Monday, August 9, 2010

Fahami Penderitaan Senyap Para Suami

Petang Sabtu lepas emak Adam ajak aku ke sebuah pasaraya besar tak jauh dari rumah kami. Tujuan utama: membeli kain utk diberi kpd mertua aku utk dibuat baju raya. Niatnya memang murni - semurni cikgu Murni mengutip derma utk anak2 Yatim dalam cerita Labu Labi

Dia ke gedung yg namanya mcm bandar di Jepun. Rabu lepas aku telah menghantar emak Adam ke Jakel Shah Alam. Setelah dia buat survey, harga di Jakel dah naik walaupun setelah diberi potongan sehingga 70%. Org wanita ni rajin buat perbandingan sebelum membeli. Kebanyakan lelaki tak kuasa buat semua tu.

Sebaik tiba di pasaraya besar tu emak Adam terus ke gedung kain itu dgn Atikah. Aku pula membawa Haikal ke pusat hiburan. Bukan disco atau dangdutlah tapi tempat main game tu. Haikal nak main kereta racing. Aku bagi RM5 utk dia tukar kpd chip. Ingat dia tukar seringgit aje sebab cuma dua chip 50 sen setiap satu yg diperlukan utk main kereta racing tu. Rupa2nya dia tukar sampai 5 hinggit! Ambik ko. Main puas2. Macam2 permainan Haikal main utk habiskan 10 keping chip itu.

Setelah puas main, kami ke gedung kain. Aku suka melihat gelagat para suami yg terpaksa mengiringi isteri masing2 membeli kain. Kebanyakannya muka monyot. Aku terfikir nak ambil gambar mereka dan masukkan dalam n3 ini tapi takut kena saman pula nanti. Antara gelagat yg aku perhatikan:


  • seorg lelaki dalam umur 50 an begitu teruja utk membayar kain2 yg telah dipilih oleh isterinya. "Bayar kat sini ke?" tanyanya kpd jurujual dgn tersenyum menunjukkan kaunter bayaran. Walaupun nak kena keluar duit tapi dia tersenyum kerana penantiannya menunggu isteri memilih kain telah berakhir (untung awak).
  • seorg lelaki beristigfar apabila isterinya mahu memilih kain lain setelah mendapat kain yg pertama.
  • seorg lelaki mendukung anak kecilnya yg tidur sedangkan isterinya entah dah ke mana di dalam gedung tu. Muka dia pun macam nak tidur mcm bayinya juga mungkin kerana kebosanan menunggu
  • dua org lelaki berbual tanpa hujung pangkal sementara menunggu isteri masing2 memilih kain
  • seorg lelaki sibuk sms utk mengisi masa
  • seorg lelaki lain asyik menggunakan Blackberry. Isterinya nak cari kain ke nak cari langsir ke lantaklah. Mesti dia sedang khusyuk dgn BB nya tu.
Para isteri sekalian: Fahamilah penderitaan suami anda setiap kali anda pergi shopping terutama ketika membeli kain. Kebanyakan suami menderita dalam senyap tau huhuhu

61 comments:

  1. hehehhe... shopping memang sengsara.. ku suka gi sorang2 dari bw org

    ReplyDelete
  2. heheheheh.... jadinya shoppinglah sesama..

    suami n isteri kne sporting...

    suami jgn asek "ikut awaklah"
    dan isteri jgn cerewet sgt2...


    :P

    ReplyDelete
  3. lelaki selalu nyer begitu...he3

    kadang2 malas nak ajak shoping...
    tak ajak dia tak bagi pulak kita pegi sendiri...serbasalah dibuat nyer...

    yang pegang BB tu orang yang buat n3 ni kot...
    ngeee...

    ReplyDelete
  4. Salam:)
    tersenyum mmbaca n3..:)

    ..mungkin sesekali menguji tahap kesabaran si suami tuuu...sekali sekala..bukan selalu tuuu:)

    ReplyDelete
  5. lantak p la...
    janji poket dia kembung blh bayaq!
    hahahaha!! statement kejam nih!

    ReplyDelete
  6. haha... yg berBB tu YB kan?

    sebab tulah saya suka shopping sensorang.

    Abi dah bg greenlight ! tak sabar-sabar nak pergi.

    ReplyDelete
  7. Anda adalah lelaki itu yg sibuk dgn BB nye itu kan..kan..

    ReplyDelete
  8. Salam YB....

    Tapi apa yg YB tulis tu mmg benar. Sy turut m`rasai k`rimasan dgn para isteri yg asyik m`beli-belah di shopping complex t`utamanya di bhgn kain ela & pakaian. RIMAS tau!!! Ye la, b`jam2 m`beli tapi tak pernah cukup.

    Lagi satu, bila asyik m`beli-belah, anak2 hilang pun tak d`sedari. Haisshhhhh, mcm2 ado kan.....

    Sy tak suka shopping di tempat org ramai & dlm keadaan sesak seperti musim p`rayaan ni, bau mcm2 tau.....bulih fengsan !!!

    So, sy dah shopping sejak 2 bulan lepas lagi. Beres !!!

    :)

    ReplyDelete
  9. haha.. sy suka shopping sorang2.. kalo si dia bershopping, sy plak ntah ke mana hala, jalan2 cuci mata.. hihi..

    ReplyDelete
  10. ala YB, setahun sekali je kena dera dalam senyap camtu...YB apa kesah ,saya pun syak YB yang sebuk ngan BB tu....

    ReplyDelete
  11. hahahaha....
    en. suami tak kisah...

    1.jrg ya amat2 shopping..sbb mmg bkn kaki shoping..

    2.skrg tgh sarat....berani2 dia kecik ati ngan mak buyong ni muahahaha...

    3.dah lama tak beli kain...beli readymade yo yb

    :D

    ReplyDelete
  12. yang aku nampak lelaki sibuk dengan BB nya ialah YB...dengar berita hari ni - ingat hari ni BB nak diharamkan ???

    aku shopping sorang2...janji dapat lesen besor !

    ReplyDelete
  13. Tahniah YB sambil temankan anak isteri sempat buat servey lagi. Org pompuan tak berniat nak dera suami sebenarnya..cuma suami kenalah buat2 meriah meraikan isteri membeli belah. Ini tak dia cepat2 nak ajak belah.

    Raya thn ni beli baju dah siap jer tak nak pening2 cari kain. Pergi pun bawak anak dara kita tak perlu ajak ayah dia temankan. Merajuk sbb dia perli dan ketawakan kita pegang2 baju, cuba2 baju lepas tu tak jadi beli. Malu..katanya. Dia ingat senang ke nak pilih yg berkenan di hati.

    Mudah2 ke kita nak bayar RM150 sepasang klu balik rmh nanti menyesal sbb nampak tak berapa cantik pulak. W.pun dia yg bayarkan tp kita berhati2 agar apa yg dia belanjakan betul2 bernilai gitu..hu..hu.. cerewetkan org pompuan..he..

    ReplyDelete
  14. hah!tu sebab sy suka soping sorg2 atau dgn geng sekepala, sy mng tak suka dera suami saya (dululah ms ada suami)tak sanggup tguk muka dia yg kelayuan dan kebosanan...

    ReplyDelete
  15. Jard,
    Mana pulak shopping sengsara? Bukankah ia membahagiakan bagi kaum wanita.

    Ko kenalah pergi sorang2 sbb ko belum kahwin hahaha

    ReplyDelete
  16. PnConfused,
    Bagi pasangan ideal mereka mmg akan pergi bersama2. Biasanya isteri mahukan pendapat suami sebelum membeli sesuatu (walaupun dia dah tahu yg mana dia nak sebenarnya - nyampess).

    Kerana nak sportinglah suami sanggup memendam rasa sepanjang pergi shopping tu. Itu yg macam2 gelagat tu hehehe.

    Suami yg bijak tak akan cakap "ikut awaklah". Berilah pendapat dgn bersungguh2 (walaupun ada ketikanya belakon aje ngeee). Isteri akan rasa usaha gigihnya memilih yg terbaik dihargai oleh suami.

    Betul - isteri jgnlah cerewet sgt. Tambahlah bengang si suami tu nanti. Boleh dapat ulcer wei.

    ReplyDelete
  17. kak long,
    lelaki selalu jadi begitu kerana sebelum pergi kata nak cari sehelai aje. Bila dah sampai kat gedung tu selagi tak habis setiap tingkat dironda tak sah! Manalah suami tak bengkek hehehe.

    Kalau bagi pergi sendiri takut beli tak ingat dunia. Kalau suami ada, isteri beli pun berpada2.

    Skrg dah ramai org yg ada BB ahaks.

    ReplyDelete
  18. Pn Kartini,
    wsalam.

    Saya nak tulis panjang lagi tadi tapi dah nak Maghrib. Selebihnya saya selitkan dlm komen balas saya spt yg di atas ini.

    Tak dinafikan mmg menguji tahap kesabaran suami tunggu isteri membeli kain. Tapi tak semua suami boleh lulus ujian ni huhuhu

    ReplyDelete
  19. Bersabar aje lah. Kadang-kadang saya suruh isteri pergi dengan anak-anak aje

    ReplyDelete
  20. kakngah,
    kalau suami dah bengang, jgn haraplah dia nak bayar. Kalau bayar pun separuh aje. Lagi separuh sendirilah tanggung hahaha

    ReplyDelete
  21. a.z.r.i.n.a,
    Bukan saya seorg yg ada BB.

    Shopping sengsorang tak best. Tak dapat nak tanya pendapat dan berkongsi citarasa.

    Abi bagi greenlight tu sbb dia takde masa nak pergi dgn Reen. Lagipun Reen mcm tak nak ajak dia hehehe

    ReplyDelete
  22. Sally,
    tak baik cakap mcm tu. Saya sibuk dgn Haikal sampai dia hampir hilang huhuhu

    ReplyDelete
  23. Catwoman,
    wsalam.

    Saya hanya berkongsi apa yg saya perhatikan semasa di gedung kain tu. Ada juga org perempuan yg rimas mcm awak ni ya. Tapi selalu yg rimas dan sesak nafas org lelaki yg kena tunggu berjam2. Sengsaranya hanya Tuhan yg tahu.

    Kalau nak pergi tempat mcm ni seelok2nya jgn bawa anak kecil. Mmg mula2 berlari kesana kemari. Last2 bila bapak dah malas nak ikutkan adalah yg hilang. Emak mereka mmg dah 'hilang' dari awal hahaha.

    Beli saat akhir ni selalu tukang jahit pun dah tak nak terima tempahan. Kami pun dah beli awal cuma tertinggal utk nenek Adam. Sebelum balik kampung semalam belikan sepasang utk raya.

    ReplyDelete
  24. GaDis CoMeL,
    Sebelum korang kahwin ni elokla shopping sendiri2. Tapi bila dah kahwin kenalah pergi berdua. Harap2 korang berdua boleh bertolak ansur.

    Kalau tak eloklah shopping sendiri2 jugak hehehe

    ReplyDelete
  25. ibuintan,
    walaupun setahun sekali aje tapi penderitaannya berpanjangan sehingga ke tahun depan. Derita tahun lepas baru nak reda huhuhu.

    Nanti saya deletelah kisah lelaki dgn BB tu. Ramai sgt yg speku huhuhu

    ReplyDelete
  26. Ms Lilies,
    Suami awak tak kisah sbb 3 sebab tu. Kalau mcm tu saya pun tak kisah hehehe.

    Kami kalau nak beli langsir yg dah siap mahal. Emak Adam selalunya jahit sendiri. Tapi tahu ajelah utk buat langsir mcm2 yg nak kena beli: kain langsir tu, kepalanya, rendanya, liningnya, aksesorinya dsb. Setiap satu tak cukup 15 minit nak pilih huhuhu

    ReplyDelete
  27. sonata,
    Mana ko nampak? Aku rasa nak buang ayat tu lah. Yg nak haramkan BB negara2 Arab.

    Ko dah biasa pergi jalan jauh2 sorang2. Apalah sgt shopping kat dlm Msia ni sorang2. Itu sbb boleh dpt lesen besor hehehe

    ReplyDelete
  28. siaaannnn...sang suami ni kan YB? termasuklah aku...ooohhhh!!!

    ReplyDelete
  29. DAMAI IMPIAN D'BANGI,
    Terima kasih memberi ucapan tahniah dan kata2 semangat. Bukan senang org lelaki nak temankan isteri shopping lebih2 lagi kalau nak beli kain ela atau langsir atau kedua2nya sekali. Emak Adam beli kedua2nya Sabtu lalu huhuhu.

    Isteri rasa happy kalau pilihan dia dipersetujui oleh suami. Jadi suami kenalah memahami citarasa isteri.

    Elok juga kalau beli yg dah siap. Tak pening nak cari tukang jahit terutama bila dah masuk bulan puasa. Tapi kadang tak berkenan yg dah siap. Samada corak tak sesuai atau jenis kainnya. Org perempuan ni kan 'teliti' bila memilih hehehe.

    Org lelaki mmg hairan macamana org perempuan dah pilih dan pegang2 tapi tak jadi beli. Walaupun ada sebab yg munasabah tetapi org lelaki tak boleh terima alasan tu.

    RM150 mesti cantik tu. Betullah kalau dah keluar duit sebanyak tu kenalah dapatkan yg puas hati memakainya.

    ReplyDelete
  30. Idalara,
    kalau semua wanita mcm ko ni kuranglah sengsara para suami. Tapi kalau lepaskan begitu saja kena pulak dgn geng2 yg satu kepala, takut habis satu gedung tu diborongnya hahaha.

    ReplyDelete
  31. Pok Li,
    Tahniah menjadi org lelaki pertama yg komen. 14 pengomen sebelum ni semua perempuan!

    Mmg kena banyakkan bersabar. Kalau tak mahu kena tinggal kat kedai tu hehehe.

    Kalau anak dah besar boleh juga buat kawan emak dia shopping. Kalau kecil2 lagi camno?

    ReplyDelete
  32. nahmy,
    itulah saya buat n3 ni. Ramai lagi suami yg menanggung derita serupa tapi tak berani nak nyatakan. Boleh makan dalam oooh huhuhu

    ReplyDelete
  33. i) isteri beli kain tu nak bagi kat emak suami dia laa..tu sebab si suami walau seksa tunggu jg si istetri....YB tu pun sama jg kan ??

    ii) si suami yang dok sebok dengan BB tu mesti si YB kan???

    ReplyDelete
  34. untung laki aku sbb tak pernah merasai penderitaan batin yg macam tuh.. kahkahkah..

    sbbnya, aku tak reti nk shopping mcm tu.. belek2 kain, pilih2 kain, compare harga.. pegi kedai lain, patah balik kedai tadi.. UISHH.. MMG BUKAN AKU LAAA... (pasai tu aku tak pernah beli kain pasang... BELI READY MADE JER!!).

    Aku kalau shopping... mmg kurang drpd 15 minit.. masuk, tgk, berkenan, capai, amik, bayar!.. settle!!.. (laki aku plak kengkadang lebih2 ajak survey2 kedai lain.. TAK KUASA AKU!!)

    TAPI, KALAU MAKAN... BERSEMBANG... 2 jam pon aku sanggup!!... kahkahkah..

    ReplyDelete
  35. ikan emas,
    i)kalau isteri tu beli kain nak bagi emak mertua mesti pilih sekejap aje. Yg lama ni kalau utk buat baju dia sendiri.
    Emak Adam hari tu belikan utk emak dia.

    ii)bukan BB nak diharamkan ke? Siapalah suami yg sibuk berBB tu? hehehe

    ReplyDelete
  36. TINY,
    Penderitaan batin pergi shopping mungkin suami ko tak merasainya tapi penderitaan batin yg lain mana ko tahu hehehe.

    Ko ni bukan wanita yg tipikallah. Rugi jadi wanita hahaha. Ramai wanita mendapat kepuasan dari belek2, pilih2, compare harga, pergi kedai lain, patah balik kedai yg mula2 sebab beza semeter 50 sen (aje pun).

    Lepas raya kita pergi lunch lagi nak? Kumpulkan kawan2 kita ramai sikit kali ni. Hari tu masa kita keluar bertiga ramai yg jeles huhuhu

    ReplyDelete
  37. saya senang je, kalau saya boleh tunggu tiga empat jam macam orang bodoh neman dia mancing, sure dia kenalah tahan tunggu sejam dua saya beli barang... heheheheheh :D :D

    besenya dia macam Haikal, pegi tempat main game sampai saya panggil... heheheheh :D :D

    ReplyDelete
  38. Ingat awak seronok temankan dia memancing? Kalau tak happy cakap aje kat Incik Firdaus. Pandailah dia cari geng lain hehehe

    ReplyDelete
  39. Paman,

    Kalau macam ni, ina antara perempuan yg bertuah laa kot. Yg lebih2 window shopping dan banding2 harga/kualiti barang ni encik suami. Selalunya kalau keluar shopping dgn dia, sampai ina yg tak larat nak jalan dah, masih jugak dia nak meronda tu..

    ReplyDelete
  40. kalau saya shopping nak laki kat sebelah..sng nak tanya pendpt..mesti dia lg terseksa kan?hehehe..bukannya hari2 shopping..apa salahnya bahagiakan isteri biar pon jiwa terseksa..

    ReplyDelete
  41. suami saya adalah 2 dan 3. hahaha, what to say? saya dah kata tok sah folo nanti abang bosan, dia nak temankan gaks.

    dan yb kena temankan dia supping, dia boleh pilih barang keperluan dia dari 1 kedai ke 1 kedai, ended tak beli apa2..... TAPI, apa nak buat, laki saya juga. hahaha

    ReplyDelete
  42. tu sbb aku tak shopping bawak laki. pi sendiri. bayar pun sendiri gak.



    .

    ReplyDelete
  43. kenapa harus menderita dalam senyap .. jeritlah kuat2.

    abang senang jer .. kita pergi sama-sama. lepas tu berpecah ikut halatuju masing .. kemudian bila nak balik kita telefon jumpa kat mana2.

    makngahnya ada kad kredit sendiri. belilah apa nak beli. takat ini tak pernah pula dia over sangat dalam berbelanja. kalau terover, bulan depan abang tolak peruntukan bulanan dia.

    ReplyDelete
  44. tu belum gi shopping malam raya, lagi menderita :P

    ReplyDelete
  45. saya dah cakap, tapi dia nak bawak jugak... dia cakap kesian asek kena tinggal aje...

    cakap suami, takleh laa nak bangkang-bangkang selalu... sesekali oklaa... mueheheheheheh :P :P :P

    ReplyDelete
  46. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  47. Ina,
    Mmg Ina bertuahlah dapat suami mcm tu. Mungkin satu dalam seratus. Yg lain tu biasanya tak minat shopping apatah lagi membanding2kan harga. Bukan nak beli Lambo atau Ferarri. Setakat kain kalau kurang pun seringgit dua aje. Tapi org perempuan dapat thrill kalau berjaya cari tempat yg paling murah.

    Suami Ina pun mungkin dpt thrill dari xtvt mcm tu. Itu yg sampai isterinya tak larat nak ikut ngeh3x

    ReplyDelete
  48. macam2 gelagat ya boleh tengok...nasib la:-)

    Selamat menyambut Ramadhan untuk YB sekeluarga.

    ReplyDelete
  49. Hamizah,
    Kebanyakan isteri mmg suka tanya pendapat suami sebelum membuat keputusan. Bagi suami yg pintar masa tu lah nak tunjukkan minat dgn memberi pendapat yg ikhlas dan bernas. Jgn kata "mana2 ajelah". Mesti isteri kecewa.

    Untuk kebahagiaan bersama jgn kan setahun sekali, setiap bulan sekali pun ok. Sabau ajelah huhuhu

    ReplyDelete
  50. Mak Su,
    Hebat pengorbanan Pak Su. Dia kesian kalau maksu pergi sendiri apa2 jadi dia takde bersama. Bosan pun dihadapi juga demi kasihkan isteri.

    ReplyDelete
  51. hihihi..sy dgn suami terbalik pula.dia yg suka soping..pilih barang skit punya lama.apa yg dia kelebet xtau la..nk beli seluar,poket tepi mesti yg potong straight,kain nk lembut,sedap,itu,ini.bykla spec dia letak.hadeh...sgt memahamilah para suami yg kena ikut isteri soping tu.hehe..

    ReplyDelete
  52. sya
    suka pergi sendiri, tp jenis tak survey pun, redah aje, pilih mana yg berkenan dan ambik bayar
    selosai
    tak suka lama lama duk dlm kedai kain lelama, nanti julling mato
    tetapkan warna apa yg nak, pilih dan tetapkan pilihan
    siap...hehehe... ;p

    ReplyDelete
  53. cakap kat makAdam...
    mana ada tailor terima tempahan lagi time2 gini............
    nak pakai raya tahun depan boleh....

    ReplyDelete
  54. tasek,
    ko boleh bawak kereta sendiri oklah. Emak Adam aku kena hantar huhuhu

    ReplyDelete
  55. al-lavendari,
    Habislah satu hypermarket tu dengar kalau jerit kuat2. Mahu runtuh bangunan tu bang.

    Selalupun lepas turunkan emak Adam saya bawa anak2 ke tempat lain. Tapi bila beli kain atau langsir, masa utk memilih tu terlalu lama sehingga saya pun dah habis xtvt saya dan anak2 huhuhu.

    Lagipun setelah memilih yg berkenan, emak Adam mahukan pendapat saya. Kenalah ada di sekitarnya. Saya rasa org lain tu pun ramai yg macam tu.

    Untung makngah ada kredit kad sendiri. Emak Adam pun saya beri supplementary card. Platinum lagi tu hahaha. Tapi samada gunakan kad dia atau kad saya, hujung bulan saya jugak yg bayar huhuhu.

    ReplyDelete
  56. juliet,
    malam raya kami tak shopping. Sibuk menyiapkan hidangan utk raya.

    Raya tahun ni jemputlah ke rumah. Ko kan takde kampung hehehe

    ReplyDelete
  57. syah,
    kalau dia nak bawa jugak cakaplah kat dia bawa tempat lain. Pegi mancing tu sekali sekala bolehlah bawa awak.

    Cakap suami mana boleh bangkang kalau betul. Kalau tak betul, boleh bincang baik2 ngeee

    ReplyDelete
  58. shaliza,
    Ramai orang banyaklah ragamnya. Nasib baik suami2 tu tak meragam mcm budak2 hahaha.

    Selamat berpuasa kpd Shaliza sekeluarga.

    ReplyDelete
  59. aNiS,
    Suami jenis mcm suami awak ni pun ada ya. Tapi kalau suami yg macam tu, biarkan dia aje yg pergi shopping. Isteri kat rumah boleh buat kerja lain dari mengikut dan kena migrain hehehe.

    ReplyDelete
  60. Eja,
    Itu sesuatu yg praktikal. Fikiran awak mcm fikiran lelaki. Tengok2 bila dah berkenan terus beli. Tak payah nak bandingkan dgn harga di kedai lain atau pilih2 yg lain.

    ReplyDelete
  61. DrSinga,
    Kami punya dah beli dan dah siap pun masa balik kampung baru ni. Tailor kat kampung - upah jahit murah.

    Utk mertua satu pasang rasanya tailor tu nak lagi. Pandailah nanti kakak ipar saya ayat tailor tu sbb kawan dia hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails