Monday, April 12, 2010

Macam Ini Jadinya Camry Aku huhuhu

Sejak belajar di UIAM. Gombak, Hazwan anak sulung aku meminjam kereta Camry aku. Adalah setahun lebih dia dah bawa kereta tu ke kampus kerana naik motosikal susah kalau hujan katanya. Kebetulan aku pun ada sebuah lagi kereta syarikat yg aku pakai seharian. Kalau ikut peraturan hanya pelajar tahun akhir dibenarkan membawa kereta ke kampus tetapi kerana pandai mengayat macam ayahnya Hazwan telah dibenarkan membawa kereta semasa di tahun 3 lagi.Sejak aku beri dia pakai kereta tu, dah macam2 digodaknya. Mula2 di pasang Lepas tu pakai body kit.remote start - boleh hidup dan matikan enjin dari jauh. Kemudian dia pasang sistem seakan2 GPS tapi bukan GPS. Dia download dari internet. Aku rasa satu hari nanti kereta ni jadi mcm Knight Rider. Sekarang aku pun cuak nak bawa kereta aku ni.Apa taknya - hari tu aku cuba matikan enjin setelah sampai rumah tapi tak nak mati! Baru2 ni dia minta kebenaran nak cat kereta aku yg warna hijau kepada warna lain. Selain itu dia nak tukar sport rim dan beberapa perubahan. 3-4 minggu juga kereta tu kat bengkel.

Hari Sabtu baru ni Hazwan telefon aku kata dia nak balik bawa kereta tu. Dia pun baru habis exam. Yang bestnya dia minta aku keluarkan kereta yg satu lagi sebab nak bawa masuk kereta Camry yg baru di makeover tu.

Taraaa inilah rupa kereta tu sekarang

Pandangan dekat bahagian sebelah kiri. Perhatikan stripe silver di sepanjang badan kereta tu

Tengok spoiler dia. Tak lalu aku nak bawa kereta ni lagi

Exhaust ada 4 biji? Taklah. 2 tu auta aje hehehe

Lain kali bila kalian nampak kereta ni (saja aku tak hitamkan plat dia) tengok pemandu dia betul2. Mungkin Hazwan dan bukan aku yg bawa kereta tu.

56 comments:

  1. rasanya, kalu YB nak bawak kete tu,YB blum pulas steering lagi, mak adam dah pulas telinga YB dulu. sebab mak adam takut,ade anak dara yg sangkut plak kat YB nnt.hehe

    ReplyDelete
  2. suka,suka. cantik,cantik.org muda saja yg suka gini, yb, sila beri laluan pada kami yer :P

    ReplyDelete
  3. tetibe malam ni rasa nak makan kat ezaty sambil intai2 keta hazwan :P

    ReplyDelete
  4. YB,pesan kat Hazwan jgn dilayan julietchun tu sebab dia tak reti jahit beg. kesian mak dia.hehe..

    ReplyDelete
  5. dah makeover gitu gaya takkan nak bawak pelan pelan kut. tunggu je la koleksi saman....

    "abah, tolong bayarkan!" kata hazwan dengan lemah lembutnya.

    ReplyDelete
  6. yb,
    dlm kete ni sejarah ai buka puasa sambil menempuh jem kat pwtc dulu.tp skg kete ni da ada penyidai baju.multipurpose la...

    ReplyDelete
  7. pergghhh...
    klu ko yg bwk kete ni, tentu nmpk 20 thn lebih muda...

    .
    .
    .



    .
    .

    nmpk mcm org umur 40... err...
    60-20 = 40


    betul kaaaannn

    hihihi

    ReplyDelete
  8. kts,
    lepas makan kat ezaty kita singgah main ngan adam :P

    penyu,
    aku jimat benanglah :P

    ReplyDelete
  9. pB,
    dah tak nak naik CRV lagi ke? huhuhu
    Nantilah kalau nak jumpa pB saya bawa Camry ni hehehe

    Penyuk,
    kalau anak dara nak sangkut, pakai kereta kebal pun ada yg sangkut ngeh3x.

    Tapi emak Adam dah cakap, aku tak sesuai bawa kereta tu skrg huhuhu

    ReplyDelete
  10. juliet,
    Baguslah ko suka kereta tu. Tapi nak suruh ko jadi menantu aku Hazwan tu tak habis belajar lagi hehehe

    ReplyDelete
  11. juliet lagi,
    kol berapa ko nak ke ezaty tu? Malam ni ada pasar malam tempat aku. Parking kronik sikit depan ezaty tu. Kalau ko tak segan, parklah depan rumah aku. Boleh tengok kereta tu sekali. Nanti aku hidupkan lampu geres termasuk lampu kelam kelip sekali ngeee

    ReplyDelete
  12. Nanti jumpa kereta ini ..kawan tahan nak tumpang boleh yB..?

    ReplyDelete
  13. YB bawak ok gak...baru nampak muda...hahahahahha

    ReplyDelete
  14. Penyuk,
    tak tahu jahit beg itu aku tak kisah sangat tapi tak tahu masak tu yg aku risau. Takkan asyik nak makan kat luar hehehe

    ReplyDelete
  15. ONE ZABA,
    apa guna exhaust sampai 4 kalau setakat lari 110? hehehe

    Tapi kereta ni dah jadi rendah. Kalau ada bump mesti sangkut. Hazwan kata nak bawa plywood dlm kereta utk elakkan tersangkut kat tempat rendah kuang3x

    ReplyDelete
  16. Salam Wak Yunus,
    Pergh kereta ni dah bole buat racing. Nanti bole pesan kat Hazwan bole rempit same2 (hehe,gurau jer)
    p/s: jgn merempit...haram


    Fairuz Mazlan@cucu Safiah Hj Abd Rahim

    ReplyDelete
  17. syida,
    wah ingat awak lagi ya sejarah tu. Ada aaya buat n3 pasal jam hari tu dan tempek gambar2 yg awak ambil tu hehehe

    Skrg dah multipurpose kereta tu sesuai dgn kegunaan anak bujang saya tu.

    ReplyDelete
  18. kts,
    ceit cakap ajelah yg ko nampak aku ni masih muda dan bertenaga ahaks.

    Hari tu masa aku bawa CRV ke rumah al-lavendari dia boleh kata aku nampak mcm 36 tahun. Aku malaslah nak kata kat beliau aku baru nak masuk 30 hehehe

    Terer ko punya matematik. Patutlah ada yg kata ko ni akauntan hehehe

    ReplyDelete
  19. Juliet lagi dan lagi,
    Adam tengah tidur tu. Nanti aku tidurkan dia lama sikit biar dia boleh main dgn ko dan kts malam ni.
    Malam ni aku ada mesyuarat surau. Korang datanglah. Emak Adam ada kat rumah.

    ReplyDelete
  20. relevan,
    setakat nak tumpang takde masalah kalau saya yg bawa kereta ni. Tapi kalau awak tahan tak berhenti, mungkin Hazwanlah tu yg bawa hehehe

    ReplyDelete
  21. ~O~,
    takkan nak kena bawa kereta tu baru saya nampak muda? Tak bestlah mcm tu huhuhu

    feruz8,
    wsalam.

    jgn rempit membahaya diri sendiri dan pengguna lain. Kalau nak thrill pergilah ke SIC. Minta tolong Azman anak tok ucu aturkan racing hehehe

    ReplyDelete
  22. wow! gempaks! die guna duit sepa utk buat seme perubahan itu?

    ReplyDelete
  23. YB!!!! jangan !!!! jangan tak bawak kereta ni!!!!
    cantik tu!!!!

    ReplyDelete
  24. Jard,
    kalahlah Viva ko tu hehehe

    Yg mula2 dulu dia guna duit dia. Untuk 'cat' kali ni dia minta duit aku. Mcm ni jadinya. Patutlah dia minta ribu riban huhuhu

    ReplyDelete
  25. DrSinga,
    dia nak makan angin ke Sabah 6 hari tak lama lagi. Mmg puaslah saya lanyak kereta tu.

    Silap2 sampai tempat doc hehehe

    ReplyDelete
  26. ranggi btol, kalo ko bawak mmg xpadanlaa dgn keranggiannye, dgn hazwan mmg encem2 jelaaaaaaaaaaaa... :)

    ReplyDelete
  27. stylo la YB..YB bawk sure mengancam giler. jiwa muda lor...best2

    ReplyDelete
  28. PnConfused,
    itulah yg aku sedih. Kereta Camry yg macho tu dah jadi ranggi. Kat Jepun pun takde kot Camry yg mcm ni.

    Hazwan kata lepas dia balik cuti kat Sabah dia nak cantikkan lampu depan nak buat jadi sepet. Lagilah tak sesuai dgn aku huhuhu

    ReplyDelete
  29. JMR,
    ko ajelah setakat ni yg nak bagi semangat kat aku. Take 5.

    Tapi kalau fikir2kan rasa mcm tak sesuailah dgn aku. Nanti ramai pulak anak dara terpikat kat aku wakaka

    ReplyDelete
  30. err jap jap

    jap ek

    sikit je lagi

    ala.. tak terbayang gak mcm ne lah gamaknya kalau YB yg bawa kete tu..

    ReplyDelete
  31. Che'Pit,
    alaaa nyampahlah. Mentang2lah aku ni lelaki Melayu terakhir hehehe

    ReplyDelete
  32. bawak jer la..... mak aku pun bawak jer keta modified..... g pasar lak tu......

    hehehehehheeee.. bila lagi nk merasa bawak keta rock camnie

    ReplyDelete
  33. suruhlah hazwan tu buat eksperimen gantikan petrol dengan air paip .. !

    ReplyDelete
  34. sesekali kalau abah nak melaram apa salah nya bawa kereta tu hehe..

    ReplyDelete
  35. anak ko dah daftar kat Sepang tu? next racing F1 joinlah....gerenti terangkat! ade spoiler tu boleh terbang!

    ReplyDelete
  36. salam yb,,
    dah lama x comment kat blog yb
    biasenyer jadik silent reade jer,,
    tp sebab kali nih ade pasal uia ,so terasa nk tukis,,
    nk cakap 1 jer,,
    sy slalu nmpak keta tuh drift kat uia,,
    patutla laju semacam,ank yb ghupenyer,,hikhikhik

    ReplyDelete
  37. sapa lg nak perabis duit org tua kalau bukan anak jantan...huhu. smart ar kete tu, jeles tgk. kalau jumpa kat highway mmg aku cucuk angin punye.. tp kalau yb bwk, sure tak sahut cabaran...hehe

    ReplyDelete
  38. zonaku,
    nak bawak kete tu takde hal tapi takkanlah nak buat pergi pasar. Nantilah aku bawak pergi masjid. Mesti terkezut pak imam dan pak bilal hehehe

    ReplyDelete
  39. al-lavendari,
    ni nak kasi jahanam kereta cantik tu ke bang?

    Setakat RON95 Hazwan tak isi dlm kereta tu. Paling koman RON97. Selalunya V Power huhuhu

    ReplyDelete
  40. zino,
    kalau dah alang2 nak melaram, buat apa sesekali. Buatlah banyak kali hehehe

    ReplyDelete
  41. sonata,
    dia nak ganti Micheal Schmacher yg tak berapa menyerlah tu. Kalau tak kat Sepang minggu lepas dia dah nak bawak kereta F1 Mercedes tapi exam dia tak habis lagi masa tu wakaka

    ReplyDelete
  42. una210,
    terima kasih kerana masih mengikuti blog ini walaupun sebagai silent reader. Hadiah yg una bagi hari tu ada lagi saya simpan hehehe

    awak tinggal mahallah mana? Kereta tu baru aje modify. Betul ke awak nampak kereta tu? Yg selalu drift kat UIAM tu kereta CRV saya kot hehehe

    ReplyDelete
  43. MENTIBANG LAUT,
    tapi bagi saya bukan setakat anak lelaki tapi anak perempuan pun dok perhabiskan duit huhuhu

    awak puji kereta tu smart ada apa2 ke ni?

    Kalau awak cucuk saya sahut cabaran tu. Setakat dari Simpang Ampat ke Gemencheh no hal punya hehehe

    ReplyDelete
  44. ayah...
    abg x dpt lencer tp dh dpt camry..
    tkah ble nk dpt swiff??hehe
    *smbil kenyit2 mate*

    ReplyDelete
  45. ayah...
    abg x dpt lencer tp dh dpt camry..
    tkah ble nk dpt swiff??hehe
    *smbil kenyit2 mate*

    ReplyDelete
  46. atikahanna,
    abg kata "gila ko" nak swift.
    Dia suruh belikan Chery atau Tata aje hehehe

    ReplyDelete
  47. atikahanna lagila,
    cukuplah sekali aje bagi komen tu. Bagi banyak kali pun tak dapat jugak Swift tu.

    kalau nak sgt swift pergilah tangkap burung walit seekor hehehe

    ReplyDelete
  48. x pasan la tehantar 2 kali..hehe
    eleh!abang 2 dh ada kete leh la ckp mcm 2..
    nnti tka gune naza 2 la..kat umah pn bkn ada org gune..ale2 pnggil Lim soh tuka batri..haha :p

    ReplyDelete
  49. takkan anak beranak diskus dlm blog kot...yapedaa..
    yg tadi tu puji takde membawa apa2 makna..ok nti tgu simpang ampat..

    ReplyDelete
  50. mewahnye idop... zaman aku nk dpt beskal pun payah... haha

    ReplyDelete
  51. MENTIBANG LAUT,
    dah ada blog apa salahnya anak nak komen? Dia nak bagi tahu satu Malaya dia nak kereta jugak huhuhu

    Bila nak racing tu? Simpang 4 Alor Gajah tau. Takut awak tunggu kat Simpang 4 Taiping atau Simpang 4 Perlis pulak hehehe

    ReplyDelete
  52. Luffy,
    Jgn biasakan sangat. Rabak ayah dia nanti huhuhu

    Teja,
    dah nasib budak2 skrg. Zaman ko nak dpt basikal pun payah. Tapi zaman emak bapak kita dulu (zaman Jepun) nak makan nasi pun payah. Kena makan ubi kayu ngeeee

    ReplyDelete
  53. dah tak nampak rupa camry dah...
    nampak cam honda civic pun ada,,, hehehee

    ReplyDelete
  54. dah tak nampak rupa camry dah...
    nampak cam honda civic pun ada,,, hehehee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails