati. heheh

    ReplyDelete
  21. sampai sekarang saya masih blom start buat biskut cekelat chip tersebut... hohohohoh :D :D

    ReplyDelete
  22. CT,
    saja nak biar warna warni mcm lampu anjung rumah. Kulit org yg gentel takde yg warna mcm tu hehehe

    ReplyDelete
  23. kaklong,
    rasanya emak Adam dan Atikah guna 3 jari tu jugak. Tapi takde saiz yg piawai maka ikut suka ajelah. Terpaksa goreng guna api paling kecil. Kira ok jugaklah.

    ReplyDelete
  24. AiTotYati,
    Itu yg saya saja tak masukkan gambar. Takut ada yg baca siang ni jadi tergoda hehehe

    Home made cookie mmg lebih sedap. Masa buat tu pun dah sama2 - dpt merapatkan perhubungan.

    ReplyDelete
  25. kuih tunjuk2 mmg senang. tp kepada mereka yg pandai buat kuih..mereka tak dpt merasai kepuasan diri ketika membuat kuih raya sendirian berhad. yg mana lebih jimat ek?

    ReplyDelete
  26. Ummi,
    Wsalam.

    Bagi isteri yg bekerja mungkin tunjuk lagi senang dan cepat. Tak kuasa nak buat sendiri. Tapi emak Adam surirumah sepenuh masa. Buatlah sendiri sedap ke tak sedap (tapi saya rasa sedap hehehe).

    Itu sbb dia tunggu bila Atikah ada kat rumah utk tolong dia. Saya pula jaga Adam kalau dia tak tidur.

    ReplyDelete
  27. zonaku,
    wah dah banyak jugak tu. Ada berapa jenis lagi nak buat?

    Aku tahu ko mana rajin nak buat kuih. Makan rajinlah

    larikkssss

    ReplyDelete
  28. kts,
    aku lebih rela tekan benda lain dari tekan acuan samperit tu. Ko pernah ke buat kuih tu? Seksa tau.

    ReplyDelete
  29. kak ct,
    Wsalam.

    Cik Piah mmg mcm tu. Tengah masak pun boleh tertidur hahaha

    Minta maaf cik ngeeeee

    ReplyDelete
  30. kak wan,
    betul tu kak wan. Itu sbb api kena kecil. Kalau tak luar dia hangus dalam belum masak betul. Nasib tak baik atau resepi tak betul, boleh meletup. Mungkin itu sbb dipanggil kuih peluru hahaha

    ReplyDelete
  31. Kak Anie,
    Tahun ni rajin emak Adam tahap dewa dewi. Kebanyakan kuih dia nak buat sendiri. Cuma satu dua jenis aje dia nak beli.

    Tahun2 sebelum ni separuh buat separuh lagi beli.

    Kak Anie buat sendiri ke semperit kegemaran anak2 tu?

    ReplyDelete
  32. kakngah,
    itu baru wiring satu rumah dah berjaya menunjukkan 2 kuih. Kalau dapat lagi 4-5 rumah, mahu penuh meja kakngah tahun ni hehehe

    ReplyDelete
  33. LiNda,
    dah letak bukan 18SX pun masih tak boleh blah ke?

    Tinggi imaginasi awak ni hehehe

    ReplyDelete
  34. Tie,
    esok cuti bolehlah pulun. Kalau kena gayanya boleh dapat 3 jenis.

    Esok emak Adam nak buat lagi. Hari ni nak cari bahan2nya hehehe

    psst - saja nak bagi awak jeles lagi hahaha

    ReplyDelete
  35. relevan,
    yg menggentel semalam org pompuan hahaha

    ReplyDelete
  36. rajinnyaaaaaaa ko bang. aku puji.


    .

    ReplyDelete
  37. silversarina,
    Salam kenal. Terima kasih kerana sudi ziarah blog saya dan seterusnya meninggalkan komen.

    Kuih buah rotan kalau yg lembut tu mmg sedap. Kena pula bijannya banyak. Tapi kalau kena yg keras, mahu patah gigi hehehe

    Bagi yg sibuk, beli aje pun ok.

    ReplyDelete
  38. Hamizah,
    Seronoknya berbeza kuih buat sendiri dan kuih beli. Di samping itu boleh turunkan ilmu kpd anak dara kami.

    Awak banyak ke buat kuih utk raya? Nak tunjuk mungkin takde org jual kuih kat sana kan?

    ReplyDelete
  39. Reen,
    Dah dapat 4 jenis kuih. Esok nak buat lagi beberapa jenis. Saja beritahu nak bagi awak lebih jeles.

    Awak sibuk kemas rumah. Oklah tu. Hari ni start buat kuih. Tapi terawih jgn lupa hehehe

    ReplyDelete
  40. fiddeOmar,
    mana samplenya? Kalau nak bagi satu balang pun ok jugak hehehe.

    Dah banyak ke dapat tempahan. Semoga untung awak berganda2 tahun ni.

    ReplyDelete
  41. syah,
    esok cuti bolehlah buat choc chip tu. Jgn lupa bagi Adam satu balang. Tahun lepas dia belum pandai nak makan lagi. Tahun ni dia nak rasa (ayah dia yg nak sebenarnya hehehe).

    ReplyDelete
  42. Rozita,
    emak Adam kata kuih tunjuk rupa dan warna aje lain2 tapi rasa lebih kurang sama.

    Itu yg dia suka buat sendiri. Jimat pun jimat. Dan yg penting puas hati.

    ReplyDelete
  43. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  44. tasek,
    bukan aku yg rajin. Emak Adam tu.

    Jgn lupa datang rumah pulak Raya nanti. Ko raya kat mana tahun ni?

    ReplyDelete
  45. tangan masih sakit dicubit Dak Tasek semalam...
    tak boleh ngomen hari ni...

    ReplyDelete
  46. DrSinga,
    alaa cubitan maya aje tu.

    Nanti kalau jumpa dia tolong cubitkan utk saya. Saya tak berani nak cubit dia takut Darren marah hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails