Friday, April 9, 2010

Akhirat Dituntut, Dunia Jangan Dilupa

Hari ni hari Jumaat. Penghulu segala hari. Ingat nak buat n3 ala2 dakwah sikit. Yalah asyik cerita pasal kerja, pasal makan, pasal keluarga.

Hidup kita ni sebenarnya utk mencari redha Allah. Apa saja pekerjaan yg kita lakukan hendaklah diniatkan kerana Allah dan berlandaskan ajaran Rasulullah s.a.w. Barulah hidup kita berkat di dunia dan di akhirat.

Setiap kali bila menziarahi saudara Islam yg meninggal dunia aku terfikir: Apa saja yg diusahakan oleh si mati sudah berakhir di situ. Kalau sebelum ni sibuk mengumpul harta, sekarang sudah tak boleh buat macam tu lagi. Kalau sebelum ini berbangga dgn anak yg ramai dan pandai2, sekarang dah tamat. Pendek kata "Game Over!"Kita semua akan sampai ke masa seperti itu. Cuma tak tahu bila. Ada yg dah kumpul banyak harta, ada yg baru nak cari dan ada yg masih kais pagi makan pagi. Macam org main game juga. Ada yg dah banyak dapat mata dan ada yg sikit. Tapi bila tiba waktu berhenti itu semua tak relevan lagi.

Bila kita mati putus semua kecuali 3. Semua org tahu hadis tu cuma acapkali terlupa nak perbanyakkan yg 3 perkara itu.

Di dalam menjalankan kerja kita seharian kita (akulah terutamanya) sering lalai dgn tanggungjawab kita utk menunaikan solat. Solat tiang agama. Kalau takde tiang tak naiklah bangunan. Sembahyang pun kadang2 di hujung waktu atau macam ayam patuk padi. Janji buat. Di Malaysia ni alhamdulillah ada lebih daripada 6100 buah masjid di seluruh negara. Surau pula lagilah banyak termasuk di stesen2 minyak hehehe

Mengimbau peristiwa dua hari lepas:
Lambat aku solat Zohor pada hari Rabu baru ini sebab berjumpa YDP MDHS. Lepas tu pergi makan pula dulu. Aku solat di masjid Kg Melayu Rasa. Walaupun dah lambat tetapi dapat juga berjemaah dgn 3 org lain yg juga baru habis bertugas di KKB dan dlm perjalanan balik ke KL.

Masjid Al-Khalidiah, Kg Melayu Rasa

Dalam perjalanan pulang waktu Asar masuk semasa aku melalui pekan Serendah. Aku pun berjemaah di sana. Ada kenangan aku di tempat itu.

Masjid Nurul Iman, Serendah

Semalam aku ada mesyuarat di Mont Kiara. Habis meeting pukul 1:30. Pukul 2:30 ptg aku ada mesyuarat tapak di Klang. Dalam hati aku bertekad apa nak jadi pun aku mesti tunaikan solat Zohor aku dulu. Kalau lambat sampai meeting lantaklah. Orang nak marah aku boleh terima tapi jangan Allah yg murka. Aku singgah masjid Al-Rahimiah, Klang. Kebetulan ada 4 org yg lain yg juga mahu menunaikan solat termasuk dua org yg kerja gomen (pakai baju batik hari Khamis mesti org gomen). Mungkin Allah sayangkan kami - beri peluang kami berjemaah utk mengadapnya.

Dah lama tak solat di masjid ini

Sekian tazkirah hari Jumaat dari aku. Mana yg baik tu dari Allah dan mana yg kurang atau silap tu adalah kerana kelemahan diri aku ni.

35 comments:

  1. alhamdulillah..
    tazkirah pagi jumaat dari YB..

    ReplyDelete
  2. seorang ustaz pernah memberitahu barang siapa yang menghidupkan rumah Allah, Allah akan menghidupkan rumahnya, semoga yb sekeluarga di berkati

    ReplyDelete
  3. dapat tazkirah saya hari ni... alhamdulillah... :D :D

    rujuk komen entry bawah..

    sekarang ni makan tak tentu la YB... Dua hari dia takde, dua hari dah tak makan nasik... Huhu~~

    ReplyDelete
  4. ...juga jgn lupa bersedekah... isi seikhlasnya dlm tabung masjid tuh..

    hmm.. hari ni nak belanja bebudak ofis makan ikan bakar keramat.. (tu pon sedekah jugak kan...)

    semoga amalan yg baik Allah berkati dan mohon dihindari daripada melakukan kemungkaran... amiinnn...

    ReplyDelete
  5. YB

    terima kasih atas peringatan itu .. elok di peringatkan selalu tambah2 kepada orang melayu sebab kata dr M, melayu mudah lupa !

    ReplyDelete
  6. YB

    terima kasih atas peringatan itu .. elok di peringatkan selalu tambah2 kepada orang melayu sebab kata dr M, melayu mudah lupa !

    p/s. tadi silap info. bakal menantu saya orang Alor Star tapi kerja di Cyberjaya.

    ReplyDelete
  7. Che'Pit,
    menyesal pula saya gunakan perkataan tazkirah di akhir n3 tu. Org mcm saya ni tak layak nak bagi tazkirah huhuhu

    Daun Bidara,
    kalau kita ziarah rumah Allah kita kan menjadi tetamuNya. Siapakah yg lebih baik dlm melayani tetamu selain dariNya. Semoga kita semua sentiasa dekat dgnNya.

    ReplyDelete
  8. syah,
    apa2 yg baik tu jadikan panduan dan yg tak baik kita jadikan sempadan.

    Kesian pulak saya dengar awak makan tak menentu. Ini kes makan tak kenyang, mandi tak basah ke? ngeeee

    ReplyDelete
  9. TINY,
    betul tu. Tak banyak sikit elok kita sedekah setiap kali masuk ke masjid. Sebagai pelaburan utk akhirat.

    Wah bestnya makan ikan bakar. Di gerai Fuziah ke? Nak join sekali boleh ke?

    ReplyDelete
  10. al-lavendari,
    terima kasih kembali.

    Org Melayu bukan saja mudah lupa tapi ramai yg buat2 lupa ngeh3x

    Oh org Kedah, kerja di Cyberjaya tapi duduk di Senawang. Berjumpa kat Giant Senawang ke tu? hehehe

    ReplyDelete
  11. kematian itu adalah kiamat kecil bagi diri kita sbb kita sudah tidak berpeluang untuk beamal ibadat lagi..

    semoga anak2 soleh dan solehah dapat mendoakan untuk kesejahteraan kita nanti
    insyaAllah

    ReplyDelete
  12. sI tEDI,
    sungguh benar apa yg awak katakan itu.

    Saya dah ada 6 org. Itulah harapan saya utk mendoakan saya dan emak Adam bila kami dah tiada di dunia ini. tEDI bila lagi? hehehe

    ReplyDelete
  13. sesuatu yg menarik tentang blog ini adalah entrinya sentiasa ade gambar masjid atau surau. tak dapat pergi,dpt tengok gambar pun jadilah.

    err..naper aku taip komen cam skema jer ek.hehe


    p/s: aku harap entri sebegini bukan pada hari jumaat saje,malah hari² yg lain juga.hehe..

    ReplyDelete
  14. Salam YB,
    Alhamdulillah... saling ingat mengingati....

    ReplyDelete
  15. eloklah tu kao ingat2kan orang yang banyak lupa dan lalai.
    insyaAllah ada ganjaran tu...

    ReplyDelete
  16. ONE ZABA,
    ustaz baru nak start. Start enjin hehehe

    Penyuk,
    aku harap bila org tengok rumah Allah dlm blog aku ni akan timbul keinginan utk meramaikan masjid dan surau. Alhamdulillah ko antara org yg telah terpanggil tu hehehe

    skema tak komen balas aku ni?

    Kalau aku nak buat n3 mcm ni selalu termasuk di hari2 selain Jumaat aku belum mampu. Anyway ada banyak blog yg cenderong ke isu2 agama yg kita boleh lawati.

    ReplyDelete
  17. Atikah,
    wsalam.

    Ingat mengingati itu dituntut spt yg dinyatakan di dlm surah Al-Asr.

    kakpah,
    org mcm kakpah lagi sesuai berbuat begini. Saya ni buat mana yg termampu.

    Amin.

    pB,
    welcome, welcome.

    ReplyDelete
  18. hmm tearsa sejuk jer mata bila baca n3 YB kali nih huhu

    ReplyDelete
  19. NL,
    adakah ini bermakna mata awak panas semasa membaca n3-n3 saya sebelum ini? huhuhu

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah... masih ingat padaNYA ;D

    .
    .

    ReplyDelete
  21. Mak Su,
    sama2lah kita ingat mengingati.

    kts,
    alhamdulillah syukur.

    Ingat aku ingat pada ko aje ke? hahaha

    psst - kurang lagi 4 pelawat ko jadi pelawat ke 35000.

    ReplyDelete
  22. salam... saya pun perasan banyak pic masjid dlm entri YB. terima kasih mengingatkan kami yang sering lalai nie

    ReplyDelete
  23. salam jumaat YB.. esok sabtu boleh berehat.. ehh YB ada hujung minggu juga ke atau teus bekerja.. hehe

    ReplyDelete
  24. teringgat sya masa balik kuantan cuti sekolah dulu, singgah masjid di tempat tu, kesian dan sayang masjid lama tu seperti tiada penghuni :(

    ReplyDelete
  25. zonaku,
    oh awak pun perasan juga. Sejak lebih 10 tahun dulu saya bertekad utk mengunjungi dan bersolat di seberapa banyak masjid yg saya mampu. Tak kira di dalam atau di luar negara.

    Saya pernah buat satu fail senarai masjid yg saya lawati dan tarikh serta catatan lain mengenai masjid2 tu. Skrg dah tak buat lagi. Cuma kalau sempat saya masukkan dlm blog saya.

    Tujuan saya berbuat demikian adalah dgn harapan masjid2 ini menjadi saksi bila di Padang Masyhar esok bahawa saya pernah bersujud di dalam masjid2 itu.

    Kalau nak pergi berjihad saya ni penakut. Nak berkorban harta benda saya masih ada sifat kedekut. Jadi ini yg dapat saya lakukan setakat ini.

    Maaf panjang komen balas ni.

    ReplyDelete
  26. zino,
    Salam Sabtu sbb dah masuk hari Sabtu.

    Saya baru aje balik dari mesyuarat surau. Kami kena mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa 2010 -2013 kerana mesyuarat minggu lepas telah ditangguhkan oleh Nazir masjid di atas sbb tertentu.

    Esok pagi nak menghadiri penyampaian hadiah utk Haizam di sekolahnya. Lepas tu nak bincang dgn rakan bisnes tender buat surau yg saya katakan hari itu. Tengahari ada jiran buat kenduri kahwin anaknya.

    Kalau nak rehat sebelah petanglah kot huhuhu

    ReplyDelete
  27. Eja,
    mmg ada tempat yg masjidnya dibiarkan tanpa sebarang aktiviti kecuali solat sebelah malam dan solat Jumaat. Waktu lain tu kosong aje. Kadang tu kebersihan pun tak terjaga.

    Masjid di mana tu yg Eja singgah?

    ReplyDelete
  28. err sejuk... juga.....
    tapi tak sejuk spt hari ini huhuhu

    ReplyDelete
  29. bukan makan tak kenyang mandi tak basah...

    mandi tetaplah basah... cuma makan tak berapa nak syiok sebab makan sensorang... Heheheheh :D :D

    ReplyDelete
  30. NL,
    dalam sejuk2 tu ko buat megi ya? hehehe

    syah,
    haah mandi mestilah basah melainkan badan kita ni kalis air.
    Dah balik ke Incik Firdaus tu? Mesti awak hepi kalau dia dah balik terutama pada hujung minggu mcm ni.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails