Friday, July 16, 2010

Apa Yang Anda Mungkin Tak Tahu Bila Minyak Naik Harga

Harga minyak naik lagi mulai tengah malam tadi. Penyampaian oleh PM lebih berhemah kali ini. Beliau tak kata naik harga tetapi pengurangan subsidi. Diberikannya angka2 untuk menjustifikasikan tindakan tersebut. Terpulanglah pada rakyat samada mahu menerima atau tidak. Apapun kalau kita isi minyak mulai hari ni, kita terpaksa membayar lebih.

Apa yg aku nak ceritakan ialah setiap kali berlaku perubahan harga bahanapi (tak kira naik atau turun - ya dulu harga minyak pernah turun), sykt minyak terpaksa mengubah harga di pam seluruh negara.

Masa aku kerja dgn sykt kulit kerang dulu, aku pernah bertanggungjawab memastikan harga diubah tepat pada masanya. Biasanya kami iaitu org2 yg tertentu di sykt minyak akan diberitahu mengenai kenaikan atau penurunan harga minyak sehari atau kadang2 beberapa jam sebelum perkara ini diumumkan oleh menteri bertanggungjawab. Jadi kami kenalah bersedia. Kami akan beritahu kontraktor utk mengarahkan pekerja2 mereka standby. Tapi sehingga harga baru diumumkan kami tidak dibenarkan memberitahu maklumat ini kpd sesiapa. Kira Rahsia Rasmi Kerajaan. Jangan main2 boleh kena OSA.

Sebaik harga diumumkan, kontraktor akan menghantar pekerja mereka utk mengubah harga dipam. Stesen 24 jam kita tak boleh ubah sebelum pukul 12 malam. Stesen2 di pendalaman yg biasanya tutup lebih awal akan kami ubah harganya sebaik stesen2 tersebut ditutup. Ada stesen yg jauh di pendalaman yg mana pekerja terpaksa mengambil masa yg lama utk sampai ke sana.

Kalau harga minyak naik dan pekerja kami tak sempat mengubah kpd harga baru, dealer akan komplain kerana dia rasa dia rugi (tak rugi pun sbb dia beli dgn harga lama). Tapi yg lebih memeningkan kalau harga minyak turun dan pekerja kami tak sempat mengubah harga sebelum stesen itu beroperasi esoknya, org ramai akan komplain. Siaplah org kementerian cari bos kami kerana menjual dgn harga yg lebih tinggi.

Ada satu masa tu, harga minyak asyik turun naik macam yoyo. Setiap beberapa bulan harga akan berubah. Kami terpaksa standby setiap hujung bulan kerana biasanya harga baru akan dikuatkuasakan pada 1 hb kecuali 1 hb Sep kerana kerajaan tidak mahu dilabel memberi 'hadiah' kemerdekaan dgn menaikkan harga minyak hehehe.

Ada sekali itu aku terpaksa balik ke HQ dari temasya sukan utk semua kakitangan Engineering Shell di PD kerana bersedia utk kenaikan harga minyak. Tunggu punya tunggu harga tak jadi naik. Buang karan dan potong stim betul. Ramai aweks bergumbira di pantai Port Dickson huhuhu.

Sekarang dgn kemajuan ICT, setiap kali harga minyak berubah, sykt minyak hanya perlu tekan butang di HQ masing2 dan secara automatik harga di pam seluruh negara berubah.

43 comments:

  1. huhu....





    tp..

    masih bersyukur sb tangki kete pesen isi 40 hengget dh melimpah ruah..

    :P

    ReplyDelete
  2. hanie,
    untunglah ko. Aku tak boleh nak pakai kereta yg macam tu sbb rakyat ramai. Isi 100 hengget pun tak penuh lagi. Skrg dah naik lagilah banyak pakai duit huhuhu

    ReplyDelete
  3. sy baru tau harga petrol naik. tu pun lps spvsr bsg2 td. harga petrol naik, 'kerang' kad dia tak gak naik2.. hihihi!!!

    ReplyDelete
  4. pernah tak awak naik minyak disebabkan itu semua ?

    kalau tak nak bayar lebih, isi separuh tangki jer !

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah... dapat ilmu hari ini.. terima kasih sudi berkongsi..

    .
    .


    .
    .
    err.. dan tahniah utk pengakuan yg berani ini

    Buang karan dan potong stim betul. Ramai aweks bergumbira di pantai Port Dickson



    mak adam! sila ambil perhatian...

    :P
    :P
    :P

    ReplyDelete
  6. kakngah,
    kali ni naik sikit dulu. Testing the water agaknya.

    Tak berapa faham maksud kerang kad dia tak jugak naik2. Sila jelaskan hehehe

    ReplyDelete
  7. al-lavendari,
    saya jenis cool. Mana tahu nak naik minyak sbb kerja. Tak berbaloi bang.

    Pekerja kamilah yg kesian. Satu malam tak tidur ubahkan harga di pam. Berapa banyak pam kami ada. Stesen Shell masa tu dah lebih 800 buah.

    Bijak saranan abg utk isi separuh tangki. Kalau tak nak bayar lebih lagi isi aje 2 ringgit mcm motor tu hehehe

    ReplyDelete
  8. alamak bkn yg 1st ari ni...

    jangan orang naik minyak sudahhhh...!

    ReplyDelete
  9. kts,
    sama2 kasih. Kan kita dah biasa berkongsi macam2 ahaks.

    Aku telus. Terima kasihlah memuji keberanian aku.

    Sebenarnya habis semua staf kami dari KL kami bawa termasuk admin staf. Dari PD pun agak ramai staf wanita. Engineering dept ni kebanyakannya lelaki. Sekali sekala aje dapat bergaul dgn yg pompuan. Tapi gara2 harga minyak nak naik masa tu, aku kena balik HQ. Yg lain dapat tidur kat PD huhuhu

    ReplyDelete
  10. Hamizah,
    Nak kerja kat sana ke? Gaji besar kalau tukar kpd RM hehehe

    ReplyDelete
  11. kak long,
    Sekali aje dah kena rampas tahta tu. Esok cuba lagi ek hehehe

    Kalau naik sikit mungkin org tak naik minyak. Tapi kalau kerap naik, org akan marah.

    "Cukai yg kami bayar lebih banyak dari subsidi yg diberi" kata golongan pembayar cukai.

    "Bila harga minyak naik harga barang pun ikut naik. Susahlah kami yg berpendapatan rendah", kata golongan itu pula.

    ReplyDelete
  12. oooo.cenggitu rupanya dulu2. hahaha.baru tau.

    ReplyDelete
  13. PM berkata2 berhemah...

    termasuklah penerangan bro YB.

    sgt berhemah :D

    ReplyDelete
  14. mana ada minyak naik harga,cuma pengurangan subsidi jer.lagipun diorang akan ambil tindakan pada mana² peniaga yg naikkan harga barangan.hehe..

    ReplyDelete
  15. zaradgreat,
    banyak perkara belakang tabir ni kalau diterangkan boleh buat dokumentari hehehe

    ReplyDelete
  16. meo,
    kita kena professional bro! (walaupun terpaksa mengelirukan org lain hahaha)

    ReplyDelete
  17. Penyuk,
    Banyak lagi nak kurangkan tu. Sampai pilihanraya akan datang pun masih tak habis pengurangan subsidi ini aku rasa.

    Banyaklah tindakan yg telah diambil. Aku ingat dulu kejap tu heboh org jual milo ais RM1.80. Kena denda. Skrg mana2 milo ais harga macam tu takde heboh pun. Lepas ni mesti naik sbb peniaga pun nak kurang subsidi kpd pelanggan hehehe

    ReplyDelete
  18. LiNda,
    Jom kita jadi org kaya raya. Takde hal kalau setakat naik sikit2 macam ni hehehe

    ReplyDelete
  19. biler YB nak bukak syarikat minyak kulit biawak plak hehehehe

    ReplyDelete
  20. minyak naik maknanya harga sawitpun naik la kann...

    suker harga sawit naik... hehehe...

    naik ataupun tak, bebel ataupun tak... kena beli jugak benda2 tu semua... apo nak dikato... redha je la... haha..

    ReplyDelete
  21. sahromnasrudin,
    ada ke org nak beli minyak kat stesen lambang kulit biawak? Lambang kena yg dikenali ramai kalau nak jual minyak petrol dan diesel ni. Baru laku. ngeeee

    ReplyDelete
  22. ~Kak AZZ~,
    kalau minyak naik tak semestinya harga sawit akan naik kerana minyak mentah dan minyak sawit dua komoditi yg berbeza. Tapi kemungkinan itu ada.

    Kak AZZ mesti ada ladang sawit ni sbb suka harga sawit naik hehehe

    Boleh redha lagi kalau masih mampu menanggung kesan kenaikan tu. Tapi kalau dah tak larat, harap kerajaan fikirkan cara lain. Ramai yg bijak2 dlm gomen tu.

    ReplyDelete
  23. bila dah takde duit camni la jadinya... rakyat didahulukan la..huhu, ambik!!

    ReplyDelete
  24. TQ info.

    Ada yg kata tak banyak naik 5 sen. jd x pelu terkocoh2 isi minya.

    semalam sempat isi minyak penuh dalam pukul 8. minyak mmg dah kering.

    gaji rendah mcm sy mmg perlu terkocoh2 penuhkan tangki

    ekekkeekekek

    ReplyDelete
  25. naik jer ntah bila nak turun..


    huhuhu...

    ReplyDelete
  26. aku gi isi minyak mlm td kul 9.30. lengang je stesen minyak. agaknya org keliru dgn kenyataan subsidi turun tu. depa tak cakap hg minyak naik. saje je kan...

    ReplyDelete
  27. member pejabat cakap


    tak per lahhhh , asalkan negara aman

    ReplyDelete
  28. serius tak tau psl ni, kalo tak, balik kerja kemarin, isi siap2.poyo, macam lah minyak tu buleh tahan lama dalam tangki. hehe.

    pelik jugak, balik keja jalan jammed.ingatkan ada accident, rupanya berpusu2 ke stesen minyak (memang itu petanda kalau harga minyak naik).


    .

    ReplyDelete
  29. dulu saya tatau... sekarang sudah tahu... terima kasih atas ilmu...

    eh, minyak naik harga?? Kenapa saya tak tahu langsung nihhh?????

    ReplyDelete
  30. MENTIBANG LAUT,
    Banyak perbelanjaan lain yg boleh dijimatkan. Ini macam kes ayah mengurangkan duit belanja sekolah anak tapi dianya tetap merokok huhuhu

    ReplyDelete
  31. sI tEDI,
    Sama2. Ada ilmu sikit tu saya kongsilah.

    Kalau isi satu tangki penuh tu semalam berbaloi jugak. Gaji awak tak lah kecil sgt. Saja aje awak ni hehehe

    5 sen mungkin tak tinggi sangat tapi bagi org yg kerja terpaksa travel jauh mcm saya ni, sebulan mahu tambah dalam RM40 -50. Lepas duit susu anak tu huhuhu

    ReplyDelete
  32. a.z.r.i.n.a,
    tak tahulah. Lepas ni apa pulak lagi nak naik. Setiap kali naik akan ada statement kata 'tak akan membebankan rakyat'. Carilah perkataan lain yg lebih bermakna. huhuhu

    ReplyDelete
  33. tasek,
    kalau cakap harga 4 barang tu naik nanti ada yg kena baling telur. Jadi cakaplah guna terminologi lain.

    Bak kata omputih
    "If you can't convince them, confuse them"

    ReplyDelete
  34. pB,
    Betullah tu. Takkan setakat minyak naik 5 sen dan gula naik 25 sen nak merusuh pulak.

    ReplyDelete
  35. gadis comel,
    takpelah dah terlepas. Tak banyak beza pun.

    Org kata org Penang mmg berkira. 5 duit pun sanggup berbaris isi minyak. Kalau naik 5 kupang mau roboh stesen minyak hahaha

    ReplyDelete
  36. betambah berubanlah mak bapak yang kena isikan minyak kereta anak2 jugak sebab belum keje.....

    ReplyDelete
  37. syah,
    sama2lah kita berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Kalau tak nanti org kata blog ni merapu aje isinya ngeee

    Bukan awak aje yg tak tahu tapi ramai lagi.

    ReplyDelete
  38. kakpah,
    cakap kat anak2 tu mulai hari ni perbelanjaan utk minyak kereta mereka akan dikurangkan kerana pelarasan perbelanjaan ibubapa.

    Kiranya sama nada mcm kerajaan beritahu rakyat yg subsidi dah dikurangkan hehehe

    ReplyDelete
  39. Dulu guna pam pakai tong drum saja..bila harga minyak naik..kira botol pun naik..

    ReplyDelete
  40. relevan,
    Dulu masa saya kecik pam pakai tangan. Skrg dah pakai sistem tekanan (pressure system). Senyap dan laju. Tahu2 dah penuh tangki. Siapkan ajelah duitnya huhuhu

    Pakai botol kat kampung2 masih ada dilakukan.

    ReplyDelete
  41. OSA ngan ISA laen ek?

    rege minyak pernah turun ke? owh! maybe masa tu aku masih belum dilahirkan.hehehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails