Petang semalam aku dipanggil utk tender clarification projek membina surau di Bandar Seri Putra oleh pihak Pengurus Projek. Hadir sama ialah Pengerusi surau selaku wakil jawatankuasa surau, wakil dari pihak pemaju dan konsultan.
Ada tiga syarikat disenarai pendekkan termasuk sykt kami. Giliran kami sepatutnya pukul 5:30 ptg tapi dua sykt sebelum kami mengambil masa yg agak lama maka kami masuk pukul 6:00 lebih. Lepas berbincang lebih kurang 15 minit kami pun keluar. Ada skop tambahan yg baru diberi Bill of Quantity melibatkan kerja2 mekanikal dan elektrikal. Nak kena kiralah harga utk kerja2 tersebut.
Tanah tapak surau
Dalam perjalanan balik aku singgah bandar Kajang. Kerana waktu itu Maghrib dah nak masuk, aku pun pergi ke Masjid Jamek Daerah Hulu Langat. Ramai org yg berjemaah di situ. Rasa sejuk hati. Lepas solat ada ceramah oleh seorg ustaz bergelar Dato' tapi aku tak dapat ikut serta sebab aku dah janji nak belikan satay perut dan ayam untuk keluarga aku.
Aku pun ke Restoran Mee Bandung Muar yg terletak tak berapa jauh dari masjid. Anak2 aku cukup minat satay perut di situ. Kalau lambat datang selalunya dah habis. Malam tadi memang rezeki kami. Satay perut masih ada. Aku order 40 cucuk dan tambah 10 cucuk satay ayam utk emak aku dan emak Adam.
Cerita yg lain tu tak payah tahulah ya.
Aku nak bersiap nak ke Klang untuk lawatan tapak ke 2 projek yg aku uruskan di sana. Bomba nak datang buat pemeriksaan hari ini.
Jumpa lagi petang ini, insyaAllah.
Salam & Selamat Pagi YB,
ReplyDeleteSaya silent reader blog YB.
alaa..2nd..pulak..hisk!
ReplyDeletewahh..projek mega tuh..
ReplyDeletemurah rezeki..
kaklong nk bt jualan satay perut
pulak la..
masih tak berani nak mencuba makanan yg berasaskan "perut".
ReplyDelete40 cucuk???byknya..abes ke YB semua tue...Klang area mane? Bukit Tinggi erk
ReplyDeleteapsal aku rasa seram bila baca komen yg 1st tu ek.huhu..
ReplyDeleteok.komen tuk entri ko ni adalah aku blum pernah makan sate perut lagi. maybe tunggu ko blanje kut.hee
salam akhi YB ....
ReplyDeletemacmana ter rasanya sate peryt tu , mesti sedap kaaan , kalu takkan sampai gitu banyak nya akhi YB beli....
yg ummi tahu sate masuk dlm perut jer .he he he
alang alang family ko suka layan sate.. bawak jer ke Muar terus...
ReplyDeleteBREAKFAST sate.. BREAKFAST TAU!!..
best gilos...
sate perut dia.. yummyyyy..
MMG KELAASSS....
kalau ko biasa beli 40 cucuk, kalau makan kat kedai kt muar tu, sure 60 cucuk tak terasa..
anak aku si zaqwan yg kecit tuh pon abis 7 cucuk sate ayam.. belum lagi atuk, nenek, mak, ayah, kakak, bapak2 sedara + mak2 sedara si zaqwan ni yg melantak..
hahahahaha...
salam yb...saya tak minat satey...kalau makan tak bagi saya pun tak pa...
ReplyDeletesalam uncle..
ReplyDeletetanah tapak surau, bagus, nampak dekat dengan rumah..ada yg tengah bina lagi tu..harap bukan rumah yg terbengkalai yg kita selalu dengar tu..
Besar projek ni yB..satay perut sedap juge..jika yB habis 40 cucuk..kawan lagi lebih..hehe!
ReplyDeleteKadar faedah sewa beli kereta naik
Such a busy man u are..
ReplyDeletePembaca Senyap,
ReplyDeletewsalam dan selamat tengahari.
Terima kasih kerana mengikuti blog saya yg tak seberapanya ini. Rasa segan pulak bila silent reader mcm awak tiba2 bersuara walaupun tak mengenalkan diri.
kak long,
ReplyDelete2nd tu pun dah kira pencapaian yg boleh dibanggakan. Hari ini ramai yg sibuk atau takde apa sgt nak komen di n3 ini. Saya pun tergesa2 nak ke Klang tadi pagi.
cerita yg tak payah tahu tu la yg aku nak tau..
ReplyDeleteapa citernya???
.
.
cepat citer!!!!!!
.
.
klu tak.... tido luar mlm ni..
hikkkkkssssss :P
kak long lagi,
ReplyDeleteProjek kecil aje tu. Itu pun belum tentu dapat. Saya tak mencari keuntungan material utk projek surau tu tetapi lebih kepada membuat amal jariah.
Nanti kalau dah buat satay perut bagitahulah saya. Nak rasa satay kak long. Mesti best hehehe
juliet,
ReplyDeletekalau perut ko tak berani, lidah boleh tak? Cuba ko rasa sup lidah. Sedap tau ngeeee
sahromnasrudin,
ReplyDeletekali ni saya beli banyak sikit biar puas anak2 makan. Haizam dan Haikal boleh habis berbelas cucuk setiap seorg. Abg mereka Hazwan kalau balik rumah pun lebih 10 cucuk. Itu tak masuk saya dan emak saya. Emak Adam tak suka sgt satay perut. Itu sbb saya beli 10 cucuk satay ayam.
Malam tadi kebetulan 2 org jiran dtg melawat emak saya. Rezeki merekalah nak rasa satay tu jugak.
Klang ada 2 stesen Shell yg baru siap di Taman Botanic dan Kota Bayu Emas. Tadi saya pusing kat Bukit Tinggi juga. Awak duduk sana ke?
Penyuk,
ReplyDeleteApasal ko rasa seram? Ko kenal ke org tu? Ko pun ramai pembaca senyap termasuk aku bila malas nak komen n3 ko kah kah kah.
Nak aku belanja no problem. Ko rogerlah aku bila ko ada kat area aku ni.
Ummi,
ReplyDeletewsalam.
Sate perut ni kalau yg suka mmg sedap sebab lembut dari satay daging atau ayam. Tapi ada rasa lain sikit. Itu yg buat ramai org tak berapa jalan ngeh3x
Sate dia lebih kecil dari sate biasa. Saya dah terangkan mengapa saya beli sampai 40 cucuk kpd sahrom di atas.
TINY,
ReplyDeleteaku biasa sarapan mee bandung dan satay yg dekat telekom kat bandar Muar tu masa aku selalu kerja sana dulu. Pakcik tu pukul 8:30 pagi baru nak bakar arang. Tapi satay dia mmg special. Masa aku bawa famili aku ke situ satay dia tak ready lagi. Kami makan mee bandung aje huhuhu.
Wah korang kuat melantak satay ya? Kalau Hj Samuri nak senaraikan bisnes dia di Bursa Malaysia, aku cadangkan ko beli saham dia. Boleh ko jadi tauke satay. Lepas tu korang boleh makan puas2 di samping belanja aku makan hehehe
Alimaz -Kembara Terasing,
ReplyDeletewsalam.
Boleh jimatlah kalau mcm tu. Tapi kat Perlis banyak makanan lain yg tak kurang sedapnya hehehe
zaren,
ReplyDeletewsalam.
Tapak surau tu mmg di tengah2 kawasan perumahan. Sebahagian dari rumah tersebut telah diduduki dan sebahagian baru siap. Ada juga yg masih dlm pembinaan seperti yg di dlm gambar tu.
Nampaknya projek berjalan lancar di situ.
relevan,
ReplyDeletetak besar sgt kerana sekadar membina sebuah surau. Dalam 750K.
40 cucuk tu bukan utk saya seorg. Utk sekeluarga. Awak boleh habis >40 cucuk seorg? Boleh masuk pertandingan makan satay kalau mcm tu hehehe
Jaja,
ReplyDeleteSementara masih larat ni. Kalau tak usaha cari projek alamat tak berasaplah dapur.
Skrg pun mmg tak berasap sbb dapur gas hehehe
kts,
ReplyDeletekan abg dah citer kat syg tadi.
Malam ni tido dalamlah abg ngeee
Opps malam ni giliran syg ke atau giliran emak Adam adeh adeh adeh .....
emak si adam mesti suka dpt makan satay kann..kann
ReplyDeleteberapa cucuk ? opps..
LiNda,
ReplyDeletedia tak suka satay perut tapi suka yg bawah sikit dari perut tu wakaka
yb.. ada tak rumah murah utk dijual dkt KL?. ehehehe.
ReplyDeleteJard,
ReplyDeleteSiapa yg nak beli tu? Ko mana layak beli rumah murah.
Dekat area aku ni rumah yg dulunya rumah murah skrg dijual dgn harga RM120K.
Kalau nak murah lagi ko cubalah cari kat Flat Columbia sana
banyak pahala awak dapat memberi makan keluarga! semoga bertambah rezeki yang melimpah ruah.
ReplyDeleteal-lavendari,
ReplyDeleteinsyaAllah. Semoga rezeki abg pun yg dah melimpah ruah tu bertambah2 lagi. Paling tidak jadi org terkaya di LH yg mmg tempat org2 kaya tu hehehe
dah lama tak makan sate perut... fuhhhh~~~
ReplyDeletesyah,
ReplyDeletejom kita pergi restoran tu. Kita ajak zonaku sekali.