Friday, June 4, 2010

Cerita Pasal Projek Pula

Hari aku nak cerita tentang projek2 yg mana aku terlibat. Sesiapa yg berminat nak tahu sila teruskan membaca. Kalau tak berapa minat atau tak minat langsung, harap sudi datang ke blog ini lagi lepas ni utk cerita tentang hal2 lain.

Semalam ada pemeriksaan Bomba di tapak dua projek yg aku terlibat. Pemeriksaan dan surat sokongan dari pihak seperti Bomba diperlukan sebelum pihak jurutera perunding boleh mengeluarkan Sijil Pematuhan Pembinaan atau CCC (dulu dikenali sebagai Certificate of Fitness for Occupancy atau CFO).

Stesen pertama terletak di Taman Botanic, Klang.

Gambar ini diambil 2 minggu lepas. Kuda hitam siapalah pula yg di depan stesen tu hehehe

Ini pula stesen yg terletak di Kota Bayu Emas

Memandangkan aku terpaksa menyusun banyak lawatan tapak dan pemeriksaan dari pihak berwajib, maka aku kena memulakan seawal mungkin. Kalau nak tunggu semua kerja siap sepenuhnya baru nak mulakan pemeriksaan, alamat lambatlah dapat CCC tu. Pelanggan aku nak benda tu cepat supaya mereka boleh mulakan operasi secepat mungkin. Koordinasi antara kontraktor, konsultan dan pihak aku sebagai pengurus projek amatlah penting.

Pegawai Bomba yg datang melakukan pemeriksaan berpuas hati dgn pematuhan kami terhadap keperluan Jabatan Bomba. InsyaAllah lepas ini, aku kena kejar surat sokongan dari Bomba.

Ini baru satu jabatan. Ada banyak lagi jabatan akan menyusul selepas ini seperti JKR, Syabas, TNB, Telekom, IWK dan Majlis Perbandaran Klang. Di dalam MPK sendiri ada banyak jabatan seperti Jabatan Perancang, Kejuruteraan, Bangunan dan Seni Taman.

Aku perlu kenal dan berkawan dgn ramai orang!

32 comments:

  1. ye btul tu..kawan ramai x pe..musuh xmau..

    :P

    ReplyDelete
  2. nnt jgn lupa pesan kat diorang,kalu ade org kecemasan nak pinjam pemadam api, bagi jer.

    ReplyDelete
  3. kawan biar ramai...
    khawin biar 1 ye en.YB...
    hik hik hik..!

    ReplyDelete
  4. bila buat sesuatu projek, banyak pihak yg terlibat.

    dulu pernah kerja dengan syarikat kontraktor, buat sekolah. kena ada temujanji dgn JKR, bomba, telekom, syarikat air.. dan mcm3 lagi.
    waktu ni kalau nak cepat settle semua tu, masih lagi ada sesi 'hulur-menghulur'
    he he he he

    ReplyDelete
  5. "Hari aku nak cerita tentang projek2 yg mana aku terlibat. Sesiapa yg berminat nak tahu sila teruskan membaca. Kalau tak berapa minat atau tak minat langsung, harap sudi datang ke blog ini lagi lepas ni utk cerita tentang hal2 lain."

    saya suka intro awak ni. ia membuatkan saya ingin terus membacanya. saya minta izin nak guna dalam entri tertentu saya nanti. boleh ?

    ReplyDelete
  6. nampak kuda hitam teringat kemri putih,ehehehee.

    main kejar2 bagus untuk kesihatan,kekekekeke.

    ReplyDelete
  7. Aku perlu kenal dan berkawan dgn ramai orang!



    Inche...
    Saya nak berkenalan, boleh?


    Saya orang baru dalam blog ni.
    :)

    ReplyDelete
  8. dah siap rupenya kat Taman Botanic tu... Gila lama laa saya tak lalu situ... takde hal betul nak pegi Klang sanun... hihihihihih :P :P

    Tapi kalu pegi pun, tak lalu situ, jauh... hohohohohoh :P :P

    ReplyDelete
  9. kne 8 department sokong, br leh lulus kan...klu 1 tak sokong, jgn harap la kelulusan akan diberi..lebih kurang CF la kan..
    p/s: betulkan klu sy salah....

    ReplyDelete
  10. erkk... hellooo kawan .

    bila mau belanja makan ??

    ReplyDelete
  11. hanie,
    kalau ramai seronok. Mana2 kita pergi ada org yg nak kita temui.

    ReplyDelete
  12. Penyuk,
    ko nak suruh aku pesan kat dealer stesen minyak tu atau kat Bomba utk pinjam pemadam api? Kalau dealer dia tak boleh bawa keluar pemadam api tu takut kalau ada kebakaran tak cukup pemadam.

    Kalau ko nak pinjam pemadam api dari bomba lebih baik mereka hantar kereta bomba tu utk padamkan api hehehe

    ReplyDelete
  13. kak long,
    betul tu. Rasa setiap minggu kawan saya bertambah. Samada di alam nyata atau di alam siber.

    Kenapa kahwin kena 1 aje kak long? hehehe

    ReplyDelete
  14. en_me,
    yes kita kawan. Semoga kita menjadi rakan siber yg baik.

    ReplyDelete
  15. sI tEDI,
    kalau awak pernah kerja dgn kontraktor awak faham apa yg satu ceritakan dlm n3 ni.

    Bukan senang nak buat temujanji dgn pihak berwajib ni. Mereka pun sibuk juga. Adakala pegawai yg bertanggungjawab sibuk sehingga sebulan. Kalau tak kenal kena tunggulah selama itu. Kalau kenal lain cerita. Nak pergi sarapan pagi pun boleh singgah kejap buat pemeriksaan hehehe

    ReplyDelete
  16. al-lavendari,
    itu mananya psaikologi songsang. Nak tak minat nak baca pun jadi terbaca hehehe

    Kalau abg nak guna dlm n3 abg di masa hadapan silakan. Kalau dpt bagilah kredit kat hujung2 n3 tu pun takpe ngeeee

    ReplyDelete
  17. Juliet,
    kesian aku tengok ko begitu beriya2 nak merasa naik kemri putih tu. Apa kata weekend ni ko datang rumah aku. Nanti kita pergi ronda2 satu KL.

    ReplyDelete
  18. ckLah,
    kalau saudari sudi berkenalan dgn saya apa salahnya. Cik adik ni dah berpunya ke?

    kah kah kah

    ReplyDelete
  19. syah,
    Haah dah siap dah. Mula kerja dulu sebelum Raya Cina. Nak bina selalunya taklah lama sgt tapi nak dapatkan kelulusan dan CCC tu yg lama huhuhu.

    Kalau Taman Botanic tu jauh, kami nak bina satu lagi stesen yg dekat sikit dgn tempat awak di Jalan Bukit Kemuning sebelum masuk KESAS. Kelulusan bersyarat dari MBSA dah dapat tapi kena tunggu pecah sempadan sebelum boleh mula kerja. Rancang nak mula kerja bulan depan.

    ReplyDelete
  20. sahromnasrudin,
    tak semestinya 8 dept. Ada PBT yg mempunyai lebih dari itu. Sebagai contoh DBKL ada Jab Perkihdmatan Bandar, Jab Kerja Awam, Jab Kesihatan selain jabatan2 yg saya sebut dlm n3 tu.

    Ada pula projek yg memerlukan kelulusan dari pemegang konsensi spt PLUS, KESAS, Litrak dan juga LLM jika projek kami di lebuhraya.

    Biasanya kami kena berurusan dgn 12 -16 jabatan tak termasuk Pejabat Tanah serta Kementerian Perdagangan Dlm Negeri.

    Banyak kerenah dan leceh kalau tak kena gayanya.

    Mungkin ini antara sebab BP dan Projet menutup semua stesen minyak mereka di Malaysia.

    ReplyDelete
  21. LiNda,
    hellooo kawan. Ko ni takde benda lain selain minta aku belanja.

    Jomlah turun KL cuti ni kalau nak aku belanja.

    psst - jgn lupa bawakan aku satar dan otak2 Ganu.

    ReplyDelete
  22. naik kemri dengan hahahaaaa nak lah,dengan yuuyuuyuu takmolah,kekekekeke

    ReplyDelete
  23. aikkk!..mana Dr.singa..
    tak tunjuk taring pun..

    yb tanya kenapa khawin 1 je?
    tanya org 1 selimut dulu...
    marah tak...klu tak,ok la tu...
    hihihikk..!

    ReplyDelete
  24. juliet,
    pergilah ko naik kemri dgn hahahaaaa tu.

    Aku bawa kts naik kuda hitam. Ko jgn jeles pulak kalau dia jadi emak mertua tiri ko

    kah kah kah

    ReplyDelete
  25. kak long,
    DrSinga sibuk agaknya agaknya sbb ramai org nak MC anak dah mula cuti sekolah hehehe

    Saja aje saya tanya? Mana boleh tanya org yg 1 selimut. Mahu tidur tak pakai selimut saya nanti huhuhu

    ReplyDelete
  26. Baca bab projek YB pon dah buat Jaja penat hehe..ligat sungguh!

    ReplyDelete
  27. saya nak suruh bukak satu dari KESAS menghala ke Port Klang tu... Ade sebutir je Petronas, tu pun nuuunnnn dah nak sampai Port Klang baru jumpak...

    kalau bukak satu kulit kerang sebelum tu, muuuuussssstttttiiiii masyyyuuuuuukkkkkk~~~

    ReplyDelete
  28. kat kota kemuning dah ada kulit kerang, saya tak pegi la kat hi-way, buatpe... hahahahah :P :P

    ReplyDelete
  29. Jaja,
    projek kecil aje ni. Dahlah tu peranan saya pun kecil aje. Kalau semuanya kecil, masukpun kecillah juga huhuhu

    Gasing yg kecil selalunya lebih ligat dari gasing besar hehehe

    ReplyDelete
  30. syah,
    stesen yg kedua tu betul2 selepas highway KESAS habis dan masuk jalan JKR. Kira2 2 km dari Petronas yg nun di hujung tu.

    Lain kali kalau lalu situ mesti awak nampak stesen yg baru kami buat tu. Bulan depan insyaAllah beroperasi. Kalau ke Port Klang bolehlah isi minyak kat situ.

    ReplyDelete
  31. syah lagi,
    yg kami nak buat ni bukan kat Kota Kemuning tapi Jalan Bukit Kemuning. Kalau dari Jalan Kebun ikut Bukit Naga nak ke KESAS stesen di dah kat hujung jalan tu.

    Awak tak lalu situ pun tak apa lah. Cuma bagi tahu.

    Kulit kerang sedang cari tanah dekat Mardi Jalan Kebun. Sesiapa ada tanah di situ boleh hubungi saya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails