Sunday, April 25, 2010

Tak Lena Tidur Malam Tadi - (iyalah tu)

Jangan pula korang fikir yg bukan2. Malam tadi bukan malam Jumaat hehehe

Lebih kurang pukul 4:30 pagi tadi penggera di rumah aku berbunyi. Aku terus terjaga. Emak Adam pun terjaga kerana dia tidur2 ayam kerana Adam kuat menyusu bila malam. Jadi emak Adam kena pusing kiri pusing kanan tukar posisi menyusu bila sebelah dah kering (betul aku cakap sampai kering susu emaknya Adam hisap).

Dalam aku mamai2 tu emak Adam cakap, " Sebelah belakang tu bang sebab lampu zon 4 yg hidup,"

Aku pun dengan beraninya menghidupkan lampu ruang tengah dan turun ke bawah. Aku hidupkan lampu dapur lepas tu. Tak nampak sebarang kelibat orang. Emak Adam pun dah turun masa tu. Aku pun tambah berani. Aku buka lampu luar dan buka pintu dapur. Kalau apa2 grill masih ada. Tiada sesiapa di luar. Kucing pun tiada. Aku masuk bilik emak aku yg tidur di bilik bawah sejak kakinya sakit dan susah nak naik tangga. Dia nyenyak tidur - tak dengar penggera tu rupanya. Bila aku masuk bilik dia dan periksa tingkap di situ baru dia terjaga. Habis periksa semua dan tiada apa, kami pun masuk bilik semula.

Nak masuk Subuh tadi penggera berbunyi lagi. Zon sama. Sebelah belakang. Aku bangunkan Hazwan kali ini. Kami turun ke bawah. Kali ini siap hidupkan spotlight kawasan laman. Check sana, check sini tiada sesiapa atau apa2 yg mencurigakan. Hazwan telefon balai polis utk memberitahu mereka.

Sedang kami nak solat Subuh terdengar bunyi motorsikal lalu. Mula2 aku ingat polis membuat rondaan sebab Hazwan ada call tadi. Rupa2nya seorg lelaki yg mencurigakan naik RXZ dengan sebuah beg galas. Helmet pun tak pakai. Nak kata org nak pergi kerja, hari ini hari Ahad. Telefon polis sekali lagi.

Pukul 7:10 baru kelihatan kereta peronda mundar mandir. Akhirnya ia berhenti di depan rumah kami. Aku dan Hazwan keluar utk berjumpa anggota peronda tersebut. Kami memberitahu apa yg kami nampak. Dia pun nampak sebuah RXZ di surau katanya. Tapi mungkin org pergi sembahyang Subuh.

24 comments:

  1. kih3...

    alarm rumah aku over sensitif, kdg2 kucing tersentuh gate pun berbunyik...


    cuak jugek tuh.. aku dahla sensorang kt umah penang tuh.. :P

    ReplyDelete
  2. PnConfused,
    tak boleh adjust ke kasi kurang sensitif? Tapi kalau kucing sentuh lalu berbunyi tu kira ok jugaklah. Jgn semut lalu pun dah bunyi itu dah kes berat.

    EnCayang bila nak pindah Penang? Takkan esok bila ko nak beranak, dia takde di sisi?

    ReplyDelete
  3. aduhai! mmg tak lena tidur di buatnya..

    nasib baik tiada apa2 yg berlaku!

    ReplyDelete
  4. YB kata,

    ..Emak Adam pun dah turun masa tu. Aku pun tambah berani...


    Saya dah kata . YB mesti takleh berenggang ngan emak si Adam .

    Heheee

    ReplyDelete
  5. aku musykil ni. betul ke Adam tu kuat menyusu sampai kering dibuatnya.budak kecik banyak mana lah nak diminumnya.lainlah bapak budak.hehe...

    ntah² pencuri tu masuk rumah sebelah kut.

    cuba panggil ustaz mintak buat "pagar"

    ReplyDelete
  6. motosikal RXZ nieh mmg selalunya mencurigakan. sha kena rompak dulu pon org naik RXZ jugak. apalah dosa motor tuh gaknye...huhu...

    ReplyDelete
  7. antara susu kering dan penggera berbunyi tak tau mana satu nak komen....

    ReplyDelete
  8. sI tEDI,
    yg buat kami risau kat sini ada jiran yg kena samun siang hari 2 minggu lepas. 4 lelaki bersenjata parang masuk ke rumah jiran masa tu. Taman kami ni dah jadi mcm target pulak. Nak harapkan persatuan penduduk belum ada tindakan konkrit lagi huhuhu

    ReplyDelete
  9. LiNda,
    bukan mcm tu lah. Yg sebenarnya (mcm lagu Yuna pulak) emak adam yg tak nak berrenggang dgn saya hehehe

    ReplyDelete
  10. penyuk,
    ko cakap dari pengalaman sendiri ke ni? wakaka.

    Mmg Adam tu kuat menyusu badan sebab dia tak suka susu botol. Sebelum langsung tak mahu susu botol. Aku cakap penuh inesen ni hehehe

    Tak payahlah naklah "pagar". Kami ini org baik-baik ngeee

    ReplyDelete
  11. sha,
    motor tu mmg tak berdosa tapi penjenayah suka guna sebab boleh pecut laju. Kalau pakai Honda cup mesti kantoi kalau kena kejar polis.
    Nak pakai motor besar penjenayah ni belum cukup modal kot hehehe

    ReplyDelete
  12. ONE ZABA,
    ko ni mesti terpengaruh dgn komen penyuk. Nyampah

    ReplyDelete
  13. hehehhehee..........
    ko suka kan buat keje part time tu...........(sambung komen n3 sblm nie)

    er....errr..... alarm tu bunyik awal, call polis pun awal, polis sampai????? kalau betul ada org jahat msk rmh, lps dah selesai semua br la polis sampai kan?
    lombab!

    ReplyDelete
  14. ckLah,
    kalau ya pun nak intai datanglah waktu siang. Nak datang time sarapan pun boleh. Dapat juga emak Adam bagi mee Bandung dan popiah yg dia buat sendiri tu ngeeee

    ReplyDelete
  15. zonaku,
    untuk org2 tertentu aje aku buat kerja part time tu. Kalau ko nak gunakan khidmat aku sila beritahu ahaks.

    Aku tak nak komen banyak tentang response time polis tu. Semalam kebetulan aku ada pergi balai. Kalau ikut piagam, mereka kena berada di lokasi kurang dari 15 minit. Tak cukup kakitangan gamaknya. Tapi skrg gaji dah naik ni tentu ramai yg minat nak kerja polis. Lepas ni harap2 takde alasan tak cukup kakitangan.

    ReplyDelete
  16. nak komen lain sikit ni;


    ...sian pak polisi jugak yg kena susah-susah..


    ///ape ke sudahnya cerita ni???

    ReplyDelete
  17. n3 penuh saspen...
    tp lagik saspen sapo lak mat motor tu yb??
    cite x abih lg ke?
    hehehe

    ReplyDelete
  18. ikan emas,
    menjaga keselamatan dan keamanan mmg sudah menjadi tugas pak polisi. Kita hanya membantu menyalurkan maklumat kpd mereka. Kami ada no balai polis Hulu Klang walaupun dari segi jarak balai polis Setiawangsa lagi dekat. Tapi berlainan negeri. Tak datang kalau panggil yg Setiawangsa.

    Suspek yg mundar mandir dgn RXZ tu telah meninggalkan kawasan ini semasa polis sampai. RXZ dia warna gelap sedangkan RXZ yg di surau tu warna cerah.

    ReplyDelete
  19. Ms.Lilies,
    Mat motor tu kami rasa org luar nak berniat tak baik. Tak tahulah samada dia terlibat sehingga menyebabkan alarm rumah kami berbunyi sebanyak 2 kali.

    Kami harap respon dari pihak polis lebih pantas lain kali. Jadi peluang menahan mereka yg disyaki lebih cerah. Kalau tak salah, boleh lepaskan tapi kalau meragukan, pihak polis dapat mengambil tindakan yg sewajarnya.

    ReplyDelete
  20. bahaya umah YB..dah ada cubaan nak pecah. harap penyamun tu putus asa lah...

    ReplyDelete
  21. selalu wonder...kalau call rakan cop..apa akan berlaku...??mereka akan call kan polis jugak??

    ReplyDelete
  22. DrSinga,
    2 tahun lepas semasa ada kes jenayah kami panggil rakan cop. Lepas tu polis datang. Sekali tu pernah pemandu gunakan emergency lane sewenang2nya di PLUS highway masa jam dan kami panggil rakancop beritahu keadaan dan minta hantar polis utk saman mereka yg kurang ajar ni, tak berapa lama kemudian kereta peronda dtg.

    OK lah tu. They have close link.

    ReplyDelete
  23. MENTIBANG LAUT,
    itulah risikonya rumah tepi. Tapi saya rasa penjenayah tu pilih secara rambang.

    Harap penyamun tu tak datang lagilah. Semoga kami dipelihara Allah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails