Tuesday, July 13, 2010

Makanlah Apa Yang Ada Aje

Aku balik lewat lepas Isyak di surau tadi sebab malam ni ada kelas tasawuf. Bila aku sampai rumah aku lihat dapur dah gelap. Mungkin emak Adam dan anak2 aku dah makan malam. Maklumlah dah dekat pukul 9:30 malam masa tu.

Aku pun naik ke bilik dan bertanya kpd emak Adam samada dia dah makan.

Haikal dan Haizam dah kenyang makan makanan yg emak Adam beli di pasar malam petang tadi. Macam2 ada: kuih akok mustafa, ketam goreng, sotong PAUL goreng, apam balik dan kebab. Tak hairanlah kalau mereka tak nak makan nasi.

Emak Adam kata dia pun masih kenyang.

Kalau nak makan lauk tengahari tadi masih ada.

"Nak saya masak lain ke?" tanya emak Adam.

"Eh takpelah. Abg tak kisah. Abg ni simple. Makan apa yg ada aje. Abg tak pernah makan apa yg takde!" kataku.

"Yalah. Yang takde macamana abg nak makan?" balas emak Adam tersenyum sinis.

46 comments:

  1. baik punya ayat YB tu...
    ada apa2 ke..?

    ReplyDelete
  2. YB tak makan nasik tapi YB makan BAIK PUNYA mlm tadi...heheheheh...

    ReplyDelete
  3. ececeh... ayat skema !!

    muahahaaa

    ReplyDelete
  4. gitule kita yg suami-suami patut jadi...

    ReplyDelete
  5. mmg laa.... dah x der apa.. nk makan camana ???

    ReplyDelete
  6. nape tak singgah umah ai... bolehlah makan apa yg takde tu


    hihihi

    ReplyDelete
  7. encik2 suami, sila contohi YB...

    ReplyDelete
  8. kak long,
    tak baik berprasangka buruk terhadap kaum lelaki spt saya ni hehehe

    Niat saya murni semurni embun pagi hahaha

    ReplyDelete
  9. kak long lagi,
    haah hari ni kak long first. Org tak buka pc lagi kot hehehe.

    Tahniah! Cuba dapatkan 1st dua kali berturut2 lagi lepas ni menjadikan 3 kali first berturut2. Ada hadiah misteri menanti.

    psst - setakat ni cuma baru seorg yg berjaya hehehe

    ReplyDelete
  10. sahromnasrudin,
    ish tak baik awak ni tau ngeee

    Saya makan nasi setengah pinggan dgn lauk rendang daging, goreng paru dan telur mata kerbau sambal. Di samping tu ada bendi goreng berlada. Dah kenyang tu kira makan BAIK PUNYA lah hahaha

    ReplyDelete
  11. LiNda,
    ayat skema takpe jgn org nya skema udahlah ekeke

    ReplyDelete
  12. nahmy,
    betul tu. Tak payahlah menyusahkan isteri setiap kali kita nak makan. Makanlah apa yg ada. Janji ada tenaga utk menjalankan tanggungjawab hehehe

    ReplyDelete
  13. zonaku,
    betullah apa yg saya katakan tu hehehe

    ReplyDelete
  14. kts,
    ya ke sungguh2 awak ajak ni? Nape tak jawab call saya semalam. Penat tepon. Cuba tengok berapa miss call tu huhuhu.

    psst - tolong call saya balik lepas ni ngeee

    ReplyDelete
  15. kakngah,
    alamak saya sungguh terharu. Kiranya ada harapan jadi suami mithali ni hahaha

    ReplyDelete
  16. wah, lauk tengahari pun macam-macam, kira untung sudah laa tu... cuba tengok cam saya.. kalu tak ikan goreng, ayam goreng, atau telur goreng aje... har har har har :P :P :P

    ReplyDelete
  17. Salam YB,


    ayat yang biasa didengar ler...

    hehehe...

    ReplyDelete
  18. bagus. dah ada apa-apa nk makan tu pun dh cukup baik, kan...? ramai lagi yg tak ada makanan langsung...



    .

