Sunday, July 4, 2010

Jawapannya Ialah . . . .

Terima kasih kpd yg telah memberi respon utk soalan:

"Apakah tempat terkecil di dunia?" semalam.

Dukacita diumumkan tiada jawapan yg tepat telah diterima. Makanya tiada siapa yg dapat hadiah makan ikan bakar di Umbai dgn aku.

Jadi, aku pergi tak makan ikan bakar tu? Eh mestilah pergi sebab dah jauh2 ke Melaka. Dalam perjalanan aku kemukakan soalan itu kepada keluarga aku yg ada dalam kereta. Hampir2 mereka tak dapat jawab walaupun pernah aku kemukakan soalan yg sama tak lama dulu. Akhirnya Atikah berjaya memberi jawapan yg tepat dan alasannya pula diberi oleh emak Adam.

Yes! Mereka layak makan ikan bakar dgn aku hahaha.

Emak Adam dan Haikal memilih makanan laut

Oh ya. Nak tahu jawapannya ya?

Jawapannya ialah

?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

Ujong Pasir!

Mesti kalian tahu betapa kecilnya sebutir pasir kan? Dahlah pasir tu kecil. Bayangkan betapa kecilnya kalau hanya hujungnya saja kah kah kah


psst - keputusan hakim adalah muktamad ngeeee

36 comments:

  1. wah..seronoknya makan ikan bakar..bukan setakat ikan aje tu..udang..ketam..kerang..semua ada...

    ReplyDelete
  2. ingatkan ujong pasir tu kat senawang !

    ReplyDelete
  3. ckLah tau....sebab cklah tu sebut cara macam tu (cara tak menjawab). Sebab takut kena paksa makan ikan bakar dengan YB..hi..hi..

    ReplyDelete
  4. kak Erna,
    haah. Ada mcm2 kat situ. Semalam selain ikan bakar kami makan kupang, udang sweet & sour dan sotong goreng tepung. Ketam dah tinggal sikit. Jadi tak ambil ketam huhuhu

    ReplyDelete
  5. al-lavendari,
    ada ke tempat nama ujong pasir kat senawang. Yg saya tahu sungai pun dah ujong kat Seremban tu hahaha

    ReplyDelete
  6. ckLah,
    awak mmg tererlah. Boleh cerita nak tersangkut kat mamat Portugis tu nak bagi bayangan jawapan hehehe.

    Saya tak nak paksa kalau awak tak sudi nak makan dgn kami. Tapi bila saya ke TI lain kali paksalah kami makan ikan bakar di Lumut.

    ReplyDelete
  7. err.... ku tak tahu la plak ujong pasir tu kat mana.. amboi.. dgn famili pon nk main teka-teki baru dpt makan.. ehehehe..

    ReplyDelete
  8. ek eleh.. taknak belanja tuh, macam2 alasan ..

    nyampah !

    ReplyDelete
  9. ko makan ikan apa smlm bang...?

    :)

    udang dia kurengsss sikit la aku rasa..



    .

    ReplyDelete
  10. Ujong Pasir yang dekat dengan Sir Mabok tu kan? Kampung saya tu!

    ReplyDelete
  11. ooo..tapi kat mana tu?nak konvoi ke melaka,tunggu sy hbs jlajah Perth dl..hehehe

    ReplyDelete
  12. nsb baek dpt jwb!!
    YESSSS!!!haha

    ReplyDelete
  13. umbai adalah tpt fav sha. jadi kalau YB pergi umbai, YB pergi tpt fav sha. waaaa...bestnye!!!

    * rugi tak online semalam...

    ReplyDelete
  14. salam YB
    ujung pasir nama lama seremban,org seremban bagi tahulah....tapi memang betul ada jalan ujung pasir kat seremban.


    anyway,ikan bakar melaka, favorit saya serkam dan umbai,

    ReplyDelete
  15. salam YB, silap, bukan ujung pasir tapi sungai ujung.....kah kah kah....

    ReplyDelete
  16. zonaku,
    Ujong Pasir tu kat Melaka. Kat Kg Portugis tu.

    Kat Kg Baru KL pun ada juga nama tempat Hujung Pasir.

    ReplyDelete
  17. Jard,
    Ujong Pasir tu spt yg aku terangkan kat zonaku.

    Teka teki ni utk rakan2 blogger sebenarnya. Kalau ada yg dapat aku belanja makan ikan bakar. Utk famili dapat jawab ke tak tetap dapat makan ikan bakar ngeeeee

    ReplyDelete
  18. LiNda,
    dah tak betul jawab mcmana aku nak belanja? Nanti ramai yg jeles pulak. ahaks.

    ReplyDelete
  19. tasek,
    kami makan ikan pari bakar aje. Nak ambil jenahak tinggal yg besar2 - takut tak habis. Kalau makan siakap apa kelas pergi jauh2 makan siakap.

    Udang dia ada kureng sikit semalam tapi habis juga kami belasah yg masak sweet & sour tu.

    Kupang tetap faberet. Dua mangkuk licin.

    Sotong goreng tepung sedap dan garing. Cuma masin sikit. Tapau yg lebih tu.

    ReplyDelete
  20. Aida Ali,
    Ujong Pasir yg dekat Padang Temu tu. Kira dekat jugaklah dgn Semabok.

    Oh kg awak kat situ ya? Saya pernah sembahyang kat masjid Semabok tu.

    ReplyDelete
  21. Hamizah,
    Kat Melaka. Ada gerai jual kuih yg femes kat situ.

    Kalau mcm tu kita konvoi jelajah Perth dan Fremantle dulu sementara awak ada di sana ahaks.

    ReplyDelete
  22. atikahanna,
    Jawapan dah bocor bolehlah jawab ngeeeee

    psst - kalau tak makan sotong goreng dan crab stick kat pasar malam Sg Udang ajelah

    ReplyDelete
  23. sha,
    oh ya ke? Saya pun dah cuba banyak tempat tapi Umbai jugak yg memikat hati.

    Rasa2 dapat ke jawab kalau baca soalan tu semalam? Kalau dpt bolehlah ke Umbai sama2 semalam hehehe

    ReplyDelete
  24. AZANI,
    Setahu saya yg kat Seremban tu Sg Ujong. Tapi mungkin juga ada Ujong Pasir tapi saya tak perasaan kewujudannya kerana maklumlah tempat terkecil di dunia hahaha.

    Awak pun suka makan ikan bakar di Umbai dan Serkam ya. Bolehlah kita pergi sana sama2 lain kali.

    ReplyDelete
  25. AZANI lagi,
    itulah saya fikir2 juga kalau2 ada tempat nama Ujong Pasir kat Seremban tu.

    Kalau Jalan Sg Ujong tu saya agak biasa kerana pernah terlibat membina 2 stesen Shell di sana.

    ReplyDelete
  26. a kl citizen,
    gitulah adanya . . .

    ReplyDelete
  27. mana Tasek???
    *dok panjang2 leher cari ni*
    .

    ReplyDelete
  28. DrSinga,
    saja aku tak ambil gambar dia. Dia kan kata dia pemalu.

    psst - dia sweet mcm apam. Serius.

    ReplyDelete
  29. en_me,
    Mesti awak dah sampai tempat itewww hehehe

    ReplyDelete
  30. PUTUBAMBU,
    Ini mesti kes tak dapat jawab hahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails