Friday, July 2, 2010

Anak Punai Anak Merbah, Anak Sungai Pun Berubah

Ingat tak lagi kisah burung merbah yg buat sarang kat pokok di laman rumah kami? Hah? Tak ingat? Takpe. Banyak lagi benda kat dunia ini yg kita nak ingat. Akhirat pun kena ingat juga. Ceit dah mula ke laut aku ni.

Apapun, dua hari lepas semasa hendak menjemur kain, emak Adam memanggil aku yg berada di dalam rumah opis aku.

"Bang, anak burung ni dah besar. Dah nak boleh terbang," jerit emak Adam dgn teruja.

"Haah abg dah nampak dah," kataku selamba. Org lelaki mana nak mengalah. Egolah tu.

Aku pun membawa Adam keluar - nak tunjukkan anak burung merbah tu kpd dia. Sebelum keluar sempat mencapai kamera yg memang sentiasa ada di atas meja aku. Sifat2 blogger tegar terserlah

Sebaik aku dan Adam sampai di tepi pokok tu, seekor anak merbah terbang dari sarangnya dan terus hinggap di gate rumah kami. Baru aku nak hampiri, ia terus terbang keluar dari kawasan rumah kami.

"Ada lagi seekor kot bang?" kata emak Adam.
"Nanti saya ambik kerusi," sambungnya.

Sarang tu agak tinggi dan kena gunakan kerusi kalau nak tengok.Sementara emak Adam masuk ke dapur utk ambil kerusi aku sambar bangku plastik yg ada di tepi rumah lalu naik ke atasnya.

Dengan sebelah tangan memegang Adam sebelah lagi memegang kamera. Aku hulurkan kamera tu di celah2 daun yg agak tajam tu dan mengambil gambar sarang burung tu.

Aku tengok gambar tu. Macam ada seekor lagi anak burung. Ini gambar tu.

Nampak tak anak burung tu?

Kalau tak nampak, korang ni pun macam aku jugak.

Emak Adam pun sampai membawa kerusi.

"Abg pakailah kerusi ni sebab ianya tinggi sikit," saran emak Adam.

Aku pun naik sekali lagi dan mengambil gambar ini pula.

Amacam? Kali ni nampak jelas anak burung yg kedua tu

Mungkin kerana terkejut, anak burung itu terbang keluar dari sarangnya. Penerbangannya yg pertama. Tidak seperti anak burung yg pertama, anak burung ni tak berapa kuat terbang lagi. Ia mendarat di atas rumput tak jauh dari pokok tu.

Pendaratan pertama. Kalau ada kucing, habislah dimakannya anak merbah ni

Kerana khuatir keselamatan anak burung itu, kami cuba menangkapnya. Malangnya ia terbang pula ke luar pagar.

Emak Adam mengambil tangguk ikan utk menangkap burung itu. Bibik rumah jiran yg nampak aksi kami, (aku beraksi dgn kamera sebenarnya hehehe) datang membantu.

Emak Adam cuba menangkap anak merbah menggunakan tangguk ikan

Akhirnya di dalam tangan yg selamat. Emak Adam memasukkan semula anak burung tu selepas Adam pegang2 burung tu.

Sepanjang kejadian tersebut, ibu dan bapa burung itu memerhatikan dgn risau dan sentiasa berterbangan di sekililing kami. Bukti kasih ibubapa terhadap anaknya.

50 comments:

  1. ingat tak abang cakap dulu, merbah itu separuh dari merbahaya. kan betul ! kalau awak jatuh dari kerusi tu kan ke merbahaya !

    ReplyDelete
  2. Abg pakailah kerusi ni sebab abg x berapa nak tinggi..






    kakngah lariks....

    ReplyDelete
  3. "Banyak lagi benda kat dunia ini yg kita nak ingat. Akhirat pun kena ingat juga. Ceit dah mula ke laut aku ni."

    - apa plak ke laut, betul la tu, kena seimbang ingat dunia akhirat.. dan kena jugak saling ingat mengingati..

    .. hati2 kot2 si adam pandai amik kerusi pastu panjat pastu amik anak burung tu, dipegang pastu dipicitnya, naiya burung merbah tuh!!.. hehehe...

    .. semoga bertambah rezeki dan diberkati Allah.. amiin...

    ReplyDelete
  4. al-lavendari,
    kalau nak jatuh saya tunggu emak Adam ada dekat saya. Biar dia peluk saya. Itu baru aksi merbahaya hahaha

    ReplyDelete
  5. kakngah,
    biar tak tinggi orgnya jangan tak tinggi akalnya hehehe

    Burung tu pun pandai buat sarang agak tinggi. Kalau tak pakai kerusi atau tangga, org yg tinggi 6 kaki pun tak sampai.

    psst - berapa ketinggian kakngah? hahaha

    ReplyDelete
  6. TINY,
    Bab2 ingat mengingati ni mmg aku tak boleh nak lawan ko lah. Banyak kali dah ko tazkirahkan aku hehehe.

    Tapi apa yg ko cakap tu betul.

    Kalau pakai kerusi pun Adam tak akan sampai ke sarang burung tu. Lagipun pagi ini semasa aku bawa Adam tengok sarang tu, anak burung tu dah tiada. Harap2 dah boleh terbang dgn selamat.

    Aku nak beli burung walitlah. Baru rezeki bertambah. Sarang burung merbah tak laku dijual ngeh3x

    ReplyDelete
  7. masa ko berdiri atas kerusi tu ko pakai kain pelikat ke? aku takut bibik rumah jiran nampak burung yg lain pula nanti.hehe..

    ReplyDelete
  8. kalau buat dokumentary ala2 national geographic boleh jual citer anak merbah ni... idea biz ni kan

    ReplyDelete
  9. abana..abang..
    kalau abang nk tau ketinggian kakngah,dia lbh tinggi dr abang long nya(suami kaklong la tu..)
    dan dlm adik-beradik,dia lah yg paling tinggi...haiks..den lak tukang balas komen..he3

    abang...
    abang tau tak burung terbang duduk...hek hek hek...

    ReplyDelete
  10. rasa2nya MakMerbah mesti kata.....
    *dengan gaya membebel*
    'yang dok sibuk intai anak dara orang tu kenapa??!! kan dah jatuh...gambar buruung pun sibuuuuk nak ambik...'

    ReplyDelete
  11. ko buat zoo burung....nanti aku datang nak lawat

    ReplyDelete
  12. merbah sekor riuh sekampung,eehheeh.
    apa yang penting,kerjaaaasama :P

    ReplyDelete
  13. YB,

    aksi pro tu. sebelah pegang Adam sebelah pegang kamera..

    itu rupanya burung merbah. tau nama aje tapi tak tau rupa.


    kena pergi taman burung lah jawabnya...

    ReplyDelete
  14. Penyuk,
    aku pakai seluar sbb aku tak tahu bibik tu nak datang menolong hahaha

    ReplyDelete
  15. Shifu,
    Bagus idea ko tu. Lain kali kalau ada merbah lain buat sarang kat rumah aku, aku roger ko. Hari2 kita kena tangkap gambar dia. Baru laku kalau nak jual ngeeee

    ReplyDelete
  16. salam,

    moga burung tu lulus lesen terbang..

    ReplyDelete
  17. hehehheheee.....

    semoga selamat hidup dia lps ni...

    rmh lama dulu byk burung datang buat sarang.. rmh kat kampung ler...

    ReplyDelete
  18. kak long,
    oh kira tinggilah kakngah ni. Mcm kaklong emak adam jugaklah rasanya. Dulu dia main netball ke?

    Abg long dgn kak long siapa lagi tinggi? Org kata kalau isteri lebih tinggi dari suami, murah rezeki ngeee

    Betul cakap kaklong burung terbang duduk. Kalau berdiri mau patah kaki terkena dahan pokok hehehe

    Takpe tolong jawabkan utk kakngah. bukan org lain pun. Adik ipar kaklong jugak

    ReplyDelete
  19. Hamizah,
    Comel tengok anak burung tu. Itu yg tambah cinta hehehe

    ReplyDelete
  20. DrSinga,
    Tolong sampaikan kpd MakMerbah tu:
    "kami nak pastikan anak awak yg masih ada tu di dalam keadaan selamat. Anak awak yg sulung dah terbang. Silap2 dimakan oleh kucing. Tengok tu susah payah kami tangkap dan masukkan balik anak awak dalam sarang.

    Harap MakMerbah puas hati. Kalau tak, boleh mengadu kpd Biro Aduan Awam atau call Karam Singh hehehe

    ReplyDelete
  21. sonata,
    taman burung KL tu pun tak laku ni kan pulak aku nak buat satu lagi kat rumah aku. Ada berjenis2 burung datang makan buah2ah kat rumah ni tapi biarlah mereka datang dan pergi sesuka hati (macam lirik lagu benci tapi rindu pulak bunyinya hehehe)

    ReplyDelete
  22. juliet,
    ko jeleslah tu sbb merbah tu taknak buat sarang kat rumah ko.

    Takpe bila2 masa ko boleh dtg rumah aku kalau nak tengok burung hahaha

    ReplyDelete
  23. a.z.r.i.n.a.03.07,
    jangan tiru aksi itu kalau anak awak melebihi 10kg. Silap2 anak jatuh, kamera hancur hehehe

    Itulah burung merbah. Mungkin kat taman burung takde burung ni sbb ni burung biasa aje.

    ReplyDelete
  24. penjejak maya,
    wsalam.

    Harap2 mcm tulah. Hari ini bila saya tengok sarang tu dah kosong. Emak bapak burung tu pun dah takde. Semoga anak dia dah boleh terbang dan cari makan.

    ReplyDelete
  25. zonaku,
    Amin. Semoga selamat hidup dia dan abg atau kakaknya yg dah terbang semalam.

    Rumah kampung mmg banyak burung datang buat sarang sebab banyak pokok. Rumah kat kawasan perumahan di bandar ni tak banyak pokok

    ReplyDelete
  26. hahahaha..sebuah kisah klasik utk masa depan....

    ReplyDelete
  27. sahromnasrudin,
    kalau panjang umur blog ni berapa tahun lagilah agaknya boleh diulang siar n3 ni? ngeeee

    ReplyDelete
  28. Ayoyooooooo......aku sgt geli sama itu burung.

    Rasa meremang bulu di badan ni...

    ;)

    ReplyDelete
  29. kata ada 2 ekor..

    .
    .

    tp ai nmpk sekor je

    .
    .
    .



    nak tengok la yg lg satu tu....... plisssssss ;D

    ReplyDelete
  30. Formalnya dialog mak n abah Adam..burung ape? Burung merbah.. Burung apa?....

    ReplyDelete
  31. Catwoman,
    Kata wanita kucing? Kucing mana ada geli dgn burung hahaha.

    Kalau kucing semua mcm ni selamatlah anak burung tu.

    ReplyDelete
  32. kts,
    kan aku dah kata yg mula2 dah terbang. Aku cuba cari jugak nak tangkap dan masukkan semula dalam sarang dia tu tapi tak jumpa.

    Kalau ko nak tengok jugak, burung lain adalah. Betulkah nak tengok? ahaks

    ReplyDelete
  33. Sally,
    Dialog telah diubah suai utk lulus SPM hahaha.

    Burung merbah. Nasib baik jaja tanya dua kali aje. Kalau tak mahu ada yg kena maki ni ngeeee

    ReplyDelete
  34. abah, burung apa tu bah?
    burung murai...
    burung apa?
    burung murai...
    burung apa?
    burung murai...

    sabar. tak semua bapa begitu. bapa burung merbah pun kena sabar tunggu adam main dengan anak2 dia:)

    ReplyDelete
  35. nape guna kerusi? kurang tinggi ke...ahaks

    ReplyDelete
  36. YB....

    Wanita Kucing ni geli sbb tgk bulu burung tu.......

    Ayam hidup pun Wanita Kucing ni takut tauuuuu.......

    Uwaaaaaaaaaaa.......adakah ni yg d`namakan "p`bawakan budak". Geli itu, takut ini....
    Alahaiiiiii......

    :)

    ReplyDelete
  37. YB,


    Tetiba ingat pulak kat lagu Uji Rashid ni...bezzz



    Mengapa Dirindu

    Anak punai anak merbah
    Terbang turun buat sarang
    Anak sungai pun berubah
    Ini pula hati orang
    Mengapa dikenang

    Asal kapas jadi benang
    Dari benang dibuat baju
    Barang lepas jangan kenang
    Sudah jadi orang baru
    Mengapa dirindu

    Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
    Kasih yang baru simpan di hati
    Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
    Kasih yang baru simpan di hati

    Selat teduh lautan tenang
    Banyak labuh perahu Aceh
    Jangan kesal jangan kenang
    Walau hati rasa pedih
    Mengapa bersedih

    Kalau pinang masih muda
    Rasanya kelat sudahlah pasti
    Kalau hilang kasih lama
    Cari lain untuk ganti
    Mengapa dinanti

    Patah 'kan tumbuh hilang berganti
    Akan sembuh kalau diubati
    Patah 'kan tumbuh hilang berganti
    Akan sembuh kalau diubati

    Sayang mengapa dirindu


    waaa.... memang sedap didengar.

    ReplyDelete
  38. lelaki maner tak sayang burung kannns.. ihihi

    ReplyDelete
  39. Ass-Salam YB
    Kita pun baru terlepas nak tangkap anak burung yang dah menumpang sarang kat pokok bunga pagar ...agaknya dah pandai terbang sendiri.
    tetapi memang ada satu rasa yang indah bila ada burung bersarang sampai bertelur kat rumah kita ek...

    ReplyDelete
  40. YB,
    nak tahu tak
    sya boleh nyanyi lagu burung merbah ni lepas baca en3
    hahahaahha...kalau dah artis tu kan?
    perasan jab.. ;p

    ReplyDelete
  41. sha,
    sejujurnya tak semua bapa sesabar itu. Ada yg nak lempang aje anaknya kalau tanya berulang kali.

    Tapi tak kurang juga bapa yg sabar dgn kerenah anak2 mereka. Tak semesti dlm bentuk soalan "burung apa?". Banyak lagi kerenah anak yg bapa kena tangani.

    well, itulah antara cabaran dan tanggungjawab menjadi seorg bapa huhuhu

    ReplyDelete
  42. MENTIBANG LAUT,
    mmg kurang tinggi huhuhu

    ReplyDelete
  43. meo,
    sekali sekala citer santai mcm ni.

    ReplyDelete
  44. Catwoman,
    sebelum awak berbadan dua dulu adakah awak geli juga dgn burung dan ayam? Kalau dulu tak geli tapi sekarang rasa geli, mmglah bawaan budak.

    Nasib baik benda berbulu lain awak tak geli hahaha

    ReplyDelete
  45. a.z.r.i.n.a.03.07,
    teringat masa muda2 dulu.

    Awak mesti hafal lagu. Rasa nak dengar awak nyanyikan lagu inilah pulak.

    Lain kali saya kontek awak pasal ni hehehe

    ReplyDelete
  46. en_me,
    haah betul tu. Tanpa burung siapalah kita hahaha

    ReplyDelete
  47. hazeleyed lady,
    wsalam.

    Awak nak tangkap ke burung tu? Lepas tu nak masukkan sangkar?

    Saya tak sampai hati nak buat mcm tu. Biarlah dia terbang bebas selepas dia boleh terbang. Nak bagi anak burung tu makan pun tak pandai. Biarkan emak dan bapa burung tu yg bagi makan dan curahkan kasih sayang kpd anaknya.

    Kita mmg tumpang gembira kerana burung tu sudi buat sarang kat pokok di rumah kita. Untung2 kita dapat pahala.

    ReplyDelete
  48. Eja,
    ya ke?

    Nak dengar Eja nyanyilah. Mesti merdu. Nanti kita roger2.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails