Wednesday, April 28, 2010

Sudahkah Anda Mengembalikan Borang Cukai Pendapatan?

Tak sampai 74 jam saja lagi utk mengembalikan borang cukai pendapatan bagi tahun ini utk mereka yg sumber pendapatan utama dari penggajian. Sudahkah anda berbuat demikian? Kalau belum eloklah cepat2.

Aku berani cakap ni sebab aku dah menghantar borang aku melalui e-filing. Dah 3-4 tahun aku gunakan e-filing. Mudah dan cepat. Tapi kalau tunggu hari terakhir, sistem boleh jadi perlahan atau jam terus. Tak pasal2 minggu depan bila hantar kena denda kerana lewat.

Berdasarkan e-filing aku yg aku buat tadi (haah baru tadi aje buat hehehe) aku telah terlebih bayar cukai. Semua PCB aku yg dipotong semasa aku kerja bulan Jan dan sebahagian Feb 2009 akan dipulangkan. Kali ini potongan zakat aku melebihi cukai yg kena dibayar.

Aku harap dalam masa kurang dari sebulan dapatlah aku duit lebih tu. Kalau kurang bayar cukai, kita kena langsaikan dan-dan tu juga. Jadi apalah salahnya kalau terlebih bayar, LHDN pulangkan dalam masa sebulan. Barulah rakyat diutamakan.

27 comments:

  1. saya tak ada cukai yang nak dibayar huhuu....

    tapi sekarang ni semua dah online senang...

    ReplyDelete
  2. sape yang taknak pulangkan tuh...agak2lah. kesian kat orang yang mengira gaji dan membuat borang EA tuh...kesian...kesian..kesian...percayalah cakap sha:(

    ReplyDelete
  3. kali terakhir bayar cukai-beberapa tahun lepas. sekarang tak kerja. bulan lepas dapat pos ekspress penyata gaji utk borang EA. oho!

    ReplyDelete
  4. YB,
    sya tak ............


    aaaa... malu!!!!
    rakyat malaysia jenis apakah aku nih?

    ReplyDelete
  5. Salam YB....

    Sama2 lah kita m`jalani tanggungjwb sbg warganegara M`sia yg b`tanggungjwb m`jelaskan cukai p`dptan......


    Hidup YB !!! Hidup YB!!....errkkk, apasal lak aku vote ko nihhh,YB???


    Huhuhuhuhu........

    :)

    ReplyDelete
  6. NL,
    Sebagai pekerja kita kena isi dan hantar borang cukai kita samada kita kena cukai atau tidak. Maknanya semua pekerja harus ada fail cukai.

    Tapi ramai yg buat tak tahu aje hal ini termasuk yg dapat beribu2 ringgit sebulan buat direct selling huhuhu

    ReplyDelete
  7. sha,
    oh sha lah salah seorg dari mereka yg mengira gaji dan membuat borang EA tu ya? ngeeeee

    Othman Juliana,
    Mcm sama aje kita ni. Tahun 2009 daya kerja makan gaji selama 42 hari aje. Baru2 ini dapat borang EA dari bekas majikan. Lepas tu dapat satu lagi borang EA dari sykt kulit kerang kata ada RM800 arrears yg mereka bayar kpd saya pada 2008. Semalam rasa dah settle semua. Tahun depan mungkin saya borang lain - sumber pendapatan dari perniagaan hehehe

    ReplyDelete
  8. Eja,
    Kalau tahu org LHDN mau awak kena kejar ni. Tapi jgn risau kerana ramai lagi rakyat Msia yg masih buat mcm ni termsuk peniaga2 pasar malam yg untung ribu riban setiap bulan hehehe

    ReplyDelete
  9. Catwoman,
    wsalam.

    Dari bulan pertama saya kerja saya dah kena potongan cukai. Di Sarawak dulu mmg JHDN (skrg LHDN) membuat potongan bulanan. Di Semenanjung perkara ini iaitu PCB diperkenalkan kemudian.

    Ada org kata PCB tu bererti Pantang Cukup Bulan hehehe

    Kalau dikira2 dah beratus ribu juga saya bayar cukai. Niatkan utk amal jariah.

    Tak rugilah kiranya awak vote saya pagi ni ngeh3x

    ReplyDelete
  10. semoga rakyat diutamakan...aku xpernah isi e-filing lagi...huhuhuh

    ReplyDelete
  11. jedi,
    Itulah yg kita harapkan. Aku pernah tunggu bertahun2 nak dapatkan balik cukai terlebih bayar. Sampai aku telefon pegawai kanan LHDN (dia selalu keluar kat tv masa tu) baru ada tindakan.

    Tahun depan ko cubalah gunakan e-filing tu. Sekali buat lain kali dah senang.

    ReplyDelete
  12. Salam pagi Khamis buat Paman dan pembaca blog Paman..

    Alhamdulillah, Ina dah settle awal bulan ni. Hampir terlupa sebenarnya.. Nasib baik tiba2 teringat, terus buat e-filing.

    Memang betul cakap Paman, e-filing memang cukup simple. Sebelum Ina taxable dulu, punyer kecut perut. Takut2 salah kira ke or tak reti nak kira. Tapi dgn e-filing ni, fuuuhh.. beberapa min je dah siap. Alhamdulillah ada PCB tu. Really helps dan sebab PCB tu juger, Ina macam Paman, terlebih bayar. Hehehe..

    ReplyDelete
  13. S-a-B-r-I-n-A,
    wsalam dan semoga hari ni hari yg produktif utk Ina dan semua yg membaca komen ini.

    Kira awal jugalah Ina settlekan. Org Msia suka buat benda last minute. Bila berebut2 atau terkejar2 tu baru ada thrill agaknya. Cheap thrill!

    Dulu semua dokumen nak disertakan. Skrg simpan aje dokumen2 tu terutama resit2 kalau LHDN nak periksa.

    Oh ya jangan lupa bayar zakat kerana layak ditolak cukai ringgit for ringgit. Paman punya zakat tahun lepas lebih dari cukai. Itu yg tak kena bayar langsung cukai. Tambahan berapa sangatlah pendapatan kalau kerja cuma 42 hari huhuhu

    ReplyDelete
  14. ntah lah YB saya selalunya tunggu surat sampai baru lah terhegeh nak isi dan tunggu last minit hantar... hehee

    dulu terpaksa pergi sendiri kat plaza perangsang SA tu untuk serah borang.. ramai gak org masa tu...

    tak kena bayar pun sbb dia dah potong bulan2 cuma serah borang tafsiran jer...


    sekang dah lama tak dapat surat... last dapat surat bbrapa tahun lepas dan buat e-filing tu...


    kat London yang pengangur dapat elaun bulan2 kat negara kita dapat duit lebih sikit dah kena bayar cukai...


    oh! lupa... pencapaian diutamakan rakyat didahulukan hahahahahahhahahaha

    ReplyDelete
  15. saya dikecualikan dari bayar cukai sebab...errr...sebab...gaji RM500 ada hati nak bayar cukai :P

    ReplyDelete
  16. memang rakyat di utamakan, tetapi mengutip hasil didahulukan.

    ReplyDelete
  17. ye ye.. e-filing lebih mudah..

    .. saya pon tolak zakat (potongan gaji bulanan), dan mmg terlebih bayar.. tapi sebab saya potong ZAKAT.. maka, halalkan je..

    ... dan semoga yang menguruskan zakat itu benar2 menguruskannya dengan AMANAH dan TELUS.. amiinn...

    ReplyDelete
  18. syah,
    bagus.

    juliet,
    elaun ko pun lebih dari RM500. Takut aku minta ko belanjalah ni huhuhu

    al-lavendari,
    abg kalau kerja di LHDN mesti kutipan cukai kita akan berganda2 sebab very focus nak kutip cukai. Skrg pun dgn PCB, pekerja belum tengok lagi duit gaji dah kena potong oleh LHDN.

    ReplyDelete
  19. ai dah melaksanakan tanggungjawab.dah dapat cek dan dah abis pakai duit tu...

    ReplyDelete
  20. NL,
    kalau hari ni surat tu belum sampai rasanya takdelah tu. Kenalah ke pejabat LHDN dan tanya mereka.

    Rajinnya awak bersesak2 di pejabat Hasil tu? Dulu kalau time mcm ni Jln Duta tu jam.

    Kalau nak dapat bantuan awak pergilah ke Jab Kebajikan. Lemb Hasil ni kerja kutip duit aje. Tak bagi chance. Masa saya kerja di Miri dulu kalau ke laut dan dapat elaun sikit itu pun depa ambik sebahagian besar. Kita yg sampai muntah2 ni rasa tak berbaloi huhuhu

    ReplyDelete
  21. TINY,
    nak buat e-filing ni tak sampai 10 minit terutama jika tak banyak nak minta potongan. Mcm semalam banyak saya tak jadi nak claim sebab pointless kerana zakat dah jauh lebih tinggi dari cukai yg kena bayar.

    Mcm awak juga, kira halalkan aje.

    psst - minggu depan dgn Tijah jadi ke?

    ReplyDelete
  22. lepas ni ni menunggu2 sampul surat 'URUSAN SERI PADUKA AGINDA' PULA...
    :)

    ReplyDelete
  23. DrSinga,
    bos saya tak suka kita menunggu. Dia suruh kejar. Jadi saya akan kejar wang saya tu. Cuma yg saya risau LHDN akan beritahu cukai tahun 2008 tak cukup bayar pula.

    2008 saya paling banyak menyumbang cukai - sampai beratus ribu!
    Itupun mereka pernah kata tak cukup lagi huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails