Semalam aku ke Hulu Selangor. Bukan kerana pilihanraya kecil yg akan diadakan tak lama lagi tu tapi kerana urusan tugas. Hulu Selangor adalah di antara beberapa Pihak Berkuasa Tempatan yg masih berstatus Majlis Daerah. Kebanyakan PBT di Selangor bertaraf Majlis Perbandaran dan ada dua PBT yg bertaraf Majlis Bandaraya. Yang tak seronoknya, keempat2 PBT yg masih kekal sbg Majlis Daerah dihuni oleh majoriti org kita. Apa maknanya ini? Mungkinkah org kita kurang maju? Sedangkan Selangor merupakan negeri pertama diisytiharkan sebagai negeri maju di negara kita. Lu fikirlah sendiri.
Berbalik kpd Hulu Selangor, aku ada temujanji dgn Tuan Yang DiPertua pukul 2 ptg semalam. Bersama aku semalam 2 org rakan dari PMC dan seorg dari konsultan. Kami ingin meminta jasa baik YDP utk mengurangkan garisan anjakan bangunan bagi projek stesen minyak kami di salah sebuah R&R di bawah pentadbiran MDHS. Mengikut garis panduan yg dikeluarkan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa garis anjakan bangunan di sebelah depan yg menghadap jalanraya ialah 40 kaki. Kalau kena 40 kaki susahlah kami nak membina stesen mengikut pelan yg kami ada. Selain dari kanopi utk pam minyak dan bangunan jualan, kami juga mahu menyediakan tandas yg boleh menampung 10 bilik air dan surau utk lelaki dan wanita. Surau tidak disyaratkan oleh MDHS utk projek stesen minyak tetapi apa salah menyediakannya utk kemudahan org2 Islam bersolat. InsyaAllah dapat pahala.
Kebetulan garisan anjakan bangunan utk stesen minyak jenama lain sediaada yg betul2 di sebelah tapak stesen kami cuma 20 kaki.
Kebetulan garisan anjakan bangunan utk stesen minyak jenama lain sediaada yg betul2 di sebelah tapak stesen kami cuma 20 kaki.
Setelah berbincang, nampaknya YDP amat positif dgn rayuan kami dan berjanji akan membalas surat yg kami serahkan kpd beliau semalam. Sebenarnya kami sudah berjumpa dgn pegawai MDHS dua minggu lepas tetapi mereka tidak berani membuat keputusan. Kami diminta menghubungi Jabatan Perancang Bandar & Desa Selangor tetapi pegawai di sana juga tidak mahu membuat keputusan. Maka itulah kami terpaksa berjumpa dgn YDP.
Projek ini merupakan satu FDI dari pelabur luar. Walaupun cuma beberapa juta ringgit tetapi keputusan kes rayuan kami ini boleh mempengaruhi pihak pengurusan sykt samada utk mempergiatkan pelaburan mereka dgn membina lebih banyak stesen di negara kita atau mengurangkan pelaburan. Mungkin kalian tahu dua buah sykt minyak antarabangsa iaitu BP dan Projet telah menarik diri dari melabur di Malaysia.
Projek ini merupakan satu FDI dari pelabur luar. Walaupun cuma beberapa juta ringgit tetapi keputusan kes rayuan kami ini boleh mempengaruhi pihak pengurusan sykt samada utk mempergiatkan pelaburan mereka dgn membina lebih banyak stesen di negara kita atau mengurangkan pelaburan. Mungkin kalian tahu dua buah sykt minyak antarabangsa iaitu BP dan Projet telah menarik diri dari melabur di Malaysia.
Selepas mesyuarat rakan aku mengajak makan tengahari di restoran mamak. Mamak pun mamaklah.
wah...makin padat jadual YB
ReplyDeletesalam akhi YB...
ReplyDeletetu baru YB pd nama kalu YB dah bertukar menjadi tugas agaknya lagi sibuk kot...he he he
mana ler tahu suatu masa nnt dah bertukar menjadi ..
Yang Berhormat Yunus Badawi ...he he masa tu jgn lupa kamiyer YB
saya memang tak tahan kalau tengok nasi mamak .. dan dan terus lapar, baru pukul 10 lebih sikit.
ReplyDeleteakang hari2 makan nasik goreng, kejap2 ns grg ikan masin, kang nasik goreng cina... huhuhuhuhu..
ReplyDeletenasik berlauk tak lalu dowhhhh, serik agaknya 2minggu duk hotel asyik makan buffet... hahahahah
ada kene ngena x dgn posting ko???
hidangan ni daun kena makan dua kali baru habis
ReplyDeletenasi beriani mamak tak de acar...
ReplyDeletepapadom juga adaaaa...
Gambar yang terakhir tu menarik lebih2 lagi bila perut sudah lapar...
ReplyDeletesaya baru tahu yg 2 syarikat tu dah tak nak melabur tapi kenapa pulak camtu.........
ReplyDeletetak per sbb saya tak pernah isi minyak kat Projet dan jarang2 ajer kat BHP hehehehe
tandas tu nanti kasi cangih yer YB huhuhu...
dan surau tu kasi luas biar selesa... pasang econd sekali hehe
nasi apa tu...
Err!
ReplyDeleteBetul ke restoran mamak ? Silap-silap bangla jadi tukang masak!! Hehe...
payah gaks ek nak bina bina benda benda ni.... all the best yb, yakin boleh :)
ReplyDeletekena plak dengan papadom no....
ReplyDeletebaru pas makan pulut mangga, tgk nasi tu, lapar lak rasa..
ReplyDeleteCP ke KS, YB ke HS..
patutlah kat sini stesen projet dah bertukar jadi Shell, BP ngan BHP tak sama ke? Castrol pun bawah BP kan?
ReplyDeletesalam..klu tak silap sy selain Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak bernam je yg masih berstatus Majlis Daerah kan..yg lain2 semua dh perbandaran dan bandaraya..apapun, pengekalan nama Mjlis Daerah tue penting gak..klu semua jd perbandaran, anak2 selangor nnti tak pnh dgr nama majlis daerah heheheh...
ReplyDeleteLauk kambing ke tu...
ReplyDeleteCP ke KS
YB ke HS
CL ke SB
Kerja..kerja dan kerja .
ReplyDeleteMakan tetap makan kannn...kannn
pergi la mana mana mesyuarat pun...
ReplyDeleteagenda paling penting adalah...makannnn!!!!
~O~,
ReplyDeletenak cari rezeki buatlah selagi terlarat. Semalam lepas solat Isyak dan minum2 di surau sebab ada kelas Fekah, pergi pula jumpa financial planner sampai dekat pukul 12 tgh malam huhuhu
ummi,
ReplyDeletewsalam.
Rasanya saya tak layak nak jadi YB wakil rakyat di samping tak berminat. Cukuplah dgn apa yg ada. Nanti kalau terlalu sibuk takut lain pula jadinya.
Apapun terima kasih di atas doa ummi tu. InsyaAllah saya tak akan lupa rakan2 semua.
al-lavendari,
ReplyDeletesaya nak cari rakan bisnes mamak utk buka restoran sebelah opis abg. Tentu abg akan jadi pelanggan utama kami hehehe
PnConfused,
ReplyDeleteaku dah terikut2 ko. Tengahari tadi aku makan nasi goreng kampung. Tapi di restoran mamak jugak hehehe
Kat Penang ada nasi berlauk ke? Ko duduk hotel di mana?
Daun Bidara,
ReplyDeletedietlah tu....
Saya lapar semalam sebab dah pukul 3 ptg baru makan. Selalu saya minta separuh aje hehehe
DrSinga,
ReplyDeleteacar dah habis kot sbb masa saya datang tu dah pukul 3 ptg.
Tapi mulai Sabtu ni saya pasti restoran ni akan laku sbb ramai org berkempen akan ke situ. Tempat dia strategik.
Anie,
ReplyDeletesaja saya letakkan gambar tu biar ada yg terliur ngeeee
NL,
ReplyDeleteBP dan Projet merasakan lebih untung melabur di tempat lain. Antara sebab pelaburan di sini kurang menarik kerana masa yg diperlukan utk membuka stesen minyak baru terlalu lama. Tukar syarat tanah, dptkan kelulusan Kebenaran Merancang, Kelulusan Bangunan, proses utk mendapatkan CF (skrg CCC) dan PDA semua ini memakan masa.
Ada juga 1 -2 sykt minyak lain yg mahu keluar dari sini tetapi belum ada pembeli utk aset mereka terutama stesen2 minyak mereka.
BP dan BHP adalah sykt minyak yg berlainan. BHP sykt milik LTAT.
Tandas di stesen baru tu biasa aje (nak canggih mcmana).
Surau tu cukup luas. Boleh berjemaah 10 -15 org di setiap surau.
Itu nasi briyani.
wah padatnya jadual dan pinggang YB ;P
ReplyDeleteSalam YB,
ReplyDeleteNasi yang menggunung tu membuatkan perut terasa lapar lak... :)
Tie,
ReplyDeleteTukang masak yg saya nampak tu mamak2lah. Bangla tak sampai ke tempat hulu mcm ni kot hehehe
Mak Su,
ReplyDeletewalaupun ada PERMUDAH tapi masih payah. Kalau tak mungkin dah lama negara kita lebih maju huhuhu
Alimaz - Kembara Terasing,
ReplyDeletepapadom tu utk pancing tekak hehehe
Che'Pit,
makan pulut mangga di mana tu? Nape tak ajak? huhuhu
Apa2 yg dibuang di HS tu hanyut ke CP yg di KS hehehe
juliet,
ReplyDeletekeseluruhan 44 stesen Projet dan tanah2 utk membina stesen baru telah dijual secara pukal kpd Shell 3 tahun lepas. Projet dah tutup dan sykt induknya ie Conoco balik ke AS.
BP pun dah jual asetnya kpd BHP. BHP sykt 100% milik tempatan dan takde kena mengena dgn British Petroleum (BP). Cuma namanya aje hampir sama kerana mungkin tak mahu pelanggan asal BP tu lari hehehe
Cstrol tu minyak pelincir. Bukan milik BHP.
sahromnasrudin,
ReplyDeletewsalam. Terima kasih kerana sudi mengikuti blog saya dan memberi komen. Datanglah lagi lain kali.
Betul tu. Selain 3 yg awak sebut tu, Kuala Langat juga masih bertaraf majlis daerah. Mereka belum memenuhi syarat2 utk menjadi majlis perbandaran terutama dari segi pendapatan. Kalau kawasan pertanian, berapa sgtlah cukai pintu yg boleh dipungut.
Ada baik dan buruknya kekal sbg majlis daerah. Antaranya tak banyak permohonan utk pembangunan. Jadi kalau masuk pelan boleh cepat lulus hehehe
ckLah,
ReplyDeletecekap mata awak. Mmg lauk kambing.
semua 3 org ke serata pelusuk Selangor. Apakata lepas ni CP dan YB ke TI pula? Nak rasa BBQ kambing pak Zahan ngeee
LiNda,
ReplyDeletemakan mesti tetap makan. Kalau tak menggigil lutut. Lainlah kalau dah niat nak puasa dari awal ngeh3x
ONE ZABA,
haah terutama mesyuarat jabatan kerajaan hehehe
Eja,
ReplyDeletebiasalah tu. Jgn sampai takde masa nak tunaikan kewajipan agama sudahlah.
Bab pinggang pun padat tu yg tak sedap dengar huhuhu
Atikah,
ReplyDeletewsalam.
Dah dekat pukul 11 mlm tadi belum makan nasi lagi ke? Skrg mungkin dah kenyang dan dah tidur.
Motor dah ok ke?
sungguh sedap nasi beriani mamak,
ReplyDeletesalamm,
jangan harap .. saya bawa nasi dari rumah !
ReplyDeletetunbegia,
ReplyDeletehari Jumaat mcm ni kena nasi bukhari pun sedap jugak. Lepas tu masa khutbah nanti mesti terlentuk hehehe
al-lavendari,
kodokut nya bang. Bagilah chance kami nak cari untung sikit huhuhu
sejak projet tarik diri, suma tukar jadi shell... dan bp jadi bhp...
ReplyDeletealhamdulillah... saya tak tergoda dengan nasik tu... Hihihihih :D :D
saya makan tak menentu sekarang... uhhuks~
Pesaing skrg antara Petronas dgn Shell. Bagus juga mereka bersaing. Pengguna juga yg untung.
ReplyDeleteBagi saya lagi banyak stesen baru Shell nak bina lagi banyaklah peluang saya dapat jadi management agent mereka hehehe
Pagi2 mestilah tak tergoda. Cuba dah tengahari dan perut dah lapar nanti hehehe
setujuuuu
ReplyDeletepasni CP n YB ke TI.. kita terjah
Che'Pit,
ReplyDeleteOk on. Nanti kita minta ckLah masakkan spaghetti dan chicken chop utk kita hehehe
OoOOo baru saya tahu....
ReplyDeletelagi satu... adakah semua minyak yang dijual dimalaysia ni adalah jenis atau gred yang sama... walaupun syarikat lain2 atau macamana....
NL,
ReplyDeleteminyak yg dijual di Msia ni berbeza bergantung kpd sykt yg mengeluarkannya. Shell, Petronas dan Esso/Mobil ada kilang mereka di negara kita manakala yg lain tu mengimport dari luar. Mutu minyak juga bergantung kepada additive yg digunakan.