Petang semalam aku diundang ke majlis perasmian Restoran D Kerisek milik rakan2 aku.
Sebahagian mereka itu jurutera. Salah seorg pemegang saham tu ialah Nana iaitu peserta yg memenangi hadiah RM100K dalam siri Jangan Lupa Lirik di Astro. Dia jadi chef. Restoran mereka di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi.
Sebahagian mereka itu jurutera. Salah seorg pemegang saham tu ialah Nana iaitu peserta yg memenangi hadiah RM100K dalam siri Jangan Lupa Lirik di Astro. Dia jadi chef. Restoran mereka di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi.
Aku datang dgn 3 org anak2 aku. Emak Adam teringin juga nak pergi tapi kesiankan Adam yg tengah tidur masa tu. Lain kalilah kot. Mungkin aku dah buat promo ni mereka bagi kami makan free lagi hehehe
Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang iaitu Dato' Hassan Nawawi. Beliau inilah yg telah menjelajah dunia menaiki basikal beberapa tahun lepas semasa menjadi YDP MP Port Dickson.
Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang iaitu Dato' Hassan Nawawi. Beliau inilah yg telah menjelajah dunia menaiki basikal beberapa tahun lepas semasa menjadi YDP MP Port Dickson.
Dato' Hassan (berbaju merah) bersama salah seorg pemilik restoran ni (berjaket hitam). Abaikan yg berbaju batik kuning - sibuk nak enterframe aje orang tu.
Juga dijemput hadir ialah Ketua Polis Daerah Kajang di samping anak2 yatim dari Darul Izzah.
Anak2 yatim menerima cendarahati dari tauke restoran. Beliau ni dulu staf aku
Bergambar kenangan dgn org kuat D Kerisek
Bergambar kenangan dgn org kuat D Kerisek
Kepada rakan2 aku yg menceburkan diri di dalam bidang jualan makanan ni aku ucapkan selamat maju jaya.
Korang rasa kalau aku bergabung tenaga dgn emak Adam buka restoran boleh maju tak?
hehehehehe..... kami di tepeng!
ReplyDeleteeh, sy suka bisnes makan2. tggu adik grad dlu, plan nak bukak bisnes. adik masak, sy tlg manage n buat promotion.
ReplyDeletecewahhhhh... hehe.
wah uncle.......
ReplyDeleteselalunya tauke besar yang duduk tengah2 bila mabik gambar...
ni taknak bagitau ni tauke low profile ke apa?
hehe
p/s: ambik bukan mabik..payah pakai osk ni
ReplyDeletezonaku,
ReplyDeletewah makan kueh teow spesel tak ajak aku huhuhu.
gadis comel,
ReplyDeletejom kita berpadu tenaga buka restoran. Pelanggan kebanyakan kawan2 blogger. Jgn datang makan free sudahlah hahaha
Awak pandai manage dan promote kan?
zaren,
ReplyDeletetauke restoran tu semua pakai t-shirt putih yg ada tulis nama sykt mereka. Mereka juga pakai cap baseball. Uncle bukan tauke jadi takde baju tu huhuhu.
psst - kat tengah sebab paling pendek hahaha
zaren lagi,
ReplyDeleteitulah kalau tukar alat - boleh berlaku kesilapan bila menaip. Uncle pun tak suka buat n3 atau balas komen gunakan BB. Lambat dan mungkin silap huhuhu
cepat2 bukak ya...
ReplyDeletesaya booking mee bandung setiap hari sabtu tapau untuk 3 orang
takde delivery charge kan...?
a kl citizen,
ReplyDeletenak kena yakinkan emak Adam dulu. Dia tak minat nak berniaga makanan ni huhuhu
Kalau dlm taman ni free delivery hahaha
Pandai nana laburkan duit.
ReplyDeletesemoga perniagaan ini berjaya dan maju!
Boleh je YB,dengan izin Allah.
ReplyDeletelagipun mak adam masak kan sodapppp...
baru minggu lepas ronda nampak di kerisek tu, nanti lain kali singgah
ReplyDeleteSekarang ramai orang guna D untuk nama premis. Apa maksud D tu ya YB?
ReplyDeleteTanyakan nanti...
Tadi gi mkn di Rest Mohd Chan ada nampak Rest D Kerisik. Tak sempat cuba.. Aduh..pening nk cari mkn kt BBBangi skrg sbb terlalu banyak restoran dan saling berdekatan pulak.
ReplyDeleteKekadang simpati tengok restoran yg pengunjungnya 2,3 org kurang sambutan tp rest sebelah dia sampai nak cari tmpt duduk pun susah penuh org.
Yelah rezeki masing2 tp ada yg kata pelarisnya bagus...betul ke? bila dirasa hidangan menunya biasa2je..takde yg luar biasa pun.
Mudah2an restoran sahabat tuan akan mendpt sambutan..insyallah.
sI tEDI,
ReplyDeleteEloklah tu dapat duit banyak2 kalau tak dilaburkan dgn baik lama2 habis begitu aje. Petang tu Nana sibuk melayan tetamu. Saya tak sempat nak ambil gambar dia huhuhu
Semoga pelaburannya ini mendatangkan keuntungan yg diharapkan.
shaliza,
ReplyDeleteterima kasih kerana memberi kepercayaan dan semangat. Malangnya emak Adam tak minat nak buka restoran. Kami sekeluarga makan masakan dia di rumah ajelah.
Sesiapa nak rasa bolehlah datang ke rumah hehehe
Daun Bidara,
ReplyDeleteRajin awak ronda2 kat situ. Restoran ni baru dibuka tak sampai sebulan.
ckLah,
ReplyDeleteNanti kalau jumpa tauke dia saya akan tanyakan. Setahu saya D itu sebagai ganti perkataan "the". Nak ada slang org putihlah kot hehehe
DAMAI IMPIAN D'BANGI,
ReplyDeleteHaah restoran Mohd Chan Abdullah cuma selang beberapa pintu dari D'Kerisek ni. Dalam deretan situ aje ada banyak tempat makan.
Dalam ucapannya YDP pun ada menyentuh tentang begitu banyak tempat makan di Bangi. Tak usah pening sbb banyak pilihan. Yg lebih pening kalau takde tempat makan hehehe.
Ada org percaya tentang pelaris. Bahaya tu sebab boleh jadi syirik. Utk maju masakan mesti sedap, layanan baik dan harga berpatutan. Tapi spt yg awak cakap ada juga kedai yg rasanya biasa2 aje tapi laku giler. Mungkin kerana kekuatan word of mouth agaknya.
boleh saja...
ReplyDeletekalau YB buka restoran
saya mesti datang makan punya.
festaim kena fereee lah... hehe..
Walah....reko kenal jugak karo Nana ini yo. orgnya happy go lucky lah kang, best
ReplyDelete