    ReplyDelete
  19. syah,
    emak Adam mmg rajin masak. Kebetulan semalam Hazwan dan Atikah belum balik kampus masing2. Tambah rajinlah dia masak hehehe

    Awak makan 2 org yg simple2 pun oklah tu.

    ReplyDelete
  20. a.z.r.i.n.a,
    wsalam.

    Awak dengar dari hubby awak ke? Terpaksalah tunggu lagi seminggu kalau nak dengar ayat tu ngeee

    ReplyDelete
  21. 'nak saya masak lain ke?'
    sungguh isteri misali EmakAdam itu....

    ReplyDelete
  22. DrSinga,
    untung saya dapat dia dulu. Berapa ramai yg kecewa hehehe

    ReplyDelete
  23. ahahaha!!! betul dan tepat ayat balasan mak adam..kekeke

    ReplyDelete
  24. HEMY,
    Maksudnya yg takde tu adakanlah dulu. Baru boleh saya makan hehehe

    ReplyDelete
  25. cucur ikan bilis pun sangat sedap kalo makan panas2 bersama lemon tea.

    ReplyDelete
  26. gadis comel,
    takkan malam2 nak minta emak Adam masak cucur ikan bilis? Kalau saya minta tolong awak buatkan boleh tak?

    Barulah boleh jadi dot dot dot mithali hahaha

    ReplyDelete
  27. bagusnya emak adam,
    tapi balasan sinis dia tu pun boleh tahan...

    ReplyDelete
  28. jawapan.dari.kaum.perempuan.selalunya.bernas.

    ReplyDelete
  29. sekali sekala buat la kejutan..makan apa yg takde..hehehe..atau msk utk mak adam pula..

    ReplyDelete
  30. Salam YB,

    Orang pompuan macam tulah...risau takut suami lapar...TAPIIII...suami dah kenyang makan kat surau, lauk best pulak!!

    Soalan mak Adam tu macam soalan Auntie jugak...(tapi, Auntie acah aje...sambil dalam hati harap-harap sidia kata...oo...jangan susah2 saya dah makan.... :-)

    ReplyDelete
  31. salam. eloklah tu yb. tak banyak kerenah...

    ReplyDelete
  32. YB,

    permohonan anda utk jadi dot dot dot mithali tak dapat di pertimbangkan. haha.





    harap maklom.

    ReplyDelete
  33. shaliza,
    emak adam boleh dinobat isteri mithali. Kalau org lain tak bagi gelaran tu saya tetap bagi hehehe

    sekali sekala dia senyum sinis menusuk kalbu huhuhu

    ReplyDelete
  34. Rozita,
    siapa lagi nak puji kaum wanita kalau bukan org perempuan hehehe

    ReplyDelete
  35. Hamizah,
    benda takde boleh dimakan ke? Saya pun terkejut dengar ni hehehe

    Saya pernah masakkan utk emak adam masa hari lahir dia. Masak dinner yg simple dimple aje ngeee

    ReplyDelete
  36. Auntie Yan,
    Wsalam.

    Semalam kat surau takde makan. Sejak pentadbiran baru ni cuma malam Jumaat aje yg ada makan. Bajet tak cukup kot.

    Sebelum ni kalau dah makan kat surau sekalipun tapi emak Adam dah siap masak, saya akan makan juga utk jaga hati dia hahaha. Akibatnya saya yg jadi bulat huhuhu.

    Para isteri mmg risau kalau suami mereka belum makan. Suami pula kalau makan di luar tak ingat isteri di rumah. Tak patut kan?

    ReplyDelete
  37. kakpah,
    kan saya dah kata saya ni ada ciri2 suami mithali hahaha

    Harap tak menyampesss

    ReplyDelete
  38. Penyuk,
    macamana boleh jadi mcm tu? Ko terluka ke? hahaha

    ReplyDelete
  39. gadis comel,
    saya tak berniat nak jadi dot dot dot awak. Cuma saya berharap kalau awak rajin buatlah cucur ikan bilis malam tadi.Boleh saya tumpang makan ngeeee

    ReplyDelete
  40. ckLah,
    awak nak ajak saya makan angin pergi mana? Saya takut kembung hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails