Monday, April 19, 2010

Motivasi Pagi -Khas Untuk Lelaki (tapi perempuan pun boleh baca - read at your own risk)

Sabtu lepas kami sekeluarga dijemput oleh jiran utk menghadiri majlis hari jadi cucunya yg kedua tahun. Semasa kami sampai ke rumah tersebut yg terletak seberang jalan aje dari rumah kami, beberapa org kaum keluarga dan jiran2 lain telah ada di situ. Majlis sepatutnya bermula pukul 2 ptg dan kami tiba pukul 3 ptg kerana ada urusan lain. Sebenarnya belum mula pun majlis itu. Yang hadir cuma berborak2 sesama mereka.

Aku pun duduk di sebelah tuan rumah dan kami pun bercerita pelbagai perkara lagak wakil rakyat. Tak sia2lah org panggil aku YB hehehe

Tak lama selepas itu menantu tuan rumah, Hj Z, menjemput para hadirin ke garaj yg telah dijadikan tempat menghidang makanan, untuk menikmati pelbagai hidangan yg telah disediakan. Aku mengambil semangkuk laksa dan duduk di sebelah Hj Z. Dia baru saja menghabiskan laksanya kerana lapar sebab belum makan tengahari katanya.

Aku memulakan perbualan dengan bertanya, "Dengar pergi Afrika baru2 ni. Ada urusan menyewakan kapal kat sana ke?" (beliau ada syarikat kapal yg menyediakan perkhidmatan utk carigali dan operasi minyak dan gas).
"Haah baru balik. Minggu depan nak pergi ke sana lagi. Tapi bukan pasal kapal. Saya jual minyak sawit," katanya.
"Jual kpd siapa?" tanya saya ingin tahu.
"Kepada kerajaan X, Y dan Z," terangnya sambil menyebut beberapa negara di Afrika yg membeli minyak sawit darinya.
"Saya beli minyak sawit dari kerajaan negeri Sarawak dan menjual kpd pembeli di sana," jelasnya lagi.

Kami terus berbual (sambil aku menghabiskan laksa yg pedas di petang itu). Ini kali kedua kami dapat berbual kerana Hj Z tidak duduk di rumah mertuanya. Dia dan keluarganya menyewa sebuah kondo tak jauh dari tempat kami ini. Hj Z memberitahu aku sewa kondo tu RM4000 sebulan. Dia ada membeli sebuah rumah dan telah pun diubahsuai. Menurut emak Adam yg dapat berita dari jiran kami (emak mertua Hj Z) kos rumah tu dekat sejuta ringgit. Hj Z kata dia nak cari rumah yg dekat dgn surau atau masjid. Senang dia nak ke surau atau masjid. Dan rumah tu mestilah corner lot. Hj Z ini hampir setiap tahun pergi buat umrah. Dia akan membawa isteri, ibubapanya dan mertua secara bergiir2. Baru2 ini dia menghantar kedua mertuanya mengerjakan haji pula.

Hj Z berumur di awal atau pertengahan 40an. Aku agaklah sebab aku tak tanya pun umur dia. Hj Z ada banyak perusahaan termasuk kilang membuat bahan pembinaan IBS. Menurutnya kontrak dalam tangan bernilai RM500 juta. Mula2 dulu memang dia terpaksa struggle untuk memulakan perniagaan.
Tanpa berselindung Hj Z memberitahu ayahnya dulu pemandu van RTM dan ibunya kerja membersihkan rumah orang. Mereka duduk di Ampang. Maknanya dia berasal dari keluarga yg susah (macam aku juga).
Hj Z juga berkata kalau nak berjaya dan mampu bertahan dalam bisnes kita tak boleh mengharapkan bantuan kerajaan semata2. Kita kena berusaha keras dan bersaing dgn bangsa2 lain hatta di peringkat antarabangsa.

Bagi aku Hj Z telah membuktikan bahawa org Melayu pun boleh berjaya dan maju jika rajin berusaha. Dia seorg yg low profile walaupun syarikatnya besar.

Oh ya isterinya yg juga anak kepada jiran aku ni isterinya yg kedua. Kedua2 org isterinya hidup berbaik2. Hj Z dah ada 3 org anak yg dah agak besar sebelum berkahwin lagi. Tak lama lepas isteri mudanya mengandung lepas mereka kahwin dulu, isteri pertama juga turut mengandung. Skrg dia dah ada 6 org anak (macam aku juga cuma bezanya isteri aku satu aje!)

48 comments:

  1. Tahniah kepada Hj Z. Nasib baik saya tak ada bisness jual beli minyak kelapa sawit !

    p/s: kepada YB .. apa motif awak bawa cerita ini ?

    ReplyDelete
  2. kagum ngan org seperti Hj Z....

    ReplyDelete
  3. Salam YB....

    Semoga semua kita juga perolehi rezeki yg m`limpah ruah dan b`terusan seperti Hj. Z t`sebut, Insya Allah.

    Siapa yg tahukan soal rezeki ni selain ALLAH. Kita d`galakkan b`usaha dan b`ikhtiar. P`niagaan yg TIDAK ada unsur RIBA mahupun RASUAH adalah perniagaan yg penuh KEBERKATAN d`sertakan dgn atas usaha titik peluh kita.

    I`m sure you,too, can do it, YB.

    Take care ye, YB.

    :)

    ReplyDelete
  4. al-lavendari,
    tak salah pegawai kanan mcm abg ni buat bisnes bila dah pencen nanti. Nak jual beli minyak sawit pun apa salahnya.

    Kenapa abg tanya motif saya bawa cerita ni? Kan pada tajuk saya dah tulis sebagai motivasi hehehe

    ReplyDelete
  5. ~O~,
    Beliau ini jenis org yg dunia dikejar dan Akhirat dicari. Saya pun respek org mcm dia.

    ReplyDelete
  6. Catwoman,
    wsalam.

    Amin.

    Betul kata ko. Kalau kita nak buat bisnes kenalah berlandaskan syariah. Tak guna kaya kalau tak halal atau membuat org lain marah dgn kita.

    You have done it. Hj Z has done it. Aku ikut dari belakang (ish ikut mmglah dari belakang) hehehe

    ReplyDelete
  7. YB,

    apa salahnya dia kahwin..asalkan mampu kan? sha respect org macam nieh. masih fikirkan masjid dan surau dan perkara akhirat walaupon bz. Alhamdulillah...
    tak kejar rumah besar yang duduk di tpt glamour...tp kejar nak cari rumah yang dekat dengan Tuhan:)

    ReplyDelete
  8. yb.. sila kekal isteri sorang je k?

    ReplyDelete
  9. sha,
    Memang tak salah sebab dia mampu dan setakat ni kedua2 isterinya boleh menerima hakikat mereka bermadu. Tapi ramai org pandang serong kpd lelaki yg berpoligami kerana ramai yg tak bersikap adil. We leave it at that.

    Saya pun mcm sha juga respek org mcm ni. Kaya mcmana pun satu hari nanti kita akan mati. Jgnlah masa hidup ni tak pernah jejak kaki ke masjid atau surau tapi bila dah mati baru org usung ke sana utk disembahyangkan.

    Kalau yg rajin tu rumah jauh dari masjid/surau pun akan pergi solat berjemaah. Pahala pun lebih sebab jauh perjalanan. Tapi biasanya kalau rumah dekat tu senanglah sikit.

    ReplyDelete
  10. Jard,
    insyaAllah.

    Ko bila pulak nak kahwin? Lambat2 kahwin nanti tak sempat nak dapat anak 10 org hehehe

    ReplyDelete
  11. hhrrmmm..
    Motivasi Pagi -Khas Untuk Lelaki (read at your own risk)

    Sya dah terbaca, tak apakan?
    ada beberapa panduan yg boleh diikut tu
    oleh lelaki sajok ;p

    ReplyDelete
  12. eja,
    Sesiapa nak baca pun boleh tapi saya tulis khas utk lelaki kerana saya belum pandai nak motivasikan org perempuan ngeh3x

    ReplyDelete
  13. daun pun keliru mana motif sebenar entry yb ni

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Orang rajin memang hasilnya kejayaan.. :)

    ReplyDelete
  16. waaaa.... hebat dia.. moga makin ramai menurut jejak langkah dia....

    dalam kejar haal dunia, hal akhirat x dilupa.....

    tp rsnya bukan untuk lelaki jer kot... untuk perempuan juaga...

    bab dia kawen 2 kot y YB maksudkan untuk lelaki kan???? dia mampu la tu.. blh la kawen dua. ini y ramai kawen 2, bini tanggung hidup sdr... suami sekadar adil bab2 bilik tidur jer.... salah konsep

    ReplyDelete
  17. yang penting kena usaha... kalau asyik harapkan bantuan takmo usaha, memang susah sesangatlaa...


    ayat akhir font kecik... Kenapa? YB pun nak dua jugak macam dia kaa?? Report sama mak adam kannngggg... Hahahahahahah :P :P :P :P

    ReplyDelete
  18. Daun Bidara,
    Maaflah kalau n3 ni menimbulkan kekeliruan kpd Daun, al-alvendari dan pembaca lain.

    Biar saya terangkan apa yg saya cuba sampaikan.

    Saya lihat Hj Z ini bermula dari bawah. Dia pernah cuba dapatkan bantuan kerajaan dan juga Petronas tapi tak jauh mana kerana ada isu politik dalaman. Akhirnya dgn pengalaman dan network yg dia ada dia mengorak langkah dgn kekuatan sendiri.
    Sudah tentu dia kena bekerja keras dan ada jatuh bangunnya.

    Jadi saya rasa ini boleh dijadikan contoh kpd org lain termasuk saya.

    Bab soal kahwin dua tu, saya letakkan di hujung n3 dan dalam teks kecil. Itu bukan fokus saya tapi utk perlengkap cerita. Dalam hal itu pun saya rasa dia telah cuba berlaku seadil mungkin.

    ps - emak Hj Z pun hadir pada majlis hari Sabtu tu.

    ReplyDelete
  19. err...tak baca pun.. kita perempuan..
    kita cuma nak ucap... selamat pagi YB!!!
    :)

    ReplyDelete
  20. macam nada sedih je YB utk tulisan biru kecik dlm kurungan yg bawah sekali tu...heh..hehe

    ReplyDelete
  21. yb,
    bab pelengkap cerita tu yang orang baca sebagai tajuk besar.. he he, yang part atas tu semua orang faham, usaha keras dia membuahkan hasil tanpa bantuan pihak lain

    ReplyDelete
  22. Salam Wak Yunus,
    Mmg bersemangat pagi2 ni bace kisah kejayaan org. Rase tertanam dlm diri nak berjaye mcm tu gak. Satu hari nanti...

    ReplyDelete
  23. Salam YB.

    seronok bila dengar cerita pasal org2 melayu yg berjaya ni..

    harini rezeki dia..
    mana tau kan..esok2 rezeki kita pulak.. insyaallah...

    ReplyDelete
  24. kalau boleh berlaku adil tak salah berpoligamikan. ERmmmm..ada 2 lagi kekosongan tuh, kts, jom lalu depan rumah jiran YB :P

    ReplyDelete
  25. citahrudin,
    aku pun ok jugak ngeee


    Tie,
    betul tu. Biasanya org yg rajin akan berjaya - cuma cepat atau lambat aje.

    ReplyDelete
  26. zonaku,
    aku pun rasa dia hebat walaupun mungkin dia tak dikenali ramai. Itu yg aku terpanggil menulis tentang dia. Kalau nak bandingkan aku dgn dia, aku ni nobody. Jauh lagi perjalanan aku nak sampai tahap mcm dia.

    Dia juga tak lupa tanggungjawab dia kpd Allah. Itu aku tabik.

    Dari segi ini, kisah ni boleh diaplikasi utk lelaki dan perempuan. Tapi aku tulis khas utk lelaki pasal aku tak pandai melihat dari sudut seorg wanita. Mungkin apa yg korang cari lain dari apa yg org lelaki cari.

    Bab kahwin dua tu aku rasa komen ko tu mantop. Aku sokong.

    ReplyDelete
  27. syah,
    Hj Z kata berdasarkan pengalamannya ramai org kita yg mengharapkan bantuan utk maju. Ini bukan usahawan tulen. Tidak benar2 menambah nilai walaupun tak dinafikan ramai juga yg dah jadi kaya raya.

    Aku lebih tertarik nak ikut mcm Hj Z dari segi bisnes model dia.

    Yg font kecik tu sepatutnya biar org tak baca sebab kecik. Tapi nampaknya itulah yg ramai baca dan fokus. Kalau (sekali lagi kalau) saya nak tambah, saya akan bincang terus dgn emak Adam! Tapi buat masa ni tiada keperluan berbuat begitu hehehe

    ReplyDelete
  28. DrSinga,
    selamat tengahari. Maaf tak dpt balas komen doc dan rakan2 lain lebih awal sebab saya pergi site visit di Damansara Damai tadi. Ini baru balik.

    ReplyDelete
  29. nahmy,
    takdelah. Malah saya gembira bila melihat org ada ramai anak dan semuanya berjaya. Yg masih kecil pulak montel2 atau comel2 hehehe

    ReplyDelete
  30. Daun Bidara,
    Terima kasih di atas penjelasan itu.
    Mungkin lain kali saya kena tukar fokus cerita saya kpd perkara yg org lebih gemar baca. Bukan yg klise.

    (Tapi nanti blog saya ni jadi mcm suratkhabar nyamuk pulak hehehe)

    ReplyDelete
  31. feruz8,
    wsalam.

    Teruja wak baca komen feruz. Itulah matlamat utama wak tulis n3 pagi tadi.

    Wak doakan feruz berjaya mcm Hj Z ini kalau tak lebih lagi dari dia.

    ReplyDelete
  32. PUTUBAMBU,
    mmg seronok baca kisah kejayaan org2 kita ni. Kalau penyampaiannya lebih bagus dari yg saya tulis ni lagilah seronok baca.

    Kalau dpt berjumpa dgn org2 yg berjaya dan mendengar terus dari mulut mereka, mmg buat kita teruja.

    InsyaAllah semoga esok2 Allah memberi rezeki kpd kita pula.

    ReplyDelete
  33. juliet,
    wah mentang2 dia ada lagi 2 kekosongan cepat2 ko nak ajak kts lalu depan rumah dia. Depan rumah aku korang tak nak lalu ke? Aku ada 3 lagi kekosongan wakaka (aku gelak pecah perut!!)

    ReplyDelete
  34. kesimpulannya :

    klu nak berpoligami, SILA PASTIKAN DUIT BERKEPUK MACAM HJ.Z TU!!!!

    barulah isteri-isteri-isteri-isteri tak bercakaran..



    :D


    .
    .



    duit byk mcm hj z tu patut berkongsi dgn org lain.. errr... aku cdgkan hj z tu tmbh lg 2.. biar penuh kuota tu :D

    ReplyDelete
  35. kts,
    macam berminat aje ko nak mengisi salah satu kuota hj z yg masih ada tu? hehehe

    Dulu ko kata ko tak sanggup berkongsi suami. Adakah duit yg berkepuk telah mengaburi mata dan pertimbangan ko?

    hah sila jawab

    ReplyDelete
  36. yang baik jadikan teladan,
    yang buruk jadikan sempadan,
    yang elok minta diwar-warkan,
    yang buruk minta dijauhkan..

    pangkat, harta, umur, kesihatan, kejayaan dan kekayaan boleh juga menjadi dugaan dan ujian..

    (kadang2 mata kita terpana pada yg 'molek dan cantik', tapi terlupa yang 'jelek dan rumit'..)

    - semoga sahaja hidup kita semua di dunia ini diberkati, rezeki diberkati, umur diberkati dan di SANA juga mendapat keberkatan.. amiiinnn....

    ReplyDelete
  37. TINY,
    Dunia ini mmg tempat ujian utk mengetahui siapa yg bertakwa. Susah atau senang semua datang dari Allah.

    Ada org ingat kpdNya masa susah tapi lupa ketika senang. Ada yg masa susah tak ingat bila dah senang lagilah lupa. Tak kurang juga ingat masa senang tapi berkeluh kesah dan menyumpah seranah bila diuji dgn kesusahan.

    Semoga kita diberkati Allah di dunia dan Akhirat.

    Untung kalau saya ada ramai rakan yg mcm awak ni yg sentiasa ingat mengingatkan.

    ReplyDelete
  38. Ini mcm citer sepupu suami saya pulak. Dia pun bisnesman berjaya juga. Projek dlm dan luar negara juta jutaan. Bagusnya percakapan dan kelakuan sgt bersederhana. Malah makin taat dgn Allah. Walau beristeri dua, setakat ini sama bagi sama rata.
    Kagumnya kedua-dua isteri menyumbangkan anak yg ramai, hansem lawa dan cerdik pandai pula. Setakat nak tambah kuota lagi dua rasanya..no problem tu. Peliknya org lain pulak yg jeles dan busuk hati. Ape cer...

    ReplyDelete
  39. oohhh, semangat yang kental...

    eh! apa tu tulisan kaler pepel.

    ReplyDelete
  40. DAMAI IMPIAN D'BANGI,
    Inilah masalah dgn sebahagian org kita. Pantang tengok org lain berjaya mulalah nak dengki dan iri hati. Kalau boleh nak tengok org itu jatuh.

    Semoga kita dijauhkan dari sifat mcm tu. Kalau mungkin belum rezeki kita hidup kaya raya mcm sepupu awak atau Hj Z tu, kita masih perlu bersyukur dgn apa yg ada pada kita. Lebih ramai lagi org yg lebih susah dari kita.

    ReplyDelete
  41. Mak Su,
    boleh tahan semangat juang dia.

    Mak Su tak boleh baca ke tulisan yg ungu tu? Takpelah itu cuma pelengkap cerita hehehe

    ReplyDelete
  42. Salam En Yunus,

    lama sy tak ke sini. Sibuk, hehehe. Sy setuju ngan apa yg diperkatakan Haji Z. Kalau nak seribu daya tak hendak seribu dalih. Sy ada seorang abang sedara, dia ni belajar memang kurang sikit tapi Allah bagi dia kelebihan dalam perniagaan. Sekarang dia mampu memiliki rumah yg bernilai jutaan ringgit dikawasan elit di Shah Alam, beberapa kereta mewah. Kalau setakat haji dan umrah tu hampir setiap tahun beliau pergi ngan isterinya dan anak2.

    ReplyDelete
  43. YB....

    I just like to think positive.
    Whatever people talk about us, we just need to focus on our aim and mission.

    If we are positive, the result definitely will show the same thing.

    Aku dah tak nak menangis atau b`sedih atas sebab peribadi yg m`buatkan emosi aku goyah dan b`goncang t`kulai, YB.

    Memori lama dah m`ajar aku apa itu k`hidupan. Dulu aku pernah gagal dan jatuh m`rudum sbb t`lalu emosi dgn hal2 peribadi. Skrg aku bangkit semula utk anak2 dan family. Aku pandang hadapan utk lebih maju. Aku buang jauh2 k`sedihan yg pernah menimpa aku dulu.

    Good luck, YB. I believe you... hanya org yg positif je yg akan pandang hadapan!!! Dan berani grab peluang k`emasan.

    :)

    ReplyDelete
  44. err boleh buat mentor ni, ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  45. hmmm... dengar cerita dari kaki2 pelabur... tahun ni adalah tahun yang cerah...

    masyuk tu untuk kaki2 pelabur...

    ReplyDelete
  46. aidah,
    wsalam.

    terima kasih kerana masih sudi ke sini walaupun tak sekerap dulu. Saya pun lama tak ke blog aidah.

    Kejayaan dlm akademik tidak menentukan kejayaan di dlm hidup. Ramai org yg kurang dari segi akademik tetapi lebih berjaya dan kaya raya dari mereka yg terpelajar. Utk berjaya bukan kelulusan di atas kertas yg penting tapi usaha dan rezeki dari Allah.

    Saya pun ada sedara yg mcm abg sedara awak tu. Kaya tapi pemurah.

    ReplyDelete
  47. Catwoman,
    You have the guts - so go for it babe!

    Aku doakan kita sama2 berjaya mencapai cita2 dan matlamat kita. Amin.

    Che'Pit,
    bab mana tu yg nak jadikan mentor ngeh3x

    psst - seorg pun belum ada takkan dah fikir nak pasang dua wakakaka

    NL,
    betul ke ni? Apa tips ko ada kalau aku nak melabur? hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails