Tuesday, April 6, 2010

Kisah Panas - Tragedi 4hb April

Lebih kurang pukul 8 malam 4hb April aku tiba di surau setelah menjemput Hazwan dari UIAM. Kami lihat orang sudah ramai di surau. Mereka datang nak tengok Anugerah Bintang Popular ke? Itu di Genting - bukan di surau ni. Tapi org begitu ramai. Semakin malam semakin ramai. Dan banyak muka yg aku tak kenal walaupun mereka mengaku duduk setaman dgn aku. Ada juga muka yg aku kenal tapi memang terlalu jarang atau tak pernah langsung jejak kaki ke surau ini. Tetapi malam itu berbeza. Semua mahu datang ke surau seperti ada cabutan bertuah.

Sebenarnya malam tersebut akan diadakan mesyuarat khas pemilihan jawatankuasa surau 2010 -2013. Tapi yg datang kalah pilihanraya kecil Hulu Selangor. Hanya ahli kariah yg berdaftar saja dibenarkan dicalonkan atau menjadi pengundi. Seramai 515 org telah berdaftar. Taman aku ni ada 224 buah rumah. Di seberang jalan besar pula ada 4 blok rumah pangsa kos sederhana PKNS. Ahli kariah berdaftar yang hadir seramai 295. Di samping tu ramai lagi yg tidak berdaftar yg juga hadir (pengundi hantu kot). Mungkin mereka mahu 'memeriah' majlis malam itu.

Pengundian menggunakan kupon mcm kupon hari kantin tu. 4 jawatan utama menggunakan 4 kupon berbeza dgn 4 warna berlainan setiap satunya manakala utk 14 jawatan AJK ada 14 kupon putih. Setiap kupon ada cop rasmi surau. Memang susah nak ditiru. di saat akhir. Idea bernas dari jawatankuasa yg ada. Simple yet fool proof.

Setiap ahli berdaftar kena menunjukkan kad pengenalan semasa mendaftar sebelum diberi buku kupon. Setakat mengaku2 duduk di taman ini dan meminta kupon tidak dilayan.

Sebahagian ahli kariah sedang mendaftar sebelum diberikan kupon utk mengundi

Masuk waktu Isyak jemaah yg bersembahyang memenuhi setiap ruang dalam surau. Terasa macam malam pertama Ramadan pula. Di luar surau ramai lagi yg tak masuk. Mungkin mereka uzur - tapi lelaki mana ada istilah uzur? Macamana nak solat kalau yg datang itupun ada yg berseluar pendek?

Selesai solat nazir masjid selaku pengerusi pemilihan memberikan masa lagi utk orgramai yg belum sempat mendaftar utk berbuat demikian sehingga jam 9:15 malam. Orang semakin ramai tiba. Ada yg tak tahu di mana dewan sembahyang dan di mana dewan orgramai tempat mendaftar. Ada yg nak terkencing tapi tak tahu di mana tandas. Inilah kalau tak pernah datang surau. Komplek surau ini bukanlah besar sangat macam Masjid Wilayah tu.

Sebahagian dari yg hadir

Pukul 9:30 malam majlis dimulakan. Org berpusu2 masuk ke dalam surau. Kalau mahu diadakan di dewan org ramai, kerusi tak cukup. Jadi duduklah dalam surau rapat2. Nazir memulakan majlis dgn sama2 membaca al-Fatihah. Beliau kemudian menerangkan cara pemilihan tapi bukan jadi terang malah org ramai jadi konfius. Jawatankuasa surau sudah menyediakan kupon utk pemilihan tapi pihak masjid membawa borang pencalonan. Semua 18 jawatan perlu diisi dalam satu borang. Ramai yg musykil macamana nak kira pemenang kerana sudah tentu setiap org akan mempunyai kombinasi berbeza dgn org lain. Sampai ke Subuh pun tak habis nak kira kalau macam tu.

Pihak polis juga hadir utk mengawal keadaan jika perlu

Belum pun reda isu ini, bangkit seorg lelaki mempersoalkan persempadan surau. Isu yg cuba dibangkitkan samada mereka yg duduk di flat PKNS boleh mengundi. Kalau ikut surau kamilah yg paling hampir dgn flat mereka dan mereka sudah kerap berjemaah dan mengikuti program2 surau kami sejak sekian lama. Ada suara sumbang yg kata penghuni flat PKNS sepatutnya bernaung di bawah surau lain yg terletak lebih 1 km dari rumah mereka. Dulu sebelum ada surau kami memang ada yg berjemaah di sana. Itu dulu. 8 tahun dulu. Tetapi bila dah ada surau di taman perumahan kami yg terletak di seberang jalan saja dari flat mereka, mereka lebih senang menggunakan surau di tempat kami. Kami pun mengalu2kan kesediaan mereka. Tetapi malam itu ada yg tak setuju penghuni flat PKNS ini dianggap sebagai ahli kariah surau kami.

Aku tahu ramai di antara penghuni flat PKNS yg hadir malam itu tersentak dan rasa terhina. Ada yg berkata, "kami sedar kami ni miskin -tak layak berjemaah di surau org2 kaya ni."
Aku sedih mendengarnya. Teringat kisah "Antara dua darjat".

Janganlah kerana mahu merebut jawatan AJK surau hingga sanggup berbuat begini. Sebelum ini sebahagian dari 'puak' ini tak kisah pun tentang hal surau dan aktiviti keagamaan di sini. Jarang benar mereka hadir ke surau atau ada antara mereka yg tak pernah langsung menjejakkan kaki ke surau ini. Tiba2 pula mereka bersemangat mahu mengambil alih pentadbiran surau.

Gara2 persoalan persempadan kariah surau, mesyuarat malam itu ditangguhkan oleh Nazir walaupun ramai yg mahu ianya diteruskan. Ramai yg merasa hairan mengapa Nazir tidak mahu memberi pertimbangan kpd suara ramai. Mungkin suara mereka suara dari org2 kecil.

Bagi aku sesiapa mahu berkhidmat, lakukanlah kerana Allah. Bukan kerana mahu membalas dendam, bukan utk kepentingan peribadi, kelumpuk atau parti politik tertentu. Aku rasa semua tahu hal ini cuma mungkin bisikan syaitan lebih kuat.

Bagi aku inilah tragedi hitam surau tempat kami.

(mungkin org cina akan kata mengapa pilih 4hb 4? Kalau mcm tu kita buat pada 8hb 8 kah kah kah)

44 comments:

  1. hari lain ramai gini juga ke yb?

    ReplyDelete
  2. adeh! ni lah jadinya jika sesuatu perkara tu dilakukan atas agenda tertentu.

    ReplyDelete
  3. Yb salah seorang AJK Surau tersebut jugak ke?..

    ReplyDelete
  4. tahun lepas ada pemilihan macam ni jugak , yang pB heran punyalah ramai yang muncul ... Dtg dati daerah mana pun pB tak tau ... Yang tak pernah nampak kat masjid pun ada ...

    ReplyDelete
  5. teruk sangatlah org kita ni berpolitik. jawatan surau pun sibuk nak rebut. bg jer lah org yg layak

    ReplyDelete
  6. memacam YB....kat kg dulu penah gak jadi kes gini...


    Rumah Allah...biarlah dipengurusi yang berakhlak dan berilmu..serta jujur kerna Allah

    ReplyDelete
  7. memacam YB....kat kg dulu penah gak jadi kes gini...


    Rumah Allah...biarlah dipengurusi yang berakhlak dan berilmu..serta jujur kerna Allah

    ReplyDelete
  8. N3 YG PANJANG..KENA GI MAKAN DULU !

    ReplyDelete
  9. YB tercalon jugak kah???
    pssttt...ada makan2 tak?? sebab tu amai kotttt... :)

    ReplyDelete
  10. saya hairan kerana di surau di tempat saya, masing2 menolak tak nak jadi AJK. mungkin surau di tempat awak, ada imbuhan untuk AJK kot !

    ReplyDelete
  11. kalau buka gerai kopok lekor time tu mesti laris....

    ReplyDelete
  12. dah nampakkan zaman sekarang,zaman jawatan. Padahal nak ke masjid/surau seminggu sekali pun payah.Ada sakatan pulak tu.
    YB kena amik inisiatif tu YB.

    ReplyDelete
  13. nanti aku hantar borang pencalonan...calon bebas.

    ReplyDelete
  14. semoga negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa, aminn,

    salamm,

    ReplyDelete
  15. Adoi laa.... ada juga nak tunjuk kuasa di surau ?

    Err... tak terfikir ke kot-kot esok-esok nanti tak de siapa yang sudi nak solatkan jenazah kita, hu hu....

    ReplyDelete
  16. alahai!!

    bab jawatan semua nak mengaku ahli kariah!

    ReplyDelete
  17. fitnah akhir zaman ni YB, surau pun terbabit sama atauuu...inilah tragedi hitam 4 April. semoga semuanya dipermudahkan-Nya..

    ReplyDelete
  18. sana sini org minat rebut jawatan yea..

    ReplyDelete
  19. Daun Bidara,
    Kalau hari lain jemaah mcm ni punya ramai sayalah manusia yg paling gembira. Sedihnya hari2 atau malam2 lain yg datang boleh dikira dgn jari. Waktu Isyak malam semalam cuma satu saf (20 org). Malam ni tadi satu saf lebih sikit dan jemaah wanita 3 org huhuhu

    ReplyDelete
  20. Penyuk
    Itu yg mendukacitakan. Tambahan mereka yg terlibat tu ada yg bergelar ustaz.

    relevan,
    saya hanya insan kerdil. Masa pemilihan 3 tahun lepas puas saya dan emak adam kempen supaya orgramai tak pilih saya sbb saya takut tak terpikul tanggungjawab. Tapi entah mcmana masih juga dipilih huhuhu

    ReplyDelete
  21. pB,
    kami pun ada dengar perkara serupa berlaku pada pemilihan di masjid2 dan surau2 di Selangor ini. Org yg tak pernah datang berjemaah tiba2 muncul utk mengundi.

    Ada terjadi seseorg yg duduk di sebalik tiang masjid mengangkat kedua belah tangan semasa mengundi.

    Itu sbbnya di surau kami menggunakan kupon supaya telus.

    ReplyDelete
  22. Luffy,
    Bila politik dibawa masuk ke dalam urusan masjid atau surau beginilah jadinya.

    Nasib baik tak bertumbuk pada malam tu.

    ReplyDelete
  23. ~O~,
    kalau semua org berfikiran mcm awak aman dunia ni. Tapi malangnya yg sebaliknya pula berlaku. Saya berharap yg hendak bertanding tu ikhlas dan berkebolehan serta sanggup berkorban utk agama, bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  24. al-lavendari,
    sebelum ni saya buat n3 pendek menggunakan BB ada yg dah komplen. Jadi biarlah yg ini panjang sikit. Takpe kalau nak pergi makan tghari dulu. Saya pun cuma baca komen abg dan komen2 lain tengahari tadi tapi tak sempat balas sbb sibuk mesyuarat.

    psst - tapi sempat juga komen kat n3 abg hehehe

    ReplyDelete
  25. DrSinga,
    tak sempat nak calonkan sesiapa mesyuarat telah ditangguhkan oleh Nazir. Kesian melihat mereka yg telah berhempas pulas dan menyengkang mata selama seminggu utk persiapan pemilihan ini. Hanya Allah yg dapat membalas pengorbanan mereka.

    Ada makan tapi bungkus. Kuih 2 jenis dan air mineral satu botol.
    Kalau nak jamu makan nasi habislah duit surau huhuhu

    ReplyDelete
  26. Kupon hari kantin sekolah mana tu....?

    :)

    ReplyDelete
  27. tmpt saya pun dgr kecoh bab mengundi2 kat masjid...rasanya dulu2 takde le pulak dgr ada undi2 mcm ni...ke ada tapi saya tak tau...siap ada announcement blh dgr kat rumah saya yg a block away...ke saya yg salah dgr...

    ReplyDelete
  28. al-lavendari,
    dari surau tempat saya ni mula dibina lebih kurang 7 tahun lalu sehinggalah 2 hari lepas selalunya tak ramai yg mahu jadi AJK. Tapi tiba2 di kebanyakan tempat di negeri saya tinggal ini kecoh pasal pemilihan. Seperti ada satu gerakan terancang.

    Sebelum ni tiada imbuhan utk AJK. Saya tahu kebanyakan AJK mengeluarkan duit masing2 utk kegiatan surau kerana surau kami tiada pendapatan tetap sebelum ni sehinggalah terdirinya menara pemancar telco. Mulai bulan Mac lalu ada wang masyuk (tapi bukan utk imbuhan AJK)

    Tak tahu pula kalau JK baru mahu memberi imbuhan utk AJK baru ngeee

    ReplyDelete
  29. Mak Su,
    Saya censored bahagian yg lebih hangat dari biasa. Sengaja saya tak masukkan dlm n3 ni utk tidak mengaibkan mana2 pihak.

    ReplyDelete
  30. NL,
    ko ni otak bisnes betullah. Kalau ko beritahu awal hari tu, aku boleh tolong bawa cadangan ko ke jawatankuasa pengurusan utk pertimbangan. Kalau untung kita kongsilah hehehe

    ReplyDelete
  31. shaliza,
    akhir zaman akan terjadi perkara mcm ni. Masa Israk Mikraj pun ada org yg mengangkat kayu api dan ditambahnya lagi walaupun dah tak larat nak angkat.

    Saya setakat membantu rakan2 bolehlah mana yg terlarat. Doakanlah semuanya akan berakhir dgn baik.

    ReplyDelete
  32. ONE ZABA,
    ko ni dipecat dari parti ko ke? Yg aku tahu ko ni parti tupperware hahaha

    psst - bukan ahli kariah tak dibenarkan bertanding dan mengundi. Ko pendam ajelah hasrat murni ko tu di gunung sana hehehe

    ReplyDelete
  33. tunbegia,
    amin.

    Cukuplah penduduk negara kita ada yg berpecah kerana berlainan bangsa dan fahaman politik. Jgnlah pula berpecah sesama Islam di dalam menunaikan tanggungjawab kpd agama.

    ReplyDelete
  34. Tie,
    Org skrg peduli apa semua tu. Mereka ada agenda yg mereka rasa lebih penting dan utama dari segala yg lain.

    Kalau ada kematian mesti ada yg akan uruskan. Mungkin itulah anggapan mereka.

    ReplyDelete
  35. sI tEDI,
    saya nak cuba berfikiran positif. Lepas ni ramailah org yg akan menghidupkan kegiatan di surau tempat saya. Kalau tak sampai 400, dapat 100 org setiap waktu pun alhamdulillah.

    ReplyDelete
  36. nahmy,
    mungkin ini sebahagian dari fitnah akhir zaman walaupun mungkin dlm skala yg kecil.
    Kalau fikir2kan, rasa gelihati pun ada juga. Apa tidaknya, dari senarai calon yg tersebar terdapat ramai pasangan suami isteri yg mahu bertanding. Bukan tak boleh bertanding kedua2nya kalau mmg betul layak tapi mcm dah takde org lain di taman ini.

    Semoga semuanya dipermudahkanNya demi kesejahteraan semua.

    ReplyDelete
  37. Rozita,
    bila masing2 ada agenda, maka jadilah perebutan. Kalau tidak tu, tolak2 tak mahu huhuhu

    ReplyDelete
  38. ckLah,
    adalah sekolah di Selangor ni. Sekolah dewasa kot.

    Tapi yg tentu bukan kupon hari kantin sekolah Convent TI sbb semua kupon dah habis digunakan terutamanya utk membeli spaghetti. Nasib baik sedap walaupun mahal hehehe

    ReplyDelete
  39. Anonymous,
    dulu kebiasaannya org tak berminat nak jadi AJK masjid atau surau. Tak ramai yg sanggup memikul tanggungjawab. Jgn main2 hal dunia dan akhirat ni.

    Tapi sejak dua menjak ni, seperti ada satu usaha utk mengambil alih pentadbiran masjid dan surau yg dirasakan tak sehaluan dgn pandangan, pendapat dan aspirasi golongan tertentu.

    ReplyDelete
  40. begitu kisahnya ... awak punya komen lebih panjang dari entri awak melalui bb sebelum ini !

    ReplyDelete
  41. al-lavendari,
    saya kalau dah dapat keyboard yg besar tu tak tahu nak berhenti menaip. Maklumlah saya boleh menaip tanpa melihat kekunci hehehe

    ReplyDelete
  42. moga semua selamat selepas nih, kalau dah melibatkan kehadiran polis, mesti kecoh bangat tu ;p

    ReplyDelete
  43. Eja,
    diharapkan begitulah.

    Polis tu mmg dah pihak surau maklumkan kerana dari segi undang2 sebarang perhimpunan yg melibatkan ramai org kena mendapat kebenaran pihak polis. Malam tu bukan saja polis beruniform tapi ada juga SB hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails