Malam tadi kami pergi makan2 dan main bowling (ya bowling lagi) di Wangsa Walk Mall. Hazwan baru habis exam dan bercuti 2 minggu. Khamis ni dia dan rakan2nya dah nak pergi makan angin ke Sabah.
Jadi sementara anak2 ada di rumah hujung minggu ini, kami pun buatlah family outing. Wangsa Walk Mall ini kira baru juga dibuka. Tak jauh dari rumah kami tetapi kalau nak jalan kaki ke sana tu letih juga. Elok naik kereta dan walk di dalam mall tu aje hehehe
Jadi sementara anak2 ada di rumah hujung minggu ini, kami pun buatlah family outing. Wangsa Walk Mall ini kira baru juga dibuka. Tak jauh dari rumah kami tetapi kalau nak jalan kaki ke sana tu letih juga. Elok naik kereta dan walk di dalam mall tu aje hehehe
Adam sempat main sementara tunggu kami nak makan malam. Naikkan permainan yg bayar dia takut, tapi main yg free ni dia suka
Lepas makan kami ke Wangsa Bowl di tingkat 2. Walaupun Hazwan dah booking sebelum kami makan tapi masih kena menunggu juga. Ramai org malam tadi. Hampir semuanya org Melayu (Jawa mcm kami ni pun kira Melayu jugalah ngeee).
Akhirnya dapat satu lane. Kalau nak tunggu ada 2 lane sebelah menyebelah mereka kata kena tunggu pukul 11:30. Satu lane pun bantailah. 6 org tu yg nak main huhuhu
Mari kita tengok gaya keluarga aku bermain bowling.
Mari kita tengok gaya keluarga aku bermain bowling.
Haikal dgn bola kuning yg paling ringan. Ini antara balingan terbaiknya. Yang lain banyak yg masuk longkang
Untuk merancakkan perlawanan Hazwan telah menawarkan RM10 kpd sesiapa yg mula2 mendapat strike pada game pertama tu. Kenapa tak cakap awal? Siapa lagi yg dapat strike tu kalau bukan lelaki ensem ni
Keputusan game pertama. Aku rasa si YB tu bagi chance takut yg lain tu tertinggal jauh sangat (harap jangan percaya)
Pada game kedua aku pula menawarkan RM10 kpd sesiapa yg dapat strike dulu. Aku yg baling dulu takkan terus nak dapat strike. Nanti kata buruk siku. Sendiri tawarkan hadiah sendiri pula yg ambil ngeh3x
Tanpa disangka2 Haizam mendapat strike pada balingan dia di frame yg pertama. In fact, dia dapat strike lagi di frame kedua. Emaknya kata semalam memang hari dia. Sebelah pagi dia dapat hadiah Hari Anugerah kerana terbaik dalam mata pelajaran Agama Islam peperiksaan akhir tahun lepas.
Tanpa disangka2 Haizam mendapat strike pada balingan dia di frame yg pertama. In fact, dia dapat strike lagi di frame kedua. Emaknya kata semalam memang hari dia. Sebelah pagi dia dapat hadiah Hari Anugerah kerana terbaik dalam mata pelajaran Agama Islam peperiksaan akhir tahun lepas.
Kami tamat main pukul 12:30 malam. Masih ramai yg belum habis main kerana tempat bowling itu tutup pukul 1 pagi. Ramai juga keluarga yg datang bersantai di situ kerana malam tadi malam minggu.
Sampai di rumah, Haikal memberi komen, "penat sikit takpe yg penting kita sekeluarga ceria."
Sampai di rumah, Haikal memberi komen, "penat sikit takpe yg penting kita sekeluarga ceria."
komen haikal tuh mcm ulasan AF laaaa... :)
ReplyDeleteaku mmg xske bowling.. haihhhh
PnConfused,
ReplyDeleteBolehlah dia gantikan pengacara AF yg kurang menyengat kali ini tu hehehe
Org yg sedang berbadan dua tak elok main bowling. Aku tahu ko tak suka sbb bila ko baling selalu masuk longkang ngeee
sepuluh ringgit tak cukup utk membeli donat big apple sekotak kecil ~ 6 biji... apatah lagi utk membeli donat sekotak besar 12 biji
ReplyDelete.
.
.
.
.
errr... tak jadi nak ajak lawan la camni... klu up skit RM nya, ok gak
:P
hari ahad...famili lepaking je.
ReplyDeleteKTS,
ReplyDeletemacamlah ko boleh dapat strike sebelum aku kalau kita lawan. Ok ko punya pasal aku sanggup bagi ko donut big apple sedozen kalau ko boleh dpt strike sebelum aku. Bila nak lawan?
Jgn nak undur pulak.....
ONE ZABA,
ReplyDeletelepaking atas gunung sejuk best....
Bilalah agaknya aku dapat panjat gunung tu? huhuhu
err gerun tgk jatuhan pin YB.. cancel lah nak ajal main.. for sure CP gigit jari huwaaa
ReplyDeleteChe'Pit,
ReplyDeletetakde apa nak digerunkan. Tak sampai 200 pun. Main dgn famili kenalah buat2 tak jatuh habis.
Tapi game kedua emak Adam dapat 3 strike dan 2 spare. Nasib baik tak mengalahkan saya ngeee
salam..
ReplyDeleteterer tu uncle..stakat ni main tak pernah lagi cecah 120..apatah lagi 135..
apa tips?
zaren,
ReplyDeletewsalam.
taklah terer mana..... ramai lagi yg lebih terer.
Nak tips? cuba pastikan bola masuk poket sebelah pin yg depan tu. Kalau tak strike pun senang2 7 -8 pin boleh jatuh. hehehe
senyum anak dengan senyum bapak tu sepesen je...
ReplyDeleteadam tak main baling ke.. errr silap, main boling ke...
kakpah,
ReplyDeletemcmana acuan mcm tu lah kuihnya hehehe
Adam nak jugak main boling tapi bolanya lebih berat dari dia. Akhirnya main kejar2 dgn dia huhuhu
anak2 bakal lebih tinggi dari bapa. ehehe
ReplyDeleteJard,
ReplyDeleteanak2 lelaki aku tinggi2. Hazwan tu dah mcm galah. Haizam dah nak sama tinggi dgn aku walaupun baru Ting 2.
Tapi yg perempuan tak tinggi sgt. Atikah lagilah comel lote.